Gallery

Pilihan Raya Umum Ke 13 (tahun 2013): Ramalan untuk Negeri Kedah dan Perak

Atas permohonan rakan- rakan pembaca yang telah lama mengikuti blog ini dan juga sebagai perkhidmatan kepada  anda sekalian, saya akan menerbitkan  beberapa artikel yang menarik tentang Pilihan Raya Umum kali ini. Saya akan menulis ramalan DUN  untuk beberapa negeri yang menarik perhatian  umum seperti Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor  disamping ramalan keputusan Parlimen Malaysia. Juga saya akan menyediakan ramalan untuk kerusi kerusi panas seperti Gelang Patah, Lembah Pantai, Putra Jaya dan banyak lagi.

Bagi mereka yang baharu mengenali blog ini, ingin saya jelaskan bahawa saya menggunakan kaedah simulasi model yang berasaskan analysis regression setiap kerusi parlimen dan kerusi DUN di negeri negeri yang kita liputi. Peroses ini sungguhpun menggunakan komputer, memakan masa kerana memerlukan ribuan data pilihanraya yang tersebar secara umum di dalam akhbar dan menerusi internet.

Rekod  ramalan yang lepas  yang merangkumi 12 pilihan raya kecil dan  Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah  sangat tepat. Anda boleh menyemak rekod rekod ini yang boleh anda baca menerusi arkib dan kategori dalam  blog ini.

Ramalan Untuk Negeri Kedah

Kedah mempunyai  36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri yang mana 14 kerusi dimiliki BN dan 22  Pakatan Rakyat, termassuk 16 dari PAS.  Kedah telah di perintah oleh BN sejak merdeka, tetapi jatuh ketangan Pakatan Rakyat kerana  kekuatan jaringan parti PAS di sana disamping suasana luarbiasa yang bermain sewaktu PRU 12. Ini termasuk penolakan BN oleh kaum Cina dan India, walaupun majoriti penggundi Melayu masih bersama BN. Disamping itu  kecaman daripada  mantan Perdana Menteri  Tun Mahathir Mohammad ketika itu juga  menjadi faktor penyebab kejatuhan negeri Kedah ketangan Pakatan Rakyat.

Lima tahun sudah berlalu dan BN  telah berjaya membawa banyak perubahan dan kebaikan melalui program transformasi yang julung kalinya berlaku di Malaysia. Ini  didahului dengan transformasi  institusi kehakiman, institusi pencegahan  rasuah (SPRM) dibawah Pak Lah, disusuli oleh PM Najib  dengan transformasi dalam pemilihan parti UMNO,   pemansuhan ISA,  Transformasi dalam Kerajaan dan Transformasi Ekonomi.

Berbanding dengan inisiatif yang luar biasa dan  pencapaian kerajaan BN    di atas, Pakatan Rakyat juga berusaha membawa pembaharuan di negeri negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dari segi meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran kewangan dan pengurusan ekonomi.  Malangnya kerajaan Pakatan di Kedah dan Kelantan jauh ketinggalan dibelakang dari segi perubahan dan pembaikan.

Suasana diatas telah  meningkatkan sokongan rakyat kepada  Barisan Nasional seperti tercatat dalam keputusan pilihan raya kecil dan tinjauan pendapat yang dilaksanan oleh beberapa agensi pengkajian pendapat umum seperti  beberapa universiti tempatan dan juga Merdeka Center.

Dengan suasana seperti diatas, dengan sokongan yang meningkat daripada pengundi Bumiputera dan India, hasil simulasi model kami  menunjukkan peluang cerah untuk Barisan Nasional menakluki kembali negeri Kedah. Ada probabiliti yang tinggi bagi Barisan memenangi  antara 19  hingga 23 kerusi  daripada keseluruhan 36 kerusi dalam DUN Kedah, sekaligus membolehkan BN membentuk kerajaan Kedah yang baharu, butiran seperti dalam jadual di bawah, Insya Allah.

Jadual: PRU 13 Ramalan DUN Kedah

Parti Kerusi DUN(BN Minima) Kerusi DUN(BN Maxima)
BN 19 22
DAP 2 2
PAS 8 7
PKR 7 5
JUMLAH 36 36

Ramalan Negeri Perak

Satu soalan yang sering kita dengar ialah mampukah kerajaan BN negeri Perak bertahan  dalam PRU ke 13 ini.  Ini berikutan yang kerajaan yang ada telah  dibentuk selepas tiga orang  ahli DUN  Pakatan Rakyat berpaling tadah dan kini menyokong kerajaan BN di sana.

Untuk makluman ringkas, negeri Perak  mempunyai 59 buah kerusi DUN yang mana dalam PRU 13, sebanyak  31 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat dan 28 kerusi  pula dimenangi oleh BN. Kerajaan Pakatan Rakyat telah tumbang dalam tahun 2010 setelah  tiga orang ahli DUN berpaling tadah dan menyokong BN.

Suasana  itu telah menyebabkan kecelaruan politik yang berpanjangan dan membangkitkan kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat,  yang mengutuk BN dan tindakan Sultan Perak yang membenarkan kerajaan BN yang baru ditubuhkan. Keadaan ini berlarutan sehingga  Mahkamah  mengesahkan kerajaan BN yang ada sekarang.

Dalam artikel-artikel blog ini sebelumnya saya menyatakan yang kerajaan BN yang dibentuk adalah sah dan mengikut lunas undang-undang. Penulis juga berpendapat yang kemarahan rakyat hanya bersifat sementara dan akan reda ditelan masa ketika sentimen rakyat berubah memihak BN.

Keadaan kini telah berubah seperti dalam jangkaan kita.

Dengan sokongan meningkat daripada pengundi Bumiputera dan India,  kita ramalkan yang  BN akan memenangi pilihanraya ini di DUN Perak dengan mudah,  dan akan menubuhkan kerajaan baru selepas PRU 13 ini. Hasil simulasi model kita menunjukkan BN akan memenagi  antara 34 hingga 42 kerusi DUN, Insya Allah, butiran seperti di bawah:

Ramalan DUN Perak PRU 13

Parti Bilangan Kerusi(BN Minima) Bilangan Kerusi(BN Maxima)
BN 35 42
DAP 18 14
PAS 2 0
PKR 4 3
Jumlah 59 59

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH IKHWAN

Artikel Artikel Berkaitan:

1. PRU 13 : Ramalan DUN Kelantan.

2. Senario Kekuatan DAP Selepas PRU 13

About these ads

26 responses to “Pilihan Raya Umum Ke 13 (tahun 2013): Ramalan untuk Negeri Kedah dan Perak

  1. Salam.. Alhamdulillah saudara telah membuat ramalan bagi DUN negeri perak dan kedah… Walaupun tidak terperinci seperti sebelumnya saya yakin ramalan ini meliputi analisa serta statistik yg terkini dengan mengambil kira penyertaan calon bebas terutama calom bebas dr kalangan ahli UMNO serta kecenderungan pengundi melayu dan india yg saya fikir cenderung ke arah BN dengan usaha yg kuat oleh YAB DATO SERI NAJIB dlm pelbagai tranfomasi Ekonomi, politik dan sebagainya…saya yakin saudara akan dapat analisa serta ramalan dengan data serta statistik yg menyakinkan seperti yg lepas sekira mempunyai masa yg cukup dan ramalan dan analisa bagi negeri selangor dan kelantan akan siap dlm waktu terdekat dan seterusnya terhadap parlimen serta kerusi2 panas insyaallah saya yakin saudara dpt melakukan yg terbaik bg follower spt sy..kalau blh saya juga ingin mengetahui kerusi pembangkang terutama kerusi DAP agar menjadi panduan bg umat islam bg membuat penilaian serta panduan dlm membuat keputusan mengundi… Kerana saya sakin porla atau corak pengundian kali ini banyak menguntungkan DAP penurunan jumlah kerusi PAS dan PKR… Tidak lupa juga kalau boleh saudara membuat ramalan pengundian di negeri Johor yg saya jangkakan agak sengit peningkatan kerusi DAP… Sekian Assalamua’alaikum

  2. Terima kasih atas usaha data analysis. Byk sgt ramalan yg unproffessional.seperti ramalan khalid ibrahim,pr mng 211 dari 222 parlimen.

  3. Terima kasih Saudara drmuzaffar dan Saudara Kamarul.
    Tentang beberapa perkara yang telah Saudara Kamarul bangkitkan, ya pada luarannya, ramalan ini nampaknya kurang terperinci daripada yang lepas. Sebenarnya saya terlalu sebok dengan analisis regression untuk banyak kawasan dan negeri, jadi tidak sempat menulis dengan terperinci. Tetapi analisis secara simulasi model untuk ramalan, tetap dibuat dengan halus mengambil kira data data dan faktor faktor penentu(independent variable) seperti biasa. Hanya dalam ramalan di kawasan DUN di kedua negeri ini saya tidak ambil kira faktor calon. Ini terpaksa saya lakukan, kerana analisis regression dalam pilihanraya-pilihanraya terdahulu tidak menunjukkan faktor calon sebagai signifikan di kawasan DUN negeri negeri ini. Jadi ramalan sedikit kurang tepat, tetapi boleh lagi diterima dengan kadar regression coefficient R2 =78% untuk Kedah dan R2=92% untuk Perak.

    Saya juga nampak amat ramai calon baru dari BN dalam kedua-dua negeri ini, ia itu kira-kira 70%. Ini adalah jumlah yang terlalu tinggi. Agaknya Najib terpaksa mengambil langkah ini kerana terlalu banya kerusi yang hilang dalam PRU 12 yang perlu direbut kembali dengan mengenengahkan muka muka baru.

    Nota: Tentang ramalan kerusi untuk parti DAP, saya terima saranan saudara Kamarul dan ini dipaparkan sebagai jadual dalam artikel asal di atas.

  4. pekerja kerajaan

    assalamualaikum…saya orang perak …walaupon pengundi PR, tapi saya rasa BN akan kekal bersama BN berdasarkan urus tadbir yg baik oleh ds zamri..memang seluruh negeri terdapat pembangunan yg rancak..calon berjasa saya rasa mampu memecahkan undi melayu di parlimen sungai sipot dan tapah.bagaimana pendapat saudara?walaupun begitu angka 35 yg diletakkan saudara saya rasa agak tinggi..saya rasa paling byk bn akan dapat hanyalah 32, based on strong anti establishment sentiment among chinese voters.

    2) kedah saya rasa 50-50..umno kedah sangat sakit pada bahagian dalamnya..mohd bashah vs mahdzir khalid bukannya mesra sangat..setiap bahagian ada proksi masing2 walaupon seorang beranding dun dan seorang parlimen,mukhriz nak xnak terpaksa menggunakan pengaroh bapanya,dia sendiri x tinggal di kedah dan tiada proksi sendiri di sana.politician dan proksi sangatlah berkait rapat

    3) bagaimana dengan pendapat saudara dgn video global witness??isu lahad datu di sabah??isu pertandingan 4-5 penjuru di sabah?isu zul nordin dan ibrahim ali pada pandangan mata pengundi india dan cina..ini merupakan isu baru yg timbul dekat2 pilihanraya..kajian saudara pula dilakukan sebelum benda2 ini berlaku.

    membebel pulak aku ni..tq

  5. ramalan awak yg lepas2 mungkin tepat..tetapi kali ini mmg tak tepat

  6. bila baca ramalan yg telah di buat admin dan juga para komen…..saya kira lebih kepada ramalan syok sendiri dan tidak melihat isu-isu semasa dan kehendak rakyat………apa-apa pon itu hanya lah sekadar ramalan dan masing-masing ada firasat sendiri……..

  7. saya nak tahu berapa pecent undi india akan ke bn???

  8. Analisis adavkredibiliti dan integriti.ygvplg tip top dari uia oleh prof arabi so far hampir swntiasa tepat seperti dahalmi juga. Ilham research ctr milik.pas juga ada integriti. Merdeka ctr midline. Xentrum prof hasbullah mmg tak bole pakai terutamnaya ketika pru sarawak yg lps.

    Dijohor lebihbspwsifik glg pth sayabpergi kempen kit siang dan salwhuddin ayub.mencari india dan melayu sukar.mana mana pergi kempen diaborg dipwnuhiboleh cina sahaja.cina spork pun tumpng sekaki. Kempen bn swperti semalam lbhvmultiracial.india mmg jelas pada bn.hindraf pun dtg menuniukkan sokongan.

    Kit siang mungkin undereatimate Bangsa Johor. Mungkin dia

  9. Saudara Wan,
    Anggaran kami sentimen kaum India kini banyak memihak kepada BN, tapi sukar nak pastikan berapa peratusannya. Dalam simulasi model ini kita gunakan angka anggaran 60%.

    Kepada Saudara Kay dan Ubikayu, saya ambil perhatian pandangan anda. Cuma anda perlu tahu ramalan kita banyak bersandar kepada sentimen politik terkini dan kekuatan tradisi setiap parti dalam kawasan mereka. Saya ketepikan fahaman politik saya sendiri semasa membuat ramalan yang setepat mungkin. Kita perlu ingat ini hanya ramalan dan anda boleh menyatakan ramalan anda di sini juga. Yang mana tepat, itu kuasa Allah dan saya yakin Dia akan tunjukkan pada 5 Mei nanti.

  10. Saudara drmuzaffar,

    Terima kasih diatas pengiktirafan anda kepada ramalan kami, dan informasi tentang institusi ramalan yang lain. Saya akan tinjau website mereka nanti, insya Allah.

  11. Ramalan PM malaysia oleh seseorang yg pernah saya kenali..pada tahun 1992.
    1.mahathir 2.ahmad badawi 3.najib 4.anwar 5.hisamuddin.. ke 6 tidak sempat saya tanya. Bagaimana pandangan tuan?

  12. undilah ABCD utk keselamatan anak cucu kita dibumi malaysia yg tercinta ini.

  13. Ibrahim : Asal Bukan Cina Dap ke? :). Dah Ikhwan, saya rasa analisis anda mengenai Perak agak tepat. Swing di kawasan majoriti Melayu di Perak memang sgt terasa. Saya rasa Undi India banyak menolong BN di kawasan seperti Selangor Perak Kedah Johor Penang.

    Jika dahulu mungkin hanya 10% sahaja mereka mendokong BN. Kali ini sokongan mereka jelas.

  14. salam, ada tak tuan mengambil kira pengaruh sosial media dan pengundi muda dalam analisa tuan. TQ

  15. saya penyokong pembangkang tapi saya amat meragui analisa umcedel yang terbaru…apa pendapat saudara dah ikhwan??…

  16. Saudara Rudaiman, Dengan sentimen rakyat yang ada kini saya nampak tiada kemungkinan Anwar boleh menjadi Perdana Menteri.melalui demokrasi.

    Saudara drmuzaffar,Saya setuju sepenuhnya dengan pandangan saudara. dan hakikat ini telah saya jadikan satu daripada asas ramalan.

    Saudara Labu, setakat ini saya belum menemui cara hendak quantify pengaruh sosial media dalam analisis. Tetapi sentimen politik pengundi muda, insya Allah pada masa hadapan ini boleh difaktorkan dalam simulasi model kerana SPR sudah mulai menerbitkan data umur dalam daftar pemilih.

    Saudara Wan, setakat ini saya belum sempat membaca ramalan umcedel.jadi belum dapat mengulas lagi. Insya Allah saya akan baca bila ada masa nanti.

  17. Saudara banyak permintaan ni tapi jgn terburu2 dgn analisis.glg pth mmg menarik. Kali pertama bn ltk calon melayu di kawasan majoriti cina. Terutamanya melawan kiy siang yg ceramah dikawasan cina dgn.sentimen peekauman. Ghani bunuh diri kata ramai org. Pada saya ia adalah cara johor vs cina dap. Hopwfully bangsa johor prevailed.

  18. Saudara Wan, Pertama terdapat terlalu luas jurang perbezaan diantara result survei UMCEDEL dengan sebuah agensi survei yang lebih established seperti Merdeka Center. Jadi saya dapati sungguh sukar menerima penemuan UMCEDEL.
    Yang lebih pokok, terdapat banyak kelemahan dari opinion poll survey. Pertama ia menggunakan sample terlalu kecil; kedua orang yang suka menjawab interviu lebih ramai dari kalangan orang yang marahkan kerajaan kerana hendak melepas geram, jadi ini menghasil bias yang memudaratkan sesuatu survei
    Ketiga, survei tersebut hanya dari penduduk semenanjung. Jangan lupa Sarawak dan Sabah ada kira-kira 60 kerusi Parllimen, ini perlu diambil kira.

  19. Rawa Lanun-Bahasa

    terima kasih Sdr DAH Ikhwan.

    Harap Morsi ada blogger se rajin anda

    Kalau di Tanjung, Pulau Pinang
    3 kerusi DUN

    Harap Sdr DAH Ikhwan dapattah beri perhatian sedikit hal Tanjung

    Salam takzim

  20. Saudara drmuzaffar,
    Jika betul head umcedel itu orang Anwarinas, sungguh menjijikkan sehingga memperalatkan Institusi yang unggul untuk kepentingan mereka. Jika keputusan pilihanraya jauh daripada yang mereka ramalkan ini amat memalukan Universiti Malaya, para akademiknya dan menimbulkan banyak soalan tentang kredibiliti dan mutu pengajian di sana.

    Saudara Rawa,

    Terima kasih atas cadangan anda tentang kerusi DUN di Pulau Pinang. Saya akan cuba jika ada terluang masa, insya Allah.

  21. boss UMCEDEL merupakan mantan naib presiden antarabangsa ABIM. beberapa kenyataan dan tindak tanduk beliau ke arah PR yg diterajui oleh Anwar Ibrahim.

  22. Awang Kerisnada Awang Mahmud

    MY VIEWS ON THE POLL SURVEY AND STUDEIS OF THE UMCEDEL MADE ON THE MALAYSIAN ELECTION – AND WHY I THINK THEY ARE INACCURATE

    Before making my analysis of the UMCEDEL poll survey, I would like to enter a … caveat.. Firstly I would emphasise that I have a lot of respect and regards for their work. i believe that those in the UMCEDEL are highly qualified people and are indeed well verse in their fields even though I do not have the opportunity to look at their academic credentials.

    Secondly, my views here are put forth not to discredit them nor dispute the autenticity of their research. My views are simply pointing out from a sociological perspective why I think that their survey are not the barometer in determining the results of our elections.

    Herewith I appended the survey done by the UMCEDEL.

    ‘…….Which party is expected to win at the national level in the GE-13 and capture Putrajaya.”

    Meanwhile, 42 percent of those surveyed expects Umno-BN to win in the GE-13 compared to 37 percent for Pakatan Rakyat.

    The profiles of the 21 percent of fence sitters ar…e found to be Chinese voters with the highest percentage at 53 percent, Malays, 37 percent and Indians, 10 percent.

    Those who possessed Degrees in their fields of study registered 49 percent from the same category, voters under the age of 30, 51 percent and first time voters, 48 percent.

    The study which was presented by the UMCEDEL Director, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman in the ‘Pre Election Forum: Who Will Win the GE-13′ at the Singgahsana Hotel last night.

    Dr Mohammad Redzuan said that the support of the category can be considered important because they are the deciding voters that determine the victory of any party in the GE-13.

    “Our study found that from the 1,409 respondents, that are still 21 percent of those uncertain that still can be snatched, it is a huge amount,” he said.

    The same study also showed expectations that PR will continue to win at the national level has increased, while confidence in the victory of Umno-BN seems to have deteriorated.

    In the period of 1016 September 2012, 44 percent of respondents expected Umno-BN to win, 30 percent PR and 26 percent unsure……”

    Having look at the detailed results of the survey and their conclusions, I can perhaps digress to the reality of our political demographics and it’s geo politics boundaries and intracacies.

    Let me emphasise here that while I think a survey is useful and in fact helpful but this would only be the ” near to accurate ” barometer in a highly urbanised country like the USA or even the UK… Here in Malaysia we have different geographies and different demographies I must say.

    My question is how far have these survey by UMCEDEL covered the rural areas and the regions of Sabah and Sarawak. How far has these survey look into the criterion of determination that makes a person in the far away back water regions of Sarawak vote ?

    EVEN IN USA THE PRESIDENTIAL SURVEYS SHOWED BARRACK OBAMA IN EQUAL RANKINGS WITH MIT ROMNEY BUT BARRACK OBAMA WON

    In the last US Presidential elections of 2011, I have from time to time looked into the poll surveys done by various groups including the CNN, the New York Times, etc and I do find that Barrack Obama was at times in equal place at 47% for the economy while Mit Romney was a near distance of 46%… And while popularity among the masses is a factor but there were times when Obama slipped in popularity. Some analyst then began to call it another close presidential election.

    BUT OBAMA WON CONVINCINGLY

    But the results of the USA Presidnetial elections showed that it was never a close election in the first place. Barrack Obama won convincingly and trounced Mit Romney even in some ” gray ” states. So where is the close call here ?

    Another fact which I wish to emphasise here is that surveys in the UMCEDEL is highly concentrative in the urban area and even as they claimed that they had made their divisions of voters, but these divisions are not strong enough to prove that they had gone to the rural areas and done the same survey to the voters.

    What UMCEDEL should have done is that they should divide their poll surveys on a state to state basis and not in random.

  23. Saudara Awang Kerisnada,

    Thanks for you comments which provide some useful insights on the issue.

  24. Tuan bagaimana dengan ramalan di Penang. Saya orang penang, dari pemerhatian BN masih tidak mampu menawan Penang tapi mungkin terdapat penambahan sedikit kerusi dun berbanding PRU12

  25. Tuan, bolih dapat salinan analysis yang tuan lakukan. ini hanya untuk kajian akademik sahaja.

    Terima ksaih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s