DAH IKHWAN Weblog

Entries categorized as ‘Artikel Politik’

Kerajaan Perpaduan: Adakah PAS Tergelincir dari Landasan Perjuangan?

June 24, 2009 · Leave a Comment

Keputusan Pakatan Rakyat menolak cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tentang pembentukan Kerajaan Perpaduan memang sudah dijangka. Ini kerana dua buah parti yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat, ia itu DAP dan PKR sejak awal awal lagi menentang cadangan ini dengan sekeras sekerasnya.

Parti DAP menentangnya pasti kerana cadangan ini akan mengukuhkan perpaduan Melayu yang tidak menguntungkan parti tersebut. PKR pula menentangnya kerana PKR, seperti DAP bukanlah sebuah parti Melayu, jadi semestinya wakil wakil bukan Melayu menentangnya atas sebab sama seperti DAP.

Dalam keadaan demikian PAS berada dalam keadaan serba salah, sungguhpun cadangan Kerajaan Perpaduan ini diilhamkan oleh Presidennya sendiri, atas dasar memelihara perpaduan Melayu dan kepentingan Agama Islam, sejajar dengan landasan perjuangan PAS.

Sesungguhnya PAS kini berada di persimpangan dilema sejak ia bersekutu dalam Pakatan Rakyat. Disatu sudut kemenangan PAS dalam Pilihanraya 2008 adalah atas sebab sokongan padu dari kaum Cina dan India yang bukan Islam. Disudut yang lain kubu PAS selama ini terletak di kawasan penduduk Melayu Islam, dan mereka pasti terdiri daripada Masyarakat Melayu Islam yang konservatif. Dalam berusaha mengekalkan undi bukan Islam, ia juga terpaksa menjaga hati pemimpin sekular seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Dilema ini belum nampak menimbulkan masalah kepada PAS sejak pilihanraya lepas, tetapi dalam masa empat tahun lagi keadaan mungkin berubah. Agaknya inilah yang membimbangkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi kerana dengan terus terikat dengan Pakatan Rakyat yang bukan dikuasai Melayu dan Islam, pengaruh Parti tersebut dalam kawasan tridisinya di Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis sedikit sebanyak akan tergugat. Pengundi pengundi Cina pula bukanlah undi setia, kerana ia mudah beralih kepada BN, terutama dengan polisi kerajaan yang lebih terbuka kini. Begitu juga undi kaum India, sebahagiannya pasti akan kembali kepada BN, kerana tidak mustahil jika sentiment mereka berubah dalam masa empat tahun lagi.

Usaha Tuan Guru Abdul Hadi mengilhamkan cadangan Kerajaan Perpaduan adalah sebaik baiknya untuk PAS dari kaca mata Melayu Islam. Saya pasti di hati kecil Abdul Hadi dan para Ulama Pas mereka sungguh keciwa dengan keputusan Pakatan Rakyat. Tetapi beliau diibaratkan terpaksa menelan ludah sendiri demi mengelakkan perpecahan dalam PAS, atau penentangan terbuka keatas pucuk pimpinan beliau. Kalau tidak manakan beliau sanggup mengenepikan prinsip politik beliau sendiri.

Akibatnya PAS terjebak semakin jauh di dalam dilemanya. Sebaliknya peristiwa ini tidak akan menjejas UMNO, malah mungkin mengukuhkan kedudukannya di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Pendapat Tun Mahathir, Kerajaan Perpaduan sebenarnya tidak sesuai di Malaysia.Ini kerana jika Kerajaan Perpaduan hanya untuk menjaga perpaduan Melayu, ia hanya memerlukan UMNO dan Pas dan Parti Bumiputera yang lain, tanpa memerlukan kaum Cina dan India. Ini sudah cukup untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, tetapi pasti akan memburukkan lagi masalah polarisasi kaum.

Beliau menambah, jika sebaliknya kerajaan perpaduan untuk seluruh rakyat Malaysia, maka semua parti yang ada perlu turut serta. Akibatnya kerajaan tanpa pembangkang, dan ini juga tidak baik kerana tanpa pembangkang, keadaan begini boleh menggalakkan lebih banyak amalan buruk dalam kerajaan.

Jadi, Kerajaan Perpaduan yang di cadangkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sebenarnya hanya terbaik untuk PAS dalam keadaannya yang agak kukuh sekarang, bagi memastikan ia tidak terkeluar dari landasan perjuangannya. Tuan Haji Abdul Hadi sungguh bijak orangnya, tetapi apakan daya cadangan ini tidak dapat diterima oleh rakan rakan yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dan tidak pula begitu diperlukan oleh Barisan Nasional.

Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik
Tagged: , , ,

Keputusan Pemilihan Kepimpinan Pas: Suatu Ulasan

June 8, 2009 · Leave a Comment

Keputusan Pemilihan kepimpinan Pas, terutama kejayaan Nasharudin Mat Isa mempertahankan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden telah menepati ramalan saya dalam artikel sebelum ini bertarikh 31 Mei, 2009. Beliau yang memperolehi 480 undi mengalahkan Dato’ Husam Musa yang mendapat 281 undi dan Mohamad Sabu 261 undi.

Kemenangannya yang agak selesa sebenarnya agak mengejutkan banyak pihak yang menjangka pertembungan sengit atau yang menjangka kemenangan untuk Husam.

Di sudut yang lain, kemenangan Nasharuddin bukanlah kemenangan mutlak kerana kegagalan beliau mendapat undi majority. Malah kemenangan ini sedikit sebanyak kerana tiada pencabar lain dari golongan ulama. Kegagalan mendapat undi majority boleh ditakrifkan atas sebab ramai perwakilan yang masih kurang senang dengan peranan beliau dalam muzakarah dengan UMNO.

Undi yang di perolehi Husam juga menunjukkan pengaruh beliau setakat ini belum lagi kuat. Malah beliau hanya mampu mendapat undi hampir sama dengan Mohammed Sabu, seorang pemimpin yang tidak dipandang begitu serius oleh Masyarakat Melayu.

Dalam senario begini, kita nampak keikhlasan kumpulan ulama Pas bersatu berdiri dibelakang Presiden dan Timbalannya serta kematangan sikap perwakilan yang terus menyokong mereka. Dengan kejayaan golongan ulama menepis cabaran kumpulan Erdogan yang setia dengan agenda Pakatan Rakyat, maka setakat ini PAS akan terus berada di landasan yang asal memperjuangkan Islam dan Bangsa Melayu.

Kemenangan seorang lagi ulama, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan Naib Presiden, dan kajayaan seorang lagi ulama menyandang jawatan ketua pemuda akan memperkukuh kedudukan dan pengaruh mereka dalam parti.

Dengan kemenangan ini, dijangka Pas akan tetap kekal mendapat tempat di hati masyarakat Melayu.

Kemunculan kumpulan Erdogan yang dilihat terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim telah dijangka dan banyak disentuh dalam artikel terdahulu iaitu Pertembungan Dua Prinsip dalam Pas bertarikh 3 November, 2008. Mereka nampaknya sahabat sahabat yang mementingkan agenda peribadi Anwar dan sanggup mengenepikan landas perjuangan Pas yang asal.

Sungguhpun mereka gagal kali ini, kumpulan ini pasti terus memperjuang agenda mereka, apalagi ramai juga dikalangan mereka yang berjaya menduduki kerusi dalam Majlis Tertinggi Pas.

Oleh itu ahli ahli pas, terutama kumpulan ulama, diharap akan terus waspada bagi mempertahankan prinsip perjuangan parti bagi mengekalkan tempat istimewa Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Parti PAS di Persimpangan

May 31, 2009 · Leave a Comment

Pemilihan Majlis Tertinggi Pas minggu depan sesungguhnya memaparkan keadaan di luar kebiasaan parti. Sudah begitu lama ahli ahli akur dengan proses pemilihan barisan kepimpinan berdasarkan musyawarah yang selama ini dikuasai oleh kumpulaan ulama. Oleh itu proses peralihan pemimpin berjalan begitu lancar sejak tersingkirnya Dato’ Asri Muda dalam tahun ‘80an lagi. Tetapi kini PAS berhadapan dengan suasana pemilihan yang boleh membawa kepada pemguasaan kepimpinan di luar kelompok Ulama.

Sungguhpun Presiden telah menang tanpa bertanding, kerana tiada wujud seorang pencabar berwibawa, kumpulan pencabar kali ini hanya mampu memfokus cabaran mereka kepada jawatan Timbalan Presiden yang kini dipegang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Pencabarnya pula tidak lain dan tidak bukan, iaitu Dato’ Hasam Musa, seorang Naib Presiden parti.

Pencalonan Dato’ Husam Musa memang sudah dijangka dalam sebuah artikel blog ini Pertembungan Dua Prinsip dalam Pas bertarikh 3 November 2008.

Seperti diramalkan kumpulan Erdogan yang berpaksi kepada Pakatan Rakyat serta mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim akan mencabar mana mana pemimpin yang dilihat sebagai penghalang kepada agenda Pakatan Rakyat. Dalam hal ini kedua dua pemimpin atasan Pas dilihat tidak setia kepada agenda Pakatan Rakyat kerana telah membuka jalan muzakarah serta pintu kerjasama dengan UMNO.

Ini boleh dilihat sebagai berulangnya kejadian dalam UMNO sewaktu Anwar mencabar Ghafar Baba, Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Sejarah berulang, tetapi kali ini dalam Pas pula dimana Husam, pengikut setia Anwar mengulangi sejarah yang sama dengan mencabar Nasharudin sebagai Timbalan Presiden PAS.

Sesungguhnya Pas kini dalam persimpangan dilema. Jika Husam menang tiada siapa yang akan dapat mencabar pengaruh Anwar nanti. Jika Husam kalah sedikit, kumpulan Erdogan akan terus berusaha lagi di pemilihan yang akan datang. Jika mereka kalah teruk kali ini, maka terbukti pengaruh Anwar di dalam Pas tidaklah begitu membimbangkan.

Pas kini menjadi Medan pertempuran kerana pengaruh Pas yang besar dikalangan maysarakat Melayu. Ia dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai berpotensi membantu Agenda Anwar untuk memerintah negara.

Sebaliknya ramai orang Melayu, terutama kumpulan Ulama, percaya pengaruh Pas dikalangan masyarakat Melayu berkembang kerana wujudnya kepimpinan ulama dalam Pas yang mampu menegakkan prinsip memperjuangkan Islam di Malaysia.

Kemenangan kumpulan Erdogan dalam Pas dilihat akan melunturkan prinsip perjuangan Pas dan menyusutkan sokongan masyarakat Melayu kepada parti tersebut.

Kumpulan mana yang akan menang, sama samalah kita lihat nanti. Petanda awal, dengan kemenangan kumpulan Ulama dalam mempertahankan Jawatan Presiden dan Ketua Pemuda Pas, serta pencalonan yang banyak untu Nasharuddin, nampaknya memihak kepada Ulama. Juga dengan tiadanya pencabar dari kumpulan ulama kepada Nasharudin, seharusnya lebih mencerahkan harapan mempertahankan jawatan beliau.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

DAH Ikhwah

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Keputusan Mahkamah: Krisis Politik Perak akan Berterusan

May 12, 2009 · 2 Comments

Keputusan mahkamah semalam mengesahkan Datuk Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan ini bukan diluar jangkaan kerana sebelum ini dua kemungkinan boleh berlaku, samaada memihak kepada Nizar atau sebaliknya kepada Zambry. Soal pokoknya samaada mahkamah mengiktiraf undi tidak percaya di hadapan Sultan tetapi dilaksanakan di luar DUN.

Keputusan ini berpandu kepada kes Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang disingkirkan diluar DUN di akhir tahun enam puluhan. Cuma bezanya di Sarawak Gabenor di ketika itu mungkin tidak mengira undi secara peribadi seperti di lakukan oleh Sultan Perak dalam kes ini.

Barisan Nasional bersalah kerana memulakan kamelut politik Perak ini. Sungguhpun Projek 16 September Anwar tahun lalu adalah suatu tindakan yang tidak beretika dan terkutuk, ini bukan justifikasi untuk BN berbuat sedemikian, sungguhpun dibolehkan dalam sistem demokrasi.

Apapun, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah. Pihak BN, terutamanya Datuk Seri Najib, perlu di puji kerana menghormati keputusan mahkamah. Ini adalah suatu keputusan bijak dan menunjukkan kematangan pemimpin politik dari Barisan Nasional dalam hal ini.

Perlu juga diingatkan kebebasan mahkamah membuat keputusan adalah hasil daripada sistem pentadbiran negara yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebaliknya sikap Pakatan Rakyat yang tidak menghormati keputusan Sultan dan mahkamah dalam kes kes yang berkaitan perlu kita renungi.

Nizar secara terang terangan mengingkari keputusan Sultan tidak membubarkan DUN. Perlu diingatkan kuasa Sultan dalam hal ini adalah mutlak, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan.

Sivakumar juga telah mengingkari keputusan mahkamah yang memihak kepada tiga orang ahli DUN yang melompat parti, dan keputusan mahkamah yang memihak kepada Zambry dan rakan rakan tentang penggantungan keahlian mereka dan DUN Perak.

Sehubungan dengan ini tindakan Sivakumar menggantung 10 orang ahli DUN termasuk Zambry adalah tindakan yang anih di luar batasan undang undang dan sistem demokrasi. Bayangkanlah sekiranya speaker Parlimen berbuat sedemikian, maka kerajaan Persekutuan boleh bertindak sesuka hati, malah meminda perlembagaan hanya dengan menggantung sebilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat semata mata mengikut keperluan kerajaan.

Tindakan sedemikian oleh Pakatan Rakyat tidak bijak dan menyalahi prinsip rule of law atau kedaulatan undang undang yang diamalkan oleh negara negara demokrasi di dunia ini. Sesungguhnya negara menghadapi risiko yang tinggi jika diperintah oleh kerajaan yang bersikap sedemikian.

Sikap ini juga mungkin menyebabkan krisis yang berlarutan dalam negara. Alangkah sedihnya ini berlaku sehingga melenyapkan matlamat negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020. Dahulunya kita setanding dengan Korea dan Taiwan untuk maju dan disegani dunia Islam, tetapi kini kita hanya mampu menoleh kebelakang lebih menghampiri negara yang sentiasa bergolak seperti Pakistan.

Jika dulu kita mentertawakan keadaan kucar kacir di Indonesia, tetapi kini negara itu aman dan mulai maju sejak dibawah pemerintahan presiden Bambang Susilo. Ketika saya melawat Jakarta dan Bandung baru baru ini, Indonesia amat tenang sungguhpun sedang dalam proses pilihanraya umum.

Keputusan Mahkamah semalam tidak akan meredakan suasana. Zambry boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan atau membentang usul tidak pecaya kepada kerajaan Nizar.

Usul tidak Percaya dijangka diluluskan dengan mudah dibawah Speaker yang baru dilantik BN. Keputusan ini boleh pula di sanggah oleh Pakatan Rakyat atas sebab soal kesahihan kedudukan Speaker ini.

Akhirnya, mahkamah terpaksa membuat keputusan yang seterusnya tentang kedudukan Speaker. Pakatan Rakyat dijangka akan terus membuat kekecohan bagi membantut penyelesaian di mahkamah dengan tujuan memaksa Baginda Sultan memanggil pilihan raya baru di Perak.

Sebelumnya jalan penyelesaian dicapai, kita hanya dapat memerhati perkembangan Politik Perak ini dari kacamata orang luar sahaja.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Ulasan dan Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai

April 7, 2009 · 4 Comments

(sila lihat update 9 April 2009 di hujung artikel ini)

Debaran menunggu keputusan di dua Bukit dan satu Batang sudah terjawab. Pakatan Rakyat masih bertahan di atas Bukit Bukit mereka dan BN pula masih teguh memegang satu satunya batang mereka di Sarawak.

Keputusan ini menampakkan Pakatan Rakyat sebagai jaguh di kawasan Bukit dan BN pula sebagai jaguh di sekitar Batang. Jika ada pertandingan di Bukit Berapit sudah tentu Pakatan akan menang, tetapi pasti kalah di Batang Berjuntai.

Setakat ini Parti Melayu dan India sahaja yang bertanding. Belum ada Parti kaum Cina yang sanggup melangkah ke hadapan, mungkin hanya berminat menawan Bukit Cina dan Bukit Beruntung sahaja.

Batang Ai

Barisan Nasional 3907 undi
PKR 2053
Majoriti 1854
Majoriti (2008) 806
Seperti dijangka sebelumnya (sila lihat artikel terdahulu di bawah), BN telah menang dengan mudah dan meningkatkan majoriti di Batang Ai. Ini suatu pukulan hebat kepada Pakatan Rakyat dan impian Anwar untuk menakluki Sarawak dan seterusnya kerajaan Malaysia.

Andaian kita yang Sarawak tiada isu yang serius terbukti betul disamping sikap Rakyat Sarawak mencurigai Parti Politik pembangkang dari Semenanjung.

Hasil kajian terdahulu Malaysia’s General Election 2008: A comprehensive Analysisyang menunjukkan kehilangan sokongan kaum India sebagai katalyst kepada kejatuhan BN di Semenanjung terbukti betul. Dengan tiadanya kaum India di Sarawak dan Sabah, maka kekuatan BN di sana masih mantap. Dengan suasana demikian Masyarakat bukan Bumiputera(Cina) di negeri2 Borneo tidak mungkin meninggalkan BN secara menyeluruh demi kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Bukit Selambau

PKR 12,632 undi
Barisan Nasional 10,229
Majoriti 2,403
Majoriti (2008) 2,362

Keputusan di Bukit Selambau juga seperti diramalkan. Analisis kita terdahulu menunjukkan pengundi Melayu di Kedah tidak konsistan, lazimnya hanya minoriti bersama BN, kerana pengaruh PAS yang kuat di sana (sila rujuk artikel terdahulu analisis undi DUN Kedah 2008).

Jangkaan kita yang pengundi India dan Cina kekal memihak kepada Pakatan Rakyat, terbukti betul.

Dilihat daripada majoriti diperolehi PKR hampir sama dengan dalam 2008, nampaknya usaha Tun Mahathir berkempen di kawasan ini tidak memberi hasil yang diharapkan. Ini tidak menepati jangkaan kita terdahulu.

Ini juga menunjukkan sokongan rakyat tidak berubah, masih seperti pada tahun 2008.

Bukit Gantang

PAS 21,860 undi
Barisan Nasional 19,071
Majoriti 2,789
Majoriti (2008) 1,566

Keputusan di Bukit Gantang terbukti di luar jangkaan kita. Kita sebelumnya menjangka kemenangan memihak kepada Barisan nasional berpandukan sejarah kesetiaan pengundi Melayu di sana. Tambahan pula dijangka pengundi Melayu memiliki sentimen yang positif terhadap keputusan Sultan dalam krisis perlembagaan.

Dengan majoriti diperolehi calon PAS meningkat berbanding dalam tahun 2008, ini pasti menunjukkan simpati menyeluruh pengundi kepada Datuk Nizar. Ia disebabkan sentimen tempatan dan bukan kerana gelombang pembaharuan Pakatan Rakyat.

Keputusan juga konsistan dengan pendapat Tun Mahathir awal awal lagi dalam Blog beliau yang rampasan kuasa BN di Perak pasti menaikkkan kemarahan rakyat.

Apa pun, sedih juga Datuk Nizar telah kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak……mungkin tidak mengapa, pasti kini beliau bersyukur akan dinobatkan Panglima Bukit Gantang yang baru. Mohon Paduka Sultan perkenankan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH IKHWAN

Update 9 April 2009: Beberapa ulasan melalui TV dan Akhbar menyatakan keputusan di Bukit Gantang menunjukkan pengundi Melayu mulai kembali menyokong UMNO. Pandangan ini tidak betul, tidak bersandar kepada kajian data(empirical study). Analisis multiple regression yang kita buat keatas pengundian di Perak pada Pilihanraya 2008 menunjukkan undi untuk BN ialah 55% dari keseluruhan undi Melayu, 43% dari keseluruhan undi Cina dan 15% undi India(sila rujuk artikel Krisis Politik Perak bertarikh 7.2.09). Jumlah Undi BN sebanyak 19,071 di Bukit Gantang tahun ini membayangkan taburan peratusan ini masih kekal, bermakna sokongan setiap kaum tidak berubah. Kelebihan majoriti diperolehi Datuk Nizar berbanding dalam tahun 2008 hanya disebabkan sedikit undi simpati, dari kaum Cina dan India.

Categories: Artikel Politik
Tagged: , ,

By-Election Battle for Two Bukit and Batang Ai

March 31, 2009 · 1 Comment

I am sure you know what I mean. Of course, it can’t mean any other hill than the one with PAS flag on top of it(Bukit Gantang), Bukit Selambau(PKR) and Batang Ai (BN). You could be excused to think that the ‘Ai’ above is a mispell of the English word ‘I’. If so this constituency could probably be named ‘Batang Saya’ in Bahasa Malaysia.Then this is indeed a very important possession the BN needs to defend, at least for male chauvanism reasons.

Just in case you have a different idea, in Sarawak Batang has a different meaning altogether. It means river……normally water also flows through it, of course.

I have written an earlier article in Bahasa on the chances for Anwar to take over the Sarawak Government. Indeed, the chances are slim for reasons that Sarawak does not have Indian voters, who are convinced of being alienated by the BN government. There are actually no new issues, although Anwar is trying hard to create a new one, namely native customary rights land issue.

Talking of the native customary rights,the Dayaks of Sarawak could actualy be considered as a specially lucky people. Their rights over vast tracts of land has long been recognised by the government, and not less than one million hectares of such land are found in the state.

Since the last 20 years, The state government has developed large areas of such land under SALCRA land development schemes, and this has benfitted large number of Dayak landowners. Many of them receive high annual dividends at levels unheard of by Felda and Felcra participants! ! !

Lately the government has also spearheaded numerous NCR land development projects on joint venture basis with the private sector, to benefit the native landowners.

In addition, in contrast to the Indians, the Dayaks are Bumiputera and they enjoy all the benefits accrued to other Bumiputeras in the country.

The Batang Ai Constituency is located approx 300 km from Kuching, with a predominantly Iban voter population of approx 8000 people. The area is accessable by road, but many longhouses are not, and can only be reached by boats, or only accessable on foot.

The BN has a clear advantage of accessability because of its incumbency in the state. The long established political organisation and logistics also favour Barisan Nasional.

In any case PKR is not only a new party devoid of logistics in rural Sarawak, but also a party of people and ideology alien to Sarawak.

For the time being it appears that PKR is only riding on the experience and old personal networking of Jawah Gerang in the area.. Probably it can also rely on the political networking of Nicholas Bawin who managed to get sizable votes but lost in the last general election. However, reliance on Bawin as the director of operation in this by-election could prove to be a double edged sword, since it may be difficult for him and his followers to put aside their personal feelings and aspirations as the Yang Berhormat for Batang Ai.

As for the BN candidate, he is a new face, previously working with the state agriculture Department. Based on my analysis nationwide, an incumbent usuallly has an advantage in a close fight. In this fight there is no incumbent as such, but BN has to realise that the PKR candidate is the closest to incumbency, having served as Member of Parliament for the area for four terms under BN’s own wing.

It should also be noted that BN only won this seat with a slender majority in the last state election.

Still BN has a lot to say about its achievements. Where PKR and Pakatan Rakyat fights for Malaysian Malaysia, BN Sarawak fights for Sarawak for Sarawakians. If not for BN Sarawak’s determination and Chief Minister Taib’s hard headedness, Sarawak would have been absorbed just as another Malayan state long time ago, without any immigration control and special autonomy, perhaps even without native customery rights too.Even Tun Mahathir used to acknowledge publicly how tough Pehin Seri Taib is.

For the Iban electorate to surrender Sarawak autonomy and their own future to an alien political party is something very reckless and unthinkable. As a Sarawakian, I know that even Sarawak Malays will never dream of doing it. That is why UMNO has never been welcomed to contest in Sarawak.

Although PKR can find relief in having SNAP not contesting in the election, Anwar has to face a possible rift on the ground after the selection of the by-election candidate. With the selection of Jawah Gerang by PKR, there is no guarantee the followers of Nicholas Bawin another popular politician, who was passed over by PKR leadership, would not sabotage their candidate.

Still Sarawak is a very important to Anwar and in the scheme of things for Pakatan Rakyat. In other words Anwar cannot afford to ignore Sarawak, if he wishes to become the next Prime Minister of the country.

He has to make promises to induce Sarawak electorates, even when such promises run counter to the basic principles of his party.

After considering all the above, I agree with most assessments that BN would retain the Batang Ai seat, albeit with a slender majority.

Sarawak BN should not feel over confident though, since at the end of the day it is the efficiency and effectiveness of its election machinery that eventually makes the difference.

Bukit Selambau

If the prospect of BN victory in Sarawak is fairly bright, the situation in Kedah may be different. This is a constituency 35,000 voters of which 50% are Malays, 20% Chinese and 30% Indians.

In the 2008 General Election, BN in Kedah failed to get majority support from all the three racial groups. While Malay support for BN is obvious in most of the Peninsular states, the situation in Kedah is different. Here, Malay support has not been consistent even prior to 2008 election. It is probable that this is so because of the strong influence of Pas, apart from the Tun Mahathir factor.

It is possible that some Malay votes may return to BN, due to Tun mahathir factor this time around, though it is not likely so for the Indian and Chinese votes.

In view of the above, it is likely that Pakatan Rakyat would win this by-election, though with a lesser majority.

Bukit Gantang

Bukit Gantang is a Parliamentary Constituency in Perak with a voter population of 55,471 of which 63% are Malays, 27% are Chinese and 10% Indians. In the 2008 election, PAS won this seat with a small majority of 1,566.

BN has a fairly good chance of taking back this seat from the opposition because, this time around the issue is different from the 2008 general election. While in the last general election, it was BN against Pakatan Rakyat, in this by-election it is Pakatan Rakyat against BN and the Sultan.

The selection of Datuk Nizar as the candidate is rather puzzling to me. This is in view that Datuk Nizar is the central figure in this crisis and widely known for challenging the Sultan’s decisions and prerogative.

The probable outcome of this by-election can be understood if one notice the Perak voters’ inclination in all the previous elections. Perak is the traditional stronghold of UMNO with little competition for Malay votes from PAS. Only in the 2008 general election majority of the voters went against BN. Even then, 55% of the Malays still voted for BN, while the low Chinese and Indian voter supports were still better than in most other Peninsular states.

Against the above background and with the the current political issues which hurt Malay feelings, there is a good chance for BN to take back the Bukit Gantang seat. After all, BN needs only 800 voters to turn around to win.

Should BN win the Bukit Gantang seat, it will not be difficult to calculate the number of seats BN can get, should a fresh state election be held.

But first of all, it will be nice for BN to get the two bukit and this particular batang, although one bukit and one batang will also be just fine.

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik · English Articles
Tagged: , , , ,

Constitutional Crisis in Perak and the Comedians

February 22, 2009 · 4 Comments

I have always preferred to write a more serious article  on my blog and recently I wrote such articles as the Wallstreet Meltdown and its Impact on Malaysia, Bumiputera business culture and values, Bumiputera equity, etc.  After all these are fundamental issues facing our nation today, not forgetting, of course, VISION 2020, which should be the most fundamental of all.

But who  bothers to care about those things? Malaysians today seem  to prefer  more of  entertainment than those heavy stuff. What is more interesting is that our better entertainers  turn out to be our politicians. They even beat  our  artists from the  traditional entertainment industry.

Siti Nurhaliza has to be contented with lesser attention,  and gossips among artists also take the back seat, being replaced by gossips and video clips from the politico entertainment industry. So we have new comers like Elizabeth Wong, Chua Soi  Lek and, remember, the PKR YBs who have crossed over to BN recently.

Our newspapers have field days with the new found openness under Pak Lah Government. Thanks to  Pakatan Rakyat, they fought very hard for that openness and press freedom!

Politicians don’t only provide sex scandals. Even their own traditional political arena is becoming more and more entertaining.

An earlier scene  beat any of the political drama produced  in Hollywood. The  bizarre attempt to entice 30 Members of Perliament to cross over was amusing,  and   the courting and chasing scenes were  even shot in Taiwan!

If the ending was successful,  Anwar Ibrahim the hero in this drama, would have  been hailed  as the Champion of People’s Power by his fans. . .surely for them  there is no need for a fresh election… waste of time and money only.

If  one  thinks  that the above was bizarre enough, the Perak  political scene  is even more so. It started with a bang, but also now evolving into something with bizarre twists and turns.

One would expect the Menteri Besar to resign, after losing confidence of majority of the DUN members, and with  the Sultan’s decision not to dissolve the DUN. It would have been so under the normal system of parliamentary democracy. But in Malaysia today, don’t expect anything normal, it would have been too boring to follow a normal plot.

He did not resign. It is hard to imagine  how Nizar’s government could survive  a vote of no confidence in a  sitting DUN.

Don’t worry, the Pakatan even has an answer to this problem.. . . Suspend enough DUN members from BN…….. so they are back in the ‘majority’! …..again a very very bizarre action.  Even Karpal Singh believes it is unenforceable( They  should have consulted  him first, the ‘best lawyer’ in the country, who happens to be among their rank).

Imagine similar tactics employed by BN government  at the federal level, if it is really legal.They can amend the Constitution as they wish.  They can even remain in the government forever, just by suspending enough Pakatan Rakyat MPs as and when the needs arise!…. and imagine Anwar’s reactions then. 

Britain, which started the system of parliamentary democracy obviously never thought of these possibilities…..probably too remote a possibility for these more ‘level minded’ people to ponder. 

It is understandable why Pakatan Rakyat wanted to go back to the people in the first place.  It is also understable why they   conveniently ignored peoples’ mandate in the September 16  attempt. It is equally understandable why BN prefers to avoid a fresh election in Perak.. . After all who doesn’t wants  instant power, just as we like instant noodle! And  remember  each party  thinks of a fresh mandate from the people only  when it suits its interests…..and remember people always say politic is dirty!

In the meantime, Datuk Siti Nurhaliza and Datuk K, and also other artists, be contented just remaining in the audience for the time being and continue to watch the unfolding drama. The real Malaysian drama isn’t over yet.

 

DAH Ikhwan

Categories: Artikel Politik · English Articles
Tagged: ,

Krisis politik di Perak: Di mana agaknya simpati Pengundi Melayu?

February 6, 2009 · 2 Comments

Selama beberapa hari kita telah di sajikan dengan berita pergolakan politik negeri Perak yang penuh dengan intrigue dan suspense dan berakhir pada hari ini dengan keputusan Sultan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri, serta memperkenankan pembentukan kerajaan baru dibawah Barisan Nasional.

Kita juga telah di sajikan dengan pandangan para ahli politik, pakar undang undang dan orang ramai tentang perkara ini. Diperingkat awal rata rata mereka mengakui ketepatan keputusan yang dibuat Baginda Sultan dalam menangani krisis ini mengikut lunas lunas yang titentukan dalam Perlembagaan.

Dalam keadaan begini, Beginda memiliki kuasa mutlak untuk membuat keputusan. Tambahan pula beliau telah yakin bahawa Barisan Nasional kini mepunyai sokongan majoriti setelah mendapat pengesahan dari setiap satu daripada 28 ahli DUN BN dan tiga orang ahli DUN Bebas.

Kemampuan Baginda dalam hal ini sesungguhnya tidak dapat disangkal kerana latar belakang dan penglaman Baginda sebagai bekas Ketua Hakim Negara pada suatu ketika dahulu.

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mohammad Nizar(Menteri Besar) dan Speaker DUN Perak dalam krisis ini nampaknya tidak bijak, dan boleh menjejaskan lagi imej kepimpinan mereka  di mata Rakyat.

Sikap Anwar mengutuk perihal melompat parti ini sungguh anih sekali, memandangkan beliaulah raja lompat yang begitu bersungguh sungguh berusaha menarik 30 ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat baru baru ini. Kalaulah moraliti atau hak rakyat isunya di sini, Anwar tidak berhak membangkitkannya, kerana beliau sendiri pesalahlaku yang utama. Pasti rakyat sukar melupakan peristiwa itu.

Tindakan Mohammad Nizar juga tidak menunjukkan sikap yang bijak, kerana mencabar kebijaksanaan dan kuasa mutlak Sultan dalam perkara ini. Malah beliau telah bertindak ‘membubarkan’ Dewan Undangan Negeri tanpa perkenan dari Baginda Sultan terlebih dahulu.

Keenganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar juga dilihat sebagai mencabar kuasa Sultan.

Kesemua tidakan di atas pasti menyinggung perasaan  kaum Melayu yang   sangat  hormat dan setia kepada raja, terutama Sultan yang ada sekarang.

Pendapat Tun Mahathir menyatakan tindakan BN menarik dua orang ahli PKR yang tidak berkualiti sebagai tidak bijak dan terdesak, dan akan memburukkan lagi imej BN di mata rakyat. Ini ada kebetulannya disaat ini, tetapi mungkin tidak tepat dalam jangka masa yang panjang jika Kerajaan Baru mampu menunjukkan kemampuannya nanti.

Dimanakah Simpati Pengundi Melayu Perak?

Dalam berhadapan dengan kamelut ini, sudah tentu kita tertanya tanya dimanakah letaknya simpati rakyat, terutamanya pengundi Melayu di negeri Perak. Pendapat umum percaya kamelut politik kini memberi kesan negatif kepada persepsi rakyat kepada Barisan Nasional. Saya percaya pendapat yang sama disuarakan Tun Mahathir tentang hal ini tepat sekali.

Keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu telah membuktikan sentimen rakyat di waktu pilihanraya 2008 masih lagi kekal.

Tetapi, dari sudut lain, Perak adalah kubu kuat UMNO, walaupun terdapat beberapa kawasan yang secara tradisi dikuasai parti PAS di sebelah utara negeri.

Ini terbukti, dikala hampir semua pengundi India meninggalkan BN, dan undi Melayu menurun dengan agak banyak, Barisan masih lagi dapat mempertahan hampir separuh kerusi Dewan Undangan Negeri.

Analisis secara regression model yang telah kami buat untuk negeri Perak daripada data keputusan Pilihanraya Umum 2008, menunjukkan sokongan pengundi Melayu di Perak kepada BN berada diparas agak tinggi, iaitu 55% berbanding hanya 52% bagi Semenanjung Malaysia. Dalam Pilihanraya Umum 2004, Undi Melayu di Perak untuk BN berada di paras amat tinggi, iaitu 68%.

Sungguh tidak diduga, undi kaum cina sebenarnya tidak begitu merosot. Ia hampir kekal seperti dalam Pilihanraya UMUM 2004, iaitu di paras 43%.

Dengan keadaan demikian, sekiranya kerajaan baru Barisan Nasional di Perak mampu membawa kestabilan politik dan memerintah dengan effisien dan adil kepada semua kaum, pasti ia dapat menarik balik sekurang kurangnya separuh daripada undi Melayu yang hilang, dan mungkin juga sebahagian undi kaum India. Ini sudah cukup untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan selesa.

Lagipun, sekiranya suasana di atas menjadi kenyataan, ia boleh membuka  lambaran baru yang lebih cerah kepada Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Apakah Krisis Serupa mungkin berlaku di Kedah

Kini ada kecenderungan dikalangan pemimpin UMNO hendak mencuba taktik yang sama untuk menumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Pimpinan Pakatan Rakyat ternyata pula mulai bimbang.

Bagi saya senario di Kedah dan Perak sangat berbeza. Jika Perak merupakan kubu tradisional UMNO, PAS mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah, malah lebih popular daripada UMNO pada pilihanraya 2008 dikalangan pengundi Melayu. Yang sentiasa memihak kepada BN di Kedah nampaknya ialah pengundi bukan Melayu, kecuali dalam pilihanraya yang lepas( ini telah dibuktikan dalam artikel terdahulu,(Pilihanraya Umum 2008: Analisis Undi di Kedah).

Oleh itu sebarang usaha oleh BN untuk menumbangkan Kerajaan PAS di Kedah melalui pintu belakang tidak mungkin disambut baik oleh rakyat, terutama kaum Melayu di negeri tersebut.

Tindakan demikian dari pihak BN hanya akan memburukkan lagi sokongan yang sedia ada kepada BN dan menggagalkan usaha mereka untuk menawan Kedah sekiranya pilihanraya tergempar diadakan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wallahu alam.

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu

January 18, 2009 · 4 Comments

Kemenangan Calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil semalam(PRK 2009) bukanlah di luar jangkaan. Tetapi ia tidak juga boleh dianggap sebagai  suatu tanda yang  gelombang perubahan memihak kepada Pakatan Rakyat. Tanggapan ini nampak agak jelas melalui analisis  perbandingan keputusan PRK 2009  ini dengan  keputusan PRU 2008.

Di bawah saya perturunkan perbandingan keputusan Pilihan Raya di Kuala Trengganu  yang dimaksudkan di atas:

Jadual 1

Calon                                        PRK 2009                PRU 2008

BN                                                30,252                    32562

PAS                                              32,883                   31,934

Bebas                                                 193                         685

Undi Rosak                                     665                        931

Jumlah Undi dikira               63,993                   66,112

Jumlah Undi  Berdaftar       80,229                  80,325

Peratusan mengundi            79.76%                  82.45%

Dalam PRU 12 Calon BN, Allahyarham  Datuk Razali Ismail, adalah penyandang kerusi yang popular. Beliau telah memenangi kawasan Parlimen, atas faktor calon, walaupun jumlah undi dalam empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen ini memihak kepada Pas seperti ternyata dibawah:

Jadual 2

Calon  DUN                          PRU 12 (82.45%)             PRU12(79.76%)

BN                                           31,486                                  30,458

Pakatan Rakyat                 33,729                                  32,628

Jadual 2, Kolum 2  di atas menunjukkan jumlah undi sebenar yang diperolehi 4 calon DUN dalam PRU 12 dalam  tahun 2008.

Jadual 2 Kolum 3  pula menunjukkan undi seharusnya mereka dapati  sekiranya peratusan mengundi hanya pada tahap 79.76%  seperti keputusan semalam.

Jika dibandingkan, tiada perbezaan ketara diantara keputusan dalam Jadual 2 kolum 3  ini dengan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen semalam ( jadual  1  kolum 2). Ini menunjukkan kemenangan calon PAS semalam bukanlah diluar jangkaan. Yang jelas hanyalah faktor calon tidak memihak kepada BN pada kali ini. Hasil analisis ini konsistan dengan Pendapat Tun Mahathir dan juga Parti Pas  tentang sumbangan penting faktor calon   dalam menentu pemenang dalam PRK di Kuala Trengganu.

Ini juga  konsisten dengan penemuan kajian saya bahawa faktor populariti calon(penyandang kerusi) sebagai penentu dalam persaingan yang ketat. Dalam pertandingan semalam ini memihak kepada calon PAS, sebab dia telah mewakili kawasan DUN beliau selama 5 penggal(sila rujuk artikel Malaysia’s General Election: A comprehensive analysis bertarikh 10 Mei 2008  )   dan calon BN  pula bukan penyandang kerusi

Perlu juga di ingatkan   peratusan  yang turun menggundi semalam rendah daripada dalam PRU 12 tahun 2008. Ini konsisten dengan suasana biasa dalam pilihan raya kecil berbanding Pilihanraya Umum. Keadaan serupa juga berlaku di Permatang Pauh sungguhpun Anwar seorang pemimpin besar pembangkang.  Suasana sebaliknya mungkin hanya terjadi jika wujud sentimen yang memuncak dalam  sesuatu pilihanraya kecil.

Sekaligus  analisis ini menolak tanggapan yang  gelombang Pakatan Rakyat telah melanda Trengganu. Yang jelas sentimen pengundi di Kuala Trengganu,  mungkin juga di seluruh Trengganu, kekal seperti dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas.

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik
Tagged: ,

Apakah Mungkin Anwar Menawan Sarawak?

December 8, 2008 · 2 Comments

Setelah gagal menawan Kerajaan Persekutuan pada 16 September, Anwar kini perlu meneruskan perjuangan untuk menambahkan sokongan rakyat kepada PKR, sekurang kurangnya ini dapat menaikkan semangat penyokong penyokong beliau yang mulai gelisah akibat kegagalan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Ini beliau lakukan dengan mengalih perhatian penyokong penyokong beliau kearah politik negeri Sarawak. Ini ada rasionalnya, kerana Sarawak yang mengadakan pilihanraya negeri tidak serentak dengan lain negeri di Malaysia, akan mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi, seakhirnya pada tahun 2011.

Sebenarnya ia bukan pilihan Anwar mengalihkan pandangan ke Sarawak. Sebagai penganalis politik dari Sarawak, saya sungguh maklum kekuatan Barisan Nasional di sini, terutama dikalangan kaum Bumiputera. Usaha Anwar untuk menumbang Kerajaan Persekutuan telah gagal dan usaha beliau untuk menarik 30 orang ahli Parlimen Sarawak dan Sabah tidak menjadi kenyataan. Jika ada peluang pilihanraya di negeri lain, pasti beliau cuba nasib di tempat tersebut, kerana percubaan Anwar dan PAS di Sarawak di masa lepas ternyata gagal.

Jadual dibawah menunjukkan kedudukan kerusi di menangi setiap parti dalam dua pilihanraya negeri yang lepas di Sarawak:

PARTI                                                        P.RAYA 2001                     P.RAYA 2006

Barisan Nasional                                           60                                                62

DAP                                                                       1                                                   6

Keadilan(PKR)                                                 0                                                    1

PAS                                                                       0                                                   0

SNAP                                                                    0                                                   1

Bebas                                                                    1                                                   1

JUMLAH                                                          62                                                  71

Jadual di atas menunjukkan kegagalan parti Keadilan(PKR) dan PAS di Sarawak pada pilihanraya negeri tahun 2001 dan 2006.

Dalam thaun 2006, hanya DAP yang berjaya memenangi enam Kerusi, kesemuanya di kawasan Cina, manakala keadilan menang satu kerusi, juga di kawasan Cina.

Tetapi suasana sekarang mungkin berbeza setelah Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi Parlimen dan menguasai lima buah negeri di Semenanjung Malaysia. Semangat penyokong Anwar, terutama dari kalangan orang muda, betambah. Kualiti calon calon mereka mungkin lebih baik daripada pilihanraya yang lepas.

Suasana ekonomi dalam masa dua tahun ini dijangka terus lembab dan  dan keadaan begini biasanya membantu isu pembangkang.

Tambahan pula sekarang Anwar bebas berkempen, dahulu beliau dalam penjara. Hakikatnya kepetahan beliau berpidato, sedikit sebanyak, dijangka memberi kesan kepada pengundi. Tetapi pengaruh PKR di Sarawak tebatas. Kerana tiada UMNO disana, hubungan secara peribadi dan pengaruh Anwar terhadap pemimpin politik negeri nampaknya tiada.

Perbezaan ketara diantara politik Semenanjung dan politik negeri Sarawak ialah tiada wujudnya isu besar di Sarawak. Dalam pilihanraya Parlimen baru baru ini, isu penentu ialah masalah kaum India. Anwar telah berjaya mengekspoitasi isu ini sepenuhnya sehingga memesongkan hampir seluruh undi kaum India kepada Pakatan Rakyat. Suasana ini telah membantu menyemarakkan sikap antikerajaan dikalangan kaum Cina dan juga Melayu. Tetapi, di Sarawak tiada kaum India, jadi isu yang sama tidak dapat diulangi.

Oleh itu Anwar nampaknya sedang meneliti isu yang berpotensi di Sarawak. Setelah menghubungi beberapa kenalan di Sarawak, saya nampak Anwar mungkin memainkan isu Tanah Adat Bumiputera pada kali ini. Sebab itu beliau melancar ‘kempen’ beliau di Kawasan tengah Sarawak, di kalangan kaum Iban baru baru ini.

Untuk makluman pembaca sekalian, sistem hakmilik tanah di Sarawak adalah unik kerana mengiktiraf tanah Hak Adat Bumiputera seluas melebihi sejuta hektar, yang hampir kesemuanya dimiliki oleh kaum Dayak. Hampir 10% dari tanah ini telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit oleh agensi kerajaan, SALCRA dan oleh usahasama dengan swasta dibawah program khas kerajaan negeri. Sebahagian besar kawasan ini berupa kawasan belukar terbiar atau ditanam secara pertanian berpindah randah yang tidak produktif.

SALCRA telah berjaya membangun kawasan serta meninggikan pendapatan ramai peserta projek tanahnya. Projek usahasama dengan swasta pula adalah program baru berusia 12 tahun sahaja. Hasil daripada program dengan swasta sudah mulai menampak faedah, sungguhpun belum cukup memuaskan kerana masih terlalu awal untuk dinilaikan. Saya difahamkan, pihak PKR akan memainkan isu ini dikalangan kaum Dayak.

Anehnya, soal tanah adat Bumiputera adalah soal hak Bumiputera, sepertilah soal hak Melayu di Seluruh Malaysia. Seperti Hak Melayu, soal hak tanah adat Bumiputera juga dilindungi di bawah artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Inilah artikel yang dipertahankan oleh Barisan Nasional selama ini. Pakatan Rakyat sebaliknya terikat dengan prinsip politik DAP dan PKR yang menolak hak istimewa Bumiputera dan mempunyai matlamat menghapuskan Artikel 153 tersebut. Anwar terpaksa akur dengan prinsip Malaysian Malaysia atau Ketuanan Rakyat demi untuk memelihara sokongan dari kaum India dan Cina yang menjadi tunggak kepada PKR. Tidak hairanlah jika Anwar berkuasa suatu hari nanti beliau akan menghapuskan tanah Hak Adat Bumiputera atas tekanan penyokong penyokong beliau. Jika kini mereka tidak segan silu hendak menghapuskan Hak Istimewa Melayu, soal menghapuskan tanah Hak Adat Bumiputera adalah suatu perkara yang lebih mudah mereka laksanakan.

Dikalangan kaum Melayu pula, tiada isu baru. Isu yang timbul dalam pilihanraya lepas ialah soal pengeluaran hakmilik tanah tapak rumah kampung, dan isu isu berunsur fitnah senghaja ditimbulkan tentang pemindahan tapak surau dan pemindahan kampung kononnya untuk kepentingan peribadi Ketua Menteri.

Tinjauan keatas suasana politik dalam masyarakat Melayu di Sarawak pula menunjukkan mereka maklum masalah yang dihadapai di negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, seperti soal Ladang Babi terbesar di Selangor dan kuasa serta tekanan DAP dalam kerajaan negeri Perak sungguhpun majoriti penduduknya dari kaum Melayu.

Dengan senario di atas, jika jentera Barisan Nasional kekal mantap seperti dahulu, dan dengan usaha yang gigih, mimpi Anwar hendak menawan Negeri Sarawak akan hanya tinggal mimpi sahaja.

Sekian,

DAH IKHWAN

Categories: Artikel Politik
Tagged: , , ,