Kemenangan Calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil semalam(PRK 2009) bukanlah di luar jangkaan. Tetapi ia tidak juga boleh dianggap sebagai suatu tanda yang gelombang perubahan memihak kepada Pakatan Rakyat. Tanggapan ini nampak agak jelas melalui analisis perbandingan keputusan PRK 2009 ini dengan keputusan PRU 2008.
Di bawah saya perturunkan perbandingan keputusan Pilihan Raya di Kuala Trengganu yang dimaksudkan di atas:
Jadual 1
Calon PRK 2009 PRU 2008
BN 30,252 32562
PAS 32,883 31,934
Bebas 193 685
Undi Rosak 665 931
Jumlah Undi dikira 63,993 66,112
Jumlah Undi Berdaftar 80,229 80,325
Peratusan mengundi 79.76% 82.45%
Dalam PRU 12 Calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail, adalah penyandang kerusi yang popular. Beliau telah memenangi kawasan Parlimen, atas faktor calon, walaupun jumlah undi dalam empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen ini memihak kepada Pas seperti ternyata dibawah:
Jadual 2
Calon DUN PRU 12 (82.45%) PRU12(79.76%)
BN 31,486 30,458
Pakatan Rakyat 33,729 32,628
Jadual 2, Kolum 2 di atas menunjukkan jumlah undi sebenar yang diperolehi 4 calon DUN dalam PRU 12 dalam tahun 2008.
Jadual 2 Kolum 3 pula menunjukkan undi seharusnya mereka dapati sekiranya peratusan mengundi hanya pada tahap 79.76% seperti keputusan semalam.
Jika dibandingkan, tiada perbezaan ketara diantara keputusan dalam Jadual 2 kolum 3 ini dengan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen semalam ( jadual 1 kolum 2). Ini menunjukkan kemenangan calon PAS semalam bukanlah diluar jangkaan. Yang jelas hanyalah faktor calon tidak memihak kepada BN pada kali ini. Hasil analisis ini konsistan dengan Pendapat Tun Mahathir dan juga Parti Pas tentang sumbangan penting faktor calon dalam menentu pemenang dalam PRK di Kuala Trengganu.
Ini juga konsisten dengan penemuan kajian saya bahawa faktor populariti calon(penyandang kerusi) sebagai penentu dalam persaingan yang ketat. Dalam pertandingan semalam ini memihak kepada calon PAS, sebab dia telah mewakili kawasan DUN beliau selama 5 penggal(sila rujuk artikel Malaysia’s General Election: A comprehensive analysis bertarikh 10 Mei 2008 ) dan calon BN pula bukan penyandang kerusi
Perlu juga di ingatkan peratusan yang turun menggundi semalam rendah daripada dalam PRU 12 tahun 2008. Ini konsisten dengan suasana biasa dalam pilihan raya kecil berbanding Pilihanraya Umum. Keadaan serupa juga berlaku di Permatang Pauh sungguhpun Anwar seorang pemimpin besar pembangkang. Suasana sebaliknya mungkin hanya terjadi jika wujud sentimen yang memuncak dalam sesuatu pilihanraya kecil.
Sekaligus analisis ini menolak tanggapan yang gelombang Pakatan Rakyat telah melanda Trengganu. Yang jelas sentimen pengundi di Kuala Trengganu, mungkin juga di seluruh Trengganu, kekal seperti dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas.
DAH IKHWAN
4 responses so far ↓
Hamba // January 18, 2009 at 10:41 pm |
Mangkuknya analisis ni..patutla UMNO semakin hari semakin bungkus..sebab dihidang dgn analisis2 mangkuk camni…bnyk sgt orang yg coba belagak pintar tapi sebenarnya mangkuk ayun..
DAH IKHWAN // January 18, 2009 at 11:28 pm |
Hamba,
Mengapa saudara marah marah ni? Orang PAS kah orang UMNO? Saya hanya pemerhati bebas, buat analisis berasas fakta sahaja.
Hamba // January 19, 2009 at 8:36 am |
Assalamualaikum pemerhati bebas,
Minta maaf terkasar..sebab bengang..saya ahli UMNO yg bengang..sebab pemimpin2 UMNO semua dapat analisis2 macam ni..yg tak betul…yg buat diorang berkhayal…yg buat diorang yakin yg UMNO masih relevan…macam DPM cakap..”PRK KT punya result NO IMPACT”..kepala hotak dia..UMNO PRU13 nanti memang akan bungkus..sebab asyik2 canangkan benda lapuk macam PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN…saya terus terang katakan..zaman sekarang ni..siapa yg tegakkan issue yg betul..dia la orang sokong…ni FAKTOR CALON la..faktor PARTI…tak nampak2 lagi ke wahai penganalisis2 dan pemimpin2 UMNO sekalian..yang penting ialah CURRENT ISSUE, CURRENT ISSUE, CURRENT ISSUE…UMNO ni semakin mangkok…sebab dia lupa dia dah buat bnyk universiti…so bnyk orang dah belaja tinggi…pandai buat penilaian..siapa yg nak dgr janji2 pembangunan…BONGOK!..BONGOK!..BONGOK…dah tergadai bangsa nanti baru nak sedar..!!
DAH IKHWAN // January 21, 2009 at 12:27 am |
Hamba,
Jika saudara hayati betul betul, Kawasan Parlimen Kuala Trengganu ni, bukannya kubu UMNO. Dikala nama UMNO memuncakpun , Allahyarham Datuk Razali Ismail menang dengan undi tipis pada tahun 2004, seperti juga dalam PRU 2008. Pada tahun 1999, BN kalah begitu teruk sekali di sini.
Oleh itu, dengan ketiadaan Allahyarham, kekalahan tipis kali ini bukanlah suatu perkara diluar jangkaan, dan sudah tentu bukan suatu petanda buruk bagi BN di tempat lain.
Saya tidak kata UMNO sudah pulih seperti dahulu. Sama ada UMNO sudah pulih sekarang, itu bukanlah perkara sukar nak tahu. Mereka buatlah opinion survey sendiri.
Saya bukan ahli UMNO tetapi, sebagai seorang Melayu beragama Islam, cukup simpati kepada parti parti yang memperjuangkan Hak Melayu dan Hak Agama, selagi mereka tidak terselisih daripada landas perjuangan asal.
Hanya waspada pada PKR, pengkhianat yang sanggup menggadaikan hak Melayu.