Gallery

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 di Stadium Merdeka

Himpunan Kebangkitan  Rakyat yang  berlangsung di Kuala Lumpur semalam telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang  ( anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya  gambar gambar dalam  Stadium  menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.

download (2)

Tetapi,  dua anggaran diatas  amat jauh perbezaannya, jadi saya  buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat. Pertama,  saya  semak kapasiti  Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan  di gelanggang  sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang  berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.

Penyertaan  seramai 55,000 orang  boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta  terdiri daripada kaum Melayu,kebanyakan mereka ahli atau penyokong PAS, selain PKR. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula  dianggar tidak signifikan.

Pengikut Pengikut PAS sembahyang : Keliru untuk apa?

Pengikut Pengikut PAS sembahyang : Keliru untuk apa?

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa  sebabnya: Pertama, para  penyokong Pakatan Rakyat mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi; Kedua, Ketiadaan isu besar yang  mampu menaikkan kemarahan rakyat; dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.

Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini  oleh Merdeka Center pada bulan Disember  2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu,  76%  di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan  kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.

Persepsi keatas Barisan Nasional pula menunjukkan,  63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan Rakyat,  kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan Rakyat, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim berucap di perhatikan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh

Anwar Ibrahim berucap di perhatikan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh

Walaupun angka angka diatas menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina  kekal bertekad  hendak  menjatuhkan kerajaan  BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,  wallahu ‘alam

DAH IKHWAN

About these ads

14 responses to “Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 di Stadium Merdeka

  1. Tuan Dahalmi,

    You have posted one of the best analysis of the KL112 numbers. The Chinese support is still very much lacking but is returning to BN. Enough, I am encouraged and hope, to regain lost seats with the help of support from the Indian community.

    Salam sejahtera
    Freddie

  2. Thanks Freddy. I always try my best to get reliable data. All the best in your efforts.

  3. anda hidup imbang berimbang . syabas

  4. Ramai geng2 saya yg dulu anggap PR sebagai penyelamat dah berpaling tadah sebab diorang dah nampak prjuangan PR TAK KONSISTAN dan mengamalakn budaya MENGHASUT dan PROVOKASI MELAMPAU…..persaingan tak sihat….cuba menjatuhkan kerajaan dgn cara KOTOR….ape yg aku bgtau diorang dulu….ade kebenarannya….BN terbaek walaupun bersama MIC dan MCA namun BN bijak membela nasib bangsa …negara dan agama…TAHNIAH BN…majulah selamanya.

  5. Saudara M. Fetri,
    Alhamdulillah. Saya memang kurang selesa dengan orang macam Anwar, beliau pandai bercakap boleh menghasut dan brainwash orang, terutama anak anak muda tanpa disedari. Strategi mereka mudah, boikot media yang mereka tidak sukai, untuk menutup minda orang muda supaya di banjiri dengan pandangan mereka sahaja. Ini satu gejala tidak baik bertentangan dengan sikap terbuka untuk melahirkan masyarakat yang berfikir. Kebanyakan orang yang pandai becakap seperti Sukarno, Marcos, Hitler akhirnya membawa malapetaka kepada negara mereka.

  6. terima kasih, menarik sesuai direnung. fikir dan nilai, terutama mentaliti orang melayu sendiri. jelas sekali sanggup dikuda. masih sanggup menyokong kerja yang membazir dan menampakkan ketidak warasan budaya berfikir berasaaskan ilmu – masih sanggup keluar bersesak mendukung anak tunjuk protes nak betulkan kerajaan KONONnya.

  7. Suara Keadilan menyatakan 700 ribu yg hadir memetik pandnagan pakar matematik seorang professor..

    i am speechless….

    bagaimana stadium yg sgt kecil bole memuatkan 700 ribu umat manusia didalam dan disekitarnya?

    bagimana seorang professor boleh merendahkan martabat intelekknya hanya kerapa politik….

    dan paling pening sekali, bagaimana pendokong PR boleh mempercayainya…otak letak dimana?

    dikepala kah?

    di punggung kah?

    atau dikepala lutut kah?

    intonasi ayat mengikut filem Seniman Agung P Ramlee ( AL Fatihah) di dalam filem Nujum Pa’ Belalang.

    BN Insha Allah will win better than 2008, i am hopeful that BN under Najib can get the much needed 2/3 majority.

    PM Najib sesunggunya sorangyg sgt kuat bekerja…dan diharap rakyat Malaysia mampu melihat potensi beliau sebagai PM Malaysia untuk sekurang-kurangnya 2 penggal lagi supaya transformasi beluau berjaya.

  8. Saudara Ahmad Hamid,
    Terima kasih atas pandangan saudara. Diharap ramai, terutama anak anak muda dapat merenung akibat suasana kurang membaca dan kurang berfikir yang melanda masyarakat Melayu Malaysia. kini.

    Saudara Drmuzaffar,
    Saya juga sering berasa hairan mengapa ada professor yang sanggup melacurkan intelek mereka kerana politik. Dan pula ramai daripada mereka dari bidang lain pula yang tak kena mengena dengan perkara yang dihujahkan. Jika atas nama Professor, cakaplah tentang perkara yang mereka ada nama, jangan merapu seperti orang di warung kopi.

    Di harap tidak ramai Professor seperti ini, jika tidak apalah yang akan jadi kepada generasi Melayu yang akan datang yang kini bergurukan mereka.

  9. Assalamualaikum Dato. Wellsaid but makes me wonder do those giving the figure of 100k knows how to calculate or not.?

  10. Saudara Madden, thanks. The 100,000 figure comes from Malaysiakini, the opposition media. Obviously, they usually over estimate for political reason.

  11. I support all efforts to ensure BN’s victory in the coming election,PRU 13. BN means Building a Nation or in Malay,Bina Negara !! Anyway,agak2 Tuan,siapa yang pernah kata something bermula dgn ” I SUPPORT ALL EFFORTS TO…….”

  12. BN = BINA NEGARA or BUILDING A NATION

  13. Saya harap saya tak terlambat nak bagi komen. Umur saya sekarang 44 tahun dan baru sekali saya mengundi iaitu PRU DUN Sarawak lepas bagi kawasan DUN Tupong. Jujur saya katakan pada awalnya saya tidak minta nak mengundi lantaran iklan mengundi menunjukkan para pengundi berbaris panjang untuk mengundi, dibawah mentari terik pula. Tetapi semua ini berubah setelah melihat BN hampir tewas pada PRU 12. Kesedaran bahawa tunjang Islam ditangan orang Melayu. Benar Pas pun majoriti Melayu tetapi melihat Pas bersekongkol dengan Dap buat saya terfikir orang Melayu/Islam mula berpecah. Ditambah lagi kehadiran DSAI setelah keluar penjara. Bertambah kusut perpaduan orang Melayu. Amat sedih sekali kebanyakan komen anti UMNO atau BN hanya kerana lebih tertumpu kepada peribadi pemimpin, bukan dasar kerajaan atau kelemahan kerajaan. kalau kita lihat negara barat, mereka bukan menyasar peribadi pemimpin kecuali US, tetapi siapa yang boleh mengetengahkan agenda terbaik untuk pengundi atau bagaimana calon tersebut akan mengemudi kerajaan jika terpilih. Amat malang sekali, majoriti melayu disemenanjung bergaduh hanya taksub politik tanpa memikirkan natijah kepada Muslim minoriti, kekuasaan politik melayu/Islam. Tidak mustahil jika Dap berkuasa, mereka mungkin mengalakkan penghijrahan kaum Cina ke Malaysia bagi mengimbangi penduduk Melayu. macam Singapura. Trend yang berlaku dalam negara adalah dimana wujudnya bandar bandar baru maka harga hartanah naik dan yang paling awal mengambil peluang dipenempatan baru adalah bukan Melayu lantas mengwujudkan pola penduduk yang majoriti bukan melayu. Akhirnya akan mengalakkan garis sempadan undi baru yang sudah pasti dimonopoli oleh bukan melayu. Lihat bandar Miri, Sibu, Sarikei dan Bintulu. Dimana pergi Bumiputera Islam? sekarang Kuching mula di”tawan” hanya tinggal Petra Jaya, Kota Samarahan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s