DAH IKHWAN Weblog

Parti PAS di Persimpangan

May 31, 2009 · Leave a Comment

Pemilihan Majlis Tertinggi Pas minggu depan sesungguhnya memaparkan keadaan di luar kebiasaan parti. Sudah begitu lama ahli ahli akur dengan proses pemilihan barisan kepimpinan berdasarkan musyawarah yang selama ini dikuasai oleh kumpulaan ulama. Oleh itu proses peralihan pemimpin berjalan begitu lancar sejak tersingkirnya Dato’ Asri Muda dalam tahun ‘80an lagi. Tetapi kini PAS berhadapan dengan suasana pemilihan yang boleh membawa kepada pemguasaan kepimpinan di luar kelompok Ulama.

Sungguhpun Presiden telah menang tanpa bertanding, kerana tiada wujud seorang pencabar berwibawa, kumpulan pencabar kali ini hanya mampu memfokus cabaran mereka kepada jawatan Timbalan Presiden yang kini dipegang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Pencabarnya pula tidak lain dan tidak bukan, iaitu Dato’ Hasam Musa, seorang Naib Presiden parti.

Pencalonan Dato’ Husam Musa memang sudah dijangka dalam sebuah artikel blog ini Pertembungan Dua Prinsip dalam Pas bertarikh 3 November 2008.

Seperti diramalkan kumpulan Erdogan yang berpaksi kepada Pakatan Rakyat serta mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim akan mencabar mana mana pemimpin yang dilihat sebagai penghalang kepada agenda Pakatan Rakyat. Dalam hal ini kedua dua pemimpin atasan Pas dilihat tidak setia kepada agenda Pakatan Rakyat kerana telah membuka jalan muzakarah serta pintu kerjasama dengan UMNO.

Ini boleh dilihat sebagai berulangnya kejadian dalam UMNO sewaktu Anwar mencabar Ghafar Baba, Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Sejarah berulang, tetapi kali ini dalam Pas pula dimana Husam, pengikut setia Anwar mengulangi sejarah yang sama dengan mencabar Nasharudin sebagai Timbalan Presiden PAS.

Sesungguhnya Pas kini dalam persimpangan dilema. Jika Husam menang tiada siapa yang akan dapat mencabar pengaruh Anwar nanti. Jika Husam kalah sedikit, kumpulan Erdogan akan terus berusaha lagi di pemilihan yang akan datang. Jika mereka kalah teruk kali ini, maka terbukti pengaruh Anwar di dalam Pas tidaklah begitu membimbangkan.

Pas kini menjadi Medan pertempuran kerana pengaruh Pas yang besar dikalangan maysarakat Melayu. Ia dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai berpotensi membantu Agenda Anwar untuk memerintah negara.

Sebaliknya ramai orang Melayu, terutama kumpulan Ulama, percaya pengaruh Pas dikalangan masyarakat Melayu berkembang kerana wujudnya kepimpinan ulama dalam Pas yang mampu menegakkan prinsip memperjuangkan Islam di Malaysia.

Kemenangan kumpulan Erdogan dalam Pas dilihat akan melunturkan prinsip perjuangan Pas dan menyusutkan sokongan masyarakat Melayu kepada parti tersebut.

Kumpulan mana yang akan menang, sama samalah kita lihat nanti. Petanda awal, dengan kemenangan kumpulan Ulama dalam mempertahankan Jawatan Presiden dan Ketua Pemuda Pas, serta pencalonan yang banyak untu Nasharuddin, nampaknya memihak kepada Ulama. Juga dengan tiadanya pencabar dari kumpulan ulama kepada Nasharudin, seharusnya lebih mencerahkan harapan mempertahankan jawatan beliau.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

DAH Ikhwah

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment