Gallery

Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetiaan Ahli Parlimen dan Pengundi

Ketika Anwar Ibrahim mulai menghebohkan hasrat hendak menawan Putrajaya, beliau memberi gambaran yang ramai Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai kerajaan baru. Kenyataan beliau sungguh memeranjat serta mengelirukan. Memeranjatkan kerana dikhuatiri kemungkinan beliau betul betul mendapat sokongan ramai MP dari Sabah, kerana perkara seperti ini pernah berlaku di peringkat negeri di sana. Tetapi setelah penafian demi penafian di buat oleh MP dari Sabah timbul pula tandatanya tentang kesahihan dakwaan Anwar itu.

(Sila lihat juga pembetulan dan update 4 Ogos 2010 di bawah artikel ini)

Di Sarawak pula, rakyat di sana terkeliru sebab sudah sekian lama tak dengar orang lompat parti. Yang pernah lompat dua puluh tahun dahulu langsung tenggelam, kalah dalam pilihanraya berikutnya, hingga sekarang tak timbul timbul. Sebab itu MP Sarawak tak payahpun nak menafi dakwaan Anwar, sebab mereka sungguh arif akibat melompat ke parti lawan.

Di Semenanjung pula perkara lompat parti ini agaknya suatu ide atau kaedah penemuan baru Saudara Anwar. Ini pernah berlaku secara kecil kecilan diperingkat negeri dahulu, itu pun dari Parti pembangkang ke parti kerajaan di Kelantan. Yang ini lain pula, dari parti kerajaan ke parti yang ingin nak jadi kerajaan.

Sungguh mengelirukan! terutama bagi orang orang UMNO, yang kini berhadapan dengan bermacam macam masalah dalaman, misalnya dahulu Muhyddin Yassin sokong peralihan kuasa, hari ini lain pula ceritanya. Semalam si Zaid Ibrahim cabar Muhyddin letak Jawatan, hari ini dia sendiri pula yang letak Jawatan. Semalam Tun Mahathir Keluar Parti, hari ini beliau mohon nak masuk balik!

Sungguhpun demikian, ini tidaklah bermakna UMNO dalam kedudukan begitu lemah seperti di gembar gemburkan oleh Anwar. UMNO memiliki pengaruh dengan jaringan akar umbi yang meluas di Semenanjung Malaysia, berbanding PKR yang banyak bergantung dengan kekuatan Anwar semata mata.

Dalam pilihanraya tahun ini UMNO telah mendapat sokongan kira kira 1.87 juta undi Melayu dari 112 Kawasan Parlimen, manakala Barisan Nasional mendapat 2.28 juta undi Melayu di Semenanjung Malaysia.Sebagai perbandingan PKR hanya memperolehi kira kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang di tandinginya di Semenanjung.

Jika sesungguhnya ada Ahli Parlimen UMNO yang hendak melompat parti, sebenarnya beliau berhadapan dengan banyak risiko dalam kerjaya politiknya. Untuk menilai risiko yang dimaksudkan, bacalah artikel ini dan fikirlah sejenak.

UMNO bukanlah sebuah parti baru  yang mudah tenggelam. Sama seperti PAS, masing masing ada landasan perjuangan kukuh. Selagi parti parti ini berada di landasan perjuangan asalnya, Melayu tidak akan sanggup meninggalkannya. Ini bukanlah andaian semata semata, kerana ini terbukti secara analisis data statistik keatas keputusan beberapa pilihanraya yang lepas. Ini telah dibuat untuk Barisan Nasional dahulu (lihat artikel ‘Malaysia’s General Election 2008 Results : A Comprehensif Analisis’ bertarikh 10 Mei).

Kali ini analisis yang serupa dibuat tetapi khas untuk UMNO yang telah memenangi 79 kerusi(66 kerusi di Semenanjung dan 13 di Sabah). Berasas dengan model equation yang dihasilkan dalam para. Kaedah Analisis di hujung artikel ini, saya perturunkan estimates keputusan pilihanraya umum 2008 untuk kawasan P. 160 Johore Bahru sebagai contoh:

Butir butir                                       Kiraan undi mengikut model                 undi sebenar

Undi Melayu                                        (0.54×31,035) =16,758

U ndi Cina                                             (0.39×26733) =10,426

Undi India                                                   (0.05×2876) = 144

Undi Setia UMNO                               (320×87.5%) =27,968

Undi sumbangan Calon                              (313×5) = 1,567

Konstant                                                                      – 19,015

Jumlah undi UMNO                                           37,847                                     43,143

Dalam contoh diatas, peratusan undi umno pada pilihanraya sebelumnya, yang mencerminkan undi setia umno, menyumbang sebanyak 27,968 undi dan faktor status calon hanya menyumbang 1,567 undi sahaja.Kelebihan undi sebenar sebanyak 5296 berbanding kiraan model tidak dapat di explain, besar kemungkinan  kerana faktor populariti khas calon  Datuk Shahrir Samad yang bertanding dalam kawasan  P.160 ini.

Kesimpulan

Dengan hasil kajian diatas, bolehlah disimpulkan seramai 54% dari pengundi Melayu yang turun mengundi pada pilihanraya tahun 2008 telah mengundi UMNO, berbanding sebanyak 39% bagi kaum Cina dan 5% bagi kaum India.

Sebilangan besar pengundi telah mengundi kerana setia dengan parti, manakala sumbangan undi atas sebab populariti khas calon juga agaknya tinggi. Bagaimanapun seseorang calon biasa hanya mampu memperolehi undi individu yang marginal sahaja, tidak melebihi 1,600 undi dan kira kira 83% calon umno adalah dalam categori ini.

Berbanding keputusan pilihanraya tahun 2004, hasil  analisis menunjukkan peratusan undi Melayu untuk UMNO hanya menurun kira kira 3.3% sahaja,  mengambarkan keadaan lebih baik  dari tanggapan umum. Ini lebih baik daripada prestasi Barisan Nasional yang kehilangan 10% undi Melayu, secara tidak lansung menggambarkan kemerosotan sokongan Melayu kepada parti MCA, MIC dan GERAKAN.

Implikasi daripada hasil kajian diatas menunjukkan, sekiranya seseorang Ahli Parlimen UMNO melompat parti ke Pakatan Rakyat, beliau akan kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum yang akan datang oleh kerana kedudukan UMNO yang teguh dalam kawasan tersebut dengan regression coeficient undi Melayu 0.54 dan coeficient kesetiaan pengundi 320. Natijah ini relevan untuk calon biasa, merangkumi 83% daripada keseluruhan calon UMNO.

Anda mungkin bertanya, jika begitu, mengapa UMNO boleh kehilangan begitu banyak kerusi kepada Parti Pembangkang dalam pilihanraya tahun ini. Jawapannya ialah kerana larinya sokongan secara mendadak dari kaum India dan Cina, dan bukan kerana kehilangan undi Melayu yang banyak. Sebenarnya, UMNO telah kehilangan separuh undi Cina dan hampir semua undi India dalam pilihanraya tahun ini.

Untuk kegunaan mereka yang mahir dengan kaedah analisis multiple regression saya perturunkan kaedah terperinci di bawah.

KAEDAH ANALISIS

Untuk analisis ini kita telah menggunakan keputusan pilihanraya tahun 2008 pada 110 kawasan pilihanraya Parlimen ditandingi UMNO di Semenanjung Malaysia.

Hipotesis yang digunakan ialah jumlah undi diperolehi UMNO bergantung kepada jumlah pengundi Malayu, Cina dan India, pertusan undi dimenangi dalam pilihanraya sebelumnya dan bilangan penggal calon telah memegang kerusi yang ditandingi.

analisis multiple regression dibuat keatas data pilihanraya 2008 yang dikumpul dengan menguji beberapa model. Model yang best fit kepada keputusan pilihanraya telah dipilih, dan keputusannya seperti berikut:

UMNO(2008) = -19015+0.54M+0.39C+0.05 Ind+320UMNO(t-1)+313Cs

T Value                                     21.44       9.79        0.43          11.81      1.65

R2=0.83

sample size=110

dimana UMNO(2008)= undi yang telah diterima UMNO dalam pilihanraya 2008

M=jumlah pengundi Melayu

C= Jumlah pengundi Cina

Ind= Jumlah pengundi India

UMNO(t-1)= faktor kesetiaan pengundi, ie.peratusan undi diperolehi UMNO dalam pilihanraya 2004

Cs=candidate status, sukatan sumbangan individu calon, mengikut bilangan penggal di sandang.

Pembetulan dan update 4 Ogos 2010

Saya telah dapati sedikit kesilapan dalam menyalin data kedalam komputer ketika membuat analisis asal di atas. Oleh itu saya proses semula data untuk pilihanraya tahun 2008 dan 2004  dan perturunkan Model Equation yang telah diperbetulkan di bawah:

UMNO(2008) = -20281+0.57M+0.42C+0.09 Ind+315UMNO(t-1)+440Cs

T Value                                    27.8          13.1                1.1              14.6          2.9

R2=0.89

sample size=112

UMNO(2004)= -13020+0.59M+0.85C+0.62Ind+233UMNO(t-1)+410Cs

T Value                                     21.3         14.4          4.7                 7.5        2.1

R Squared             0.93

Sample size               97

Kesimpulan Model di atas menunjukkan kedudukan UMNO dalam Pilihanraya Umum tahun 2008 lebih selesa dengan jumlah  57% daripada seluruh undi Melayu  dan  59% dalam PRU tahun 2004.

DAH IKHWAN

Note: While I do not claim full accuracy, I am confident that these are close estimates of the actual results.
Copyrights reserved. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan.

Reminder:[Comments are welcome, but please refrain from making libelous, seditious or defamatory comments].

Sila baca artikel yang berkaitan:

1.Kajian separuh Penggal Pencapaian BN selepas PRU 2008.

2.Muzakarah UMNO dan PAS : Suatu komen dan Analisis

3.Statistik Keputusan Pilihanraya Umum Tahun 2008 (PRU 12)

4.Malaysia’s General Election 2008: a comprehensive analysis

About these ads

5 responses to “Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetiaan Ahli Parlimen dan Pengundi

  1. Hi
    Saya Azli dr USM. Firstly tahniah and tq byk2 4 all the info yg tuan publish di blog ini. Sy amat berminat utk belajar bagaimana utk buat analisis spt ini. Boleh sy dptkan maklumat lanjut bagaimana nak buat analisis ini? Bantuan tuan amat sy harapkan.
    Thank you

  2. Saudara Azli,
    Kaedah yang saya gunakan ialah multiple regression analysis. Dalam artikel ini ia tidak menggunakan time series analysis, tetapi menggunakan data data pada tiap tiap kawasan pilihanraya parlimen di Semenanjung dalam pilihanraya yang sama. Misalnya untuk mendapat model equation pada tahun 2008 ia menggunakan data data 2008 untuk semua faktor, kecuali faktor UMNO(t-1) yang menggunakan data tahun 2004.

    Sebelum membuat sesuatu analisis, saudara perlu membiasa diri kepada kaedah multiple regression analysis. Di zaman pra komputer analysis seperti ini amat sukar dilaksanakan, tetapi kini ia mudah dengan adanya package regression dalam lotus 123 program, mungkin juga dalam exel.

    Ketekunan juga perlu bagi menyalin data pilihanraya kedalam komputer.

    Saya nampak saudara dari USM. Saya rasa ini boleh menjadi tajuk tesis samaada dalam Masters atau Phd program. Saya bukanlah Prof. dari universiti tetapi ada MBA dalam bidang yang berkaitan.

  3. Hi saya shafiq, saya ingin meminta pertolongan, jika tuan ada contoh borang soal selidik berkaitan dengan politik, saya memang amat-amat memerlukannya… jika ada tuan boleh send kat emel sy sylar_wave@yahoo.com atau melalui facebook sy pengat pise… mohon pertolongan daripada tuan

  4. Saudara Shafiq,
    Minta ma’af saya tidak ada contoh
    borang soal slidik seperti dimaksudkan.

  5. salam tuan. saya sedang membuat tesis mengenai pilihanraya umum 2008 dan hubunganya dengan PRU-13. saya berhasrat menggunakan analisis regression seperti artikel tuan di atas. bagaimana saya boleh berjumpa dengan tuan untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s