DAH IKHWAN Weblog

Entries categorized as ‘Artikel Politik’

Tinjauan Kepimpinan PAS oleh Dr. Abu Hassan Hasbullaah: Satu Ulasan

November 8, 2009 · Leave a Comment

Seorang pensyarah Kajian Media Universiti Malaya Dr.  Abu Hassan Hasbullah  telah mendedahkan hasil satu kajian  persepsi  kira kira 2000 responden tentang kepimpinan PAS dalam seminar Khas PAS yang dihadiri kira kira 1000 orang perwakilan semalam.

Kajian itu menempatkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin PAS yang paling unggul dan polular, diikuti selepas itu  oleh  Tuan Guru Hj. Hadi Awang,  Datuk Seri Mohd. Nizar, Mohammad Sabu dan seterusnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Kajian ini, yang di petik oleh  Malaysiakini,  juga mendapati persepsi responden yang mendapati kepimpinan PAS di bawah Tuan Hj. Hadi Awang sebagai lemah dan menyebabkan persepsi negatif terhadap PAS selepas Pilihanraya Umum tahun 2008.

Hasil Kajian  (kedudukan setiap pemimpin) ini  tidaklah diluar jangkaan, sungguhpun ia tidak semestinya mencerminkan kehendak  ahli ahli  parti PAS sendiri. Ini kerana pemilihan  PAS yang di buat awal tahun ini telah memilih barisan kepimpinan  yang berbeza.

Saya kurang pasti sebab perbezaan ini, tetapi mungkin kerana responden dalam kajian  oleh Dr. Abu Hassan ini adalah terdiri daripada kelompok yang mewakili rakyat Malaysia amnya, dan bukan ahli ahli PAS sahaja. Jika tanggapan saya ini benar, sudah tentu para responden yang bukan bergama Islam dan responden  Melayu  PKR tidak  memihak kepada Hj. Hadi. 

Jadi, jika parti PAS  mengenepikan Hj. Hadi  Awang dan di pimpin oleh barisan  lain yang di ketengahkan oleh hasil kajian ini, maka parti PAS  pasti bertukar corak menjadi sebuah parti biasa yang kian jauh dari perjuangan asalnya. Dapatkah PAS bertahan di Kawasan Melayu/ Islam dengan imej yang kian pudar?

Perlu diingatkan ketepatan sesuatu tinjauan banyak bergantung kepada kategori responden yang ditemuramah. Dalalm kes ini, jawapan seorang Islam adalah  berbeza dari  jawapan  orang bukan Islam, jawapan dari pembaca Utusan Malaysia pula berbeza dari jawapan pembaca Malaysiakini. Jadi  dalam soal kepimpinan  PAS,  yang relevan hanyalah ahli ahlinya sendiri. Jika memerlukan tinjauan pendapat umum,  ini sepatutnya di  awasi oleh kepimpinan PAS sendiri bagi mendapat hasil yang lebih meyakinkan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,

DAH IKHWAN.

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: ,

Dr. Maza dan Dr. Aziz Bari: Antara Alam Keilmuan dan Politik Melayu

November 5, 2009 · 1 Comment

Minggu lalu masyarakat di gempar oleh penahanan Dr. Maza, seorang ulama bekas mufti Negeri Perlis  selepas beliau memberi ceramah yang dihadiri kira kira 1,000 orang di negeri Selangor.

Dengan kehadiran yang begitu ramai, tidaklah hairan yang Dr. Maza mempunyai pengaruh yang luas merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira tua dan muda, orang atasan atau bawahan, bijak pandai atau rakyat biasa, serta melintasi fahaman politik. Jadi tidak hairanlah beliau mendapat simpati dari negarawan seperti Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Kononnya beliau ditahan kerana  memberi ceramah tanpa tauliah. Ini amat mengejutkan banyak pihak, kerana sungguh tidak disangka Kerajaan Negeri Selangor sanggup mengambil tidak sebegitu drastik memandang beliau adalah seorang  ulama yang di hormati di Malaysia. Pasti tindakan ini diambil kerana pandangan beliau biasanya diluar acuan ulama konservatif di negara ini.

Saya sendiripun selalu mengikuti kolum beliau dalam Utusan Malaysia. Yang saya nampak cara hujah beliau sungguh menarik dan di sokong oleh dalil dalil yang meyakinkan dan berlandaskan Al Quran dan Hadis. Jika pendekatan beginipun tidak boleh diterima pihak berkuasa ugama, maka  amatlah sukar sekali   suasana keilmuan  berkembang dalam masyarakat Islam di negara ini.

Perlu diingatkan, perkembangan ilmu adalah penting  dalam membentuk  sesuatu tamadun, ini terserlah dalam tamadun  keagungan Islam dalam  kurun kesembilan sehingga ke tujuh belas Masehi. Kini dunia Islam telah keciciran sejak beberapa kurun terakhir, diikuti dengan ketandusan dalam perkembangan ilmu. Bagaimanapun, kini Malaysia berjaya menerajui beberapa bidang seperti sistem perbankan Islam dan mungkin dimasa hadapan pula,  bidang pendidikan Islam dan bidang pemasaran produk halal, Insya Allah. Oleh itu suasana keilmuan yang cergas sangatlah perlu untuk maju dan membina satu tamadun Islam di zaman moden yang mungkin berpaksi di Nusantara.

Bagi Dr. Maza diharap beliau cekal dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya,  ramai ulama besar dizaman dahulu juga diperlaku sedemikian rupa, malah lebih teruk lagi sehingga dikhianati, di penjara dan diseksa oleh pihak  pemerintah dizaman mereka. Tetapi lama kelamaan masyarakat sedar dan mengiktiraf  serta menerima ajaran mereka. Misalnya Imam Bukhari, imam besar dalam bidang ilmu hadis juga pernah menerima tentangan dan dihalau di masa hidup beliau. Di negara jiran, Professor HAMKA juga pernah menerima nasib serupa.

Sementara Dr. Maza berhujah bersandarkan tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang Agama, seorang lagi ilmuan  Dr. Aziz Bari, seorang pakar undang-undang nampaknya kini lebih berminat memberi kritikan dalam  bidang politik yang diluar kepakaran beliau. Beliau nampaknya sungguh hebat  dan telah menulis berpuluh buah buku dan artikel yang bermutu dalam bidang undang undang dan perlembagaan.

Malangnya akhir akhir ini Dr. Aziz Bari lebih berminat mencampuri halehwal  politik. Dengan artikelnya PAS perlukan ‘korban’ untuk pulih yang  dipetik oleh Malaysiakini beliau menggemparkan Parti PAS apabila menyarankan Tuan Guru Hadi Awang mengundur diri dan  Nashruddin Mat  Isa, Mustapha Ali dan Datuk Hasasan Ali di ‘korbankan’ kononnya untuk memulihkazn  PAS.

Kritikan beliau telah di sanggah oleh kalangan pemimpin PAS sebagai sesuatu yang tidak bermutu hanya layak keluar  dari pengkritik jalanan. Sesungguhnya ia dibuat tanpa  fakta dan alasan ilmiah. Ini dipandang sebagai perkara yang menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli akademik yang berwibawa.

Sungguhpun demikian, Nik Aziz telah memetik tulisan beliau dan menggunakannya sebagai asas hendak menyingkirkan beberapa pemimpin PAS yang beliau anggap bermasalah. Lebih menarik pula Dr. Aziz di jemput berucap dan menghurai dan mempertahankan saranan beliau dalam  satu seminar politik  PAS hari Sabtu ini.

Keadaan ini sungguh aneh sekali memandangkan yang Dr. Aziz hanyalah seorang  pakar akademik dan  amat kritikal terhadap kepimpinan Presiden PAS. Ada ramai lagi Professor yang biasa memberi kritik politik yang lebih saksama dan bermutu.

Soalnya mengapakah Tuan Guru Nik Aziz begitu cepat melatah setelah membaca kritikan Dr. Aziz. Adakah ia tindakan spontan atau sebaliknya sudah dirancang?

Nampaknya Professor Dr. Aziz sudah tenggelam dalam arus politik pembangkang terutama dalam arus politik yang  berwajah PKR  atau Anwar. Hujah hujah beliau tidak konsistan dari segi ilmiah dan  nampaknya condong kearah politik Anwar.

Diketika  Anwar berusaha merampas kuasa di peringkat Persekutuan, Dr. Aziz  telah merestui kaedah rampasan kuasa melalui lompat parti seperti di petik oleh Din Merican DJ Malaysian Blogger bertarikh 8 Febuari 2009. Pandangan beliau lain pula  dalam krisis politik Perak seperti tertera dalam ceramah beliau di Youtube. Dalam krisis politik negeri Perak tidak pula beliau merestui kaedah melompat parti untuk membentuk kerajaan yang baru.

Dalam isu dalaman PAS pula beliau sanggup  menggesa penyingkiran beberapa pemimpin yang beliau dakwa sebagai pro UMNO. Dalam ketiga tiga kes di atas hanya ada satu titik persamaan -  iaitu pandangan beliau hanya merupakan  pandangan sorang pengkritik biasa tanpa asas ilmiah  yang hanya menguntungkan perjuangan politik Anwar. Apakah pula hubungan beliau dengan Anwar? Ini sukar hendak dijawab dan saya pasti ada dikalangan pembaca yang boleh menjawabnya.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: , ,

Nik Aziz dan Muktamar Agung Khas PAS

October 25, 2009 · Leave a Comment

Beberapa bulan telah berlalu sejak pemilihan kepimpinan PAS, dengan pertembungan prinsip dalam parti mulai reda dan kumpulan Abd. Hadi menguasai kepimpinan, dengan tiba tiba pula Tuan Guru Nik Aziz keluarkan cadangan yang  menggemparkan parti. Beliau telah mendesak  diadakan muktamar Agung Khas untuk membersihkan parti daripada golongan pro kerajaan perpaduan.

Saya terus membuat tinjauan keatas pergolakan dalam PAS seperti dahulu sungguhpun artikel artikel terdahulu tiada  cukup  sambutan dari  pembaca. Adakah ini kerana masyarakat online tidak berminat mengetahui perkembangan dalam parti PAS  dan  ahli ahli PAS sendiri  sememangnya tidak berminat dengan analisis analis yang objektif dan mendalam dan masih banyak  perpandukan kepada emosi dalam tindak tanduk mereka, seperti dipapar di muka muka akhbar.

Misalnya, tindak tanduk penyokong  dan pucuk pimpinan PAS sewaktu krisis politik di Perak dan cara mereka mempersoalkan undi Pos di Bagan Pinang. Ini semuanya menunjuk pendekatan yang kurang tepat,  tidak berlandaskan fakta dan penuh emosi, tidak banyak beza daripada ahli  parti parti Islam di tempat lain seperti di Pakistan dan di Timur Tengah.

Dari sudut lain  hasil pemilihan kepimpinan awal tahun ini pula menunjukkan satu kemajuan dalam parti. Barisan kepimpinan yang baru adalah terdiri kepada mereka yang lebih komited dengan prinsip perjuangan parti dan perpaduan ummah.

Namun demikian, seperti saya ramalkan dalam artikel artikel terdahulu (lihat senarai rujukan di bawah artikel ini), puak Erdogan  yang kalah tidak akan mendiamkan diri dan akan terus berusaha mengatasi puak  yang didokong  golongan ulama. Jadi tidak hairanlah  apabila Tuan Guru Nik Aziz  terdesak  untuk membersihkan parti daripada puak prokerajaan perpaduan.

Namun langkah beliau tidak mungkin berjaya kerana ini akan menjejaskan kedudukan dan pengaruh presiden parti, Tuan Guru Hadi Awang, Timbalan Presiden dan pemimpin pemimpin kanan yang lain. Jika muktamar khas diteruskan juga, keputusan tidak  mungkin memihak kepada Tuan Guru Nik Aziz, sekaligus akan terus menghakis pengaruh beliau  di dalam parti.

Sebenarnya, PAS kini tidak mempunyai banyak opsyen. Ia perlu berpegang teguh kepada landasan perjuangan asal yang didokong oleh golongan ulama bagi mengekal sokong masyarakat Melayu dan Islam yang sedia ada.

Usaha untuk melebarkan pengaruh dikalangan penduduk bukan Islam seperti diperjuangkan oleh kumpulan Erdogan dan Nik Aziz  adalah satu perjuangan yang sia sia dalam jangka panjang, apalagi dalam suasan terkini yang menunjukkan pemulihan sokongan masyarakat Melayu dan kaum India terhadap Barisan Nasional.

Perlu diingatkan  meskipun suasana anti kerajaan  begitu meluas dalam pilihanraya 2008, sokongan pengundi Melayu untuk BN  masih agak  tinggi pada tahap 54.4%.  Dengan PAS terus  berlaku  sebagai penyokong Pakatan bukan Islam, pasti  kedudukan UMNO akan bertambah kukuh dalam Masyarakat Melayu/Islam.

Perlu juga diingatkan pada tahun 2008  sokongan kaum India kepada BN telah jatuh ketahap yang paling rendah dalam sejarah, iaitu 10.3% sahaja. Pasti keadaan seburuk ini tidak akan berpanjangan dan, dengan dasar baru 1 Malaysia yang lebih perihatin kepada nasib kaum India, sudah ada petanda  awal yang undi kaum India mulai kembali kepangkuan BN.

Disamping itu jangan lah berharap sangat dengan sokongan berterusan daripada masyarakat Cina. Usahlah PAS bermimpi, mereka ini kaum bijak dan hanya mengundi ikut kepentingan kaum mereka sahaja. Pasti kaum Cina tidak ingin menjadi satu satunya kaum pembangkang di Tanah Melayu.

Berpandu kepada keputusan beberapa pilihanraya kecil baru baru ini,  masyarakat Islam kini  pasti tidak yakin kepada pendirian Nik Aziz yang begitu benci kepada  UMNO, sebuah parti yang selama ini banyak berjuang untuk menegakkan  Islam di negara ini.

Sama ada PAS akan bekerjasama dengan UMNO dimasa hadapan, biarlah masa  menentukannya. Tetapi  bekerjasama  untuk menambahkan  kuasa bukan Islam di Malaysia,  ini tidak mungkin diterima oleh Masyarakat Melayu/Islam.

Wallahu ‘alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH IKHWAN

Artikel artikel berkaitan:

1. ‘Kerajaan Perpaduan: Adakah PAS tergelincir dari landasan     Perjuangan’bertarikh 24 Jun, 2009

2. ‘Keputusan Pemilihan Kepimpinan PAS’  bertarikh 8 Jun, 2009

3. ‘Pertembungan Dua Prinsip dalam PAS’ bertarikh 3 November, 2008

4. ‘Muzakarah UMNO dan PAS’ bertarikh 5 Ogos, 2008

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

October 11, 2009 · Leave a Comment

 

Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya  sebentar tadi. Seperti  kita ramalkan calon Barisan Nasional Tan Sri Isa Abd. Samad telah menang dengan selesa. Beliau memperolehi 8013   undi berbanding dengan 2,578  undi untuk  calon PAS, Zulkifli Mohd.Omar.

Sila lihat  butiran keputusan Pilihanraya Kecil ini berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2008 dalam jadual berikut:

BAGAN PINANG

Majoriti   undi sebanyak  5,435   adalah satu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding  dengan majoriti 2,333 yang diperolehi oleh calon BN Allahyarham Azman Mohd. Nor pada pilihanraya 2008.

Pada Pilihanraya tahun 2008, BN telah memperolehi 6,430 undi atau 61.1% daripada keseluruhan undi yang sah dikira, sementara calon PAS hanya mendapat 4,097 undi.

Kali ini BN telah berjaya mendapat  75.6  % dari semua undi yang sah dikira, iaitu peningkatan sebanyak  14.5 % berbanding dengan pilihanraya 2008. Malah ia mengatasi  angka 73.54 diperolehi oleh BN dalam pilihanraya tahun 2004.

Sekaligus ini bererti gelombang baru Barisan Nasional yang bermula di Manek Urai, disusuli di Permatang Pasir, kini semakin kencang di Bagan Pinang.

Mengikut kiraan regression model untuk Negeri Sembilan, jika suasana pengundian yang memihak kepada pembangkang pada tahun 2008 masih kekal sehingga kini, jangkaan undi(expected votes) untuk calon Barisan Nasional ialah 7028 undi jika bersandar dengan populariti Tan Sri Isa Abd. Samad.

Dengan undi sebenar(actual votes)  mencapai   8013   undi, ini hanya boleh berlaku jika  sentimen pro BN pada amnya telah  meningkat daripada  kaum Melayu dan India.  Dianggarkan  sentimen Melayu untuk BN kini meningkat 9% seperti di Manek Urai dan Bagan Pinang, manakala dari kaum India kini diagak mulai meningkat sebanyak  20% untuk keseluruhan Negeri Sembilan. Keadaan ini  dicapai kerana penerimaan rakyat terhadap dasar 1 Malaysia yang di ketengahkan oleh Perdana Menteri baru baru ini.

Bagaimanapun, sentimen kaum Cina agak sukar dikira sebab bilangan mereka tidak ramai di Bagan Pinang.

Perlu juga diambil perhatian, dalam pilihanraya kecil ini, nampaknya isu(politik wang) calon seperti kita ramalkan, tidak menjejaskan undi diperolehi oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Tan Sri Isa Samad telah berjaya menambahkan undi atas kekuatan peribadi beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan sebagai seorang bekas Menteri Besar.

Kawasan DUN Bagan Pinang adalah sebuah kawasan yang menarik dari segi komposisi kaumnya yang terdiri daripada semua kaum besar di Semenanjung Malaysia.  Ia memberi peluang bagi memantau kesan kempen dan dasar kerajaan keatas nadi pengundi bagi kaum kaum yang terbabit dan implikasinya kepada sikap pengundi diseluruh Semenanjung.

Undi kaum India sejak sedekad yang lalu mulai memperlihatkan ciri ciri kurang setabil dan banyak di pengaruhi sentimen semasa. Misalnya dalam Pilihanraya Tahun 1999 dan 2008 undi BN dari kaum  India  telah merosot dengan mendadak disebabkan sentimen politik yang melulu berikutan tindakan tindakan  kerajaan yang drastik ketika itu, manakala undi dari kaum Melayu  juga merosot tetapi tidaklah  menurun sebegitu rupa.  Undi dari kaum Cina ketika itu juga berubah tetapi nampaknya bukan kerana sentimen yang melulu, tetapi sebaliknya mereka lebih bijak mengundi untuk kepentingan kaum mereka ( sila lihat  analisis lengkap dalam artikel  ’ Should BN admit other Indian Based Parties bertarikh 30 September, 2009′).

Sila lihat juga artikel terdahulu Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N 31 bertarikh 13 September, 2009.

Sebarang komen adalah dialu-alukan, tetapi elaklah daripada menggunakan  kata kata kesat.

 

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik
Tagged: , ,

Should Barisan Nasional Admit other Indian based Parties

September 30, 2009 · 2 Comments

The issue whether Barisan Nasional should admit another Indian based political party cropped up again with the coming inauguration of Makkal Sakthi and with a long outstanding application by an Indian Muslim Party.

It is easily understandable why this issue emerged again after the General Election debacle in 2008 where almost all Indian candidates lost and Indian voter support was virtually decimated. Both MIC and PPP, another Indian based party, failed miserably.

To put this issue in the right perspective, please see the following table:

Estimated Voter Support by Race for BN(Semenanjung)

BN Votes by race and election year

The above table was obtained by multiple regression analysis of Parliamentary Election results for the years 1999, 2004 and 2008 and, by any measure is a reasonably accurate estimate.

Highly visible is the virtual desertion of BN by Indian voters in the General Election 2008 in which only 10.4% of them voted the government caolition. In the 1999 election the situation was not much worse than Malay support but in the 2004 general election Indian voters were in full force when 77.4% of them voted for BN.

I have not analysed the results prior to the 1999 general election, but judging from the performance of BN candidates, especially those of MIC, it should be reasonable to assert that MIC has been a stabilising factor during those years.

The importance of Indian voters cannot be underestimated. They account for 8.5% of all registered voters in the country, but their power is magnified in 26 parliamentary constituencies where Indian votes account for at least 15% of the total votes.

The debacle of MIC in recent general election, whether the government admits it or not, coincides with the Anwar factor. In the 1999 General Election, only about 46.6% Indian voted for BN. That was the election year of the Anwar saga, mostly remembered for his black eye. In the year 2004 when Anwar was still in prison, Indian voters gave overwhelming support for BN, but in 2008 when Anwar was actively campaigning with fiery speeches, Indian support for BN virtually evaporated.

As for Malay votes, they also fluctuate and affected by political sentiment, but to a lesser degree than the Indian votes.

By comparison, Chinese voter support for BN has been more stable in the last ten years, though with a slightly declining trend.  Most notable was the 1999 general election where  chinese voters were not at all affected by the Anwar saga. However, in the 2008 election they switched substantially in favour of the opposition, perhaps sensing unusual political opportunity. This is an indicator of a mature voters, not so much affected by sentiment but rather by economic and political factors.

With the above scenario, is it fair to put the blame squarely on MIC for the BN debacle? Indian voters are traditionally loyal to BN, but they are also emotional. They can easily be instigated by a highly charasmatic speaker like Anwar in the presence of genuine or perceived grouses.

Whether those grouses were due to lack of sensitivity of UMNO to Indian community demand or lack of efforts by MIC under Samy Vellu, is open to debate, but it is of utmost importance to address this issue.

Critics put down a long list of MIC failures such as the failed Maika Holdings, inadequate Indian participation in business, the decline of Tamil schools and the destruction of Hindu temples.

On the other hand , MIC can point out to their contribution in giving out loans and scholarships to 10,000 Indian students in the last 20 years and the setting up of a private Indian University.

Moreover the crackdown on Hindraf and the bad timing of the last general election had nothing to do with MIC.

As a political force, MIC has a total of 3,000 branches with a total of 600,000 members all of them of Indian race. In contrast PPP, another Indian based BN party also claims to have 3,000 branches but only 240,000 members, ie. 48% of the total, are Indians.

Under this scenario, would it do any good for BN to admit other Indian based party. If they are admitted, can they really contribute  in the next general election, given the obvious lack of logistics of any new party?

Or isn’t it more effective just for MIC to reinvent itself just as what UMNO is doing now. Any such efforts needs special sacrifice from its leaders, first and foremost for Samy Vellu to step down to pave the way for a fresh image in the next general election. Tun Mahathir was right when he relentlessly urged Samy Vellu to step down.

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik · English Articles
Tagged: ,

Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

September 13, 2009 · 2 Comments

Pilihanraya Kecil Kawasan DUN Bagan Pinang dijangka diadakan selepas Hari Raya ini berikutan kematian penyandang kerusi, Azman bin Mohammad Nor.

Bagan Pinang terletak di Negeri Sembilan dan merupakan sebuah daripada lima Kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen Teluk Kemang yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Bagan Pinang mempunyai sejumlah 13,664 orang pengundi terdiri daripada Melayu 62.8%, Cina 11% dan India 20.7%.

Kawasan ini mulai wujud sejak Pilihanraya tahun 2004 dan sebelumnya atas nama Pasir Panjang. Sesungguhnya kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

Dalam Pilihanraya 2008 calon BN Azman bin Mohamad Noor menang dengan majoriti undi 2333. Dalam Pilihanraya 2004 Kawasan ini juga dimenangi dengan majoriti undi 4,411 oleh calon BN Mohammad Paizal bin Ramli.

Dengan rekod diatas tidak sukar meramalkan kawasan ini akan terus dimenangi oleh BN pada PRK kali ini. Yang lebih penting BN perlu memperolehi majoriti melebihi yang dicapai pada PRU tahun 2008 bagi meyakinkan bahawa gelombang perubahan kearah BN yang mulai di Manek Urai, dan disusuli di Permatang Pasir, masih kekal di Bagan Pinang.

Dalam membuat ramalan kita perlu menganalisis  sikap pengundi pelbagai kaum dalam politik Negeri Sembilan. Sebenarnya ini agak mudah dikira dengan tepat dengan cara analisis multiple regression, satu kaedah ilmu statistik yang biasa diguna dalam kajian sains dan ekonomi.

Kajian tersebut telah di buat untuk Negeri Sembilan dan hasilnya menunjukkan dalam PRU 2008, sejumlah 64% daripada pengundi Melayu dianggarkan telah mengundi Barisan Nasional, berbanding hanya 31% undi dari kaum Cina dan 11% undi dari kaum India(untuk yang mahir, Model Regression diperturunkan di bawah sebagai Lampiran).

Ini membuktikan pengundi Melayu Negeri Sembilan tetap setia dengan BN dalam Pilihanraya tahun 2008, manakala sokongan pengundi Cina merosot dan undi kaum India hampir kesemuanya pindah ke Pakatan Rakyat.

Tentang isu penipuan undi pos ini juga agak mudah dikaji dengan membanding undi sebenar yang BN perolehi dengan undi yang dijangka dengan model regression analysis. Dalam PRU tahun 2008, jumlah undi sebenar untuk BN di Bagan Pinang ialah 6,430 berbanding dengan jangkaan sejumlah 6560 undi, perbezaan 130 undi sahaja. Ini mengesahkan yang corak pengundian setiap kaum termasuk undi pos di Bagan Pinang menyerupai corak bagi seluruh Negeri Sembilan dalam Pilihanraya tahun 2008. Ini bermakna tidak mungkin telah berlakunya penipuan pada undi pos dalam PRU 2008 dalam kawasan DUN ini.

Sebenarnya kawasan Melayu di Negeri Sembilan terbukti kubu kuat UMNO. Pada Pilihanraya 2004 lebih daripada 70% pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional.

Dengan latar belakang demikian, saya pasti Barisan Nasional berkemampuan mengekalkan kerusi Bagan Pinang dengan majoriti undi tidak kurang daripada yang diperolehi dalam pilihanraya tahun 2008.

Bagaimanapun, dalam keadaan politik negara dan hubungan kaum yang tegang kini, kempen BN yang efficien dan berkesan perlu untuk mendapat sokongan padu 70% daripada Pengundi Melayu di Kawasan Bagan Pinang. Undi kaum Cina dikawasan ini tidak kritikal disamping sukar dipengaruhi, tetapi undi Kaum India sejumlah 19.9% boleh membantu menaikkan majoriti jika jentera kempen Barisan Nasional berjaya meyakinkan mereka.

Pada ketika ini, calon belum lagi ditentukan, walaupun Bahagian UMNO yang berkenaan telah mencalonkan Tan Sri Isa Abd. Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam perkara ini BN perlu menimbangkan pengaruh seorang bekas Menteri Besar kepada masyarakat Melayu tempatan dengan masalah politik wang yang telah menjejaskan reputasi beliau dimata rakyat Malaysia keseluruhannya..

Perlu diingatkan Anwar Ibrahim dan baru baru ini Rohaizat, calon BN di Permatang Pasir juga berhadapan dengan skandal. Apakah isu peribadi telah menjejaskan undi di kawasan mereka bertanding?

Saya yakin anda mungkin ada maklumat atau pandangan yang bernilai dan terkini. Jadi, komen daripada anda dialu-alukan untuk fa’edah semua.

Update 30September 2009

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sungguhpun pemilihan beliau sesuatu yang kontroversial, saya rasa beliau masih menjadi pilihan yang baik kerana populariti beliau di kawasan tersebut disamping telah menjadi Menteri Besar selama 23 tahun. Rekod politik wang yang menghantui beliau saya rasa bukan menjadi isu di kawasan ini kerana pengundi di sinilah yang lebih mengenali beliau, dan mereka mungkin menganggap beliau sebagai victim yang banyak bersabar yang telah menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun telah menempuhi situasi yang pahit.

Malah, isu peribadi sebenarnya belum tebukti menjejaskan undi calon dalam PRK yan lepas seperti di Permatang Pauh dan Permatang Pasir.

Sekian, Wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

_____________

__________

Lampiran


Regression Model for DUN Negeri Sembilan in General Election 2008

The model result below is obtained by means of multiple regression of all votes cast by race in 36 DUN constituencies in Negeri Sembilan.

BN N. Sembilan 2008

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: ,

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Analisis dan Ramalan

August 11, 2009 · Leave a Comment

Suruhanjaya Pilihanraya baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos dan tarikh pengundian pada 25 Ogos.

Untuk makluman pembaca, Permatang Pasir adalah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan bilangan pengundi sejumlah 20,350 orang, terdiri daripada Melayu 72.32%, China 25.94% dan India 1.61%.

Kawasan ini merupakan salah satu daripada tiga buah kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh. Seperti yang kita sedia maklum, seperti juga Permatang Pauh, kawasan Permatang Pasir juga sebuah kubu Pakatan Rakyat, pasti dibawah pengaruh besar Anwar Ibrahim.

Di bawah kita perturunkan jadual menunjukkan rekod Pilihanraya Kawasan Permatang Pasir:

PERMAT.PASIR

Jadual di atas menunjukkan Kawasan ini dimiliki oleh BN pada Pilihanraya Tahun 1995, tetapi selepas itu menjadi milik PAS, dengan kerusi dipegang oleh Allahyarham Hamdan bin Abdul Rahman, selama tiga penggal berturut turut.

Pilihanraya kecil ini amat penting sebagai tanda arus politik negara, samaada kecenderungan pengundi Melayu beralih kepada BN di Manek Urai akan berterusan. Jika ia berulang, ini merupakan satu lagi petanda baik kepada BN. Kehadiran undi Cina sebanyak 25.94% pula boleh dijadikan tanda pengukur sambutan masyarakat Cina kepada kepimpinan Dato’Seri Najib.

BN tidak payah menang di kawasan Permatang Pasir. Kemenangan moral
sudah mencukupi jika undi Barisan Nasional dapat meningkat menghampiri 7% percentage point, menyamai pencapaian di Manek Urai, di mana undi BN meningkat daripada 42% dalam pilihanraya umum 2008 kepada 49% dalam pilihanraya kecil tahun ini.

Malangnya, ‘kejayaan’ BN di Manek Urai tidak semudah di ulangi di Permatang Pasir memandangkan pengaruh Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen di Kawasan ini. Walaupun kerusi ini di Pegang oleh parti PAS, sebenarnya pengaruh Anwar dan PKR jauh melebihi PAS di kawasan ini. Ini kerana pada pilihanraya tahun 1994, PAS tanpa Anwar dan Pakatan Rakyat hanya mampu memperolehi 20% undi berbanding 70% dalam pilihanraya tahun 2008.

Isu isu dijangka berkisar kepada personaliti dan prinsip politik Anwar. Tetapi ini bukan suatu strategi kempen BN yang mudah, kerana di sini BN perlu mengambil kira sokongan bukan sahaja pengundi Melayu, tetapi juga dari masyarakat Cina.

Jika BN menggunakan strategi menghantam peribadi Anwar, ada kemungkinan ini menarik undi simpati, seperti terbukti di Permatang Pauh baru baru ini. Saya rasa strategi memfokus sasaran kepada prinsip politik Anwar yang mengenepikan hak hak Melayu akan lebih berkesan untuk BN.

Ada juga kemungkinan undi kaum Cina akan bertambah untuk BN sebagai tanda penghargaan mereka kepada dasar liberalisasi Dato Seri Najib. Disebalik itu, undi Cina sukar diramal, kerana boleh diagak pengundi Cina tidak ingin mengurangkan kerusi Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang sekarang.

Walaubagaimanapun, saya rasa undi BN akan bertambah di sekitar 1,200 undi. Ini kerana faktor penyandang kerusi tidak lagi wujud membantu PAS dalam Pilihanraya Kecil ini disamping arus undi Melayu yang dijangka terus berubah sedikit ke arah BN.

Pada sa’at artikel ini ditulis, calon kedua belah pihak belum lagi ditentukan. Ramalan di atas dibuat dengan andaian yang calon kedua dua belah pihak diterima baik oleh pengundi.

Jadi, dalam perkiraan diatas dan berasas kepada peratusan diperolehi di Manek Urai, jika BN mampu mengurangkan majoriti PAS di sekitar 2,400 undi, ini adalah petanda baik untuk politik Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terkini 23 Ogos, 2009

Sejak hari penamaan calon pada 17 Ogos lalu, nampaknya isu calon BN telah menjadi isu hangat dalam pilihanraya kecil ini. Ini kerana calon BN, Rohaizat Othman, seorang peguam, telah didapati melanggar disiplin Majlis Peguam dengan kesalahan agak serius yang melibatkan soal integriti, sehingga digantung lesen guaman beliau. Sedikit senbanyak, isu ini pasti akan memberi kesan negatif kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini. Oleh itu, BN sepatutnya telah menggugurkan nama beliau diwaktu penamaan calon tempoh hari dan diganti dengan seorang calon yang lebih sesuai.

Bagaimanapun, kenyataan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mencemari kepentingan Islam serta disanggah oleh para Ulama dan Cendiakiawan Islam, dijangka mampu mengurangkan jurang antara PAS dan masyarakat Cina, tetapi boleh menjejas sokongan dari kalangan pengundi Melayu.

DAD Ikhwan

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: ,

Statistik Keputusan Pilihanraya Umum Tahun 2008 (PRU 12)

August 1, 2009 · Leave a Comment

Diwaktu negara menghadapi pergolakan politik atau pilihanraya kecil, saya kerapkali memerlukan akses segera kepada data kedudukan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Oleh itu saya rasa ada eloknya dimuatkan statistik berkenaan kedalam blog ini untuk kegunaan kita semua dari semasa ke semasa.

Di bawah diperturunkan statistik kedudukan kursi dalam Parlimen dan dan Dewan Undangan Negeri selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 untuk rujukan para pelawat laman blog ini bila bila masa diperlu:

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN SELEPAS PRU 12

SUMMARY PARLIAMENT 2008

____________________

KEDUDUKAN KERUSI DUN SELEPAS PRU KE 12

SUMMARY DUN AFTER PRU 12

___________________________

Categories: Artikel Politik · Uncategorized
Tagged: ,

Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis

July 14, 2009 · Leave a Comment

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan PAS menang tipis dengan 65 undi, dengan memperolehi 5348 undi dan UMNO dengan 5,283 undi. Peratusan yang membuang undi pula amat tinggi, iaitu 87%.

Keputusan ini menepati ramalan kita dalam artikel terdahulu bertarikh 12 Julai, menenjangka perlawanan yang sengit, dengan PAS mungkin kalah atau menang tipis kurang daripada 250 undi.

Dalam Pilihanraya tahun lepas PAS memenangi kawasan ini dengan majoriti 1,352 undi.

Kemenangan yang amat tipis ini pasti disebabkan oleh beberapa perkara, yakni calon muka baru dari PAS, meningkatnya populariti Najib dan kepimpinan UMNO negeri Kelantan, serta persepsi keretakan dalam PAS dan susutnya pengaruh Pas Kelantan dalam pas Pusat.

Kini, ada beberapa persoalan mungkin terjawab daripada keputusan pemilihan di Manek Urai ini. Adakah ia petanda satu gelombang perubahan akan melanda politik Kelantan, yang selama ini dimonopoli oleh parti PAS akan beralih kepada Barisan Nasional pula?

Apakah implikasi keputusan ini kepada sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional dan kepada politik negara?

Analisis data pilihanraya yang lepas menunjukkan corak pengundian di Manek Urai sebenarnya selari dengan keadaan keseluruhannya bagi negeri Kelantan, seperti dalam jadual di bawah:

Data undi Melayu untuk UMNO (tahun 1999 - 2008)

Data undi Melayu untuk UMNO (tahun 1999 - 2008)

Data di atas menunjukkan ketika undi untuk UMNO di Manek Urai menurun, begitu juga keadaannya di seluruh negeri Kelantan dan sebaliknya.

Begitu juga dikala undi BN di Kelantan menurun, undi Melayu untuk
UMNO diSemenanjung Malaysia juga menurun, dan sebaliknya.

Dengan data pengundian yang baru sahaja diperolehi, agak tepat jika dirumuskan sudah ada tanda gelombang perubahan menuju Barisan Nasional mulai melanda negeri Kelantan.

Bagaimanapun, memandangkan peratusan undi Melayu untuk UMNO di Manek Urai( dan juga Kelantan) masih rendah berbanding dengan purata di Semenanjung Malaysia, saya tidak nampak kemungkinan Barisan Nasional menawan Kelantan dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, kerana gelombang perubahan kepada BN sudah mulai di Kelantan, maka perkembangan yang selari pasti berlaku di seluruh Semenanjung, iaitu undi Melayu yang lari pada pilihanraya tahun 2008 mulai kembali kepangkuan BN. Ini merupakan petanda baik untuk Barisan Nasional.

Penguasaan PAS mencerminkan Kelainan Jatidiri Melayu Kelantan

Sejak beberapa dekad yang lalu, tidak seperti di negeri negeri lain, penguasaan PAS di Kelantan adalah kukuh dan konsistan.

Adakah ini disebabkan Melayu Kelantan lebih warak dan lebih berjiwa Islam daipada Melayu di negeri lain? Jika ia, mengapa PAS tidak boleh bertapak di negeri lain seperti Johore yang juga dikenali dengan masyarakat Melayu yang lebih warak dan perihatin dengan suruhan Agama?

Bagi saya faktor Agama tidak begitu relevant dalam menentukan sokongan kepada PAS atau UMNO, kerana kedua dua parti ini memperjuangkan Islam. Masyarakat Melayu akan tetap menyokong kedua dua parti ini atas sebab Agama.

Perihal masyarakat Melayu Kelantan teguh dibelakang PAS adalah kerana kelainan jatidiri Melayu Kelantan berbanding Melayu di lain lain negeri.

Selama ini Melayu Kelantan sudah menganggap parti PAS itu ‘hak mereka’. Pas itu Kelantan dan Kelantan itu PAS. Dengan menguasai PAS, suasana ini lebih memperkukuhkan jatidiri mereka sebagai lain daripada Melayu di negeri lain. Sebab itu ada istilah ‘orang kita’ dan ‘orang luar’ dalam loghat Kelantan yang menentukan cara mereka bergaul dan beinteraksi dengan Melayu dari negeri lain.

Umum sedia maklum yang Melayu Kelantan tidak gemar bergaul rapat dengan Melayu lain jika rakan senegeri mereka cukup ramai. Semasa belajar di Universiti dahulu, sering terdengar rungutan pelajar bukan Kelantan yang mereka hanya gemar duduk serumah dengan anak negeri Kelantan sahaja.

Jika berbicara mereka gemar bercakap dengan loghat Kelantan, walaupun ada rakan rakan dari negeri lain juga hadir.

Dalam bidang perniagaan juga mereka sesungguhnya jauh berbeza dari rakan rakan dari negeri lain. Mereka banyak menerapi nilai nilai murni yang perlu dalam masyarakat perniagaan. Oleh itu mereka lebih berdikari, lebih tahan lasak dan mungkin lebih maju dari peniaga Melayu dari negeri lain.

Dengan penguasaan keatas parti PAS sejak beberapa dekad yang lepas, ini melengkapi kelainan jatidiri mereka.

Sebaliknya sikap begini juga memencilkan mereka. Sebab itu parti PAS tidak begitu diterima oleh masyarakat Melayu diluar Kelantan, terutama masyarakat Melayu elit di negeri negeri yang lebih maju.

Tetapi dengan timbulnya suasana baru dalam PAS, dimana pengaruh Melayu dari luar Kelantan mulai dirasai, dan penguasaan Kelantan keatas PAS sedikit sebanyakterhakis, halatuju politik Melayu Kelantan sukar diramal. Ada kemungkinan fenomena ini akan membantu Barisan Nasional di negeri tersebut di masa hadapan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil Manek Urai

July 12, 2009 · 1 Comment

( addendum – Sila baca juga artikel terkini ‘Keputusan Pilihanraya Kecil Manek Urai……….. )

Hari pengundian dalam Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai hanya tinggal dua hari lagi, iaitu pada 14 Julai 2009. Kini Kempen berjalan rancak dengan kedua dua belah pihak ada keyakinan memenangi kursi tersebut. Sama ada Pas atau UMNO akan memenangi kerusi ini bergantung kepada beberapa faktor .

Sebelum kita meramalkan keputusan Pilihanraya Kecil(PRK) ini eloklah dikemukakan rumusan fakta Kawasan DUN ini seperti berikut:

Data Pilihanraya Manek Urai

Data Pilihanraya Manek Urai

Kawasan ini telah kosong setelah kematian YB Ismail bin Yakob ( Pak Su Wil) dari parti PAS penyandang lima kali bagi kawasan ini sejak tahun 1986. Jadual di atas menunjukkan data terperinci Pilihanraya Umum(PRU) bagi tahun 1999, 2004 dan 2008 yang beliau menangi kecuali pada tahun 2004.

Calon yang bertanding kedua duanya muka baru, Tuan Aziz bin Tuan Mat, bekas pengurus di Kesedar, mewakili UMNO dan dan Fauzi bin Abdullah seorang kontraktor ikan, mewakili PAS.

Sekali pandang nampaknya kawasan ini kubu Pas sejak tahun 80an, walaupun telah kalah pada PRU 2004. Sebelum 80an kawasan ini pernah di menangi BN selama lima kali.

Perkara perkara yang memihak kepada PAS dalam PRK ini, ialah keteguhan kedudukan PAS sejak enam pilihanraya yang lepas, berasas kepada kepimpinan PAS yang mantap dibawah Tuan Guru Nik Aziz, seorang pemimpin yang di hormati penduduk Kelantan. Juga persepsi pengundi Melayu kepada UMNO masih negatif jika berpandu kepada beberapa pilihanraya kecil baru baru ini.

Punca kekalahan BN pada masa lepas kerana ketiadaan pemimpin UMNO yang cukup di hormati di peringkat negeri. BN juga terpaksa berhadapan dengan penyandang kursi, kecuali pada PRU 11, ketika mana BN mampu merampas kerusi kawasan ini.

Mengikut kajian regression analysis kita buat pada data PRU 2008, seorang penyandang mampu mendapat sebanyak 1,200 undi atas kekuatan peribadi untuk kawasan parlimen dan 400 undi bagi kawasan DUN. Atas fakta ini sahaja undi untuk PAS mungkin merosot 400 undi pada kali ini dan berpindah kepada UMNO.

Kepimpinan UMNO negeri kini di bawah Datuk Mustapha Mohammed, seorang pemimpin yang dikenali berintegriti tinggi mampu menarik beberapa undi lagi. Isu negara mungkin mampu mengalih beberapa undi lagi daripada PAS, terutama keenganan PAS bermuzakarah dengan UMNO, sementara sanggup berkerjasama dengan DAP sebuah parti yang menentang prinsip perjuangan PAS.

Selain itu, tahap populariti Dato Seri Najib yang kini sedang meningkat juga akan membantu calon BN.

Kemerosotan pengaruh PAS Kelantan dalam PAS Pusat setelah pemilihan parti tahun ini, serta persepsi wujudnya keretakan dalam kepimpinan PAS, sedikit sebanyak mungkin menjejas kewibawaan Nik Aziz di mata pengundi.

Faktor tempatan juga kurang memihak kepada PAS kerana sejak tahun 1986 majoriti yang diperolehi PAS di Manek Urai kian merosot pada setiap pilihanraya

Seperti lazim dalam mana mana PRK, Peratusan mengundi di jangka kurang daripada dalam PRU 2008, tetapi faktor ini dijangka tidak memihak kepada UMNO.

Atas sebab diatas, bolehlah dirumuskan ada kemungkinan PAS akan kalah pada PRK kali ini. Jika sekalipun PAS menang, ia hanya dengan majoriti yang tipis dalam sekitar 250 undi sahaja.

Sekian, wallahu alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,