Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebentar tadi. Seperti kita ramalkan calon Barisan Nasional Tan Sri Isa Abd. Samad telah menang dengan selesa. Beliau memperolehi 8013 undi berbanding dengan 2,578 undi untuk calon PAS, Zulkifli Mohd.Omar.
Sila lihat butiran keputusan Pilihanraya Kecil ini berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2008 dalam jadual berikut:

Majoriti undi sebanyak 5,435 adalah satu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding dengan majoriti 2,333 yang diperolehi oleh calon BN Allahyarham Azman Mohd. Nor pada pilihanraya 2008.
Pada Pilihanraya tahun 2008, BN telah memperolehi 6,430 undi atau 61.1% daripada keseluruhan undi yang sah dikira, sementara calon PAS hanya mendapat 4,097 undi.
Kali ini BN telah berjaya mendapat 75.6 % dari semua undi yang sah dikira, iaitu peningkatan sebanyak 14.5 % berbanding dengan pilihanraya 2008. Malah ia mengatasi angka 73.54 diperolehi oleh BN dalam pilihanraya tahun 2004.
Sekaligus ini bererti gelombang baru Barisan Nasional yang bermula di Manek Urai, disusuli di Permatang Pasir, kini semakin kencang di Bagan Pinang.
Mengikut kiraan regression model untuk Negeri Sembilan, jika suasana pengundian yang memihak kepada pembangkang pada tahun 2008 masih kekal sehingga kini, jangkaan undi(expected votes) untuk calon Barisan Nasional ialah 7028 undi jika bersandar dengan populariti Tan Sri Isa Abd. Samad.
Dengan undi sebenar(actual votes) mencapai 8013 undi, ini hanya boleh berlaku jika sentimen pro BN pada amnya telah meningkat daripada kaum Melayu dan India. Dianggarkan sentimen Melayu untuk BN kini meningkat 9% seperti di Manek Urai dan Bagan Pinang, manakala dari kaum India kini diagak mulai meningkat sebanyak 20% untuk keseluruhan Negeri Sembilan. Keadaan ini dicapai kerana penerimaan rakyat terhadap dasar 1 Malaysia yang di ketengahkan oleh Perdana Menteri baru baru ini.
Bagaimanapun, sentimen kaum Cina agak sukar dikira sebab bilangan mereka tidak ramai di Bagan Pinang.
Perlu juga diambil perhatian, dalam pilihanraya kecil ini, nampaknya isu(politik wang) calon seperti kita ramalkan, tidak menjejaskan undi diperolehi oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Tan Sri Isa Samad telah berjaya menambahkan undi atas kekuatan peribadi beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan sebagai seorang bekas Menteri Besar.
Kawasan DUN Bagan Pinang adalah sebuah kawasan yang menarik dari segi komposisi kaumnya yang terdiri daripada semua kaum besar di Semenanjung Malaysia. Ia memberi peluang bagi memantau kesan kempen dan dasar kerajaan keatas nadi pengundi bagi kaum kaum yang terbabit dan implikasinya kepada sikap pengundi diseluruh Semenanjung.
Undi kaum India sejak sedekad yang lalu mulai memperlihatkan ciri ciri kurang setabil dan banyak di pengaruhi sentimen semasa. Misalnya dalam Pilihanraya Tahun 1999 dan 2008 undi BN dari kaum India telah merosot dengan mendadak disebabkan sentimen politik yang melulu berikutan tindakan tindakan kerajaan yang drastik ketika itu, manakala undi dari kaum Melayu juga merosot tetapi tidaklah menurun sebegitu rupa. Undi dari kaum Cina ketika itu juga berubah tetapi nampaknya bukan kerana sentimen yang melulu, tetapi sebaliknya mereka lebih bijak mengundi untuk kepentingan kaum mereka ( sila lihat analisis lengkap dalam artikel ’ Should BN admit other Indian Based Parties bertarikh 30 September, 2009′).
Sila lihat juga artikel terdahulu Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N 31 bertarikh 13 September, 2009.
Sebarang komen adalah dialu-alukan, tetapi elaklah daripada menggunakan kata kata kesat.
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
DAH IKHWAN
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.