Isu DNA Babi Dalam Ramly Burger

Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan dalam beberapa blog sejak sebulan dua ini. Ia berikutan  sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan, Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Belaiu menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan.

Beliau mendakwa  memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.

Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan  tiada DNA Babi ditemuai.

Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).

Dalam perkara ini,  kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula oleh  sebuah  pejabat  peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,  fitnah atau  sabotaj.

Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali  melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki  atau di kuasai oleh usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak  mudah digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.

DAH IKHWAN

Artikel Berkaitan

1. Gardenia vs Massimo: Rotipun punyai Bangsa

2. Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13

3. Pilihanraya Umum tahun 2008: Analisis  undi mengikut kaum

Pilihanraya Umum Malaysia Ke 12 (Tahun 2008) : Analisis Undi Mengikut Kaum

Artikel ini adalah versi Bahasa Malaysia bagi artikel  Bahasa Inggeris  dalam Blog ini bertarikh  10 Mei 2008 bertajuk  Malaysia’s  General Election 2008 : A Comprehensive Analysis. Memandangkan yang  artikel asal mampu menarik agak ramai pengunjung berbahasa Inggeris, maka saya terpanggil membuat versi dalam Bahasa Malaysia untuk perhatian  para pembaca berbahasa Melayu pula.

Tujuan artikel ini ialah untuk menganalisis keputusan PRU ke 12 (tahun 2008) mengikut  undi kaum, iaitu peratusan daripada jumlah pengundi Melayu , Cina dan India yang mengundi Barisan Nasional. Data yang dihasilkan  menganggarkan  dengan  agak  tepat  sokongan setiap kaum  utama di Semenanjung Malaysia,kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Kaedah yang digunakan ialah Multiple regression analysis dengan data merangkumi keputusan  dalam 165 Kawasan Pilihanraya Parlimen di Semenanjung Malaysia. Faktor faktor penentu(independent variables) yang dipilih ialah undi  dari kaum Melayu, Cina dan India; peratusan undi BN pada PRU ke 11 dan berapa penggal calon menyandang kawasan berkenaan.

Data Keputusan Mengikut Kaum – BN

Hasil daripada analisis kita menunjukkan  secara purata  54% daripada  penggundi Melayu  dalam  kawasan Parlimen telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan 62% pada PRU 11.

Analisis ini juga menunjukkan pada purata, sejumlah 40% penggundi kaum Cina telah menggundi BN pada PRU 12 berbanding 56% pada PRU 11.

Bagi kaum India pula  hanya seramai 10% pengundi mereka telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan sokongan amat tinggi pada paras 72% pada PRU ke 11.

Data Keputusan Mengikut Kaum – Pakatan Rakyat

Memandangkan sejumlah 54% pengundi Melayu mengundi  BN, yang selebihnya 44%(setelah ambil kira undi rosak) pengundi Melayu, diandaikan mengundi Pakatan Rakyat. Demikian juga mengikut kaedah yang sama, seramai 58% pengundi Cina dan  88% pengundi India telah mengundi Pakatan Rakyat pada  PRU 12 tahun 2008,

Data Kesetian kepada Parti

Faktor kesetian yang digunakan ialah peratusan undi yang diperolehi oleh BN dalam kawasan parlimen yang sama pada pilihanraya sebelumnya. Hasil kajian mengesahkan ada hubungan(correlation) yang  amat signifikan diantara undi yang diperolehi BN pada PRU 12 dengan peratusan undi BN perolehi pada PRU 11 atau sebelumnya.  Ini bermakna secara purata, pengaruh  tradisi BN  dalam sesuatu kawasan adalah faktor kukuh yang  sukar dilunturkan hanya dalam satu pilihanraya, bagaimana sengit sekalipun kempen dilaksanakan.

Data Pengaruh Peribadi Calon

Pada puratanya, pengaruh peribadi calon juga menunjukkan hubungan(correlation) yang cukup signifikan dengan  jumlah undi yang BN perolehi. Bagaimanapun jumlah  sumbangan  undi peribadi ini tidaklah begitu tinggi, iaitu  mulai dengan sifar bagi seorang calon baru hinggalah kepada 1480 undi  bagi calon penyandang empat penggal.

Untuk mereka yang arif tentang kaedah  analisis regression, saya perturunkan model yang telah dihasilkan  dalam lampiran di bawah.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

DAH Ikhwan

Artikel Artikel Berkaitan:
1.Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13 

2.Pertembungan Prinsip Dalam PAS

3. Muzakarah UMNO dan PAS. 

Lampiran


Gardenia atau Massimo – Apabila Rotipun Punyai Bangsa

(Artikel ini adalah terjemahan petikan daripada  artikel  When Bread has Race yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 8 Januari 2012)

GARDENIA atau Massimo? Roti Bengali atau Roti Boy? Bun Mexico atau Roti Perancis? Sila ke rumah orang Malaysia, pasti  anda akan terjumpa bungkusan roti. Samaada roti putih atau ‘wholemeal’ ia adalah makanan biasa orang Malaysia.

Orang Malaysia sesungguhnya banyak pilihan tatkala memilih untuk sarapan pagi. Ada beberapa syarikat tempatan yang membekalkan roti seperti Gardenia, High 5 dan yang terbaharu Massimo, yang merupakan pembekal utama roti di pasaran. Sesungguhnya banyak pilihan berdasarkan harga, nilai zat dan rasa.

Baru baru ini satu laman Facebook menggesa pembeli pembeli roti menambah bangsa dan politik sebagai  asas pemilihan mereka.

Mulai sebulan lepas, kempen online ini menggesa pemboikotan roti Gardenia, kerana kononnya Gardenia dimiliki oleh syarikat kroni.

Ia mendakwa Syarikat Padiberas Nasional(Bernas), setelah mengambilalih saham Gardenia, telah memberi tekanan kepada syarikat tersebut  supaya menghentikan pembelian tepung daripada Federal Flour Mills Bhd (FFM) yang dimiliki oleh Tan Sri Robert Kwok atas sebab sebab rasis. Bernas dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kempen tersebut menggesa pengguna supaya berpindah kepada Massimo yang dikeluarkan oleh FFM sebagai ganti kepada Gardenia.

Sementara sumber kempen tidak dapat dipastikan, jualan Gardenia menurun, mendorong  syarikat tersebut mengeluarkan iklan yang ia bukannya syarikat kroni dan menafikan yang ia telah diarahkan oleh Bernas menghentikan pembelian tepung daripada FFM.

Dalam iklannya, Gardenia menegaskan ia membeli tepung dari Malayan Flour Mlls Bhd dan Prestasi Flour Mills Sdn Bhd hanya atas sebab sebab komersial.

Ia juga menambah bahawa sungguhpun Bernas ada kepentingan dalam pengilang  tepung berkenaan, ia tidak pernah mengarah atau memaksa Gardenia membeli tepung dari syarikat tersebut.

Pihak FFM pula mengiklan penafian sebarang penglibatan dalam kempen kotor terhadap Gardenia.

Pihak FFM juga menegaskan mereka sentiasa berpegang  dengan prinsip yang setiap perniagaan perlu beroperasi  dalam suasana persaingan yang adil.

“Kami amat bertuah kerana selama ini  beroperasi dalam pasaran yang mengamalkan nilai nilai ini”, kata FFM.

Komen daripada Blog DAH IKHWAN

Dari urutan peristiwa ini sebenarnya sukar hendak mengetahui pihak mana yang menjadi dalang kempen boikot Gardenia ini. Ini kerana sudah pasti ada beberapa pihak yang berkempetingan dalam hal ini, termasuklah pesaing pesaing dalam industri roti.  Tetapi, kita nampak dari peristiwa ini dan beberapa peristiwa yang serupa, kini wujud kempen secara berselindung atau terbuka untuk menjejas atau melemahkan perniagaan yang dimiliki atau dikuasai oleh usahawan Melayu/muslim.

DAH IKHWAN

Artikel yang berkaitan

1. Isu DNA Babi dalam Ramly Burger.

2. Senario Kekuatan DAP Selepas Pilihanraya Umum  13

3.Pilihanraya Umum tahun 2008 – Analisis Undi Mengikut Kaum

Barisan Nasional Winnable Candidates

‘Barisan Nasional (BN) will not put an age limit on the candidates in the coming 13th  general election,  no matter how many terms he has been serving, as long as the candidate can win(calon boleh menang). ‘ Datuk Seri Najib declared recently.

At first impression it appears that  Datuk Seri Najib has come out with  fair and excellent   criteria in the selection of  candidates for the coming general elections. This contrasts with the approach that  Pak Lah adopted in last 12th General Election in which special focus was on change, including extensive changes in the candidates line up. The Najib approach may even appear to be similar to that adopted in the recent Sarawak State Election.

In Sarawak,  BN  generally  fielded  not more than  25% new faces to contest  in the  election to ensure continuity of party policy as well as to prevent  sabotage by any disgruntled  incumbent left out in  the election.

In spite of the above, the recent  Sarawak State Election was not free from sabotage, though in a limited way. For example a new  BN  candidate  almost  lost to PAS in one DUN area because of sabotage from the previous YB who was not selected to defend his seat.

A defective strategy was adopted by  Pak Lah  in the last general election. At the 12th General Election held in 2008, he replaced too  many incumbents  in favour of new faces. This  affected party untiy and resulted  in sabotages in many constituencies. For example, in the states which were lost to the opposition,  BN introduced 41%  new faces in  Perak  and 62% in the Kedah DUN elections. A similar situation occurred in  Selangor.

In the above cases, it all seemed  too obvious that  Pak Lah and his men were too eager to  eliminate Dr Mahathir’s influence in  BN,  but failed badly because of this erroneous strategy. In contrast, Tan Sri Taib in Sarawak  was more practical and avoided to antoganise the ex Prime Minister while at the same time still maintaining loyalty to the current Prime Minister.

It is really difficult to decipher Najib’s  real intention in overemphasizing the need for winnable candidates. It is hoped  that as a leader of  caliber, he will not repeat the mistakes of his predecessor and   looking for excuses to put up his men in places too rapidly. Moreover,  it is really difficult to find out whether a person is a winnable candidate before the election, unless he has been a popular incumbent at least in the last  two elections.  Other factors  like a person’s capability and popularity can be  too subjective   to assess, let alone in an environment full of interested parties lobbying for their  candidates.

In the run up to the 13th general election, the issue of winnable candidates may need a greater focus only because there are too many seats now occupied by the opposition, to be exact more than 1/3, most of which were BN seats before. These are the seats that BN need to pay more attention to win back through the so called winnable candidates.

Actually, I have made ​​an empirical analysis  shortly after the 12th general election in 2008 on this matter, making use of data from   Parliamentary Elections  2008 and 2004 and analyzed by multiple regression method. Findings from this study confirm that incumbency is a significant factor in  votes obtained by a candidate in the elections. On average, a fresh candidate for Parliament in Peninsular Malaysia brings in   zero votes  on his personal influence and  up to 1400 votes if he is an  an incumbent for four times.

This Finding is  important and should be very relevant in determining the candidates,  especially in hotly contested areas.

Regard,

DAH Ikhwan

Kriteria Pemilihan Calon BN untuk PRU 13

Datuk Seri Najib mengumumkan hari ini,  ’Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.’

Beliau menambah, ‘Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.’

Pada zahirnya, saya rasa Datuk Seri Najib hari ini membuat satu keputusan yang tepat dalam perkara pemilihan calon untuk Pilihan Raya Umum ke 13. Ini berbeza dengan pendekatan di zaman Pak Lah dalam PRU 12 dahulu yang banyak memfokus kepada perubahan termasuk dalam pemilihan calon. Pendekatan kini banyak persamaannya dengan  cara BN Sarawak yang terbukti mantap dengan pendekatan yang lebih sistematik dalam perkara ini.

Di Sarawak, nampaknya  BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan sabotaj dalam pilihanraya yang dihadapi.

Dalam keadaan beginipun masih juga timbul risikonya, walaupun terhad dalam sedikit kawasan sahaja. Misalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru baru ini PBB(BN)  dengan calon muka baharu hampir kalah kepada PAS di  satu kawasan kerana sabotaj daripada bekas penyandang kawasan tersebut.

Kesan dari kesilapan  pendekatan BN di zaman Pak Lah sudah nyata. Pada PRU  12 dalam tahun 2008 PAK LAH terlalu banyak mengenengahkan muka  baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.

Dalam keadaan diatas nampaknya Pak Lah atau kuncu kuncu beliau mungkin  terlalu tergesa gesa  hendak melenyapkan pengaruh Tun Mahathir dalam BN sehingga tersalah membuat perhitungan. Sebaliknya di Sarawak Tan Sri Taib hanya mengambil sikap menyokong sesiapa  sahaja  Perdana Menteri yang ada, tanpa memusuhi mantan Perdana Menteri.

Kita berharap, Datuk Seri Najib, sebagai seorang pemimpin yang berkaliber,  perihatin tentang perkara ini, kerana soal siapa itu winnable candidate atau calon boleh menang adalah sesuatu yang subjektif melainkan seseorang itu merupakan calon penyandang yang telah memenangi kawasan berkenaan  beberapa kali sebelumnya. Faktor faktor lain adalah telalu subjektif  kerana sifat dan kemampuan seseorang itu sukar dinilai  dengan objektif, apalagi ramai orang yang berkepentingan  sudah tentu akan melobi PM untuk memilih calon cadangan mereka.

Pun demikian, ada juga wajarnya bagi Datuk Seri Najib memberi fokus kepada calon boleh menang kerana sesungguhnya BN terpaksa menengah ramai muka baharu kerana terdapat banyak kerusi DUN dan Parlimen, lebih daripada 1/3, yang kini dipegang oleh Pakatan Rakyat. Jadi soal pemilihan calon muka baru yang  boleh menang adalah perlu bagi merampas balik banyak kerusi yang hilang dalam PRU 12 yang lepas.

Sebenarnya, saya telah membuat satu kajian ilmiah sejurus selepas PRU 12 dalam tahun 2008 tentang perkara ini. Kajian ini menggunakankan data Pilihanraya Parlimen tahun 2008 dan 2004 dan dianalisis mengikut kaedah multiple regression. Dapatan dari kajian ini mengsahkan yang faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seseorang calon dalam pilihanraya. Pada puratanya seorang calon Parlimen di Semenanjung Malaysia menyumbang(atas pengaruh peribadi) sejumlah sifar undi jika beliau seorang calon muka baru, dan sumbangan meningkat sehingga 1400 undi bagi seorang calon penyandang empat kali.

Finding ini adalah amat penting dan perlu diambilkira dalam meletakkan calon dalam kawasan yang mana kekuatan kedua belah pihak itu seimbang.

Sekian wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh

DAH Ikhwan

Tahap Bahasa Inggeris Mahasiswa Universiti Masih Rendah

( Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel  bahasa Inggeris dalam akhbar The Star bertarikh 7 November, 2011 bertajuk ‘English Standard of undergrads still not up to par’)

Malaysia adalah setara atau telah mengatasi beberapa negara serantau dari segi pelaburan dalam pendidikan.

Tetapi, dalam soal kemampuan mahasiswa berbahasa Inggeris, ia  masih lagi merupakan satu isu di negara ini.

Dr. Marie Aimee Tourres, seorang felo kanan penyelidikan di Jabatan Pengajian Pembangunan di Universiti Malaya berkata, amatlah penting bagi siswazah menguasai bahasa Ingerris dengan baik supaya mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan  diperingkat global.

Bagaimanapun beliau  menambah  kata, ’ Malaysia adalah setanding beberapa negara di rantau ini dari segi nisbah belanjawan pendidikan kepada Keluaran Negara Kasar’.

Malah kata beliau, ‘Malaysia telah membelanjakan lebih daripada negara lain.’

Dalam Bajet 2012, sejumlah RM 13.6 bil telah diperuntukkan kepada sektor sosial, termasuk pendidikan, latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat.

Dr. Tourres juga berkata banyak perhatian telah diberi kepada latihan dan latihan semula siswazah, dan ini penting bagi meningkatkan kemahiran pekerja dan knowledge workers.

Bagaimanapun, kualiti pelajar di Universiti masih lagi menjadi isu.

‘ Bahasa pasti merupakan satu isu’ beliau memetik  satu terbitan Bank Dunia baru baru ini, The Road to Academic Excellence, satu kajian faktor  penyumbang kepada sesebuah Universiti Pengkajian bertaraf dunia.

Kajian tersebut membandingkan Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam satu Bab bertajuk, ‘Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura, satu rumpun tetapi mengikuti arah yang berbeza.’

Laporan tersebut menyatakan, manakala NUS bergerak selari dengan kehendak ekonomi yang bertumbuh dan berdayasaing diperingkat global dengan bahasa Inggeris berterusan menjadi bahasa pengantar dan bahasa penyelidikannya, UM  mulai beralih fokus mengikut  kehendak dalam negara, dengan  kemampuan berbahasa Inggeris mulai merosot dan di ambil alih oleh Bahasa Malaysia.

‘Generasi ini akan berhadapan dengan standard  dan persaingan antarabangsa dari sudut pasaran pekerjaan di peringkat global’, kata DR. Touress.

Beliau menyebut Pakistan, di mana beliau pernah memberi kuliah, sebagai contoh.

Di Pakistan, walaupun mereka bercakap pelbagai bahasa di sisi Bahasa Urdu, bahasa Inggeris mereka lebih baik daripada penguasaan oleh mahasiswa kita.

Beliau berkata ini menjadikan mereka lebih laris dalam environmen global.

Dr. Touress percaya jika sekalipun Malaysia memberi fokus yang lebih kepada bahasa Inggeris, bahasa dan budaya kebangsaan tetap akan maju jika pengajarannya dibuat dengan cara yang lebih menarik.

[Artikel ini di terjemah untuk memberi anda pendedahan kepada  pandangan antarabangsa diluar dari isu isu  politik tempatan].

Malaysia Mudah Menjadi Pangkalan Kegiatan Haram Antarabangsa

Tidak lama dahulu seorang kawan dari Singapura bertanya saya mengapa perlunya ada program pemutihan pendatang tanpa izin di Malaysia. Saya tersentak seketika dengan soalan ini,  mungkin kerana sebagai seorang rakyat Malaysia,  saya  menganggapnya sebagai perkara biasa sahaja. Saya  cuba menjelaskan yang program pemutihan perlu dilakukan oleh kerana terdapat terlalu ramai pendatang tanpa izin di negara ini.( Angka terkini menunjukkan ada seramai 2.3 juta pendatang asing di Malaysia, hanya seramai 1 juta sahaja yang datang dengan sah manakala 1.3 juta lagi merupakan pendatang tanpa izin).

Sebagai seorang rakyat Singapura, rakan saya tadi sungguh hairan mengapa keadaan begini boleh berlaku. Pertama, mengapa begitu ramai orang asing boleh menyusup masuk secara haram ke Malaysia. Kedua, yang haram tu mengapa  diputihkan pula. Bukan kah ini akan menggalakkan lagi jenayah tersebut dan memburukkan  kemampuan  Malaysia sendiri dalam mengawal keselamatan negara. Di Singapura, perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana pintu masuk ke Singapura dikawal ketat oleh kerajaan dengan kerjasama rakyatnya.

Nampaknya, dengan tidak disedari ramai keadaan pengawalan masuk pendatang haram ke Malaysia sudah sampai ketahap yang parah dan,  jika tidak dibendung, pasti  akan menjerumuskan  negara kedalam keadaan yang amat bahaya dimasa hadapan.

Yang membimbangkan, Malaysia kini menjadi sebuah pusat pelbagai kegiatan haram oleh anasir antarabangsa. Misalnya pihak kerajaan telah baru baru ini merekodkan kes kes pengugubahan wang haram  yang meliputi wang sejumlahRM 2.3 bil.

Pada tahun lepas, Polis telah berjaya menumpas 10 sindiket pengedar dadah antarabangsa yang melibatkan 115 kg dadah bernilai RM 9.7 juta. Sindiket ini terdiri daripada berbagai bangsa termasuk, warga Iran, Nigeria, Myanmar, Indonesia, dsb. Sebelum itupun pihak PDRM telah berjaya menumpaskan beberapa sindiket pengedar dadah antarabangsa  dari Mexico, Belanda dll. yang berbahaya yang menjadikan Malaysia sebagai tapak pengedaran dirantau ini. Kecekapan dan kejayaan pihak PDRM haruslah dihargai oleh rakyat dan orang ramai sepatutnya juga membantu menyalurkan maklum yang penting kepada PDRM dalam perkara ini.

Beringatlah apa yang akan terjadi kepada negara kita ini tanpa kecekapan pihak Polis Di Raja Malaysia dalam membenteras kegiatan sindiket dadah antarabangsa.

Terbaru, jenayah melibatkan pelajar IPTS dari Afrika semakin berleluasa. Mereka kerap terlibat dalam kes penyeludupan dadah, penggubahan wang haram,  penipuan dan memperdaya wanita tempatan. Jenayah ini berlaku dengan meluas membayangkan kegagalan pihak IPTS, Jabatan Immigresyen dan Kementerian Pelajaran Tinggi dalam membendung gejala ini.

Dalam menangani jenayah pelajar  warga Afrika di IPTS, Malaysia telah gagal melaksanakannya. Kita pasti peraturan sudah wujud dalam mengawas gerak geri pelajar asing. Kita nampak  di Australia, misalnya, kerjasama yang rapat wujud diantara pihak institut penjajian tinggi di sana dengan pihak Immigresyen. Laporan tentang kehadiran setiap pelajar di hantar oleh setiap institut kepada pihak immegresyen secara berkala. Pelajar yang kerap ponteng atau yang gagal tidak dilanjutkan visa, dengan itu mereka terpaksa keluar meninggalkan negara tersebut. Kesalahan tinggal melewati tempoh visa merupakan satu kesalahan serius di Australia. Pernah seorang pelajar muda  yang saya kenali disumbat kedalam penjara selama beberapa minggu atas kesalahan tersebut.

Mungkin sistem seperti itu juga wujud di Malaysia, tetapi kejayaan atau kegagalan setiap sistem bergantung rapat dengan  kecekapan dan kejujuran manusia yang mengendalikannya. Nampaknya, faktor kelemahan manusia selalu menggagalkan  kerja kerja penguatkuasaan yang sangat diperlukan. Kelemahan kelemahan ini sudah pasti berkait rapat dengan kerakusan pihak IPTS disamping  gejala rasuah yang melanda negara masakini.

Tindakan Kerajaan menggantung lesen 6 buah IPTS untuk mengambil pelajar asing adalah satu tindakan yang betul dan diharap akan dilaksanakan dengan tegas oleh kementerian yang berkenaan.

Tentang kebanjiran pendatang tanpa izin di negara ini, operasi pemutihan tidak harus dilaksanakan sebagai langkah  berterusan. Ia perlu dihentikan selepas operasi terkini, jika tidak kita akan terus berhadapan dengan masalah ini, malah lebih teruk lagi dimasa hadapan. Mulai sekarang kerajaan  dan seluruh masyarakat malaysia perlu lebih perihatin tentang gejala ini dan mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang usaha warga asing hendak menyusup masuk ke Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, kerajaan perlu mewujudkan hotline yang mudah dihubungi oleh setiap rakyat untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang kehadiran pendatang tanpa izin dikawasan mereka.

Salam,

DAH IKHWAN

Artikel Artikel Lain
1. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13

Tan Sri Robert Kuok – Usahawan Bersifat Realistik

Berikut ialah terjemahan artikel daripada  akhbar The Star bertajuk ‘Down To Earth Tycoon’ bertarikh 19 September, 2011.

Tan Sri Robert Kuok jarang kali bercakap kepada media, jadi tatkala  diinterviu oleh Central China Television (CCTV) baru baru ini, ia mendapat liputan meluas dalam akhbar berbahasa Cina tempatan.

Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.

Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan,  termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.

‘Saya suka hotel tetapi  gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV.

Diantara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau.

Kuok menyatakan sewaktu  mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas,  berada dalam keadaan  serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.

“Tetapi saya mengagakkan  ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat  kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.

Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China.

Kuok berkata perhotelan, sebagai sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat  pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.

“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau.

Ketika disoal sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri kerana beroperasi dalam  pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media, beliau menjawab tidak, kerana industri industri ini adalah saling berkaitan.

Sambil mengingati tahun tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan saudara saudara beliau telah menubuhkan syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus selepas kematian bapa beliau pada tahun 1948.

Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah, beliau mencadang melaburkan semua wang syarikat kedalam projek penapisan gula(sugar refinery). Ini kerana, selain tepung gandum, gula pasir juga amat penting dalan sektor makanan.

“Pasaran Gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu. Pada masa itu industri  teknologi maklumat belum lagi bermula.  Oleh itu sektor yang paling mudah untuk  meraih keuntungan ialah sektor refining(penpisan) gula”,  kata beliau.

Beliau juga berkata bagi mewujudkan empire perniagaan yang berjaya ia memerlukan kerja keras 90%, dan selebihnya ialah intelek(kebijaksanaan). Tentang kejayaannya dalam industri penapisan gula,  beliau berkata ini kerana beliau masih muda diwaktu itu dan boleh berbahasa Inggeris.

Beliau berkata, para peniaga yang beliau jumpai di London dan New York kagum atas kebolehan beliau, sebagai seorang berketurunan Cina, boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Beliau berkata  perlu pergi  ke lima hingga  enam buah pejabat setiap   hari sebelum makan malam dengan pegawai pegawai  syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura. Beliau tidur kira kira jam 1 malam

Saya rasa ramai orang lebih pintar daripada saya. Tetapi kegiatan mereka dimalam hari lebih teruk. Keesokan harinya mereka tertidur dalam pejabat. Saya tidak terlena, jadi lebih mudah meneruskan kerja.

Beliau berkata mereka yang ingin mencebur diri kedalam perniagaan perlu bersikap berani, jika tidak mereka tidak akan maju.

“Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada  peluang yang lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata beliau.

Kuok, yang  telah dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak tahun 2006 apabila ranking Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka pada wang.

Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan terus membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati bonus.

“Bonus pekerja untuk tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau menambah.

Kuok yang fasih berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau seringkali diingatkan oleh ibunya supaya jangan melupai asal usul mereka.

Dia mengakui ibu beliau sebagai orang yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu beliau selalu menasihati  supaya bersifat merendah diri dan membantu yang miskin, dan berharap beliau akan menjadi peniaga yang beretika baik.

Kuok ingat suatu peristiwa dahulu apabila beliau membeli sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah harijadi ibunya yang sudah berumur melewati lapan puluhan.

Sebaik sahaja ibunya  nampak kereta itu, beliau terkejut dan bertanya mengapa membeli kereta Mercedes  apabila sebuah kereta Jepun sudah cukup untuk beliau. Beliau  lantas mengembalikan kereta itu atas permintaan ibunya.

Kuok berkata ibu beliau mengenalpasti potensi beliau sebagai peniaga dan yakin yang beliau akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi ibu beliau bimbang yang beliau akan menjadi seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab, jadi beliau banyak memberi nasihat yang berguna serta menghindar sifat tamak.

Sudah tentu ibu Kuok begitu gembira sekali diatas kejayaannya  sekiranya beliau masih lagi hidup. Pasti beliau akan terus menasihat Kuok supaya terus bersifat merendah diri dan menolong orang miskin.

“Kasih sayang  saya kepada ibu adalah untuk selama lamanya” kata beliau.

Artikel Menarik:
1. Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13.
2. Wawancara dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 

Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi (MBE) – 2011

Konvensyen Memperkasa MBE yang dikelolakan oleh GABEM baru sahaja selesai di Kuala Lumpur baru baru ini dengan 25 resolusi untuk mempertingkatkan ekonomi Bumiputera. Dengan  25 resolusi ini,  tidak dinafikan bahawa  ianya menrangkumi perkara perkara  yang begitu luas , daripada perkara yang pokok hinggalah kepada perkara perkara yang kecil yang sukar untuk dinilai relevansi nya. Memandangkan ianya produk satu konvensyen yang disertai ramai peserta dengan kepentingan masing masing, tidak hairanlah ia menghasilkan begitu banyak resolusi.

Dalam Konvensyen Memperkasa MBE ini, sebanyak 25 resolusi telah dipersetujui.

Sesebuah Konvensyen itu sememangnya penting untuk meniup semangat masyarakat kearah matlamat yang ditujukan dan mampu menghasilkan rangka atau dasar kerajaan  kearah sesuatu sasaran. Ini telah berlaku dalam beberapa  Kongres Ekonomi Bumiputera sebelumnya yang menghasilkan Dasar Ekonomi Baru dan Model  Baru Ekonomi. Namun yang amat penting ialah resolusi yang dihasilkan, sama ada ia  cukup baik sebagai  landasan dasar ekonomi negara.

Diantara 25 resolusi yang disepakati, ada banyak yang tidak begitu relevan dan masih mencerminkan mentali Dasar Ekonomi Baru, iaitu yang secara tidak langsung menganjurkan  campurtangan kerajaan berterusan dalam ekonomi negara, terutama melalui  syarikat syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ini kerana secara tidak langsung ia menganjurkan suapaya  GLCs ini wujud berterusan dan dibebankan pula dengan tugas baru membantu pembangunan masyarakat.

Jika diteliti sedalam dalamnya aset Bumiputera kini sebahagian besarnya berupa saham dalam  syarikat syarikat GLC melalui pegangan dalam Amanah Saham Bumiputera. Kajian kita terdahulu pula telah membuktikan yang kadar pertumbuhan syarikat GLC  begitu perlahan sekali berbanding dengan syarikat dimiliki bukan  Bumiputera. Atas sebab ini kadar pertumbuhan ekuiti Bumiputera juga tidak cukup memberangsangkan dan jika dibebankan pula dengan tugas tugas masyarakat, ini pasti  memburukkan lagi kemampuan syarikat GLC untuk bersaing dalam pasaran.

Sepatutnya kerajaan kini mulai menswastakan syarikat syarikat GLC kepada golongan Bumiputera yang berkemampuan supaya ia diterajui golongan usahawan seperti juga hakikatnya dalam ekonomi bukan Bumiputera yang sentiasa meningkat maju.

Antara resolusi yang terpenting dihasilkan dalam Konvensyen ini ialah:

Unit Peneraju Agenda Bumiputera(TERAJU)

TERAJU yang ditubuhkan oleh kerajaan hanya awal tahun ini telah diberi tugas yang amat penting dalam agenda Bumiputera, jadi setakat ini keberkesanannya belum dapat lagi  dinilaikan.

Konvensyen telah menggesa kerajaan mempastikan Teraju melaksanakan dengan kadar segera semua program yang dirancangkan bagi mencapaikan matlamat penubuhannya. Dari segi pertubuhan pula Teraju disarankan mewujudkan wakil disetiap negeri bagi memudahkan segala urusan, khususnya bagi syarikat kecil dan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Husni Salleh menyatakan TERAJU tidak pernah ‘duduk  diam’  dalam memastikan kepentingan ekonomi Bumiputera sentiasa tepelihara dan ditingkatkan.

Beliau menyatakan pihaknya telah melaksanakan pelbagai program sejak Teraju diwujudkan seperti menganjur makmal Inisiatif Pembaharuan Strategik(SRI) dan makmal Projek Permulaan(EPP). Namun, katanya, sebagai sebuah badan strategik, Teraju lebih berperanan dalam menyelaraskan kerjasama diantara syarikat syarikat industri kecil dan sederhana Bumiputera dengan agensi kerajaan dan GLC.

Nampaknya TERAJU kini bergerak pada landasan yang betul. Kita berharap usaha diteruskan untuk menyiap program program disamping seterusnya mengkaji inisiatif inisiatif baru untuk dilaksanakan.

Memupuk budaya keusahawanan melalui pendidikan dari sekolah rendah hingga ke universiti.

Tidak dinafikan ini adalah satu inisiatif  yang tepat dan penting untuk menumbuhkan masyarakat usahawan Bumiputera. Ini kerana,  jika hendak melentur buluh, eloklah mulai dari rebungnya. Pendekatan ini perlu kerana budaya niaga belum lagi bertapak  subur dalam masyarakat Melayu. Sebarang usaha kearah ini di sekolah sekolah  sangatlah dialu-alukan. Bagaimanapun, sebarang kurikulum yang berkaitan perlu diteliti sehalus halusnya sebelum digunapakai bagi memastikan keberkesanannya. Ini penting kerana ini bukan sahaja soal pembelajaran tetapi lebih lagi ia meliputi penerapan suatu budaya(perniagaan)  kedalam masyarakat

Diperingkat paling asas, tidak dapat dinafikan kemahiran pelajar dalam matematik amat penting kerana ia merupakan asas penting dalam perniagaan. Adalah amat sukar hendak beniaga jika si peniaga tidak berminat merancang perniagaan dan mengira untung rugi  yang memerlukan matematik asas. Tanpa pengetahuan matemik, pengawalan dalam perniagaan menjadi terlalu longgar samaada dalam hal kawalan stok, kawalan kredit dan dalam memupuk sikap dan disiplin kerja yang tinggi dan menepati waktu. Kita semua sudah maklum betapa mahirnya pelajar pelajar sekolah Cina dalam pelajaran matematik yang banyak membantu mereka dalam perniagaan.

Budaya keusahawanan bukan sahaja terhad kepada pelajaran matematik, tetapi ia amat luas termasuk  fokus kepada nilai nilai perniagaan yang baik yang perlu diterapi atau dibudayakan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya. Ini termasuk disiplin kerja dan disiplin kewangan yang baik  serta sikap positif terhadap risiko perniagaan dsb.

Pastikan Model Baru Ekonomi dilaksanakan secara Meritokrasi dengan telus tanpa sebarang penyelewengan

Ini adalah satu syarat yang amat penting dan memerlukan komitmen yang teguh daripada pihak kerajaan. Jika tidak ketirisan akan berleluasa atau program tidak akan menepati kumpulan sasaran yang ditetapkan seperti berlaku dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baharu terdahulu. Ini bererti pengagihan kontrak, permit dan dana kerajaan untuk usahawan Bumiputera dilaksanakan dengan cekap dan telus dan menepati ciri ciri meritokrasi. Dalam masa yang sama kerajaan perlu menjauhi pengagihan berasaskan pertalian  politik atau keluarga.

Dalam hal ini pengumuman Perdana Menteri yang kerajaan akan membantu membangunkan syarikat Bumiputera melalui perlaksanaan sistem meritokrasi sangatlah dialu-alukan. Dengan cara ini kita yakin ia akan dapat melahirkan usahawan  yang berkemampuan dan tulin.

Memupuk dan Meningkatkan Jatidiri 

Resolusi ini menganjurkan  supaya memupuk dan meningkatkan jatidiri Melayu/Bumiputera agar mempunyai keupayaan berdayasaing secara mapan. Resolusi ini memandang dari sudut setiap individu Melayu, atau jatidiri yang pada hakikatnya menjadi penggerak utama didalam setiap individu. Jika sifat yang betul dapat ditanam didalam masyarakat, ia  sebenarnya menjadi  faktor utama yang menentukan kejayaan Melayu dalam perniagaan.

Masalahnya, dapatkah jatidiri sesuatu bangsa di ubah atau dipertingkatkan, berapa lama masa diperlukan sebelum mencapai peningkatan dan apakah suasana sekeliling yang kondusif kearah ini?

Bagi bangsa lain seperti bangsa Cina, Jepun, Korea dan bangsa bangsa Barat, mereka telah memiliki jatidiri yang serasi dengan alam perniagaan sejak yang telah dipupuk  zaman berzaman. Misalnya mereka mencari dan menggumpul harta sebagai satu matlamat yang diterima baik oleh masyarakat tanpa kekangan agama. Dengan ini mereka sanggup menggambil risiko dan berkerja keras kearah matlamat ini. Sikap masyarakat mereka lebih kondusif dengan alam perniagaan, menjadikan mereka lebih mudah memahami masalah yang dihadapi setiap usahawan. Dengan itu, sikap saling membantu dikalangan keluarga dan dalam masyarakat menjadi lebih meluas.

Bagi masyarakat Melayu/Islam faktor faktor diatas belum begitu jelas. Ia perlu disepakati masyarakat supaya mampu bergerak bersama kearah matlamat yang ditujui. Dalam soal ini soal motvasi atau pengerak utama dalam alam perniagaan Melayu/Islam perlu di fahami dan disepakati.

Kita yakin faktor faktor diatas merupakan isu utama yang perlu ditangani bagi menjayakan Model Ekonomi Baru. Kemampuan masyarakat Melayu berganjak daripada ‘comfort zone’ yang ada akan menentukan kejayaan ekonomi bangsa Melayu dimasa hadapan. Secepat mana masyarakat boleh maju banyak bergantung kepada kesungguhan masyarakat hendak berubah disamping komitment kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan berlandaskan meritokrasi.

Sekia, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH Ikhwan

Sila rujuk artikel artikel berkaitan seperti di bawah:

1. Evolusi Budaya Niaga dan peranan Kerajaan

English Language Teachers in Malaysian Schools

We wish to welcome the recently announced government initiative to bring in 300 American Voluntary teachers to teach in rural schools in the country. This program which is similar to the American  Peace Corp volunteer programme in the sixties was announced recently by the Deputy Prime Minister. It was also indicated that, in spite of being vountary in nature, this program will still cost the government RM 1.4 mil. to cover the cost of transportation and allowance for these teachers who newly graduated from universities in their country.

The importance of  the need to improve  command of English language among our students cannot be overemphasized. Tun Mahathir, the foremost proponent of teaching of English  in schools, has elaborated many times on its importance to Malaysia in order to be competitive in this globalised era.

However, in view of the cost implication of the entire program, the government should look into the sourcing of English language teachers carefully, including from our own country.

It is easy to understand why  young Malaysian teachers of the language are mostly not up to the mark,  given the language environment in which  they were brought up.  But the government should not forget that there is an older generation of Malaysians who are still around and healthy, despite their age, who may be interested to take up the challenge to teach English in schools. These individuals are  now  in the 55 to 65 years age group and have retired  from service. Many of them were brought up in English Medium schools and worked  with the government or the private sector where English was the language of communication,  an environment which more than qualify them for the teaching  job.

It may be argued that these individuals may not be suitable for the job since they were not trained to teach. We  believe this is not a big issue since they can be given a short training course in teaching. Moreover, because of their age and life experience, they  should be more familiar in children psychology which is an important ingredient in teaching school children.

In these older individuals, they remember how they  struggled to master the language and how they overcame  initial shyness or timidness to speak in the language. Once they overcame such fear, they began to speak the language as if it is their own. Even now, long after retirement they find it easier to express themselves in English than in their own mother tongue. That is why  you always notice that meetings,  discussions  or TV interviews often revert back to English after initial salutations  in Bahasa Malaysia by the speakers.

The above traits are not  present  in most Malaysian students nowadays, except those brought up in international schools or in  English speaking families. A normal Malaysian student may listen and understand English, but one easily notice shyness and lack of confidence  once  opening their mouth to speak in the language.

If given the right opportunities, these older individuals should be able to create a more conducive  environment in the teaching of English in a classroom. After all, to command a language, one does not only have to understand it and it’s grammer, but more so,  one has to to speak it confidently as a means of communication in any environment he is in.

The above proposal may  even  be  better than one being implemented by the Ministry of Education involving language teaching experts from the UK.  We understand from news reports that these experts do not teach in classrooms, but rather assigned tasks to better prepare Malaysian teachers in teaching the language.

It is doubtful whether these express courses for the  Malaysian teachers could successfully upgrade their abilities to the expected standard.  Firstly, English being a forein language takes a long time to master.  Secondly,   inability to master the language will make it difficult for the teacher  to lead the class to speak the language and create a conducive atmosphere.

Any English medium student should be able to remember how difficult it was to catch up in his  English lessons. As for me, I joined  a top English medium school in form one and it took me more than four  years to be fairly proficient in the language. Being slightly above average in mental capacity, it still took me that long.  So one  may wonder how an average student in a Malay medium environment could perform under supervision of Malaysian teacher half baked in English language.

DAH Ikhwan