Perbandingan Prestasi Syarikat Syarikat di Malaysia : Implikasi kepada Ekuiti Bumiputera

Dalam artikel terdahulu bertarikh 16 November 2008 dan 5 Januari 2009 tentang budaya niaga Melayu saya telah menyatakan perbezaan di antara Syarikat Usahawan Bumiputera dan Syarikat GLC, terutama dari segi motivasi peneraju syarikat berkenaan.

Peneraju syarikat GLC yang terdiri daripada birokrat yang digaji oleh syarikat atau kerajaan pada amnya memiliki motivasi yang terhad berbanding motivasi yang ada pada golongan usahawan sebagai peneraju syarikat.

Diandaikan bahawa perbezaan ini menghasil perbezaan dalam prestasi syarikat di Malaysia, terutama dari segi kemampuan syarikat bertumbuh dan memberi pulangan yang lebih tinggi.

Andaian ini sesungguhnya mempunyai akar umbi yang kukuh dari zaman berzaman dalam sistem kapitalis Barat yang telah mampu menghasil suatu tamadun yang termaju di zaman moden ini.

Sistem sistem yang bertentangan seperti sistem sosialis dan Komunis telah ternyata gagal menyaingi sistem ini. Akibatnya negara yang dahulunya mengamal sistem sosialis seperti Negara Russia dan China telah ketinggalan dan terpakasa berubah kepada sistem kapitalis Barat untuk maju dan bersaing dalam pasaran dunia.

Di negara Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun semua syarikat yang berjaya di terajui oleh para usahawan dalam negara tersebut, atau sekurang kurangnya di terajui oleh golongan usahawan di peringkat awal dalam jangka hayat syarikat.

Nama nama terkenal seperti Honda, Sony, Ford Motor, Microsoft, Apple Computer dan Google adalah diantara nama yang dikenali di seluruh dunia yang di mulai dan di majukan oleh golongan usahawan yang besar.

Di Malaysia golongan usahawan yang berjaya terdiri daripada Robert Kuok dengan peniagaan perladangan dan perhotelan, Tan Sri Teh Hong Piow dengan perniagaan perbankan, Tan Sri Ananda Krishnan dengan Astro beliau dan tidak ketinggalan juga usahawan Melayu seperti Tan Sri Azman Hashim dalan sektor Perbankan dan Tan Sri Syed Mokhtar dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johore.

Perbanding Prestasi Syarikat Usahawan dan Government/Government Linked Companies(GLC)

Saya telah membuat suatu kaji melibatkan tiga kategori Syarikat, iatu Syarikat Usahawan Bumiputera, Syarikat GLC dan Syarikat Bukan Bumiputera. Syarikat GLC di takrifkan sebagai syarikat dimiliki kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Kajian ini di buat bagi meninjau prestasi tiga jenis syarikat di atas dalam tempoh lima tahun yang lepas. Data tiap tiap syarikat telah dikumpul untuk tahun 2002 hingga tahun 2007 dan dijumlahkan bagi setiap kategori sebagai perbandingan.

Hasil perbandingan saiz setiap kateori diperturunkan dalam jadual di bawah:

Jadual di atas telah diolah daripada senarai TOP MB 100 Rank keluaran malaysia Business October 16, 2008.

Ia boleh dijadikan ukuran kasar kemajuan kaum Bumiputera dalam menguasai sektor perniagaan di Malaysia.

Sektor GLC menguasai jualan tahunan sejumlah RM 211.5 bil. untuk tahun kewangan syarikat 2007/2008 atau 45.4%, manakala Syarikat Bukan Bumiputera(SBB) menguasai RM 225.4 atau 48.3%. Sebagai perbandingan 9 buah Syarikat Usahawan Bumiputera yang tersenarai dalam TopMB 100 Rank hanya menguasai RM 29.3 bil. atau 6.3% nilai jualan.

Jadual di bawah pula diolah daripada Senarai Biggest Profit Change MB 100 Rank.

Jadual di atas menunjukkan prestasi setiap kategori syarikat dalam Senarai tersebut. Jadual ini diolah dengan rujukan daripada Top MB 100 Rank, Stock Performance Guide Malaysia tahun 2005 dan 2008 dan Laporan Tahunan Syarikat.

Hasil kajian menunjukkan purata pertumbuhan pendapatan bersih selepas cukai(earnings growth) bagi tahun 2002 hingga 2007 ialah 45.2% untuk Syarikat GLC, 70.6% bagi Syarikat Usahawan Bumiputera dan 81.4% bagi Syarikat Bukan Bumiputera.

Seperti dijangka Syarikat GLC mencapai pertumbuhan yang terendah berbanding dengan kategori syarikat yang diterajui oleh Usahawan samaada Bumiputera ataupun Bukan Bumiputera.

Data data ini menunjukkan kategori syarikat yang diterajui oleh usahawan sememangnya bertumbuh dengan kadar yang tinggi, hampir dua kali ganda di Malaysia.

Implikasi Kepada Pegangan Ekuiti Bumiputera

Lazim dianggarkan jumlah ekuiti Bumiputera kini mencapai kira kira 20% sahaja termasuk kira kira 5% ekuiti Bumiputera dimiliki secara lansung. Yang selebihnya dimiliki secara tidak lansung melalui Amanah Saham Bumiputera, Tabung Haji dan beberapa tabung amanah yang kecil.

Yang menjadi isu sekarang ialah sebahagian besar ekuiti Bumiputera adalah dipegang melalui beberapa tabung amanah yang seterusnya memiliki saham dalam syarikat syarikat GLC.

Memandangkan pertumbuhan pendapatan(earnings growth) syarikat GLC adalah rendah, maka sebahagian besar ekuiti Bumiputera berkembang lebih perlahan daripada ekuiti bukan Bumiputera. Dengan keadaan demikian peratusan pegangan ekuiti Bumiputera dimasa hadapan tidak mungkin meningkat, malah akan terus tercicir.

Ini tidak bererti pengurusan syarikat syarikat GLC di persalahkan. Prestasi syarikat syarikat yang diterajui oleh para pegawai korporat ini adalah baik dalam keadaan yang ada, tetapi tidak cukup tinggi untuk mengurangkan jurang ekuiti antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Masalah ini tidak mungkin dapat di tangani melainkan dengan melaksanakan program penswastaan syarikat syarikat GLC.

Cabaran besar dijangka dihadapi kerajaan dan masyarakat Bumiputera dalam melaksanakan program ini. Pertama kerajaan akan berhadapan dengan suasana baru tidak lagi menguasai sektor perniagaan Bumiputera.

Masyarakat Bumiputera akan berhadapan dengan perasaan iri hati terhadap mereka yang menerima faedah daripada program penswastaan, tuduhan lama seperti kronisma mungkin timbul semula.

Cadangan

Dicadangkan kerajaan mengaktifkan semula program penswastaan yang pernah dilaksanakan dahulu, tetapi dengan pendekatan yang yang baru:

1. Usahawan Bumiputera yang mengambil alih syarikat GLC hendaklah dipilih dengan merit dari kalangan usahawan yang sudah berjaya dan mampu, dan dari kalangan  perniagaan yang mengamal sistem nilai murni.  Ini suatu syarat sangat penting bagi memastikan kejayaan.

2. Proses penswastaan hendaklah telus.

3. Diskaun harga saham boleh di beri, tetapi biarlah terhad supaya tidak disalahgunakan.

4. Penswastaan boleh melibatkan sekitar  40% ekuiti syarikat  bagi memberi ruang kepada pemegang ekuiti yang sedia ada, sementara membolehkan pihak penerima penswastaan memiliki kepentingan mengawal (effective controlling interest) dalam syarikat. Ka’edah ini juga mengurangkan beban kepada usahawan yang menjadi peneraju baru syarikat.

Penutup

Pendekatan di atas pasti mampu menggalakkan pertumbuhan perniagaan Bumiputera dengan lebih pesat, disamping menjadi landasan bagi   penerapan nilai nilai  murni perniagaan dalam masyarakat Melayu.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

Copyright (c) by DAH Ikhwan. This article or any part of it may be reproduced or quoted, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan

Sila baca artikel artikel berkaitan:

1.Budaya Niaga Melayu

2.Evolusi Budaya Niaga dan Peranan Kerajaan

3.Memajukan Budaya Niaga Melayu: Iktibar dari Budaya Pendidikan Cina

4. Budaya Niaga Melayu: Motivasi Perniagaan

5.Kajian Separuh Penggal Pencapaian Politik BN

About these ads

5 responses to “Perbandingan Prestasi Syarikat Syarikat di Malaysia : Implikasi kepada Ekuiti Bumiputera

  1. Salam Saudara Dah Ikhwan,

    Satu kajian yang menarik mengenai syarikat GLC, Syarikat Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

    Kaum China memegang ekonomi Malaysia hampir 70 peratus atau lebih. Untuk mewujudkan Usahawan Bumiputera yang berkaliber adalah satu cabaran yang masih belum dapat dicapai sungguhpun pelbagai usaha telah dilaksanakan.

    Dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dilenyapkan, Usahawan Bumiputera akan hilang tempat bergantung ataupun sebaliknya. Ia adalah sesuatu yang terlalu awal untuk diperkatakan.

    Dasar penswastaan ada pro dan kontranya untuk diwujudkan kembali. Masyarakat Malaysia amnya masih belum telus lagi dan sistem pelaksanaan boleh dicerobohi dengan mandat politik sana sani, tidak kira sesuatu Kerajaan ditabir oleh pembakang atau Kerajaan. Ini adalah apabila manusia berada di atas ia akan dikuasai oleh “KUASA” yang menggaburkan mata, integriti sesesorang – hak dan batil.

    Apabila semua agenda perniagaan seperti kontrak,dicampur aduk dengan kuasa politik ia akan berlaku percanggahan dan membantutkan pertumbuhan syarikat Bumiputera, khususnya yang baru hendak bertapak. Pembahagian kontrak tidak telus dan berlaku konflik yang menyebabkan yang Kuat/Kaya terus kukuh manakala yang lemah terus rebah.

    Walhal kebanyakan syarikat Bumiputera di luar sana masih perlu sokongan antara satu sama lain. Ini adalah formula di mana tidak wujud di kalangan syarikat Bumiputera khususnya Melayu – bantu membantu antara satu sama lain. Jika kita hendak menguasai ekonomi kita hendaklah bersatu kerana kita adalah etnik majoriti. Walau pun rantaian nilai masih dikuasai oleh syarikat kaum China, kita masih belum terlambat untuk merampas kembali, jika tidak sekarang bila lagi.

    Suatu ketika dahulu ada Arqam – saya tidak melihat dari sudut keagamaan tetapi dari sudut ekonomi. Kumpulan ini dapat mewujudkan rantaian nilai di dalam pertubuhan tersebut. Setiap peluang ekonomi telah diterokai – kedai, produk dan lain-lain.

    Ia adalah satu yang boleh berlaku, walau bagaimanapun ia perlu ada pencetusnya. Untuk mengharapkan kuasa politik – saya tidak yakin ia akan boleh berlaku. Semua ahli politik berjuang untuk “power struggle” mereka yang tertinggal adalah kaum Melayu akhirnya.

    Ia bole bermula dari sebuah kampung dan bermula dari daerah dan ke negeri.

    “Someone has to start it”.

    Salam

    Hare

    • Saudara Hare,

      Terima kasih banyak banyak kerana memberi pandangan yang sangat bernas. Pandangan ini menggambarkan saudara telah memikirkan dan mengkaji soal ini secara mendalam.

      Tentang soal Kementerian MECD yang telah dimasuhkan, saya setuju terlalu awal untuk dinilaikan. Ini kerana sukar hendak diterima yang masyarakat melayu memerlukan tongkat yang terlalu besar seperti Kementerian ini. Wujudnya baik untuk politik tetapi boleh menggalakkan budaya subsidi yang akhirnya membantutkan pertumbuhan masyarakat usahawan yang efficien.

      Bagaimanapun, dasar Penswastaan perlu diteruskan kerana ia satu satunya dana modal Bumiputera yang terkumpul yang cukup besar untuk membolehkan Melayu catch up bersaing dengan kaum Cina dengan berkesan. Tetapi ini hanya boleh berjaya dengan syarat syarat penswastaan yang saya nyatakan dalam artikel ini. Ini sukar dilaksana kerana sebab sebab yang saudara nyatakan.

      Pendapat saudara tentang rantaian niaga hasil dari cetusan yang diharapkan berlaku diperingkat bawahan, adalah sesuatu yang perlu digalakkan. Tetapi hasilnya perlahan dan dan dijangka selari dengan penerapan nilai perniagaan dikalangan masyarakat Melayu. Fenomena Arqam adalah sesuatu yang berlaku secara isolation, itupun atas motivasi agama. Saya telah menulis beberapa artikel dalam blog ini tentang Budaya Niaga masyarakat Melayu yang berkaitan dengan isu ini.

      Secara kebetulan saya sedang mengkaji penulisan penulisan tentang budaya masyarakat Cina. Apa yang saya nampak wujudnya nilai nilai dan amalan yang baik yang memantapkan budaya niaga dan rantaian niaga mereka. Sebahagian nilai nilai dan amalan ini perlu diserapkan kedalam masyarakat Melayu untuk maju. Soalnya macam mana hendak merapkan nilai teras dan amalan ini dengan tidak menjejas jatidiri Bangsa Melayu yang berugama Islam.

  2. Pingback: Masyarakat Melayu dan Budaya Niaga « DAH IKHWAN Weblog

  3. membaca seluruh blog, cukup bagus

  4. Pingback: Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi (MBE) – 2011 | DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s