Suruhanjaya Pilihanraya baharu sahaja mengumumkan keputusan Pilihanraya di Kawasan ini seperti berikut:
Kawasan DUN Merlimau
Barisan Nasional ….. 5962 undi
PAS ………………………2339
Majoriti …………………… 3623
Peratusan Mengundi 79%
Kawasan DUN Kerdau
Barisan Nasional …………5060 undi
PAS …………………………..2336
Majoriti …………………….. 2724
Peratusan Mengundi 83%
Ulasan bagi Kawasan Merlimau
Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah 8%. Peningkatan yang sebanyak ini hanya dapat dicapai dengan peningkatan melebihi 8% undi Melayu dan India, memandangkan undi Cina dalam tempoh tersebut belum dapat dipastikan meningkat.
Majoriti 3,623 undi yang diperolehi, melebihi angka 3,000 undi yang kita ramalkan.
Ulasan Bagi Kawasan Kerdau
Kawasan DUN Kerdau yang terletak di Pahang juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Di sini BN telah mampu mencipta satu rekod majority yang baru, iaitu 2,724 undi, melebihi 2,565 undi yang dicapai pada tahun 2004. Ini telah juga melebihi 2,000 undi majority yang telah kita ramalkan.
Bilangan 5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan 6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk BN di Kerdau. Terdapat juga bukti yang menunjukkan peningkatan undi kaum Cina.
Implikasi Undi Kepada Suasana Politik Negara
Keputusan PRK ini boleh ditakrif sebagai mencerminkan suasana politik atau sentiment kaum bagi seluruh Malaysia. Ia sekali lagi membuktikan yang sentiment Melayu dan mungkin juga kaum India telah pulih seperti sediakala , sementara kaum Cina pula mungkin juga bertambah, tetapi ini memerlukan analisis yang lebih komprehensif. Saya kini sedang membuat kajian selanjutnya dan hasilnya akan dinyatakan sebagai update dalam artikel ini.
(Update jam 11.20 pagi 7 Mac 2011)
Regression analysis lima kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.
Bagi undi Cina pula ia masih 3.7% dibawah paras dicapai dalam Pilihanraya Umum 2008. Bagaimanapun, ini juga menunjukkan trend peningkatan daripada keadaan terendah pernah dialami BN dalam tahun 2009.
Kita yakin angka angka di atas boleh ditakrifkan sebagai sentimen atau arus sokongan pelbagai kaum yang terkini terhadap Barisan Nasional di semenanjung Malaysia.
Sekian, sebarang komen dan soalan dialu-alukan.
DAH Ikhwan
Agreed
Boleh tunjukkan berapa peratus undi melayu, cina dan india yang mengundi BN and peratus peningkatan undi bagi setiap kaum?
Saya ingin tahu samaada orang2 cina masih lagi bersatu memihak pada DAP atau sudah beralih?
Saudara/Sdri daniaberlina,
Mengikut analisis kita sejumlah 69% undi Melayu menyokong BN dalam pilihanraya kecil ini, iaitu peningkatan sebanyak 11% dari PRU 2008. Tetapi, perlu diingatkan kawasan ini adalah kubu kuat BN, jadi bagi Semenanjung keseluruhannya, aras sokongan Melayu mungkin disekitar 62% hingga 65%.
Sokongan kaum India dianggar agak tinggi iaitu melebihi 80%. bagi masyarakat Cina pula ia belum lagi pulih walaupun lebih baik daripada keadaan di lain lain tempat di Semenanjung.
Setakat ini agak sukar menjawab soalan saudara secara terperinci kerana kita terpaksa menggunakan sample size yang tidak cukup besar untuk menghasilkan jawapan yang lebih tepat.