Gallery

Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013): Ramalan DUN Selangor

Langsung tak tidur semalam cuba menyiapkan model simulasi  ramalan untuk Parlimen dan DUN negeri Selangor. Hasil untuk Kawasan  Parlimen belum lagi sempat saya siapkan keseluruhannya kerana saya perlu mengambil sedikit masa lagi memandangkan kawasan yang perlu diinput terlalu banyak, iaitu 222 kerusi keseluruhannya.

Bagaimanapun, Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan kajian untuk kawasan DUN Selangor. Selangor mempunyai  56 kerusi DUN, 20 darinya dimiliki BN, 13 DAP, 15 PKR dan 8 PAS.

Setelah mengujikaji ketepatan beberapa equation, saya memutuskan mengguna dua  Model equation  paling tepat  yang dapat dihasilkan. Kedua dua Model ini telah saya gunakan untuk membuat ramalan ini dan saya yakin kepada ketepatannya, Insya Allah. Ketepatan Model multiple regression ini untuk membuat ramalan boleh diyakini kerana R Squared yang cukup tinggi iaitu, 0.88 dan 0.94 setiap satunya.

Sebagai Model input,  dianggar 55% Pengundi Melayu mengundi BN dan 25%  Pengundi Cina dan 65 pengundi India. Ini adalah kadar  yang munasabah berasaskan peningkatan sentimen kaum  seperti dianggarkan oleh beberapa agensi penyelidik.

Untuk rujukan pembaca yang faham kaedah analisis ini saya perturunkan butiran model seperti dalam lampiran di bawah.

Hasil model menunjukkan Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya DUN Selangor PRU 13 dengan bilangan kerusi minima  35 kerusi dan maksima 39 kerusi. Kedudukan setiap parti adalah seperti berikut:

Jadual Ramalan Kedudukan Kerusi di DUN Selangor selepas PRU 13

Parti Kerusi BN
Minima
Kerusi BN
Maxima
BN 35 39
DAP 14 12
PAS 3 2
PKR 4 3
JUMLAH 56 56

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

Sila baca juga  PRU 13: Ramalan  Keputusan kawasan Parlimen

Lampiran

Regression output:

Constant -7404.22
Standard error 752.83
R Squared .94
No. of observation 54
Degrees of freedom 49
X coeff.  .496    .335      .19          151.57
T Value     23.21    13.6   3.23       9.41
M          C         I             BN(04/08)/2

About these ads

46 responses to “Pilihan Raya Umum ke 13 (tahun 2013): Ramalan DUN Selangor

  1. Sweet dreams…zzz.

  2. Salam. Dun kota damansara dan pelabuhan klang ke bn atau pr dlm simulasi saudara.

  3. Sudara drmuzaffar,
    Dalam simulasi saya kawasan Kota Damansara akan dimenangi oleh BN, dengan agak mudah tetapi pertandingan sengit di Pelabuhan Kelang, itu pun BN mungkin juga memenanginya.

  4. Assalamuala’aikum..terima kasih kerana saudara berjaya menyiapkan ramalan dan analisa saudara bg DUN selangor. Saya percaya ianya mengambil kira pelbagai petunjuk dr pelbagai maklumat yg mempunyai kredibiliti serta tidak berpihak atau cenderung kepada sesuatu parti. Walaupun pemerhatian saya, BN Selangor berpotensi untuk merampas selangor dari PR tetapi saya merasakan ianya satu pertandingan yg sangat sengit di antara kedua2 parti BN da PR. Walaupun saya bersetuju dengan peratusan 55% pengundi melayu akan cenderung kepada BN serta 25% cina dan 65% pengundi india akan cenderung kepada BN dengan mengambil kira porla atau corak pengundian pilihanraya kecil yg lepas serta keyakinan masyarakat melayu serta islam terhadap kepimpinan umno dan BN terhadap banyak isu2 melayu dan islam yg dapat ditangani dengan meyakinkan. Saya juga merasakan secara purata hanya 25% pengundi cina akan memilih BN kerana keyakinan mereka terhadap DAP kerana telah menjadi parti yg dominan di negeri Pulau Pinang, Selangor, dan Perak dengan exco kanan, yg dipertua dewan, dan segala keputusan dipolopori oleh DAP. Perkara ini menyakinkan masyarakat cina yg lebih realistik dan rasional kerana beranggapan bahawa DAP berani mengetengahkan hasrat kaum cina yg dr segi ekonomi, pendidikan serta sosial. Yg lebih membanggakan masyarakat cina kerana DAP berjaya menjinakkan PAS yg suatu masa dahulu dikenali parti islam yg exstrim dan akhornya tunduk dan terperangkap dgn tipudaya DAP. Sokongan Masyarakat india juga saya yakin meningkat dengan mendadaknya kerana Dato seri najib berjaya menyakinkan masyarakat india dengan pelabagai dasar yg khusus kepada masyarakat india, kerana mereka masih memerlukan banyak
    Pembangunan berbeza dgn 2008 mereka membuat undi protes kerana isu kuil agama hindu yg diberjaya diexploitasi oleh anwar dan pembangkang. walaubagaimanapun yg menjadi kebimbangan saya adalah benarkah corak pengundian akan kekal sedangkan penambahan pengundi baru yg begitu ketara sehingga ada yg melebihi 30%. Penambahan 30% ini amat besar dan saya yakin akan merubah corak pengundian pada keseluruhan. Apa yg menjadi kerisauan saya adalah penambahan ini tidak dapat dikenal
    Pasti dari parti mana, ada yg mengatakan 7% hasil dr inisiatif UMNO,  7% dr DAP serta PR dan selebihnya tidak dapat diketahui sama ada kesedaran rakyat secara peribadi atau di usahakan oleh pihak pembangkang. Oleh yg demikian corak atau kecenderungan pengundi yg baru ini sukar diramal atau tidak diketahui coraknya. Perkara ini adalah sesuatu yg perlu di ambil kira. Saya juga mengharapkan pengundian sabotaj di elakan kerana  ia akan merugikan Parti sendiri seterusnya menguntungkan pembangkang…. Saya tetap mengimpin idea penyatuan bangsa melayu dan umat islam yg di pelopori oleh dua parti islam yg besar UMNO dan PAS… Dengan
    Penyatuan oni syiar islam akan dapat ditegak tanpa penyatuan masyarakat islam jangan
    Mimpi syiar islam seperti hudud dan sebagainya dapat dilaksanakan… Selagi BN masih lagi menagih undi dr MCA dan MIC … Selagi PAS menagih undi dr DAP dan PKR selagi itu syiar islam tidak akan dapat dilaksanakan… Sekian Assalamuaalaikum

  5. bagaimana dengan parlimen shah alam, menarik pertembungan disana

  6. Malay Unity seems impossible due to supreme egos on both parties.

  7. Saudara Kamarul,
    Terima kasih atas informasi dan ulasan yang panjang lebar dari anda. Ini amat penting untuk kita semua renungkan.

    Saudara Zul,
    Mengikut simulasi saya, Parlimen Shah Alam akan dimenangi dengan agak mudah oleh BN, Insya Allah.

    Saudara drmuzaffar,
    Memang betul yang saudara nyatakan. Jika tidak mungkin semua parti Melayu bersatu, mungkin PKR kalah teruk kali ini, dan dengan ini kaum Melayu akan terbahagi dalam dua buah parti sahaja iaitu UMNO dan PAS.

    • Saya juga merasakan Dato’ Zulkifli nordin akan menang besar di parlimen shah alam.

    • prof,

      apa beza sebenarnya alam maya dengan realiti dalam ramalan undi? sebab jika kita lihat alam maya, macam BN dah nak terbalik dan lingkup, jadi bagaimana ya?

      cuma baru 5 tahun ini, bloggers2 pro BN bangkit lah sejak pru12, sebelum tuh PR mmg dominate habis semua alam maya.

      jadi, bagaimana melihat alam maya dan realiti?

  8. ramalan yang tidak boleh pakai dan satu kerja membuang masa sampai tak tidur malam.ramalan ini ada lah meleset tersangat jauh dengan keputusan sebenar.saya tergelak pasal zulkifli nordin boleh menang.bukan senang woi nak menang.kalau dulu PRU12 PKR tidak ada sokongan cina,india,melayu dan kaum lain-lain pun kalah ini kan pulak mereka semua bersatu nak menjatuhkan UMNO macamana boleh menang.ini memang pandir lah

  9. apa pendapat saudara mengenai parlimen hulu selangor?

  10. Saudara Zul,
    Sebab itulah istilahnya alam maya. Ia boleh terpisah dari reality jika seseorang itu hanya melawat laman yang dia suka sahaja. Minda jadi tidak terbuka dan mudah di brain wash oleh laman web yang extreme mengikut selera sendiri.

    Ramai yang mengaku mereka kini tahu kesemuanya dialam maya dan pandai berfikir sendiri. Adakah itu betul? Mana dia tahu ada berita dan ilmu di media traditional itu lebi baik jika tidak terdedah? Mana dia akan tahu berita berita penting jika tidak tidak dengar berita di TV? atau akhbar? Akhirnya menyempitkan sumber berita dan mudah jadi taksub dan dibrain wash oleh pihak berkepentingan. Saya pernah muda ketika dahulu, tidak kira pandai atau tidak, memang mudah terpengaruh ketika masih muda dan minda tidak terbuka.

    Ketika membuat penilaian yang baik, termasuklah dalam membuat ramalan, data banyak di alam maya, tapi kita perlu hati-hati yang mana sahih dan yang mana tidak. Juga kena lihat tv dan akhbar bagi mengimbangkan penilaian, disamping membaca Malysiakini dan akhbar bebas untuk berita2 diluar selera kerajaan.

    Tabi’at seperti di atas perlu bagi membantu kita membuat andaian yang teliti ketika membuat ramalan. Wallahu ‘alam.

  11. hampir 70% pengundi shah alam adalah melayu.kalau mengikut analisa tuan, zulkifli nordin akan mudah mengalahkan khalid samad(majoriti besar)…bererti pemikiran penduduk melayu shah alam yang majoritinya dikatakan bertaraf menegah dan celik maklumat sebenarnya takda bezanyalah dengan pemikiran melayu kawasan pendalaman,kampung dan felda yang hanya bergantung pada tv3 dan utusan untuk mendapatkan maklumat…

    • daripada analisa zul nordin akan menang besar oleh blog ini saya nampak bertapa tak logiknya analisa blog ini.dahlah si zul tu bukan orang tempatan…lagi pun penduduk shah alam orang bandar celik maklumat bukanya orang pendalaman.orang kampung saya pun dah ramai tolak bn.bagilah fakta yang logik sikit…

    • betul tu..

  12. Sebagai seorang yang terlibat dengan cara-cara kajian akademik (walaupun saya bukan ahli akademik), saya 90% yakin dengan kajian yang dibuat terutamanya apabila menggunakan kaedah statistik seperti regression analysis. Saya lebih gemar dengan kajian saintifik sebegini daripada pandangan mata kasar. Sebagai contoh, sekiranya 10,000 menghadiri ceramah, ia bukan menunjukkan ramai tetapi mungkin menunjukkan sedikit yang menyokong kerana lebih ramai yang tidak datang ataupun yang datang adalah dari serata negeri ataupun hanya mendengar ceramah. Di sinilah pentingnya kajian. Saya memang menyukai kajian dah ikhwan walaupun ada variables yang tidak dimasukkan. Saya tidak sabar menunggu simulasi untuk Penang dan parlimen.

  13. Ada dibuat “sensitivity anayses” sekiranya peratusan kaum Melayu mengundi BN turun dari 55% ke 45%?

  14. Mengikut simulasi saya menggunakan kaedah statistic yang paling tepat. satu kawasan pun PR tak menang. semua 1Malaysia BN menang…… undi kaum Cina 70% memihak BN, Melayu 80% BN, MIC 105% memihak BN. Inilah kemenangan BN yang terbesar dalam sejarah pilihan raya. Ini menunjukan seluruh masyarakat menyokong gagasan 1Malaysia. Parti melayu PAS bergabung dengan UMNO untuk Perpaduang. Pada masa kini pihak pembangkang dalam keadaan panik dengan kempen BN yang mendapat sambutan yang amat menyeluruh…..selepas pilihanraya ni Malaysia dah tiada parti pembangkang di ADUN dan Parlimen. Berkat usaha Dato Najib dan sumbangan BRIM yang disyukuri rakyat Malaysia

  15. kuat UMNO, sya sokong BN tapi tak ler over sangat .kita jgn jadi MB Selangor yg kata PR akan tawan 215 dari 222 kerusi PArlimen.

    hehe.

    Kita wajar berpijak di bumi nyata. saya sedikit pun tidka gentar dgn berapa ribu ceramah ceramah pas dap pkr , kerana saya tahu kekuatan jentera BN bukan pada ceramah mega tetapi pada kumpulan kumpulan kecil yg setiap waktu dok keliling rumah rumah merayu undi dan buat ceramah ceramah kelompok kecil. Itu lah kekuatan BN di dalam meraih undi tested over time and perfected.

    saudara dah ikhwan, ada apa apa untuk Johor dan Penang.

  16. salam tuan dah ikhwan, apa pendapat tuan dengan calon2 parti baru yg sejak akhir2 ini masuk bertanding, seperti parti berjasa, apakah mereka bakal mendapat beberapa kerusi dalam pru kali ini??

  17. Saudara Hilmee,
    Dalam pilihan raya di Malaysia biasanya parti baru tidak mendapat perhatian rakyat, lainlah jika ia serpihan parti yang sedia ada dan dipimpin oleh pemimpin yang berpengaruh. Itupun parti seperti Semangat 46 hanya dapat bertahan dalam dua puilihan raya sahaja. Parti PKR juga akan menerima nasib yang serupa.

  18. mengarut, simulasi sebelah pihak, bagi ahli UMNO mengundi bagi air kotak. gula 1kg, duit 10 ya, pah tu buat andaian semua sokong BN. hak hadir mengundi tu pun 50/50 hanya lakunan saja. lepas tu wat masuk keputusan keputusan syok sendiri.

  19. Saya nak sokong umno, tapi pasal Zul Nordin saya ubah fikiran dan semua ahli keluarga sayapun macam tu. Umno sangat mengecewakan.

    • Ramai juga yg excited.utk undi zul nordin. Saya rasa pilihan zul nordin amat tepat bagi mwnghadapi khalid samad.

  20. Saudara Dah Ikhwan.. Apa akan terjadi kiranya undi pengundi china menurun ke 15% atau 85% peratus menyokong PR. Isu ini pernah disuarakan olih Lim Kit Siang yang di PRK Hulu Selangor. Beliau ada membuat kenyataan di saat akhir dalam twitternya di mana untuk Zahid Ibrahim memang perlukan pengundi cina sebanyak 85% menyokong.

  21. sy yakin zul nordin di tolak org melayu di shah alam…kalau dpt undi pn, mgkn dari kaum lain sahaja…

    • Tiada sebab org islam untuk tolak zulkifli nordin, beliau ada seorang islam yg sangat lantang mempertahankan agenda islam dr dlm PR mahupun di dlm NGO. Dalam kes lina joy Semasa Ambiga Sreenavasan dan Bar Council memperjuangkan penubuhan Interfaith Commission – Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006; yang antaranya mendesak semua manusia, termasuk orang Melayu diberi kebebasan memilih agama termasuk murtad berdasarkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia, umat Islam-Melayu UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!.cuba dlm youtube http://www.anwaraidc.com/?p=25246 . Beliau org yg sanggup di pecat oleh anuar ibrahim kera menentang bar council dan IFC dlm mempertahankan kes murtad.. Begitu juga kes kalimah ALLAH bukan macam khalid samad yg menyokong penggunaan kalimah ALLAH dlm bibile versi bahasa melayu.. Jadi saya sarankan pengundi shah alam undi zulkifli nordi dan saya saya beliau menang besar di Shah Alam insya’allah..

  22. Saudara Dah Ikhwan, Saya banyak mengikiti blog blog samada pro pembangkang atau Pro Kerajaan. Apa yang menarik saya dapati banyak daripada komen komen yang mengutuk, menghina dsbnya adalah datang dari mereka yang Pro Pembangkang. Mereka seperti tidak dapat menerima pendapat yang bertententangan dengan apa yang mereka mahu atau percayai. Saya ada juga ada cuba membuat komen di blog mereka dan kebanyakannya tidak akan menyiarkan komen dan pandangan yang berbeza. Sebab itu bila kita melihat blog pro pembangkang komen yang menyokong agak berjela jela. Ini termasuk online newspaper yg pro pembangkang.

  23. Salam Saudara Ikhwan, bagaimana pula dengan ramalan untuk Parlimen Gombak? Calon BN Datuk Dr Raman tidak ada jawatan dalam UMNO bahagian & tidak mengawal jentera pilihanraya. Adakah fakta di atas membawa kesan negatif?

  24. Meleset ramalanmu

    Minta maaf la…saudara ni sejak bila buat analisis?Adakah ramalan saudara hanya berpandukan TV dan Akhbar?Sedangkan Ramalan tokoh-tokoh politik semasa pun meleset inikan pula ramalan yang sedangkal ini!

    • Assalamualaikum saudara Meleset ramalan mu…. Saya rasa komen saudara jelas menunjukan rendahnya moral saudara kerana memberi komen tampa membuat kajian tentang blog ini… Jika anda tidak puas hati dengan ramalan yg dibuat oleh saudara dah ikhwan anda perlu tampil dengan kajian anda atau mana2 kajian yg anda perolehi dan berhujah secara ilmiah.. Adakah saudara telah membaca 12 dari ramalan pilihan raya kecil saudara dah ikhwan sebelum ini atau saudara pernah baca ramalan pilihanraya negeri Serawak sebelum ini.. Buat pengetahuan saudara semua ramalan yg dubuat oleh saudara Dah ikhwan semuanya tepat, kecuali satu…. Harap berkhemah dalam
      Membuat komen sekian..

  25. Tak meleset kami silent voters di kawasan Shah Alam vote BN kerana DS Najib dah mula buat pembaharuan dan saya aktif komen di fb direct to DS Najib demi negara tercinta.Pada hemat saya Zulkifli Nordin sesuai sebagai calon dan saya akan vote beliau.Saya juga cadangkan pada pihak BN supaya yang lepas2 tu tok sah buat lagi dan maju kedepan laksanakan aku janji moving forward to Vision 2020.Nak komen memang mudah tapi bila anda terpilih jadi pemimpin memang berat tanggung jawabnya, sebab tu bukan semua kita boleh berada di tempat itu.Jadi kita bekerjasama Melayu,Cina,India.Ketiga bangsa ini kena toleransi,bekerjasama, bantu-membantu dan hormat menghormati dan tiada rasa sangsi barulah Malaysia boleh maju tiada kemiskinan dan ‘high income’ nation. Saya tak sokong atau taksub mana2 parti malah muak dengan sikap pembangkang kerana selama 5 tahun lepas mereka lebih teruk memerintah dari BN.Kita bagi peluang pada BN lagi sekali ye….

  26. Apa pun kita merancang tetapi ALLAH yang menentukan.

  27. terima kasih atas analisis DahIkhwan..saya pun pernah muda dan darah muda biasanya anti establishment, memberontak tak tentu pasal dan sukakan sensasi..generasi muda ramai yg bersuara tetapi adakah mereka sudah mendaftar? & walaupun sudah mendaftar, adakah mereka turun mengundi? kerana sikap orang muda ttg kesungguhan itu boleh diragui..bangun pagi Ahad pun belum tentu..bg saya silent voters yg akan menentukan kejayaan dan saya percaya silent voters ramai yg rasional..saya akan mengundi Dtk Zulkifli Nordin bg PRU13 ini..pd 2008 sy mengundi PR ttp perkembangan berhubung kepentingan islam di selangor membuatkan saya beralih arah mengundi Dtk zulkifli nordin yg byk bersuara menentang usaha2 memperlekehkan Islam & byk lagi isu2 yg saya tidak bersetuju dgn PR..lagipun beliau adalah pensyarah saya ketika tahun akhir sarjana muda undang2 diuitm pd tahun 1995 dahulu..

  28. 5 tahun PR memrintah Selangor dibawah TS Khalid sudah menampakkan positif dan perkembangan yg amat memberangsangkan. Defisit hutang berkurang manakala hasil negeri bertambah dgn kewangan yg kukuh. Apa lagi yg diburuk2kan oleh pihak lawan sdgnkan yg baik itu semuanya kenyataan.

  29. Tak sabar nak lihat analisis dan ramalan PRU13 di Kelantan dan Kedah

  30. Kajian yg 100% meleset. Next time turun padang dulu before buat survey.

  31. kebanyakan analis salah dan tidak tepat.

  32. Kita mengaku ramalan untuk Selangor tidak tepat.. Sebenar untuk ramalan, kita menanggarkan 55% Melayu mengundi BN, 25% Cina dan 65% undi India. Tetapi keadaan sebenarnya Melayu 62%, Cina 11.6% dan India 24.4%. Sesungguhnya ini Tsunami Cina diluar jangkaan walaupun undi Melayu lebih tinggi dari jangkaan kami.

  33. Jauh betul melesetnya…Dari minima BN menang 35 kerusi, boleh jatuh ke 12 kerusi…itupun sebab 2 kerusi lagi kesilapan PR bertanding di Semenyih dan Kota Damansara…Jika tidak, 10 kerusi je untuk BN.

    Dari menang besar di Shah Alam, boleh tewas dengan majoriti yang bertambah. Bukankah di Shah Alam, M:68.76% C: 15.54% I: 15.08% L: 0.63%…kalau 62% undi BN, dah menang dah Zul Nordin…Tapi, akibat terlalu yakin (101%), akhirnya kecundang…

    BN kecundang sebab PERKASA…dan tambah sedikit2 kesilapan pemimpin BN…..Kalau ada bangsa lain hantar kek berbentuk tahi kpd pemimpin kita, adakah kita nak undi kat bangsa tu? Kalau ada bangsa lain datang serang pejabat MB yg berbangsa kita dengan terajang pintu pejabat MB tu, adakah kita nak undi bangsa tu?

    Bila kalah, salahkan pulak bangsa tu…..fikirkanlah dengan kebenaran….

    Peace…….

  34. Kesilapan kita terletak dalam menjangka undi dari kaum Cina dan juga India. Dalam model kita jangka undi Cina untuk BN at worse case scenario 25% seperti di Sarawak. Sunami sedehana yang kita Jangka dah jadi super sunami luar jangkaan dengan undi Cina untuk BN hanya 11.5%. Ini hanya boleh terjadi dalam suasana kempen DAP yang super efficient dan keinginan masyarakat Cina yang melmbung amat tinggi hendak memegang tampok kerajaan di Malaysia. Hanya dorongan yang luar biasa bisa menghasilkan result yang luar biasa.

    Kita silap menjangka sentimen kaum India telah pulih dimerata tempat di Semenanjung, tetapi sebenarnya ia tidak terjadi di Selangor dan Penang, walaupun sokongan kaum India untuk BN di tempat tempat lain diseluruh Semenanjung hampir pulih seperti sediakala.

    Hanya undi Melayu telah meningkat keparas tinggi di Selangor dan KL, ia itu keparas 62% daripada paras 50% dalam PRU 2008, iaitu peningkatan 12%. Syabas Melayu Selangor dan KL. Anda tidak mengeciwakan BN walaupun Anwar ingat Melayu yang menyokong PR.

  35. Saya Budak Istanbul

    …. tahun 2018….. semua teknologi komunikasi akan lebih HEBAT dari ANDROID…. as ANDROID will be supported by gargantum technology of the WiFi, WiMAX, LTE, HSPA and 3G markets over the period 2013-2018….. di saat itu, KEBENARAN keJAHAT-an UMNO dan pe-NIPU-an akan ter-serlah dengan INFO-PSIKOLOGI yang berkesan….. Baca Ayat 18, Surah Al-Baqarah… (2:18)

    • Kita perlu hati hati ketika online, sebab musuh sukar dikenali. Ada yang menyamar sepert Melayu atau Islam. Fikir fikarlar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s