Pilihanraya Umum Malaysia Ke 12 (Tahun 2008) : Analisis Undi Mengikut Kaum

Artikel ini adalah versi Bahasa Malaysia bagi artikel  Bahasa Inggeris  dalam Blog ini bertarikh  10 Mei 2008 bertajuk  Malaysia’s  General Election 2008 : A Comprehensive Analysis. Memandangkan yang  artikel asal mampu menarik agak ramai pengunjung berbahasa Inggeris, maka saya terpanggil membuat versi dalam Bahasa Malaysia untuk perhatian  para pembaca berbahasa Melayu pula.

Tujuan artikel ini ialah untuk menganalisis keputusan PRU ke 12 (tahun 2008) mengikut  undi kaum, iaitu peratusan daripada jumlah pengundi Melayu , Cina dan India yang mengundi Barisan Nasional. Data yang dihasilkan  menganggarkan  dengan  agak  tepat  sokongan setiap kaum  utama di Semenanjung Malaysia,kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Kaedah yang digunakan ialah Multiple regression analysis dengan data merangkumi keputusan  dalam 165 Kawasan Pilihanraya Parlimen di Semenanjung Malaysia. Faktor faktor penentu(independent variables) yang dipilih ialah undi  dari kaum Melayu, Cina dan India; peratusan undi BN pada PRU ke 11 dan berapa penggal calon menyandang kawasan berkenaan.

Data Keputusan Mengikut Kaum – BN

Hasil daripada analisis kita menunjukkan  secara purata  54% daripada  penggundi Melayu  dalam  kawasan Parlimen telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan 62% pada PRU 11.

Analisis ini juga menunjukkan pada purata, sejumlah 40% penggundi kaum Cina telah menggundi BN pada PRU 12 berbanding 56% pada PRU 11.

Bagi kaum India pula  hanya seramai 10% pengundi mereka telah mengundi BN pada PRU 12 berbanding dengan sokongan amat tinggi pada paras 72% pada PRU ke 11.

Data Keputusan Mengikut Kaum – Pakatan Rakyat

Memandangkan sejumlah 54% pengundi Melayu mengundi  BN, yang selebihnya 44%(setelah ambil kira undi rosak) pengundi Melayu, diandaikan mengundi Pakatan Rakyat. Demikian juga mengikut kaedah yang sama, seramai 58% pengundi Cina dan  88% pengundi India telah mengundi Pakatan Rakyat pada  PRU 12 tahun 2008,

Data Kesetian kepada Parti

Faktor kesetian yang digunakan ialah peratusan undi yang diperolehi oleh BN dalam kawasan parlimen yang sama pada pilihanraya sebelumnya. Hasil kajian mengesahkan ada hubungan(correlation) yang  amat signifikan diantara undi yang diperolehi BN pada PRU 12 dengan peratusan undi BN perolehi pada PRU 11 atau sebelumnya.  Ini bermakna secara purata, pengaruh  tradisi BN  dalam sesuatu kawasan adalah faktor kukuh yang  sukar dilunturkan hanya dalam satu pilihanraya, bagaimana sengit sekalipun kempen dilaksanakan.

Data Pengaruh Peribadi Calon

Pada puratanya, pengaruh peribadi calon juga menunjukkan hubungan(correlation) yang cukup signifikan dengan  jumlah undi yang BN perolehi. Bagaimanapun jumlah  sumbangan  undi peribadi ini tidaklah begitu tinggi, iaitu  mulai dengan sifar bagi seorang calon baru hinggalah kepada 1480 undi  bagi calon penyandang empat penggal.

Untuk mereka yang arif tentang kaedah  analisis regression, saya perturunkan model yang telah dihasilkan  dalam lampiran di bawah.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

DAH Ikhwan

Artikel Artikel Berkaitan:
1.Senario Kekuatan DAP selepas PRU 13
2.Pertembungan Prinsip dan Kuasa Dalam PAS:   Satu   Ramalan     bertarikh Nov 2008.
3. Muzakarah UMNO dan PAS. 

Lampiran


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s