Gallery

Pilihanraya Umum 2008-Analisis Undi DUN Kedah

Dalam artikel ini saya akan menyampaikan hasil ‘analisis ststistik secara multiple regression’ kepada keputusan pilihanraya DUN kedah. Janganlah risau sangat dengan istilah statistik yang saya pakai diatas, kerana kebanyakan pembaca tidak perlu tahu formulanya, yang penting ialah ia berasas kepada formula statistik yang tradisional dan sudah berdekad dekad dipakai diseluruh dunia dalam bidang ekonomi dan sains. Bagi mereka yang mahir pula, mereka boleh beri komen membina, demi untuk menyampai hasil penyelidikan yang sahih untuk kesejahteraan sosial dan politik negara.

Setelah membuat kajian atas data Pilihanraya DUN Kedah, saya dapat mengenali impak sebenar beberapa isu yang selalu diwarwarkan oleh media dan orang ramai. Isu pertama ialah benarkah kekalahan BN di Kedah antaranya disebabkan oleh penempatan calon. Saya dapati isu ini adalah betul kerana hasil kajian menunjukkan faktor calon tidak memberi kesan apa apa di Kedah, bermakna sumbangan sifar kepada keputusan DUN Kedah, berbanding dengan keputusan di Seluruh Semenanjung yangmana faktor calon didapati sungguh signifikan. Dalam Keputusan Parlimen Semenanjung faktor pengalaman calon adalah positif, mulai sumbangan sifar untuk calon baru hinggalah sumbangan 1144 undi untuk calon yang telah berkhidmat empat penggal dikawasannya. Di Kedah pula hasil kajian regression model menunjukkan setiap calon tidak membawa sumbangan yang signifikan kepada keputusan pilihanraya, seperti telah dijangka. Ini mungkin bertepatan dengan keadaan yangmana lebih separuh calon merupakan muka baru, yang lainnya hanya telah berkhidmat satu penggal!!! Di sini BN Kedah perlu mengambil iktibar daripada BN Sarawak yang lazimnya mengekalkan calon cukup lama dan sungguh berhati2 sebelum menukarkannya.

Soal kesetiaan kepada BN, hasil analisis menunjukkan faktor ini masih signifikan di Kedah walaupun telah merosot berbanding dengan keadaan diseluruh Semenanjung. Masalah ini perlu kajian selanjutnya kerana sukar hendak dipastikan samaada ini fenomena sementara atau akan berterusan. Ada kemungkinan ia berupa sementara kerana inilah kali pertama Tun Dr. Mahathir tidak menerajui jentera pilihanraya BN, dan sentimen orang Kedah, mereka yang lebih tahu, selepas Tun Mahathir bertelagah dengan Pemimpin BN sekarang.

Faktor undi Melayu juga lebih rendah daripada Seluruh semenanjung iaitu 44% Melayu dikenalpasti mengundi BN berbanding 52% bagi seluruh Semenanjung. Penemuan ini konsistan dengan suasana diKedah dimana parti PAS memiliki pengaruh yang signifikan. Angka ini juga mungkin disebabkan oleh peratusan rendah pengundi kaum lain yang turun mengundi sebagai protest votes kepada BN.

Undi Kaum Cina dan India di Kedah didapati tidak memberi sumbangan  signifikan kepada BN dalam Pilihanraya Umum 2008.

Akhir sekali hasil kajian juga menunjukkan hanya 66% undi BN dapat di explain dan 34% tidak dapat diexplain oleh regression model ini. Ini mungkin menunjukkan pergolakan yang luar biasa disekitar tempoh pilihanraya di Kedah yang menghasilkan 34% undi yang tidak konsistan. Walaubagaimanapun kajian seterusnya akan dibuat tentang hal ini.

Diharap mendapat perhatian dari orang orang UMNO, terutama yang di Kedah dan tidak lupa juga yang baru meninggal UMNO,tetapi masih setia. Insya Allah saya akan membuat kajian komprehensif tehadap Undi PKR di Selangor dalam artikel yang akan datang.

Jangan lupa baca artikel light reading di bawah bertajuk Tinjauan Keluar Negara.

Dibawah saya perturunkan model regression penuh untuk Keputusan Pilihanraya 2008 untuk perhatian mereka yang mahir dengan proses statistik ini, bagi kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah:

BN(dk) =o.4426M+.1117Ch+.19Ind+3446.3BN(t-1)

T value (10.507) ( 0.882) (1.354) (2.544)

Constant = 0 R2=0.66 No. of observation=32

Ini berbanding dengan model yang di dapati bagi seluruh semenanjung seperti berikut:

BN= -17351.48+0.520M+0.381Ch+0.083Ind+286.327Cs+304.0BN(t-1)

T value (24.599) (14.143) (1.023) (1.698) (14.385)

R2=0.81 No of observation=164

BN=BN votes in Peninsular, BN(dk)=BN votes for DUN Kedah, BN(t-1) =BN votes in previous election

M=Malay votes, Ch=Chinese votes, Ind=Indian votes

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH Ikhwan

Copyrights reserved. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan.

Reminder:[Comments are welcome, but please refrain from making libelous, seditious or defamatory comments]

About these ads

One response to “Pilihanraya Umum 2008-Analisis Undi DUN Kedah

  1. Saudara,analisis saudara memang baik.Saya mengandaikan saudara adalah penyokong BN.Jika bukan penyokong pun,sekurangnya seorang penganalisis yang bebas.Saya cuma ingin memfokus kepada faktor undi pengundi yang terdiri daripada ahli umno (berdaftar spr)Keseluruhan negeri Kedah saya ingin memberi peratusan yang hampir tepat iaitu 31%. pengundi ialah ahli umno yang mendaftar mengundi di daerah mengundi masing-masing adalah 24%.5% adalah pengundi luar yang berada di DUN yang berbeza tetapi didalam parlimen yang sama.2% pula adalah pengundi daripada luar kedah yg mengundi di dalam kedah.angka ini diperolehi melalui sistem kajian data satu agensi yang memantau kehadiran pengundi (head counting) daripada 2 minggu sebelum dan pada hari pilihanraya.daripada keseluruhan 31% yang dikategorikan didalam kawasan sewaktu musim pilihanraya,29.4% keluar mengundi (kaedah pemantauan dirahsiakan).dan drp 29.4% ini,hanya 15.2% sahaja yang hadir ke pondok panas bn pada hari mengundi.selebihnya terus ke tempat pembuangan undi.disini saya berharap agar saudara boleh membuat apa-apa kesimpulan atau faktor penyebab.dengan lebih terperinci,perubahan kecenderungan sokongan pengundi berubah hampir 60% pada 5-8 mac termasuklah dikalangan 31% ini.ini disedari secara langsung dengan kehadiran golongan 2% pada hari2 menjelang pru-12.mengapa?pada saya golongan 2% ini memberi impak/pengaruh pada kecenderungan pengundi.(kebanyakannya ahli keluarga masing-masing dalam rangkaian yang luas).diharap tidak menyalahkan golongan ini kerana menyebarkan info-info yang ‘menjejaskan’ sokongan dlm konteks demokrasi.saya masih berpegang pada kepada pendirian saya bahawa ahli umno adalah penentu keputusan pilihanraya di kebanyakan daerah mengundi dan dun di negeri kedah.ini kerana perubahan majoriti menang atau kalah byk dipengaruhi oleh perubahan sokongan pengundi ahli umno yang berada di lebih 98% kawasan mengundi.contoh paling mudah saya beri ialah,jika satu daerah mengundi itu terdapat 100 pengundi aktif,ahli umno dalam lingkungan 30%,penyokong pembangkang 20%,ahli parti komponen 10%.selebihnya ialah golongan atas pagar(gap) 40%.GAP pula arah sokongannya rata-rata dlm lingkungan 60-70% adalah penyokong BN melalui kajian yang dijalankan sehingga hari menjelang pru-12.undi pembangkang memang konsisten.jadi apabila berlaku perubahan sokongan 30% ini,secara langsung akan terjejaslah keputusan di daerah mengundi masing-masing sehingga kepada kerusi DUN dan Parlimen.
    Faktor yang mengubah?saya serah pada pemikir strategi politik untuk membuat bedah siasat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s