DAH IKHWAN Weblog

Tinjauan Kepimpinan PAS oleh Dr. Abu Hassan Hasbullaah: Satu Ulasan

November 8, 2009 · Leave a Comment

Seorang pensyarah Kajian Media Universiti Malaya Dr.  Abu Hassan Hasbullah  telah mendedahkan hasil satu kajian  persepsi  kira kira 2000 responden tentang kepimpinan PAS dalam seminar Khas PAS yang dihadiri kira kira 1000 orang perwakilan semalam.

Kajian itu menempatkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin PAS yang paling unggul dan polular, diikuti selepas itu  oleh  Tuan Guru Hj. Hadi Awang,  Datuk Seri Mohd. Nizar, Mohammad Sabu dan seterusnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Kajian ini, yang di petik oleh  Malaysiakini,  juga mendapati persepsi responden yang mendapati kepimpinan PAS di bawah Tuan Hj. Hadi Awang sebagai lemah dan menyebabkan persepsi negatif terhadap PAS selepas Pilihanraya Umum tahun 2008.

Hasil Kajian  (kedudukan setiap pemimpin) ini  tidaklah diluar jangkaan, sungguhpun ia tidak  mencerminkan kehendak  ahli ahli  parti PAS sendiri. Ini kerana pemilihan  PAS yang di buat awal tahun ini telah memilih barisan kepimpinan  tidak serupa dengan hasil tinjauan ini.

Saya kurang pasti sebab perbezaan ini, tetapi mungkin kerana responden dalam kajian  oleh Dr. Abu Hassan ini adalah terdiri daripada kelompok yang mewakili rakyat Malaysia amnya, dan bukan ahli ahli PAS sahaja. Jika tanggapan saya ini benar, sudah tentu para responden yang bukan bergama Islam dan responden  Melayu  PKR tidak  memihak kepada Hj. Hadi. 

Jadi, jika parti PAS  mengenepikan Hj. Hadi  Awang dan di pimpin oleh barisan  lain yang di ketengahkan oleh hasil kajian ini, maka parti PAS  pasti bertukar corak menjadi sebuah parti biasa yang kian jauh dari perjuangan asalnya. Dapatkah PAS bertahan di Kawasan Melayu/ Islam dengan imej yang kian pudar?

Perlu diingatkan ketepatan sesuatu tinjauan banyak bergantung kepada kategori responden yang ditemuramah. Dalam kes ini, jawapan seorang Islam adalah  berbeza daripada   jawapan  orang bukan Islam, jawapan dari pembaca Utusan Malaysia pula berbeza daripada  jawapan pembaca Malaysiakini.

Jadi  dalam soal kepimpinan  PAS,  yang relevan hanyalah ahli ahlinya sendiri. Tiada sebuahpun parti politik memilih pemimpinnya berdasarkan kehendak orang di luar parti berkenaan.

Jika sekalipun PAS  memerlukan tinjauan pendapat umum,  ini sepatutnya di  awasi oleh kepimpinan PAS sendiri bagi mendapat hasil yang lebih meyakinkan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,

DAH IKHWAN.

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: ,

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment