ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PETRONAS

Sejak beberapa minggu yang lepas rakyat telah diresahkan oleh kenaikan harga minyak. Banyak maklumbalas yang telah kita baca samaada dalam media massa, dalam laman laman web di internet, mahupun melalui percakapan harian rakyat dalam tempoh tersebut. Tidak kurang pula demonstrasi demonstrasi yang telah dianjurkan oleh parti parti pembangkang di sekitar Kuala Lumpur. Di luar negara juga kita baca berita yang serupa di banyak negara.

Saya mula mulanya berasa berat juga hendak menulis sebuah artikel tentang hal ini, memandangkan ia banyak memerlukan maklumat dan data yang pada ketika itu belum lagi jelas. Tetapi akhirnya setelah mendapat cukup data yang diperlukan, saya berasa terpanggil menulis artikel yang lebih objektif dan komprehensif yang saya harap dapat menerang dengan lebih saksama dan jelas tentang perkara ini.

Saya percaya bahawa kesan kenaikan harga minyak kali ini adalah yang paling berat dialami oleh rakyat Malaysia, terutama yang tinggal di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mereka yang terpaksa berulang alik berpuluh kilometer ketempat kerja setiap hari. Di beberapa tempat yang lain diMalaysia saya rasa kurang memeritkan, seperti bagi mereka yang tinggal tidak begitu jauh dari tempat kerja mereka.

Perbandingan Impak Sebenar Antara Negara

Biasanya impak seperti ini banyak dirasai di negara sedang membangun dan di negara miskin. Di negara maju pula masalah ini kurang dirasai rakyat mereka dengan adanya sistem pengangkutan awam yang baik, disamping impak sebenar yang rendah kerana kuasa beli rakyat yang tinggi di sana.

Oleh kerana ini suatu fenomena global, pertama adalah elok kita bandingkan kenaikan harga minyak di Malaysia dengan negara negara lain. Dengan cara ini kita boleh bandingkan kesan yang kita hadapi dengan kesan dialami di negara negara itu. Di bawah saya perturunan perbandingan harga petrol dibeberapa buah negara:

Publication1

Berbanding dengan negara lain harga di Malaysia tidaklah sebegitu tinggi, hanya kurang daripada separuh paras harga petrol di negara maju. Walaubagaimanapun, Jika diambil kira pariti kuasa beli di sini dan di negara negara itu, Impak Sebenar Harga Petrol kepada rakyat Malaysia sememangnya lebih berat daripada setengah setengah negara maju, tetapi jauh lebih rengan daripada bebanan dialami di negara negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Kolum tiga di atas menunjukkan impak sebenar bagi setiap negara berbanding dengan di Malaysia. Misalnya dengan indek impak sebenar di paras 100( Malaysia sebagai kes asas), di Indonesia indeknya ialah 392, iaitu 292% lebih berat daripada yang kita alami, di Thailand 127% dan UK 12% lebih berat, manakala di Singapura dan Jepun impak sebenar masing masingnya 38% dan 16% lebih rengan daripada di Malaysia.

Subsidi Minyak

Sekarang mari kita meninjau kembali senario kenaikan harga minyak sejak tahun 2005 untuk memahami kadar kenaikan harga dalam tempoh tersebut. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan harga diantara tahun 2005 dan 2008:

Publication1

Jadual diatas menunjukkan harga minyak dunia telah naik 107% sejak tahun 2005, berbanding kenaikan harga petrol dalam negeri sebanyak 56% sahaja. Jika mengikut peratusan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, harga petrol dalam negeri kini sepatutnya RM3.14 seliter. Dalam hal ini Kerajaan telah menetapkan harga petrol di paras RM2.37 seliter, mencerminkan subsidi dengan kadar melebihi 25%. Ini kerajaan lakukan dengan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM15.5 bil pada tahun ini.

Ulasan Kritik Subsidi Minyak

Pengkritik dari parti pembangkang, terutama Anwar Ibrahim sendiri, sering mendakwa bahawa subsidi yang dimaksudkan oleh kerajaan bukanlah subsidi yang sebenar kerana kerajaan dan Petronas tetap menikmati keuntungan yang bertambah ekoran kenaikan harga minyak. Jadi, beliau dakwa, apalah salahnya kerajaan menggunakan lebih banyak dari hasil petroleum ini untuk menurunkan harga minyak petrol dan diesel.
Beliau juga mendakwa, dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, beliau mampu mengekalkan harga petrol diparas RM1.10 seliter, untuk kepentingan rakyat. Tapi apa yang beliau tidak cakap harga minyak dunia diketika itu juga tidak banyak berubah dan hanya kekal dengan harga purata di sekitar USD 20.00 setong.

Hujah hujah politik begini sungguh mengelirukan rakyat yang tidak sempat mencari fakta sebenar disa’at sa’at akhir kempen pilihanraya.
Perlu juga diingatkan bukan semua keuntungan dalam industri minyak negara di miliki oleh PETRONAS dan Kerajaan Malaysia. Walaupun negara memiliki sebahagian besar dari hasil minyak, tetapi sebahagiannya pula sudah pasti dimiliki rakan kongsi PETRONAS dalam production sharing contracts(PSC) dan syarikat syarikat minyak asing yang beroperasi dalam sektor hiliran industri minyak, seperti EXXON, SHELL, BP, ESSO, dsb.

Apa yang kita nampak Kerajaan sebenarnya sudah menggunakan sebahagian besar daripada hasil minyak dimilikinya(termasuk dari PETRONAS) berjumlah kira kira RM50 bil setiap tahun(melebihi 25% perbelanjaan negara) untuk subsidi produk petroleum, gas dan sektor sektor lain seperti makanan, pelajaran, pengangkutan dsb. dalam tahun 2008 dan tahun tahun selepasnya. Ini adalah jumlah yang amat besar untuk subsidi, memandangkan kerajaan memerlukan wang amat banyak untuk perbelanjaan Pembangunan dan perbelanjaan Pengurusan. Adalah diharapkan kerajaan mengambil perhatian serius meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan menyalurkan pembiayaan yang mencukupi untuk pembangunan sektor ini

Maka, sebarang dasar yang memberi subsidi petrol berlebihan kepada pemilik kenderaan adalah suatu pembaziran yang akan menjejaskan pembangunan negara, termasuk pembangunan sektor pengangkutan awam.

Dasar Menstruktur semula Subsidi Menguji Dayatahan Rakyat

Dalam menempuh sa’at getir kini, kita harus bersyukur Parlimen Malaysia telah meluluskan dasar menstruktur semula harga minyak negara. Ini suatu keberanian luar biasa Pak Lah sebagai pemimpin negara kerana berpegang kepada suatu dasar yang tidak popular, tetapi kritikal bagi meneruskan kemajuan dan kemakmuran negara kearah Wawasan 2020. Ini kerana dasar ini merupakan titik permulaan bagi reformasi kearah pegagihan khazanah negara secara effisien sambil megurangkan mentaliti subsidi rakyat yang telah dibiar berakar umbi sejak zaman berzaman.

Reformasi? . . .Ia, saya ingin ucap syabas kepada Pak Lah. Sama ada beliau suka dengar ini atau tidak, pada pendapat saya dia lah bakal bapa reformasi sekiranya langkah langkah beliau ambil kearah ini berterusan. Ini termasuklah reformasi dalam sistem pentadbiran ekonomi negara, sistem Keadilan(judiciary) negara, reformasi dalam pentadbiran memerangi rasuah dsb.

Reaksi rakyat kepada kenaikan harga minyak sungguh menguji dayatahan rakyat Malaysia dalam mengharungi sa’at sa’at yang genting. Kita harus bersyukur hampir semua wakil Barisan Nasional di Parlimen telah bertindak bijak dalam hal ini. Kini kita rakyat Malaysia bagaimana pula? Disa’at inilah kita sungguh sungguh teruji. Adakah kita sebagai suatu bangsa memiliki dayatahan yang cukup untuk menjadi suatu bangsa yang maju dan di segani di mata dunia( Semua bangsa berjiwa besar memilikinya). Atau adakah sebaliknya kita hanyalah suatu bangsa yang lemah dan melengkung dek sekadar berhadapapan dengan krisis minyak yang tak seberat yang dihadapi rakyat negara negara jiran?

Penutup

Malaysia tidak mampu menjejaki langkah Arab Saudi dan Brunei dengan harga minyak yang sangat murah untuk jualan dalam negeri. Dengan anugerah semulajadi, simpanan minyak dan pengeluaran tahunan mereka begitu tinggi sekali dan hampir kesemuanya untuk eksport. Disamping itu perbelanjaan pembangunan mereka juga kecil, kerana dasar kerajaan yang kurang mementingkan pembangunan negara. Negara negara ini bukanlah yang harus kita contohi kerana keadaan rakyat kita jauh lebih maju dalam segala bidang, hasil daripada dasar pembangunan yang baik.

Dalam suasana yang berbeza, di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat, sungguhpun harga minyak lebih tinggi, rakyat mereka memikul bebanan  tidak seberat di Malaysia, kerana pendapatan rakyat yang tinggi. Disana harga minyak ditentukan oleh pasaran bebas, dan kerajaan mereka tidak perlu menangung beban subsidi satu sen pun untuknya.  Bagi rakyat Malaysia, dengan bebasnya negara daripada mentaliti subsidi, Insya Allah kita juga mampu menuju kearah ini selepas kita mencapai taraf sebagai negara maju nanti.

Sila lihat artikel yang berkaitan ‘Mengapa Petronas harus di Polikkan?’

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga Negara Malaysia sentiasa di berkati Allah

DAH Ikhwan

Sila baca artikel artikel berkaitan:

1. Dua Harga Petrol dan Beras

2.Kerajaan Batal sekim subsidi baru Petrol

About these ads

4 responses to “ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PETRONAS

  1. harga di Malaysia rm2.37 ka?
    bukankah rm2.70 seliter…

  2. maaf tentang komen sebelum ni yang saya terlepas pandang tentang rebet…

  3. Haha!
    Thun 2020 .
    agk2nye brpe larh harga minyk sliter kan?..

  4. sy bharap agar harga minyak an dpt dikurngkan……. aniwe, tanks 4 d infos

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s