Category Archives: Artikel Politik

Sikap Melampau Dong Zong

Sikap dan Tindakan Melampau pertubuhan Dong Zong untuk kepentingan sekolah Cina sungguh menyakitkan hati. Mereka seolah-olah tidak ingat yang bahasa Cina itu bukan Bahasa Kebangsaan dan tidak boleh disamakan dengan Bahasa Melayu. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan bahawa tuntutan melampau mereka itu pada realitinya menyaingi kedudukan Bahasa Melayu  dan menjejaskan usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan  di negara ini.

Apa tidak nya, jika kita halusi segala tuntutan mereka untuk sekolah sekolah Cina, ianya  tidak kurang daripada apa yang  hanya kerajaan perlu  laksanakan untuk memertabatkan Bahasa Melayu sahaja. Ini termasuklah  tuntutaan untuk bajet yang tinggi untuk pembangunan dan pentadbiran sekolah Cina, bilangan guru yang lengkap untuk mereka, pengiktirafan sijil perpereksaan sekolah Cina, dsb.

Jika dilihat diluar sana, selain di negara negara mereka sendiri , mana ada layanan yang begitu istimewa untuk bahasa dan budaya Cina seperti terdapat di Malaysia ini. Malah di negara jiran paling dekat, di Singapura , bahasa Cina sudah hampir pupus. Di Indonesia, Filipina, Thailand,  Vietnam dll. mereka tidak dibenarkan memakai  nama sendiri dalam bahasa Cina.

Keadaan ini terjadi hanya kerana sifat semulajadi orang Melayu Malaysia yang terlalu toleran, sehingga lupa yang kedudukan bahasa, budaya dan ekonomi mereka sendiri yang terancam.

Untuk makluman pembaca, pertubuhan Dong Zong ialah sebuah pertubuhan  NGO ekstemis Cina dalam arena pendidikan masyarakat Cina yang amat berpengaruh di negara ini.   Sikapnya amat ekstremis dan biasanya bertindak tanpa mengira sensitiviti kaum lain, seolah olah  kaum lain tidak  wujud di negara ini. Ia didokong oleh sebahagian besar dari masyarakat Cina dinegara ini. Jadi segala tindakannya mencerminkan sikap sebahagian besar dari Masyarakat Cina dan sudah tentu parti politik kaum Cina mengeruni pertubuhan ini.

Setelah mencapai banyak kejayaan  untuk memertabatkan bahasa Cina dikalangan kaum Cina, kini mereka hendak lebih daripada itu.  Kejayaan dimasa lalu direalisasikan melalui MCA, tetapi  kini nampaknya, untuk mengukuhkan kedudukan mereka lagi, pihak Dong Zong berpaling pula kepada DAP. Mereka begitu yankin DAP jika berjaya menjadi rakan utama dalam kerajaan pembangkang diperingkat Persekutuan, dapat mencapai untuk mereka apa yang MCA gagal lakukan. Inilah puncanya mereka sanggup menghina dan menyerang Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu majlis baru baru ini.

Secara lebih terperinci, tuntutan pihak Dong Zong adalah seperti berikut:

1. Kementerian Pelajaran di tuntut  segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

2.Menuntut disediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

3.Menuntut  supaya guru guru yang berkelayakan dalam bahasa Cina yang telah dipindah keluar, supaya kembali berkhidmat di sekolah cina.

4. Menuntut  supaya Akta Pelajaran dikaji semula untuk kepentingan sekolah sekolah vernacular  Cina supaya setaraf dengan sekolah kebangsaan.

5. Menuntut kerajaan mengiktiraf Sijil Pelajaran Bersekutu sekolah Cina(Unified Examination Certificate). Tuntutan ini pernah ditolak terdahulunya di zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Kami terkilan dengan jawapan Kementerian Pelajaran selepas peristiwa itu. Timbalan Menteri Pelajaran  Datuk  Wee Ka Siong, dengan panjang lebar berusaha menententeramkan  sentimen kaum Cina dan menyatakan beberapa tindakan positif sedang diambil untuk menyelesaikan isu isu yang ditimbulkan.  Ini dibuat seolah oleh pihak kerajaan yang bersalah dan seolah oleh tuntutan kumpulan ekstremis ini yang  munasabah.

Bagi pihak Dong Zong pula seperti biasa  mereka  skeptik dan tidak percaya dengan jawapan pihak kerajaan. Mereka sungguh  yakin DAP sebagai parti dominan (selepas PRU 13) akan dapat membantu memertabatkan bahasa Cina jika kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di peringkat Persekutuan.

DAH Ikhwan

Barisan Nasional Winnable Candidates

‘Barisan Nasional (BN) will not put an age limit on the candidates in the coming 13th  general election,  no matter how many terms he has been serving, as long as the candidate can win(calon boleh menang). ‘ Datuk Seri Najib declared recently.

At first impression it appears that  Datuk Seri Najib has come out with  fair and excellent   criteria in the selection of  candidates for the coming general elections. This contrasts with the approach that  Pak Lah adopted in last 12th General Election in which special focus was on change, including extensive changes in the candidates line up. The Najib approach may even appear to be similar to that adopted in the recent Sarawak State Election.

In Sarawak,  BN  generally  fielded  not more than  25% new faces to contest  in the  election to ensure continuity of party policy as well as to prevent  sabotage by any disgruntled  incumbent left out in  the election.

In spite of the above, the recent  Sarawak State Election was not free from sabotage, though in a limited way. For example a new  BN  candidate  almost  lost to PAS in one DUN area because of sabotage from the previous YB who was not selected to defend his seat.

A defective strategy was adopted by  Pak Lah  in the last general election. At the 12th General Election held in 2008, he replaced too  many incumbents  in favour of new faces. This  affected party untiy and resulted  in sabotages in many constituencies. For example, in the states which were lost to the opposition,  BN introduced 41%  new faces in  Perak  and 62% in the Kedah DUN elections. A similar situation occurred in  Selangor.

In the above cases, it all seemed  too obvious that  Pak Lah and his men were too eager to  eliminate Dr Mahathir’s influence in  BN,  but failed badly because of this erroneous strategy. In contrast, Tan Sri Taib in Sarawak  was more practical and avoided to antoganise the ex Prime Minister while at the same time still maintaining loyalty to the current Prime Minister.

It is really difficult to decipher Najib’s  real intention in overemphasizing the need for winnable candidates. It is hoped  that as a leader of  caliber, he will not repeat the mistakes of his predecessor and   looking for excuses to put up his men in places too rapidly. Moreover,  it is really difficult to find out whether a person is a winnable candidate before the election, unless he has been a popular incumbent at least in the last  two elections.  Other factors  like a person’s capability and popularity can be  too subjective   to assess, let alone in an environment full of interested parties lobbying for their  candidates.

In the run up to the 13th general election, the issue of winnable candidates may need a greater focus only because there are too many seats now occupied by the opposition, to be exact more than 1/3, most of which were BN seats before. These are the seats that BN need to pay more attention to win back through the so called winnable candidates.

Actually, I have made ​​an empirical analysis  shortly after the 12th general election in 2008 on this matter, making use of data from   Parliamentary Elections  2008 and 2004 and analyzed by multiple regression method. Findings from this study confirm that incumbency is a significant factor in  votes obtained by a candidate in the elections. On average, a fresh candidate for Parliament in Peninsular Malaysia brings in   zero votes  on his personal influence and  up to 1400 votes if he is an  an incumbent for four times.

This Finding is  important and should be very relevant in determining the candidates,  especially in hotly contested areas.

Regard,

DAH Ikhwan

Kriteria Pemilihan Calon BN untuk PRU 13

Datuk Seri Najib mengumumkan hari ini,  ‘Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.’

Beliau menambah, ‘Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.’

Pada zahirnya, saya rasa Datuk Seri Najib hari ini membuat satu keputusan yang tepat dalam perkara pemilihan calon untuk Pilihan Raya Umum ke 13. Ini berbeza dengan pendekatan di zaman Pak Lah dalam PRU 12 dahulu yang banyak memfokus kepada perubahan termasuk dalam pemilihan calon. Pendekatan kini banyak persamaannya dengan  cara BN Sarawak yang terbukti mantap dengan pendekatan yang lebih sistematik dalam perkara ini.

Di Sarawak, nampaknya  BN tidak memilih lebih daripada 25% muka baru dalam sesuatu pilihan raya bagi menentukan kesinambungan suasana dalam parti disamping mengelakkan pergeseran dan sabotaj dalam pilihanraya yang dihadapi.

Dalam keadaan beginipun masih juga timbul risikonya, walaupun terhad dalam sedikit kawasan sahaja. Misalnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru baru ini PBB(BN)  dengan calon muka baharu hampir kalah kepada PAS di  satu kawasan kerana sabotaj daripada bekas penyandang kawasan tersebut.

Kesan dari kesilapan  pendekatan BN di zaman Pak Lah sudah nyata. Pada PRU  12 dalam tahun 2008 PAK LAH terlalu banyak mengenengahkan muka  baru dalam UMNO sehingga menjejaskan perpaduan dalam jentera parti semasa menghadapi pilihanraya. Misalnya di negeri negeri yang kalah, BN meletak 41% muka baru dalam kawasan DUN Perak dan 62% dalam kawasan DUN Kedah. Keadaan serupa juga berlaku di Selangor.

Dalam keadaan diatas nampaknya Pak Lah atau kuncu kuncu beliau mungkin  terlalu tergesa gesa  hendak melenyapkan pengaruh Tun Mahathir dalam BN sehingga tersalah membuat perhitungan. Sebaliknya di Sarawak Tan Sri Taib hanya mengambil sikap menyokong sesiapa  sahaja  Perdana Menteri yang ada, tanpa memusuhi mantan Perdana Menteri.

Kita berharap, Datuk Seri Najib, sebagai seorang pemimpin yang berkaliber,  perihatin tentang perkara ini, kerana soal siapa itu winnable candidate atau calon boleh menang adalah sesuatu yang subjektif melainkan seseorang itu merupakan calon penyandang yang telah memenangi kawasan berkenaan  beberapa kali sebelumnya. Faktor faktor lain adalah telalu subjektif  kerana sifat dan kemampuan seseorang itu sukar dinilai  dengan objektif, apalagi ramai orang yang berkepentingan  sudah tentu akan melobi PM untuk memilih calon cadangan mereka.

Pun demikian, ada juga wajarnya bagi Datuk Seri Najib memberi fokus kepada calon boleh menang kerana sesungguhnya BN terpaksa menengah ramai muka baharu kerana terdapat banyak kerusi DUN dan Parlimen, lebih daripada 1/3, yang kini dipegang oleh Pakatan Rakyat. Jadi soal pemilihan calon muka baru yang  boleh menang adalah perlu bagi merampas balik banyak kerusi yang hilang dalam PRU 12 yang lepas.

Sebenarnya, saya telah membuat satu kajian ilmiah sejurus selepas PRU 12 dalam tahun 2008 tentang perkara ini. Kajian ini menggunakankan data Pilihanraya Parlimen tahun 2008 dan 2004 dan dianalisis mengikut kaedah multiple regression. Dapatan dari kajian ini mengsahkan yang faktor penyandang kerusi adalah signifikan dalam menambah undi yang diperolehi oleh seseorang calon dalam pilihanraya. Pada puratanya seorang calon Parlimen di Semenanjung Malaysia menyumbang(atas pengaruh peribadi) sejumlah sifar undi jika beliau seorang calon muka baru, dan sumbangan meningkat sehingga 1400 undi bagi seorang calon penyandang empat kali.

Finding ini adalah amat penting dan perlu diambilkira dalam meletakkan calon dalam kawasan yang mana kekuatan kedua belah pihak itu seimbang.

Sekian wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh

DAH Ikhwan

Perhimpunan Bersih

Hanya tinggal lapan hari lagi sebelum Perhimpunan Bersih 2.0 dilancarkan pada 9 Julai 2011. Suasana tegang sudah dirasai sejak sebulan dua yang lepas dimana pelbagai pihak/NGO  menyatakan pendirian sama ada menyokong atau  menentang perhimpunan ini. Begitu banyak sekali aduan polis dibuat menentang perhimpunan ini.

Tidak dinafikan yang peraturan pilihanraya di negara ini masih ada cacat celanya. Misalnya liputan media perdana biasanya memihak kepada Barisan Nasional dan BN  juga bebas menggunakan harta kerajaan semasa berkempen pilihanraya.  Jadi kita setuju yang  tujuan asal Bersih itu baik untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas. Tetapi  kita faham juga  pendirian kerajaan mengharamkannya  kerana perhimpunan ini nampaknya sudah  hilang kebebasan dan menjadi landasan bagi Pakatan Pembangkang melancarkan gerakan besar besaran menentang kerajaan.

Pada tahun 2007 Anwar Ibrahim telah berjaya melakukan kejutan melalui Perhimpunan Bersih, disusuli dengan demonstrasi Hindraf untuk meningkatkan  ketegangan dan sentimen anti kerajaan dikalangan rakyat. Bekas Timbalan Presiden PKR  Dr. Chandra Muzaffar   berpendapat demikian. Beliau dipetik dalam The Star ‘Saya yakin yang Perhimpunan Bersih di rancang oleh Anwar bukan untuk kepentingan reformasi pilihanraya, tetapi dengan tujuan  memperkukuh kedudukan beliau sendiri dengan jalan mudah, mengharapkan peralihan kuasa melalui demonstrasi jalanan seperti di Mesir baru baru ini’.

Tetapi keadaan di Malaysia dan Mesir jauh berbeza. Di sana Presiden Mubarrak telah memegang tampuk kuasa lebih daripada 30 tahun tanpa pilihanraya yang bebas. Kita sedia maklum bagaimana kerajaan Mesir menindas Ikwanul Muslimin, sebuah pertubuhan pembangkang yang berpengaruh di Mesir dangan menghalang calon calon mereka bertanding dalam pilihanraya yang jarang pula diadakan.

Sebaliknya di Malaysia kita mengadakan pilihanraya setiap lima tahun sejak merdeka. Parti  Barisan Nasional sememangnya telah lama memerintah, tetapi telah ada enam orang perdana menteri dalam jangka masa tersebut. Malah Dato’ Seri Najib baharu sahaja memegang jawatan sejak  dua tahun yang lalu.

Sistem pilihanraya Malaysia mungkin bukan  antara yang terbaik, tetapi tiada pula kecacatan yang serius  sehingga membolehkan kerajaan  merampas kemenangan pihak pembangkang. Kita semua maklum parti parti pembangkang biasanya mendapat  undi yang agak tinggi dalam setiap pilihanraya, sehingga membolehkan kerajaan PAS  Kelantan bertahan begitu lama. Dalam Pilihanraya tahun 2008 pula Pakatan Rakyat telah berjaya mendapat 50% daripada keseluruhan undi di Semenanjung Malaysia sehingga membolehkan mereka menawan empat buah negeri.

Jika dilihat dari segi peratusan undi setiap kaum,  majoriti undi Cina biasanya menyebelahi DAP. Dalam pilihanraya tahun 2008 hampir 60% undi kaum Cina dan 90% undi kaum India telah di beri kepada pembangkang.  Parti pembangkang tidak mungkin mendapat undi  yang begitu tinggi sekali  jika ada  penyelewengan yang ketara  dalam pengiraan undi.

Dari segi menggunakan harta kerajaan, ini pula bukan hanya dosa kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Pakatan Rakyat di  Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pun apa bezanya.  Malah dari segi kebebasan akhbar, Pakatan Rakyat tidak menampakan  toleransi dan bertindak memboikot  akhbar Utusan Malaysia dan RTM,  manakala Kerajaan BN nampaknya lebih toleran dan membiarkan   liputan yang berbau  fitnah di akbar akhbar media online. Malah semua Parti  dalam Pakatan Rakyat tidak dihalang menjual akhbar mereka kepada umum. Mampukah Pakatan  Rakyat  bersikap lebih toleran daripada kerajaan yang ada jika mereka memerintah di Putra Jaya?

Sungguhpun demikian Pakatan Pembangkang bertekad terus menggerakkan perhimpunan haram Bersih.Pada kali ini, mereka berharap dapat mewujudkan suasana yang serupa tahun 2007.  Parti PAS dan PKR telah menunjukkan sokongan penuh kepada perhimpunan Bersih dan menjanjikan ribuan penyokong. Tetapi nampaknya kali ini ia tidak akan mendapat  sokongan  daripada kaum Cina dan India.  Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) tidak menyokong perhimpunan Bersih ini dan Parti Makkal Sakti (bekas Hindraf) juga telah menyatakan pendirian serupa. Kini ia hanya berupa pertarungan politik diantara elemen Melayu dalam Pakatan Rakyat disatu pihak menentang NGO NGO Melayu dan  parti Barisan Nasional.

Kita juga harus faham mengapa masyarakat perniagaan menentangPerhimpunan Bersih. Seperti yang berlaku ketika demonstrasi yang lepas, ia melumpuhkan perniagaan di kawasan kawasan yang dilalui para demonstrasi, disamping kesan buruk kepada industri pelancongan akibat publisiti negatif diluar negara.

Kini pula Pakatan Rakyat   akan mempamirkan kekuatan  ‘baju kuning’ dijalanan seperti gerakan demonstrasi besar besaran di Thailand tidak lama dahulu, dan kesan buruk yang negara tersebut alami. Sungguhpun belum ada ada gerakan besar besaran berbaju merah pro kerajaan  disaat ini,  tetapi  suasana sedemian tidak mustahil akan berlaku memandangkan populariti kerajaan yang ada sekarang. Jika ini berlaku, pertembungan  di jalanan pasti akan berlaku secara  berlarutan dan menimbulkan keresahan rakyat dan huruhara.

Dengan keadaan yang demikian, masyarakat Melayu perlu memikir sedalam dalamnya sebelum memutus menyertai perhimpunan Bersih ini. Seelok eloknya biarlah rakyat memikirkan soal masa hadapan mereka dalam suasana yang tenang sebelum memberi mandat baru  pada Pilihanraya Umum Ke 13 tidak lama lagi. Beginilah amalan demokrasi di negara negara maju. Kita sepatutnya menuju kearah ini dan bukannya menjejaki negara negara yang tercicir  seperti Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan  Syria.

Update 6 Julai 2011

Kita menyambut baik nasihat Yang Dipertuan Agong dan Keputusan Kerajaan membenarkan  Perhimpunan Bersih di adakan di dalam Stadium. Kita yakin inilah sebaik baik kompromi dan membolehkan pihak Bersih mengenengahkan tuntutan mereka dalam suasana yang aman sambil  menjaga imej negara dimata dunia. Perhimpunan seelok eloknya diadakan di Selangor iaitu di luar Bandaraya  Kuala Lumpur bagi memudahkan pihak polis mengawal keadaan.

DAH Ikhwan

Artikel Berkaitan:
1. Senario Kekuatan DAP selepas Pilihanraya Umum ke 13
2
.English language teachers in Malaysian schools.

Senario Kekuatan DAP Selepas Pilihanraya Umum ke 13

Prestasi Parti DAP sejak kebelakangan ini menunjukkan  satu peningkatan yang ketara dengan sokongan yang amat  tinggi dari masyarakat Cina, terutama di Sarawak. Jika sebelumnya DAP memiliki  hanya  6 kerusi DUN Sarawak, kini ia telah berjaya memenangi 12 kerusi, iaitu peningkatan 100%. Dengan keadaan ini, mengikut kiraan kita DAP akan memenangi 6 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU 13  berbanding hanya 1 kerusi yang ada sekarang.

Mengikut analisis regression kita, sejumlah 75% pengundi Cina telah mengundi DAP pada pilihanraya Negeri Sarawak baru baru ini, berbanding dengan hanya 60% pada PRU 2008, satu peningkatan  sebanyak 15%.

Jika keadaan serupa berlaku di Semenanjung Malaysia, berpandu kepada model regression kita, maka DAP akan mampu memenangi 34 kerusi Parlimen di Semenanjung  dan 9 kerusi di Sabah dan Sarawak, menjadi 43 kerusi kesemuanya di Seluruh Malaysia. Malah ia  boleh meningkat  kepada  50 kerusi jika usaha DAP  di kawasan  Bumiputera Bukan Islam berjaya. Dengan ini, DAP akan menjadi parti teras atau tunjang kepada Pakatan Rakyat, mengatasi PKR dan PAS.

Perlu diingatkan DAP kini berusaha meresapi di kawasan Bumiputera bukan Islam dengan memainkan isu isu agama  Kristian, isu tanah NCR  dan dengan rancangan penyatuan dengan Parti SNAP di Sarawak. Nampaknya program mereka sungguh strategik dan mantap.

Dengan keadaan demikian, seluruh masyarakat Cina akan berdiri dibelakang Parti DAP dan pasti muncul sebagai parti dominan dan kedua terbesar selepas UMNO.

Agaknya  senario ini mendorong  Parti PAS berusaha luarbiasa hendak menggantikan UMNO sebagai Parti dominan Melayu, jika tidak Parti PAS dan PKR akan hanya wujud sebagai dua buah parti penyokong kepada kuasa DAP dalam Pakatan Rakyat. Pendekatan ini kini  lantang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

PAS telah mengambil langkah pertama kearah itu, mengubah  landas perjuangannya,  dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam mereka. Ini membolehkan PAS dan DAP berkerjasama dengan lebih erat lagi, walau sekalipun tanpa melalui PKR sebagai pengantara.

Pendekatan ini sesungguhnya mengundang risiko besar kepada PAS, tidak kurang juga kepada UMNO sebagai Parti dominan Melayu, kepada perpaduan politik Melayu dalam PRU ke 13 dan  kepada dominasi politik Melayu di negara ini dimasa hadapan.

Soalnya apakah kesan langkah PAS ini kepada Parti itu sendiri. Umum tahu PAS mendapat tempat yang berkekalan  di hati masyarakat Melayu setakat ini kerana perjuangan Islamnya. Pada prinsipnya, ia bukanlah sebuah parti Melayu  yang memperjuangkan hak Melayu. Kini pula ia menjadi sebuah parti kebajikan rakyat, seperti UMNO bukan lagi sebuah Parti Islam.

Dengan mengubahkan landasan perjuangannya, dijangka PAS akan mengundang risiko baru pada PRU 13 ini. Dijangka sebahagian pengikut tegar mereka( kerana perjuangan Islam Parti) sekurang kurangnya marah dan mungkin tidak akan turun menggundi, seperti berlaku kepada UMNO dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Sebaliknya, sebahagian  sektor undi Melayu liberal yang dulunya tidak menyetujui dasar Islam PAS dijangka kini mulai bersimpati  kepada PAS.

Bagaimanapun, sebarang usaha PAS hendak menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat akan pula terhalang oleh  cara pengagihan kursi parti parti komponan Pakatan Rakyat itu sendiri. Dijangka PAS hanya bertanding dalam  kira kira  80 kerusi parlimen sahaja dan berhadapan pula dengan Parti UMNO. Dengan keadaan demikian maka adalah mustahil PAS akan mengatasi kekuatan DAP dalam  Parlimen selepas PRU 13.

Jika kita teliti kembali corak pengundian   yang lepas, undi Melayu untuk UMNO  di atas pagar  adalah  dalam lingkungan 10%,  dan tidak mungkin PAS mendapat kesemuanya, walau dalam senario prestasi UMNO  yang terburuk sekalipun. Inikan pula dalam suasana politik Melayu  dan India yang kini sedang memihak kepada UMNO dan BN.

Jika corak pengundian  setiap kaum  di Sarawak dan di beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini dijadikan ukuran, kita nampak pengundi Melayu  telah mulai beralih kembali kepada Barisan Nasional, akibat polarisasi kaum Cina di belakang DAP. Keadaan ini  membayangkan kesedaran betapa pentingnya perpaduan untuk mengekal kuasa politik  Melayu/Buiputera yang sedia ada.

Apalagi ketika timbulnya isu murtad yang kini mulai  diyakini sebagai ada kebenarannya dan berpotensi menjadi  ancaman kepada aqidah masyarakat Islam di Malaysia.

Kita telah membuat kajian mendalam tentang kesetian penggundi Melayu terhadap UMNO berasaskan rekod penggundian dalam Pilihanraya Umum sejak tahun 1995. Apa yang kita dapati menunjukkan bahawa masyarakat Melayu  memberi  kesetiaan yang  cukup  teguh kepada  UMNO sungguhpun undi Melayu kini berpecah tiga di Semenanjung Malaysia. Jadi sebarang harapan Parti PAS untuk mengganti UMNO sebagai parti dominan masyarakat Melayu  tidak mungkin terjadi dalam masa PRU ke 13 atau 10 tahun selepas itu (sila rujuk kepada artikel artikel ramalan pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak dalam blog ini).

Dalam senario yang paling ekstrim hari ini, Parti PAS atau Pakatan Rakyat akan hanya berjaya memburukkan  lagi perpecahan di kalangan masyarakat Melayu sahaja sambil mengukuhkan lagi dominasi  Parti DAP  dalam Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang berkata, apa salahnya Pakatan Rakyat berkuasa walaupun dengan DAP sebagai parti  komponan yang dominan. Dalam perkara ini kita perlu fikir sedalam dalamnya risiko yang  dihadapi akibat suasana sedemikian. Pertama kemampuan kita  mempertahan hak Melayu dan kedudukan Agama Islam yang ada sekarang akan luntur.

Kedua,  dengan status yang lebih dominan, mungkin  timbul desakan desakan dari Parti DAP untuk mengubah sempadan pilihanraya  untuk mengukuhkan lagi  kedudukannya  serta menambah kerusi  untuk kaum mereka secara berkekalan. Adakah kita  sanggup berhadapan dengan risiko risiko ini?

Ketiga, Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan mungkin juga sebagai PM jika sesuatu yang buruk menimpa Perdana Menteri. Malah, sebagai  parti dominan dalam Pakatan Rakyat, DAP berhak dan berkemampuan menentukan beliau atau anak beliau,  Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika mereka berkuasa.[ Utusan Malaysia bertarikh 15 Septermber 2011 dalam ruang Isu Isu akhbar Cina memetik akhbar Nanyang Siang Pau sebagai melaporkan  pengerusi DAP Negeri Sembilan, Lock Siew Fook sebagai berharap  DAP dapat menubuhkan Kerajaan selepas PRU 13 dengan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.]

Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah bangsa yang punyai toleransi yang tinggi dan memiliki nilai nilai agama yang menitik berat soal kebajikan dan keadilan. Sikap ini juga yang telah membiarkan ekonomi negara dikuasai orang lain. Apakah yang kita dapat harapkan daripada bangsa yang  tidak mengamal nilai nilai ini jika mereka berkuasa? Saya yakin anda tahu jawapannya.

Kita rasa kaum India juga kini sedar bahaya ini. Hasil daripada tinjauan tinjauan pendapat menampakkan  mereka kini yakin yang hanya  Kerajaan BN sahaja yang perihatin dengan kehendak kehendak kaum  mereka.

DAH IKHWAN

Artikel berkaitan:
1. Pengundi Cina senyap senyap mendaftar tetapi pengundi Melayu masih lalai
2. Perhimpunan Bersih 

Can Chua Soi Lek Regain Chinese Votes for MCA?

He is not the kind of Chinese party leader that a Malay prefers. Firstly, he is not a good bearer of personal morality which is a must in a conservative muslim Malay society. Secondly, he is too blunt and appears to be an extreme fighter for the Chinese openly, without regard for Malay sensitivities.

Yet, for the Chinese community he is apparently the best solution that MCA has, providing a viable if not a perfect   balance against the untainted image of Lim Kit Siang and his  son Lim Guan Eng on the other side of the divide. Never mind  that his  private life is  somewhat a liability, but what matters most to the Chinese is his honesty to admit it promptly. This makes him stand out as somebody honest and  and does not lie under pressure. This explained how he managed to come back to the helm of MCA, not just as a  number two man,  but as the very President of the party.

Above all he is a fighter who is  willing to take the bull by its horns. He is used to taking political risks and managed to out maneuvre his opponents in MCA, a feat very difficult to accomplish, perhaps only comparable to  Deng  Shio Ping’s  accomplishments in regaining leadership  of the Communist Party in China many decades ago.

His political strategy in facing the  DAP is simple but not without risk, just as his personality suggests. His message to the Chinese community is clear, ie. vote MCA or else you will not see any Chinese representation in the Cabinet. This set the Chinese mind into some kind of dilemma, akin to Dr. Mahathir’s ‘The Malay Dilemma’, though only on a lesser scale.

The Chinese community is really on the cross road now. They have gone through decades of frustration looking at MCA playing second fiddle to UMNO. But, isn’t this a reasonable position for a Chinese political party, given that they only form 30% of the Malaysian population. Is it fair for the Chinese to expect more than that, given that they already control almost every sector of business in the country?

On the other hand, their action only demonstrates their natural instinct. Unlike the Malays and the Indians who tend to be more loyal to BN though emotional in nature, the Chinese  are a naturally calculative community of voters. Their votes go to the party that serves their interest best,  just as in doing business.

The Chinese community has been consistent  supporters of MCA since Merdeka except in the 1969 and the recent 2008 general election. The recent voting trend away from BN only happened in the face of a split in Malay votes, which for the first time presented a chance for a  Chinese based party to play a pivotal role in the Federal Government.

Such a strategy was attempted in Sarawak with the hope that their smaller Pakatan partners PKR and PAS would fare well  enough to topple the BN state government. But, alas it was not to be. The Malays/Melanaus  instinctively reacted decisively  to DAP’s challenge and the Dayak Bumiputera  communities stick to BN, the party they can trust and are comfortable with since independence.

With the national voting trend and results of popularity surveys now shifting toward Barisan Nasional, the pre-election warnings, my blog articles included, to the Chinese not to elect themselves out of the government has come true in Sarawak. There are now only two Chinese  BN representatives in  Sarawak DUN, thanks to the Malay and Dayak voters in their constituencies.

The Chinese has been used to the situation to keep the cake and eat it too. In this way they gained important positions in the Cabinet even by voting against BN,   and no amount of persuasion by PM seems to change their heart. It may not be too extreme to say that the Chinese only want to win and not willing to compromise willingly.

But Sarawak is only a state in the country. It is not a national problem to stay out of the government for a term. However, for the whole community to opt for the opposition  and to deliberately remain outside of the National Government may be viewed as a direct challenge to the Malay political dominance. We can only imagine where this will lead to and its long term impact in fermenting interracial prejudice and tension between the Chinese and the rest in the country.

[The above  is  written based on my analysis of data from twelve previous by-election and the  recent Sarawak State Election. My predictions in the above elections have been very accurate(please refer to articles in the archives  of this Blog), after taking into consideration political sentiments of the racial groups covered in these elections. Looking at the current general political sentiment in the country, any attempt to unseat the BN government is likely to fail. For this reason any minority racial group that decides to go against this  trend is likely to lose out].

DAH Ikhwan

Gallery

Keputusan Pilihanraya DUN Negeri Sarawak 2011: Analisis dan Ulasan

This gallery contains 3 photos.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung sekalian kerana memberi respond yang luar biasa  kepada tulisan tulisan saya di sekitar Pilihanraya Negeri Sarawak. Keputusan Pilihanraya  yang berlansung semalam menunjukkan Barisan Nasional telah berjaya menguasai 2/3 majoriti kerusi … Continue reading