Minggu lalu masyarakat di gempar oleh penahanan Dr. Maza, seorang ulama bekas mufti Negeri Perlis selepas beliau memberi ceramah yang dihadiri kira kira 1,000 orang di negeri Selangor.
Dengan kehadiran yang begitu ramai, tidaklah hairan yang Dr. Maza mempunyai pengaruh yang luas merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira tua dan muda, orang atasan atau bawahan, bijak pandai atau rakyat biasa, serta melintasi fahaman politik. Jadi tidak hairanlah beliau mendapat simpati dari negarawan seperti Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.
Kononnya beliau ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah. Ini amat mengejutkan banyak pihak, kerana sungguh tidak disangka Kerajaan Negeri Selangor sanggup mengambil tidak sebegitu drastik memandang beliau adalah seorang ulama yang di hormati di Malaysia. Pasti tindakan ini diambil kerana pandangan beliau biasanya diluar acuan ulama konservatif di negara ini.
Saya sendiripun selalu mengikuti kolum beliau dalam Utusan Malaysia. Yang saya nampak cara hujah beliau sungguh menarik dan di sokong oleh dalil dalil yang meyakinkan dan berlandaskan Al Quran dan Hadis. Jika pendekatan beginipun tidak boleh diterima pihak berkuasa ugama, maka amatlah sukar sekali suasana keilmuan berkembang dalam masyarakat Islam di negara ini.
Perlu diingatkan, perkembangan ilmu adalah penting dalam membentuk sesuatu tamadun, ini terserlah dalam tamadun keagungan Islam dalam kurun kesembilan sehingga ke tujuh belas Masehi. Kini dunia Islam telah keciciran sejak beberapa kurun terakhir, diikuti dengan ketandusan dalam perkembangan ilmu. Bagaimanapun, kini Malaysia berjaya menerajui beberapa bidang seperti sistem perbankan Islam dan mungkin dimasa hadapan pula, bidang pendidikan Islam dan bidang pemasaran produk halal, Insya Allah. Oleh itu suasana keilmuan yang cergas sangatlah perlu untuk maju dan membina satu tamadun Islam di zaman moden yang mungkin berpaksi di Nusantara.
Bagi Dr. Maza diharap beliau cekal dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya, ramai ulama besar dizaman dahulu juga diperlaku sedemikian rupa, malah lebih teruk lagi sehingga dikhianati, di penjara dan diseksa oleh pihak pemerintah dizaman mereka. Tetapi lama kelamaan masyarakat sedar dan mengiktiraf serta menerima ajaran mereka. Misalnya Imam Bukhari, imam besar dalam bidang ilmu hadis juga pernah menerima tentangan dan dihalau di masa hidup beliau. Di negara jiran, Professor HAMKA juga pernah menerima nasib serupa.
Sementara Dr. Maza berhujah bersandarkan tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang Agama, seorang lagi ilmuan Dr. Aziz Bari, seorang pakar undang-undang nampaknya kini lebih berminat memberi kritikan dalam bidang politik yang diluar kepakaran beliau. Beliau nampaknya sungguh hebat dan telah menulis berpuluh buah buku dan artikel yang bermutu dalam bidang undang undang dan perlembagaan.
Malangnya akhir akhir ini Dr. Aziz Bari lebih berminat mencampuri halehwal politik. Dengan artikelnya PAS perlukan ‘korban’ untuk pulih yang dipetik oleh Malaysiakini beliau menggemparkan Parti PAS apabila menyarankan Tuan Guru Hadi Awang mengundur diri dan Nashruddin Mat Isa, Mustapha Ali dan Datuk Hasasan Ali di ‘korbankan’ kononnya untuk memulihkazn PAS.
Kritikan beliau telah di sanggah oleh kalangan pemimpin PAS sebagai sesuatu yang tidak bermutu hanya layak keluar dari pengkritik jalanan. Sesungguhnya ia dibuat tanpa fakta dan alasan ilmiah. Ini dipandang sebagai perkara yang menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli akademik yang berwibawa.
Sungguhpun demikian, Nik Aziz telah memetik tulisan beliau dan menggunakannya sebagai asas hendak menyingkirkan beberapa pemimpin PAS yang beliau anggap bermasalah. Lebih menarik pula Dr. Aziz di jemput berucap dan menghurai dan mempertahankan saranan beliau dalam satu seminar politik PAS hari Sabtu ini.
Keadaan ini sungguh aneh sekali memandangkan yang Dr. Aziz hanyalah seorang pakar akademik dan amat kritikal terhadap kepimpinan Presiden PAS. Ada ramai lagi Professor yang biasa memberi kritik politik yang lebih saksama dan bermutu.
Soalnya mengapakah Tuan Guru Nik Aziz begitu cepat melatah setelah membaca kritikan Dr. Aziz. Adakah ia tindakan spontan atau sebaliknya sudah dirancang?
Nampaknya Professor Dr. Aziz sudah tenggelam dalam arus politik pembangkang terutama dalam arus politik yang berwajah PKR atau Anwar. Hujah hujah beliau tidak konsistan dari segi ilmiah dan nampaknya condong kearah politik Anwar.
Diketika Anwar berusaha merampas kuasa di peringkat Persekutuan, Dr. Aziz telah merestui kaedah rampasan kuasa melalui lompat parti seperti di petik oleh Din Merican DJ Malaysian Blogger bertarikh 8 Febuari 2009. Pandangan beliau lain pula dalam krisis politik Perak seperti tertera dalam ceramah beliau di Youtube. Dalam krisis politik negeri Perak tidak pula beliau merestui kaedah melompat parti untuk membentuk kerajaan yang baru.
Dalam isu dalaman PAS pula beliau sanggup menggesa penyingkiran beberapa pemimpin yang beliau dakwa sebagai pro UMNO. Dalam ketiga tiga kes di atas hanya ada satu titik persamaan - iaitu pandangan beliau hanya merupakan pandangan sorang pengkritik biasa tanpa asas ilmiah yang hanya menguntungkan perjuangan politik Anwar. Apakah pula hubungan beliau dengan Anwar? Ini sukar hendak dijawab dan saya pasti ada dikalangan pembaca yang boleh menjawabnya.
Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
DAH Ikhwan
1 response so far ↓
Nasaei Ahmad // November 8, 2009 at 1:57 pm |
Gara-gara ‘kerajaan perpaduan’ ! Yg peliknya tidak pula Hadi jelaskan dgn terperinci (smpai sekarang) apa konsepnya. Bukankah itu satu kesilapan ? That’s is not a proper way to test the water / “test the market”.
Cara TGNA tegur pula terlalu keras. Sepatutnya beliau boleh panggil dan duduk berbincang tanpa
didedakhan kpd media.
Kedua2nya tersilap !