Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM)2008

Langkah memperluaskan undang undang pencegahan rasuah Malaysia merangkumi beberapa pihak baru termasuk abang/ adik ipar, ayah/ ibu mertua, menantu, sepupu, emak saudara dan bapa saudara merupakan suatu langkah extreme tetapi mungkin perlu dalam perang mencegah rasuah yang sedang berleluasa sekarang. Dengan lulusnya rang undang undang SPRM 2008 ini, lebih ramai lagi mereka yang tidak sabit kesalahan dahulunya, kini boleh didakwa dibawah peruntukan baru ini.

Saya kurang pasti sama ada undang undang serupa wujud di negara lain, jika adapun mungkin tidak banyak negeri mengambil langkah sedrastik yang dibuat di Malaysia.

Keadaan ini mencerminkan betapa seriusnya masalah rasuah di Malaysia pada hari ini. Jika dahulu masalah rasuah biasa kita dengar di Indonesia, Nigeria dan beberapa buah negara lagi, kini rasuah lazim berlaku disini, malah mungkin lebih hebat dari setengah setengah negara itu.

Berikut ialah statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia:

Tahun                                   Jumlah Tangkapan

2003                                               339

2004                                               497

2005                                               485

2006                                               557

2007                                               590

Data di atas menunjukkan jumlah tangkapan rasuah meningkat dari 339 kes dalam tahun 2003 kepada 590 pada tahun 2007, iaitu kadar kenaikan 18.5% setahun. Data di atas hanya menunjukkan jumlah tangkapan, jadi kes sebenar sudah pasti lebih tinggi setelah dikira  kes kes yang tidak di ketahui umum.

Dari perspektif yang  positif, boleh  diandaikan, Badan Pencegah Rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun. Sebaliknya angka ini boleh juga diinterpretasi sebagai tanda meningkatnya gejala rasuah di Malaysia.

Persepsi Antarabangsa tentang masalah rasuah di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Indek Persepsi Rasuah(IPR) Malaysia yang di keluarkan oleh Transparensi  International kita perturunkan di bawah:

Tahun                            IPR Malaysia               Ranking dalam Dunia

2001                                                                                            36
2002                                      4.9
2005                                      5.1
2006
2007                                      5.1                                               43
2008                                      5.1                                               47

Jadual di atas menunjukkan IPR Malaysia pada tahun 2008  kekal  pada angka 5.1 walupun ranking Malaysia  telah merosot kepada tempat ke 47 berbanding 180 negara, berbanding dengan tempat ke 43 pada tahun 2007. Ini menunjukkan persepsi rasuah di Malaysia tidak berubah, tetapi  persepsi bertambah baik  dalam kira kira empat buah negara lain.  Berbanding negara ASEAN yang lain, Malaysia menduduki tempat kedua terbaik selepas Singapura dengan angka IPR 9.1.

Gejala rasuah berlaku kerana wujudnya suasana atau peluang untuk memberi dan menerimanya.

Biasanya si penerima rasuah bersifat materialistik atau tamakkan harta. Beliau lebih mengutamakan kepentingan individu keatas tugas dan tanggungjawabnya. Sungguhpun sifat ini di cegah dan dikutuk oleh agama, tetapi ia berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan Melayu yang beragama Islam.

Si pemberi rasuah pula biasanya terdiri daripada golongan swasta yang berkepentingan yang mahu mendapat sesuatu kontrak atau habuan kerajaan dengan jalan mudah. Terdapat juga golongan perasuah dari kalangan pesalah trafik, kastam, imigresyen dll. yang mahu mengelak daripada tindakan undang undang.

Memandangkan pegawai kerajaan adalah orang Mealayu, jadi ramai daripada penerima rasuah adalah orang Melayu. Begitu juga kerana ramai peniaga peniaga adalah orang Cina, jadi ramai yang memberi rasuah adalah dari kaum Cina.

Dengan demikian gejala rasuah ini merupakan ancaman besar kepada negara, terutama kepada kaum Melayu. Nampak nya bangsa Melayu bersifat lemah sekali ketika berdepan dengan masalah ini. Nilai murni Islam yang sepatutnya menjadi benteng utama kaum Melayu nampaknya tidak berkesan dalam hal ini. Dimanakah letaknya kesilapan kita sebagai bangsa Melayu dan penganut agama Islam?

Jika di pandang dari segi pendedahan kepada agama dan nilai murni, bangsa Melayulah yang paling banyak di beri ceramah agama, samaada melalui radio, televisyen, di masjid masjid, disekolah sekolah, di foram foram dsb. Tetapi mengapa tiada kesannya, sehinggga kita memerlukan undang undang yang begitu ketat sebagai pencegahan.

Adakah ini kerana penceramah agama Islam terlalu sebok berceramah politik? Mereka lebih gemar membincangkan sama ada Allah itu takbur atau tidak, sumpah Saiful itu betul ikut Islam atau Ikut kaedah Ugama Kristen, ada empat saksi lelaki atau tidak, atau Islam Hadari itu Islam asal atau tidak. Jika di teliti, perbalahan ini tidak perlu dan tidak memberi faedah kepada pembangunan ummah. Ini semua memesongkan perhatian masyarakat kita kepada perkara yang tidak pokok dan lari daripada perkara yang perlu dalam membentuk peribadi Melayu.

Adakah ini kerana sikap jumud golongan Agama yang terlalu mengongkong  umat Melayu,  sehingga ramai kini tidak menghiraukan langsung kata kata nasihat mereka?

Adakah ini berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan soal nilai murni, seperti integriti, kejujuran dan keikhlasan, serta kegagalannya menghindar nafsu tamak manusia?

Oleh kerana kelemahan Bangsa Melayu dalam hal ini, kerajaan mendapati perlu mengetatkan undang undang pencegahan. Kita akui penyakit yang sudah mudarat, sukar di ubati. Sama ada langkah ini akan berjaya hanya kita ketahui dalam jangka masa beberapa tahun yang akan datang.

Jika ditinjau suasana di Singapura, negara itu hampir bebas dari gejala rasuah, sungguhpun ia memiliki sejarah pentadbiran serupa Malaysia. Tetapi Kerajaan Singapura sedar masalah ini sejak awal awal lagi dan mengabil tindakan  dengan menaikkan gaji pegawai awam serta memperhebatkan langkah pencegahan  sebelum gejala rasuah bertapak di sana.

Di bawah aya perturunkan petikan akhbar South China Morning Post bertarikh August, 1973 yang menyentuh perkara ini:

“Singapore’s approach to the problem of corruption is, we are told, simply one of efficiency in administration. The theory is that there is no room for corruption which thrives much better in an inefficient administration in which there are plenty of loopholes for it to flourish unnoticed and unchecked, where there is scope of hoodwinking and beating the system. An efficient administration can only be run by people who are turned on by and, good at, efficiency; people who are thereby content rather than discontent, fulfilled rather than frustrated, dedicated rather than disloyal, satisfied rather than dissatisfied, uncorrupt rather than corrupt. By giving people their self-respect and enough money in their pockets – by restoring to them, if you like, their dignity and its corresponding integrity of purpose – they are more likely to regard corruption as beneath them and less likely to abandon their public and private consciences; less likely to sell their soul to the devil.”

Bob Crew in “On Corruption”, South China Morning Post August 1973

Pendekatan secara undang undang ada baiknya, tetapi ada pula hadnya. Ini kerana ia berasaskan andaian pihak penguatkuasa dan pengamal undang undang itu sendiri cekap, tegas dan bebas daripada rasuah. Perlu diingatkan penguatkuasaan undang undang dalam hal hal lain di Malaysia pada amnya adalah kurang berkesan.

Kerap kali pegawai penguat kuasa lebih terdorong mengambil  kes kes yang ringan sahaja sebagai jalan pintas merekodkan prestasi atau untuk memenuhi KPI pegawai, jabatan atau kementerian tanpa mengambil kira sama ada kes itu penting  atau tidak.

Pendekatan undang undang juga kurang berkesan sebab pengamal rasuah seperti penjenayah lain pasti akan menemui loopholes dalam perundangan untuk meneruskan amalan buruk mereka.

Suatu kes yang berkaitan baru baru ini,  tentang usaha Kementerian Pengangkutan mengurangkan kemalangan dengan mensyaratkan teksi, lori, van penumpang dan bas perlu diperiksa tiap tiap tahun untuk membaharui lesen. Sepintas lalu tujuannaya baik, tetapi dalam suasana sekarang, ini akan memberi peluang baru untuk pengamal rasuah dalam kerajaan.

Usaha memerangi rasuah kini adalah suatu langkah yang kritikal dan amat penting.  Kejayaan atau kegagalannya akan menentukan samaada negara kita akan terus menjadi negara maju menjelang tahun 2020 atau sebaliknya menjadi kucar kacir dan menemui kegagalan.

Ini kerana, dengan wujudnya fenomena rasuah , budaya mementingkan diri sendiri dikalangan pegawai kerajaan, orang politik,  dan penjawat lain berleluasa. Dengan suasana demikian setiap dasar dan program kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya,  ketika kerajaan menetapkan dasar menghadkan pengambilan pekerja asing dalam sesuatu sektor, ini tidak diendahkan oleh pegawai pegawai yang berkenaan, pasti disebabkan rasuah. Ini berlaku walaupun tindakan demikian membahayakan negara. Jikalah ramai anggota polis juga cuai dalam mengambil tindakan keatas penjenayah atas sebab rasuah,  pasti keselamatan negara akan terancam.

Jika keadaan begini berterusan pasti ia merosakkan budaya masyarakat, terutama dikalangan orang melayu, mereka  jadi hilang pedoman, negara menjadi kucar kacir dan ekonomi akan merudum.

Wabak rasuah di Malaysia merebah di semua lapisan masyarakat, dari pada orang politik atasan hingga kakitangan bawahan, daripada yang bergaji lumayan hinggalah kepada yang bergaji kecil.

Maka usaha membenteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini bererti ia perlu bermula daripada orang politik atasan supaya dapat diteladani kakitangan bawahan.

Oleh itu  kerajaan dan  semua masyarakat di negara ini perlu mengambil langkah yang perlu dan tepat bagi menghindarkan amalan rasuah.

Kemaskini 15.7.2013

Kedudukuan Malaysia berdasarkan Indek Persepsi Rasuah (IPR) untuk tahun 2009 hingga2012 adalah sepeerti berikut:

Tahun                               IPR                                Ranking (berbanding  lebih 170 negara)
2009                                   4.5                                     56
2010                                    4.4                                    56
2011                                    4.3                                     60
2012                                    4.9                                    54

Nota: Bacaan IPR semakin tinggi semakin baik.
Bacaan   RANKING  semakin rendah semakin baik

DAH IKHWAN

Artikel – Artikel Menarik:

1. Pasca PRU 13: Bahagian Ke 2, Peranan Kaum Dominan dalam Negara.

About these ads

2 responses to “Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM)2008

  1. salam.. sy ingn mndptkn lbih byk cra2 mngatasi rasuah.. bolehkah enck mnerangkan dgn lbih trprinci? trima kasih

    • Cik Zahida,

      Satu pendekatan yang penting ialah kerajaan perlu mengurangkan red tapes atau kerenah bureaukrasi dengan serius dan meggunakan prosedur yang telus dalam urusannya. Ini akan mengurangkan peluang-peluang pengamal rasuah.

      Undang-undang rasuah perlu mengenakan hukuman yang setimpal juga kepada pemberi rasuah, tetapi pemberi rasuah yang bekerjasama dan menjadi key withness perlu bebas daripada tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.

      Memandangkan masalah rasuah di dalam negara sudah agak parah, untuk menanganinya kita memerlukan kajian yang mendalam tentang perkara ini. Saya rasa ada baiknya kerajaan meninjau negara negara yang tiada masalah rasuah dan yang sedang menempah kejayaan memerangi rasuah dahulu, pelajari dari mereka dan buat pelan tindakan yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s