Gallery

Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13): Analisis Prestasi Parti PAS

Prestasi Parti PAS dalam Pilihanraya Umum ke 13  menurun sedikit  dari segi kerusi Parlimen yang dimenangi, iaitu hanya 21 kerusi sahaja, berbanding 23 kerusi pada PRU ke 12. Dalam Pilihanraya DUN pula Parti PAS telah memenangai 85 kerusi  bertambah 2  berbanding 83 kerusi dalam  PRU 12. Butiran kedudukan kerusi bagi parti PAS dalam PRU 13  dan  PRU12 adalah seperti beritkut:

Jadual 1: Kedudukuan Kerusi DUN Parti PAS

Negeri PRU  TAHUN 2008 PRU TAHUN 2013
Perlis                  1                   1
Kedah                 16                   9
Kelantan                 37                  32
Terengganu                  8                  14
P. Pinang                  1                    1
Perak                  6                    5
Pahang                  2                    3
Selangor                  8                  15
N. Sembilan                  1                    0
Melaka                  0                    1
Johor                   2                    4
Jumlah                 82                  85

Jadual 1  di atas menunjukkan perbezaan ketara dibeberapa buah negeri. Di Kedah, misalnya, jumlah kerusi menurun daripada 16 kerusi dalam PRU 12 kepada hanya 9 kerusi pada PRU 13, sekaligus menjatuhkan kerajaan PAS di negeri ini. Di Kelantan, kubu kuat PAS,  Majoriti PAS jatuh dengan jumlah kerusi  jatuh daripada 37 dalam PRU 12 kepada 32 pada PRU 13. Bagaimanapun, Parti PAS mampu menambah kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi di Selangor dan dari 2 kepada  4  di Johor.

Dengan keputusan yang tidak begitu memberangsangkan, satu analisis terperinci perlu dibuat bagi mengenalpasti  faktor disebalik kekuatan atau kelemahan  Parti PAS yang sebenarnya, ia itu mengapa ia pada zahirnya bertambah kekuatan di Selangor, Johore, Pahang dan Melaka dan menurun pula di Kedah,  Kelantan, dan Negeri Sembilan.

Oleh itu, saya terpanggil membuat analisis tentang sokongan  kaum Melayu/Islam dan juga kaum kaum bukan Islam untuk PAS dalam PRU 13  berbanding dengan PRU 12. Ini kerana Parti PAS yang memperjuangkan Agama Islam wujud didalam masyarakat Melayu/Islam. Adakah sokongan masyarakat Islam untuk PAS bertambah atau menurun.  Jika ianya bertambah, apakah implikasinya?  Jika ia menurun, apakah sebabnya. Adakah ianya kerana  Parti UMNO   lebih menarik dan lebih meyakinkan umat Islam di Malaysia. Adakah penurunan itu disebabkan oleh kesilapan  PAS sendiri  dalam menentukan strategi perjuangannya?

Untuk memudahkan perbincangan, saya perturunya dua jadual di bawah yang menunjukkan aras sokongan masyarakat Melayu/Islam  dan kaum lain  mengikut kerusi DUN yang telah dimenangi  PAS di negeri-negeri di Semenanjung,  masing-masingnya  memuatkan data untuk PRU 12 dan PRU 13.

Jadual 2: Peratusan undi PAS mengikut kaum PRU 2008

NEGERI UNDI MELAYU    UNTUK PAS UNDI    CINA          UNTUK PAS UNDI INDIA          UNTUK PAS
KEDAH             52.7%           52.8%             80.1%
PERAK             40.4           84.3              32.6
SELANGOR             48.0           42.9              77.7
KELANTAN             55.3
TERENGGANU             44.3
PURATA             48.34            59.3              63.5

Nota: Data peratusan di atas di kira secara regression analysis

Jadual 3: Peratusan undi mengikut Kaum: Pru 2013

NEGERI UNDI MELAYU      UNTUK PAS UNDI CINA            UNTUK PAS UNDI INDIA            UNTUK PAS
KEDAH            44.5 %            70.0  %             53.5 %
PERAK            40.9             80.0              25.1
SELANGOR             43.1              70.3              85.2
KELANTAN              52.7
TERENGGANU              461
PURATA              45.46             73.4              54.6

Nota: Data peratusan di atas di kira secara regression analysis

Pada keseluruhannya  purata  undi Melayu dalam kawasan- kawasan yang ditandingi PAS di Semenanjung menurun daripada 48.34%  pada PRU 12 kepada 45.46% pada PRU 13. Penurunan berlaku disemua negeri kecuali Terengganu dan Perak. Penurunan terburuk berlaku di Kedah dengan kadar 8.2% disusuli Selangor dengan penurunan  4.9%, sementara kadar kenaikan tertinggi berlaku di Terengganu sebanyak 1.8% sahaja.

Purata undi Cina untuk PAS pula naik daripada 59.3%  pada PRU 12  kepada  73.4%   pada PRU 13, dengan Selangor mencatatkan kenaikan yang menakjubkan  daripada 42.9% pada PRU 12 kepada 70.3% pada PRU 13. Sudah pasti pertambahan kerusi PAS di Selangor di sebabkan oleh sokongan padu daripada undi kaum Cina dan juga kaum India.

Bagaimanapun, purata undi dari kaum India di semua negeri untuk PAS  menurun daripada 63.5%  pada PRU 12 kepada 54.6% pada PRU 13.

Rumusan yang boleh dibuat daripada data diatas ialah sementara undi dari kaum Melayu untuk Parti PAS  menurun  2.9% dalam kawasan dipertandingkan di Semenanjung, undi kaum Cina pula naik mendadak 14.1%  dalam PRU 13  ini.

Ini adalah satu data keputusan yang amat tidak menarik bagi Parti PAS. Ini kerana sebagai sebuah Parti Islam PAS sepatutnya berjaya meningkatkan sokong dari masyarakat Islam, tetapi apa yang  berlaku ialah sebaliknya, ia hanya berjaya meningkatkan sokongan yang mendadak dari masyarakat bukan Islam.

Kita percaya keadaan ini berlaku kerana Parti PAS  gagal meyakinkan Masyarakat Melayu/Islam yang ianya mampu memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan Agama Islam dan bangsa Melayu.

Keadaan amat ketara apabila PAS hanya  mampu menang 21 kerusi Parlimen dan berada  dalam kedudukan amat lemah berbanding Parti DAP dan PKR.  Tambahan pula DAP telah muncul sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan keadaan yang demikian, agak mustahil bagi Parti PAS berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan  haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah  peluangnya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Disamping itu, Parti Pas perlu mengkaji semula dan memperhalusi  pendekatan perjuangannya dengan cara yang mudah diterima oleh msyarakat Islam dan juga bukan Islam di Malaysia.

Dalam hal ini perlu diingatkan yang  Malaysia adalah sebuah negara majmuk hanya 60% beragama Islam dan sebarang pendekatan cara   pemerintahan  Islam yang ekstrem tidak akan diterima oleh masyarakat bukan Islam, malah majoriti masyarakat Islam juga tidak berasa selesa.

Kita lihat sahaja apa yang terjadi  hari ini pada politik negara-negara  yang hampir kesemua  penduduk beragama Islam, seperti Mesir, Iran, Turkey, Pakistan dan Indonesia.  Dalam perkara  ini ada baiknya mengkaji  semula  pendekatan parti PAS dizaman pimpinan yang lepas seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmy yang memimpin PAS dalam tahun lima puluhan.

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Artikel-artikel berkaitan:

1.Pecahan Undi Mengikut kaum di Sarawak, Sabah dan Isu Persempadanan Semula.

About these ads

6 responses to “Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13): Analisis Prestasi Parti PAS

  1. Hamzah Mohammad

    Assalammualaikum.

    Analisa saudara bagus tetapi penutupan tidak selari dengan analisa. Apakah maksud saudara “selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah peluangnya memenangi lebih banyak kerusi Parlimen”? Minta lebih banyak kerusi parlimen untuk dipertandingkan oleh PAS? Kalau itu, bukankah PAS dalam PRU13 telah bertanding di dalam 90 kerusi parlimen?

    PAS sepatutnya memikirkan kenapa mereka gagal untuk mengawal sokongan orang Melayu Islam. Pada pendapat saya, PAS gagal kerana media Umno telah berjaya memperlihatkan PAS kepada orang Melayu Islam sebagai kurang memperjuangkan agama Islam, kepentingan Melayu dan pembangunan Melayu. Aspek-aspek ini yang patut PAS titikberatkan untuk PRU14 bukan lebih memperjuangkan haknya di dalam Pakatan Rakyat. Tiada siapa di dalam Pakatan Rakyat yang menyekat PAS dari memperjuangkan aspek-aspek tersebut bagi orang Melayu Islam.

    Sekian. Terima kasih.

  2. kaum cina menyokong pas kerna pas mudah diperkudakan oleh kaum cina@dap serta perjuangannya tidak selari dr tuntutan islam lagi yg ditanggapai oleh kaum cina berbanding umno yg dianggap rasis dan konsisten akan perjuangan islamnya yg amat cina@dap takuti dan benci…

    manakala orang melayu islam pula tidak yakin pas mampu memperjuangkan agenda islam,melayu dan nasional.akibat pemimpin mereka cakap tak serupa bikin,lebih teruk dari umno dan mentadbir pula tidak cekap,kompeten dan gagal di negeri yg ditadbir…

  3. Salam,

    Saya bersetuju dengan analisis DAH IKHWAN, cuma seperti komen daripada Saudara Hamzah Mohammad, bahagian conclusion nya tidak begitu jelas. Apakah mungkin Saudara DAH Ikhwan maksudkan yang pengagihan kerusi untuk PAS tidak cukup banyak untuk meyakinkan masyarakat Islam yang PAS berpotensi menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Jika begitu, saya setuju dengan penulis dan PAS sepatutnya berusaha kearah itu. Kini Parti Pas banyak bertanding melawan UMNO di kawasan kawasan majoriti Melayu sahaja. Bagaimana pula di kawasan campuran? Ia terbukti berjaya di Selangor Parti Pas mampu menang di kawasan campuran.

  4. Pingback: Star columnist misleads readers on Umno GE13 performance | Helen Ang

  5. bagaimana dgn idea bertanding semua 727 kerusi??? memang akan disanggah jika pemikiran kita sempit pada faktor logik kemajmukan dan komposisi kaum tapi berapa ramai yg memikirkan dgn pertolongan Allah??? pd pendapat sy inilah punca kenapa orang tak yakin dgn pas…tindakan tahalluf siyasi akan memberi ruang fitnah pd piohak lawan tentang ketidakseriusan pas untuk mengubah negara ini kepada negara islam sep[enuhnya…tidak sewajarnya islam sebagai satu ideologi yg lengkap dikahwincampurkan dengan ideologi sekular yg rosak lagi kuffur…sampai bila kita nak menyalahhkan pihak lawan sedangkan strategi kita lansung tak berpijak di bumi nyata?? menyeru agar beri peluang pada pas untuk ambilalih negara tapi realitinya hanya bertanding kuantiti kerusi yg tak cukup pun untuk mengubah dasar (70 kerusi )…disamping tiadanya draf lengkap acuan negara ‘Islam’ yg diwar2kan….mohon fikirkan scr matang jgn cepat sangat nak melenting.

  6. Pingback: MCA must tell us the Sg Limau saluran details | Helen Ang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s