Gallery

Pilihan Raya Umum ke 13 (Tahun 2013): Ramalan DUN Kelantan

Kelantan merupakan sebuah negeri yang agak panas dalam pilihan raya kali ini kerana kesungguhan Barisan Nasional untuk menakluki negeri ini. Ramai kenalan dari Kelantan yang saya temui meramalkan yang negeri ini tetap dikuasai PAS selagi Tuan Guru Nik Aziz masih hidup . Hanya jentera kempen pilihan raya Barisan Nasional sahaja yang cukup yakin yang mereka boleh menang kali ini.

Jika dikira dari segi sejarah, memang sukar hendak menakluki negeri ini, tetapi pada pilihan raya 2004, BN hampir berjaya dan hanya kalah dua kerusi sahaja. Di ketika itu Nik Aziz masih sihat lagi dan amat popular. Lagi pula dipihak BN, mereka tiada  calon Menteri Besar  yang berwibawa.

Pada hari ini senario sangat berbeza. Nik Aziz  sudah uzur dan mungkin tidak dapat menghabiskan penggal jika dipilih semula. Parti PAS kini pula menghadapi masalah pokok disegi  komitmennya dalam memperjuangkan Islam. Ini terserlah diwaktu isu kalimah Allah baru baru ini disamping komitmen yang semakin pudar kepada hukum hudud. Sudah ada ramai ulama yang mempersoal kesungguhan komitmen part PAS  kepada agenda Islam parti tersebut.

Lebih parah PAS kini satu rakan dengan parti DAP yang terang terang anti Islam dan PKR yang menganuti fahaman pluralisma dalam beragama disamping imej yang rosak akibat isu isu moral Anwar Ibrahim.

UMNO, sungguhpun dengan masalah imejnya tersendiri,  sebaliknya mampu menunjukkan banyak kejayaan dalam  dasar dan programnya dalam mertabatkan Agama Islam di negara ini. Ini semua orang tahu

Dengan latar belakang  diatas dan perpandukan keputusan pilihan raya kecil di Kelantan terdahulu serta hasil tinjauan pendapat umum yang ada,  saya telah membuat  ramalan ini yang berasaskan simulasi model yang kita banyak gunakan terdahulu di negeri negeri lain.

Model yang  saya hasilkan seperti dalam   beberapa pilihanraya yang lalu menggunakan faktor faktor penentu(independent variables) termasuk sentimen pengundi Melayu, sentimen pengundi Cina dan kekuatan tradisi  UMNO dan PAS di kawasan kawasan DUN Kelantan. Dianggar sentimen penggundi Melayu di Kelantan kini meningkat 6.8 % memihak BN,   kurang sedikit daripada peningkatan yang dialami seluruh negara.

Hasil daripada  simulasi model untuk DUN negeri Kelantan menunjukkan  keadaan yang setara antara kekuatan BN dan PAS di Kelantan kini. Mana mana parti boleh memenangi pilihan raya negeri ini dengan BN mampu menguasai minima  19 kerusi dan maxima 27 kerusi, insya Allah. Pertandingan amat sengit dijangka dalam lapan kawasan DUN dan BN hanya perlu memenangi 4 daripada  8 kerusi hangat ini untuk membentuk kerajaan Kelantan yang baru.   Kelantan kini mempunyai sebanyak 45 kerusi dipertandingkan.

Bagi mereka yang arif dengan regression analysis, Model yang digunakan dipapar pada lampiran dibawah

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

1. PRU 13: Ramalan DUN Selangor.
2. Malaysian General Election 2013: How will the Chinese Vote?

 Lampiran

Regression Output:
Constant     -5572.81079589686
Std Err of Y Est     365.172089362934
R Squared     0.932316059937968
No. of Observations No. of Observations   39
Degrees of Freedom Degrees of Freedom   35

X Coefficient(s)   0.443251324920725 0.401571031392914 11721.4656724414
Std Err of Coef.   0.0210763400424784 0.0524165606271389 1013.10333013686
T Value   21.0307541075619 7.66114805298764 11.5698619516511
M C BN(2008.04)/2 BN(2008.04)/2

About these ads

29 responses to “Pilihan Raya Umum ke 13 (Tahun 2013): Ramalan DUN Kelantan

  1. Salam. Boleh berikan peratusan undi Cina kpd pembangkang di peringkat nasional. Jika dilihat kempen kempen DAP agak teguh sokongan pengundi Cina kpd PR.

  2. Saudara drmuzaffar,

    Saya anggar dengan cara correlation analysis keadaan terkini 72% Cina menyokong Pakatan Rakyat purata di peringkat nasional, berbanding dengan 60% pada PRU 12. Dengan angka ini memang jelas mereka bertekad menjadikan DAP parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Dengan itu mudah mereka menentukan dasar dan program negara sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

  3. itu yg menakutkan..jika disekitar 70% insyallah boleh dibuffer oleh peningkatan sokongan India dan Melayu . Semoga bumi Malaysia ini dijaga oleh Allah. manusia merancang, tetapi Allah yg menentukan yg terbaik. Semoga jasa pemimpin dahulu membantu negara negra ISlam lain diberkati Allah sehingga bumi kita ini terjaga sehingga ke akhir zaman, Amin.

  4. assalamualaikum tuan ramai rakyat nak tahu kesimpulanya.semua rakyat yakin bn akan menang tapi atas ramalan tuan mampukah bn mencapai 2/3???

  5. Saudara Wan,
    Perkara ini masih lagi dalam peroses penyelidikan. Insysa Allah dapat saya jawap dgn kepastian dlm masa dua atau tiga hari lagi.

  6. Analisa tuan sungguh tepat. Saya telah mengikut blog tuan lebih dari 4 tahun yang lalu dan saya telah membaca tidak kurang dari 5 kali kesuluruhan blog ini. Saya sangat percaya bahawa jika kita memperoleh semua fakta, penilaian kita akan menjadi tepat.
    “If u get all the facts, your judgment can be right” – Bernard M. Baruch

    Dalam penelitian dan kajian saya bahawa orang ramai membuat keputusan dari;
    1. Ikut-ikutan dari orang sekeliling mereka.
    2. Berdasarkan emosi.
    3. Keturunan (mengikut dari ibubapa mereka)
    4 Pembacaan
    5. Dari apa yang mereka dengar.
    6. Dan mereka tidak pernah mempertanyakan apa yang mereka yakini dan percaya

    Cuma saya agak keliru bagaimanakah tuan membuat penilaian psikologi
    dari orang ramai dalam membuat keputusan pengundian?

    Kerana dari apa yang saya baca dari blog ini adalah telah banyak diperkatakan didada-dada akhbar dan media perdana. Tetapi mengikut penelitian saya orang ramai jarang membaca, mereka akan dismiss apa yang bertentangan dengan keyakinan mereka dan mereka sukar memproses fakta dari apa yang mereka baca dan dengar.

    Bagaimanakah media-media utama telah mempengaruhi orang ramai dalam membuat keputusan?

  7. Saudara Mell,
    Terima kasih kerana keyakinan anda kepada hasil penyelidikan yang dimuat dalam blog ini. Sesungguhnya untuk menghasilkan ramalan yang tepat setakat ini memerlukan banyak penelitian angka anka angka yang ada dari pelbagai sumber. Sebenarnya psychology orang ramai dapat diquantify dari keputusan keputusan pilihanraya lepas dengan cara multiple regression analysis. Ini memerlukan pemilihan faktor faktor penentu (independent variables) yang diujikaji banyak kali sehingga menghasilkan equation yang boleh diterima dengan correlation coefficient dan R Squared value yang tinggi dari segi ilmu statistic.

    Maaf saya banyak gunakan istilah teknikal ilmu statistic di sini kerana sukar bagi orang ramai nak faham proses ini.

    Saya juga input penemuan dari survei pendapat umum dari institusi2 yang berwibawa kedalam model ini bagi mendapatkan gambaran terkini. Tetapi hasil survei survei tersebut perlu di adjust kerana bias yang lazim wujud didalamnya.

    Sungguhpun saya amat teliti dalam pengiraan model, tetapi saya amat khuatir akan terjadi kesilapan besar dalam ramalan nanti. Ini kerana sesuatu ramalan hanya dikira bermutu selepas keputusan sebenar diketahui nanti. Kesilapan masih boleh wujud di banyak tempat dalam proses pengiraan dan andaian yang digunapakai, Wallahu ‘alam.

  8. Asalamualaikum tuan,
    Apakah keadaan atau scenario yg mungkin boleh menterbalikkan keadaan dalam masa yg berbaki sebelum hari mengundi?

  9. Saudara Wakman,
    Saya terbaca satu artikel tentang perkara ini dalam akhbar hari ini.Artikel ini memetik kes di Taiwan beberapa tahun lalu dimana calon presiden pembangkang ditembak sewaktu kempen, tapi cedera sahaja.Ini telah mengubah public opinion dengan drastic memihak kepada sicalon pembangkang itu. Beberapa minggu selepas pilihanraya baharulah orang sedar yang tembakan itu hanyalah satu sendiawara sicalon pembangkang.

    Diharap tidak ada pemimpin politik di Malaysia seburuk itu hatinya. Pihak polis perlu sentiasa waspada menjaga keselamatan setiap pemimpin politik sama ada yang dipihak kerajaan ataupun pembangkang.

    • Salam itu sudah termasuk dlm antara 13perkara yg mat bond akan buat. Btq najib look confidwnt of 2/3 majority 1 week following dirst round of campaigning.

  10. Saya agak ragu dengan model anda 1.Kaedah sampling tidak ditunjukan dengan jelas.Kalau jelas berapa peratuskah sampling itu mewakili populasi.2.Angkubah anda juga tidak tepat kerana ada faktor semasa yang perlu dimasukkan seperti BN tidak memberikan royalty kepada Kelantan, Pelantikan calun bukan kesukaan orang UMNO dan kekukuhan hati pengundi Kelantan yang ditanam dikalangan muda.Saya percaya kalau satu kajian berdasarkan gerak-saraf dan perlakuan pengundi dijalankan ianya akan menunjukan perubahan besar akan dimenangi oleh PAS.

  11. DR Aminuddin,
    Saya tidak membuat survei yang lazim dibuat oleh agensi survei. Sebaliknya saya mengkaji correlation diantara sentimen kaum diperingkat nasional berbanding dengan Kelantan. Kerana terdapat peningkatan ketara kepada BN di Semenanjung, maka corellation coefficient yang diperolehi menggambarkan peningkatan yang hampir selari berlaku di Kelantan.

    Kelantan seperti negeri negeri lain semuanya ada faktor tempatan, tetapi saya dapati kesannya tidak signifikan untuk mengubah sentimen politik tempatan. Ini kerana regression coefficient yang saya perolehi dengan R Squared 93% untuk Kelantan amat tinggi, jadi faktor faktor lain yang tidak dapat diexplain oleh model hanya 7% sahaja.

    Oleh itu faktor faktor yang anda sarankan, tidak perlu difaktor dalam model Malah ianya tidak dapat diquantify kan sebagai input kedalam model..

  12. bagi saya selagi tuan guru nik aziz kuat dan bertenaga inssaallah saya pasti pas berjaya pada pru tahun ini umno jgn minpi hdak tawan kelantan…!!!!

  13. sebenarnnya BN da lama kalah dari Malaysia jika tiada pengundi matbangla dan rakan-rakan senegara lain mereka…… skrg rakyat Malaysia inginkan perubahan.. bn/umno ni berat sebelah.. byk membazir.. korupsi… kroni.. rakyat yang cerdik takkan undi umno /bn dan saya percaya ramai rakyat telah menjadi semakin cerdik dan sedar , kita berhak dapat lebih baik…

  14. Saya ingin ingat kan kepada Abd Rahman norman dan Carl Zafran, jika anda tidak boleh membentangkan fakta, sila jangan bentangkan kelemahan strategi anda kepada musuh. Ia amat berbahaya untuk menjaga integriti dan kredibiliti..

    Tahniah kepada DAH IKHWAN kerana berjaya membawa satu penilaian solid yang mengenepikan sedikit sentimen2 dalam membuat penilaian. Inilah yang kta mahukan.

    Manakala saya lebih suka melihat kepada environmental analysis yang meletakkan BN terdahulu dari segi perkembangan pembangunan dan sokongan terhadap perkembangan syiar Islam.. tetapi kesedaran kepada pihak yang menyokong pembangkang perlu di jelaskan supaya apa yang tuan umumkan seperti kes di Taiwan itu, tidak menjadi turutan kes di Malaysia ini…

  15. sesungguhnya orang kelantan lah yang pandai buat andaian,saya rasa orang luar daripada kelantan tidak mungkin dapat meneka parti manakah yang berkuasa di kelantan pada PRU13 nanti.kalau setakat buat atas kertas budak darjah 6 pun boleh buat.Bagi saya UMNO menghadapi jalan sukar untuk manawan kelantan pada PRU 13 nanti.saya pun buat kajian juga di beberapa negeri kat malaysia ini termasuk kelantan.kebanyakan orang-orang UMNO menganggap kemenangan PAS disebabkan oleh Tuan Guru Nik Aziz,ini adalah anggapan yang salah,TGNA selalu berpesan kepada penyokong-penyokong nya :walau siapa pemimpin PAS tuan-tuan kena terima dan menghormati.setakat ini orang kelantan tidak akan tukar musatafa mohamed dengan TGNA,saya sendiri penyokong UMNO tapi saya kagum dengan keperibadian TGNA.kekadang kita terlalu percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Dato Pha dia ada matalamat dia.begitu juga dengan selangor terlalu sukar buat UMNO nak mengambil balik negeri tersebut.pengundi sekarang kebanyakan celik IT dan pandai menilai yang baik dan buruk.pernah satu ketika saya menziarah kawan saya di kawasan selangor pada ketika itu pukul 8.00 malam berita perdana,sebut saja pasal kebaikan BN dia terus tukar chanel tengok cerita kartun.ini menunjukan orang kat malaysia tak minat tengok TV 1,tv2 tv3 alangkah malangnya bagi UMNO yang berkokok siang malam melalui TV

  16. rasanya, Mustapha Mohamad calon yg sesuai jd MB klntn… mmndgkn beliau juga merupakan bekas bapa mertua Sultan Muhammad V @ Faris Petra (yg bernama Suzanne)

  17. Saudara Shaari,
    Jika saya katakan saya orang Kelantan, …macam mana anda percayakah ramalan disini?

  18. I live in Kelantan. These numbers are exaggerated. Come and see for yourself.

  19. Mr. Ha Ha. You claim to be everything, a foreigner, a muslim and now a Kelantanese.

  20. Sangat berguna sangat research saudara admin…semoga invisible hand interface(almighty) in ge13 untuk keselamatan negara dan rakyat…to me the most important thing is keselamatan negara dan rakyat..i hope saudara come up with backup analysis untuk probability keselamatan negara…thanks a lot admin..u r true rakyat malaysia

  21. I am a Muslim, foreigner, Kelantanese. I lived in KL between 2004-2006, P.Penang 2006-2008, Istanbul 2008-2012. And i’m here in Kelantan for 8 months now. Life is amazing isn’t it? Alhamdulillah!

  22. sebenarnya analisa ni dibuat oleh orang BN…so dah tentulah dia akan lebihkan adjust kpd BN…sbbnya bila dia ckp BN akan menang, dia akan tulis Insyaallah..itu tandanya dia berada di pihak BN…dalam gelanggang ada 2 penumbok, A dan B…pengadil pl geng kpd A…dah tentulah pengadil akan memihak kpd A apabila buat adjust…..fakta tetap fakta…ok lah..tapi dalam analisa ini, juga dikatakan faktor adjust digunakan….

    • Salam abrah… Saya yakin dengan ramalan saudara dahalmi yg di perolehi dari stastistik, analisa serta fakta yg tidak berpihak serta jujur tanpa mengira sokongan peribadinya kepada mana2 parti… Tak guna pun membuat ramalan cenderung mana2 parti dengan mengetepikan fakta, data yg ada serta analisa dr badan yg berkaliber dan akhirnya ramalan itu jauh dr keputusan sebenar, tak pa kita tunggu 5 mei abra… Saya rqsa kalau anda ingin mempertikai kajian org lain biarlah dengan fakta… Qnda kena tunjukkan kajian anda atau kajian org lain sebagai perbezaan.. Saya rasa anda yg berpihak kepada parti anda kerana tidak sanggup menerima kekalahan parti yg anda sokong… Sekian Assalamua’alaikum

  23. tak nanpak sembahyang hajat pukul 3 pagi tu. kalu himpunan begitu tidak kelihatan lagi sya yakin bn boleh menang tapi kaluu macam tu jangan duk ramal lah memang orang dah tau bn tak akan mampu tawan kelantan. sebab nya tiada pemimpin bn boleh kerah rakyat sembahnyang hajat pukul 3 pagi macan nik ajis. boleh ke najib buat.

  24. Ni semua ramalan berdasarkan statistik.Ramalan admin sebelum ni pun hanya Pilihanraya Kecil sahaja.Admin tiada pengalaman ramalan PRU.Faktor PRU dan pilihanraya kecil sangat berbeza. Satu lagi admin tidak ambil kira tempoh berkempen tidak rasmi selama ini.Akibat pelaksanaan pilihanraya yg ditangguhkan terlalu lama.Ini kalilah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s