DAH IKHWAN Weblog » Uncategorized

Tinjauan Kepimpinan PAS oleh Dr. Abu Hassan Hasbullaah: Satu Ulasan
Seorang pensyarah Kajian Media Universiti Malaya Dr.  Abu Hassan Hasbullah  telah mendedahkan hasil satu kajian  persepsi  kira kira 2000 responden tentang kepimpinan PAS dalam seminar Khas PAS yang dihadiri kira kira 1000 orang perwakilan semalam.

Kajian itu menempatkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin PAS yang paling unggul dan polular, diikuti selepas itu  oleh  Tuan Guru Hj. Hadi Awang,  Datuk Seri Mohd. Nizar, Mohammad Sabu dan seterusnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Kajian ini, yang di petik oleh  Malaysiakini,  juga mendapati persepsi responden yang mendapati kepimpinan PAS di bawah Tuan Hj. Hadi Awang sebagai lemah dan menyebabkan persepsi negatif terhadap PAS selepas Pilihanraya Umum tahun 2008.

Hasil Kajian  (kedudukan setiap pemimpin) ini  tidaklah diluar jangkaan, sungguhpun ia tidak  mencerminkan kehendak  ahli ahli  parti PAS sendiri. Ini kerana pemilihan  PAS yang di buat awal tahun ini telah memilih barisan kepimpinan  tidak serupa dengan hasil tinjauan ini.

Saya kurang pasti sebab perbezaan ini, tetapi mungkin kerana responden dalam kajian  oleh Dr. Abu Hassan ini adalah terdiri daripada kelompok yang mewakili rakyat Malaysia amnya, dan bukan ahli ahli PAS sahaja. Jika tanggapan saya ini benar, sudah tentu para responden yang bukan bergama Islam dan responden  Melayu  PKR tidak  memihak kepada Hj. Hadi.

Jadi, jika parti PAS  mengenepikan Hj. Hadi  Awang dan di pimpin oleh barisan  lain yang di ketengahkan oleh hasil kajian ini, maka parti PAS  pasti bertukar corak menjadi sebuah parti biasa yang kian jauh dari perjuangan asalnya. Dapatkah PAS bertahan di Kawasan Melayu/ Islam dengan imej yang kian pudar?

Perlu diingatkan ketepatan sesuatu tinjauan banyak bergantung kepada kategori responden yang ditemuramah. Dalam kes ini, jawapan seorang Islam adalah  berbeza daripada   jawapan  orang bukan Islam, jawapan dari pembaca Utusan Malaysia pula berbeza daripada  jawapan pembaca Malaysiakini.

Jadi  dalam soal kepimpinan  PAS,  yang relevan hanyalah ahli ahlinya sendiri. Tiada sebuahpun parti politik memilih pemimpinnya berdasarkan kehendak orang di luar parti berkenaan.

Jika sekalipun PAS  memerlukan tinjauan pendapat umum,  ini sepatutnya di  awasi oleh kepimpinan PAS sendiri bagi mendapat hasil yang lebih meyakinkan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,

DAH IKHWAN.

Dr. Maza dan Dr. Aziz Bari: Antara Alam Keilmuan dan Politik Melayu
Minggu lalu masyarakat di gempar oleh penahanan Dr. Maza, seorang ulama bekas mufti Negeri Perlis  selepas beliau memberi ceramah yang dihadiri kira kira 1,000 orang di negeri Selangor.

Dengan kehadiran yang begitu ramai, tidaklah hairan yang Dr. Maza mempunyai pengaruh yang luas merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira tua dan muda, orang atasan atau bawahan, bijak pandai atau rakyat biasa, serta melintasi fahaman politik. Jadi tidak hairanlah beliau mendapat simpati dari negarawan seperti Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Kononnya beliau ditahan kerana  memberi ceramah tanpa tauliah. Ini amat mengejutkan banyak pihak, kerana sungguh tidak disangka Kerajaan Negeri Selangor sanggup mengambil tidak sebegitu drastik memandang beliau adalah seorang  ulama yang di hormati di Malaysia. Pasti tindakan ini diambil kerana pandangan beliau biasanya diluar acuan ulama konservatif di negara ini.

Saya sendiripun selalu mengikuti kolum beliau dalam Utusan Malaysia. Yang saya nampak cara hujah beliau sungguh menarik dan di sokong oleh dalil dalil yang meyakinkan dan berlandaskan Al Quran dan Hadis. Jika pendekatan beginipun tidak boleh diterima pihak berkuasa ugama, maka  amatlah sukar sekali   suasana keilmuan  berkembang dalam masyarakat Islam di negara ini.

Perlu diingatkan, perkembangan ilmu adalah penting  dalam membentuk  sesuatu tamadun, ini terserlah dalam tamadun  keagungan Islam dalam  kurun kesembilan sehingga ke tujuh belas Masehi. Kini dunia Islam telah keciciran sejak beberapa kurun terakhir, diikuti dengan ketandusan dalam perkembangan ilmu. Bagaimanapun, kini Malaysia berjaya menerajui beberapa bidang seperti sistem perbankan Islam dan mungkin dimasa hadapan pula,  bidang pendidikan Islam dan bidang pemasaran produk halal, Insya Allah. Oleh itu suasana keilmuan yang cergas sangatlah perlu untuk maju dan membina satu tamadun Islam di zaman moden yang mungkin berpaksi di Nusantara.

Bagi Dr. Maza diharap beliau cekal dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya,  ramai ulama besar dizaman dahulu juga diperlaku sedemikian rupa, malah lebih teruk lagi sehingga dikhianati, di penjara dan diseksa oleh pihak  pemerintah dizaman mereka. Tetapi lama kelamaan masyarakat sedar dan mengiktiraf  serta menerima ajaran mereka. Misalnya Imam Bukhari, imam besar dalam bidang ilmu hadis juga pernah menerima tentangan dan dihalau di masa hidup beliau. Di negara jiran, Professor HAMKA juga pernah menerima nasib serupa.

Sementara Dr. Maza  berhujah bersandarkan tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang Agama, seorang lagi ilmuan  Dr. Aziz Bari, seorang pakar undang-undang nampaknya kini lebih berminat memberi kritikan dalam  bidang politik yang diluar kepakaran beliau. Beliau nampaknya sungguh hebat  dan telah menulis berpuluh buah buku dan artikel yang bermutu dalam bidang undang undang dan perlembagaan.

Malangnya akhir akhir ini Dr. Aziz Bari lebih berminat mencampuri halehwal  politik. Dengan artikelnya PAS perlukan ‘korban’ untuk pulih yang  dipetik oleh Malaysiakini beliau menggemparkan Parti PAS apabila menyarankan Tuan Guru Hadi Awang mengundur diri dan  Nashruddin Mat  Isa, Mustapha Ali dan Datuk Hasasan Ali di ‘korbankan’ kononnya untuk memulihkazn  PAS.

Kritikan beliau telah di sanggah oleh kalangan pemimpin PAS sebagai sesuatu yang tidak bermutu hanya layak keluar  dari pengkritik jalanan. Sesungguhnya ia dibuat tanpa  fakta dan alasan ilmiah. Ini dipandang sebagai perkara yang menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli akademik yang berwibawa.

Sungguhpun demikian, Nik Aziz telah memetik tulisan beliau dan menggunakannya sebagai asas hendak menyingkirkan beberapa pemimpin PAS yang beliau anggap bermasalah. Lebih menarik pula Dr. Aziz di jemput berucap dan menghurai dan mempertahankan saranan beliau dalam  satu seminar politik  PAS hari Sabtu ini.

Keadaan ini sungguh aneh sekali memandangkan yang Dr. Aziz hanyalah seorang  pakar akademik dan  amat kritikal terhadap kepimpinan Presiden PAS. Ada ramai lagi Professor yang biasa memberi kritik politik yang lebih saksama dan bermutu.

Soalnya mengapakah Tuan Guru Nik Aziz begitu cepat melatah setelah membaca kritikan Dr. Aziz. Adakah ia tindakan spontan atau sebaliknya sudah dirancang?

Nampaknya Professor Dr. Aziz sudah tenggelam dalam arus politik pembangkang terutama dalam arus politik yang  berwajah PKR  atau Anwar. Hujah hujah beliau tidak konsistan dari segi ilmiah dan  nampaknya condong kearah politik Anwar.

Diketika  Anwar berusaha merampas kuasa di peringkat Persekutuan, Dr. Aziz  telah merestui kaedah rampasan kuasa melalui lompat parti seperti di petik oleh Din Merican DJ Malaysian Blogger bertarikh 8 Febuari 2009. Pandangan beliau lain pula  dalam krisis politik Perak seperti tertera dalam ceramah beliau di Youtube. Dalam krisis politik negeri Perak tidak pula beliau merestui kaedah melompat parti untuk membentuk kerajaan yang baru.

Dalam isu dalaman PAS pula beliau sanggup  menggesa penyingkiran beberapa pemimpin yang beliau dakwa sebagai pro UMNO. Dalam ketiga tiga kes di atas hanya ada satu titik persamaan -  iaitu pandangan beliau hanya merupakan  pandangan sorang pengkritik biasa tanpa asas ilmiah  yang hanya menguntungkan perjuangan politik Anwar. Apakah pula hubungan beliau dengan Anwar? Ini sukar hendak dijawab dan saya pasti ada dikalangan pembaca yang boleh menjawabnya.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang
Pilihanraya Kecil Kawasan DUN Bagan Pinang dijangka diadakan selepas Hari Raya ini berikutan kematian penyandang kerusi, Azman bin Mohammad Nor.

Bagan Pinang terletak di Negeri Sembilan dan merupakan sebuah daripada lima  Kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen Teluk Kemang yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Bagan Pinang mempunyai sejumlah 13,664 orang pengundi  terdiri daripada Melayu 62.8%, Cina 11% dan India 20.7%.

Kawasan ini mulai wujud sejak Pilihanraya tahun 2004   dan sebelumnya atas nama Pasir Panjang. Sesungguhnya kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

Dalam Pilihanraya 2008 calon BN Azman bin Mohamad Noor menang dengan majoriti undi 2333. Dalam Pilihanraya 2004 Kawasan ini juga dimenangi  dengan majoriti undi 4,411 oleh calon BN  Mohammad Paizal bin Ramli.

Dengan rekod diatas tidak sukar meramalkan kawasan ini akan terus dimenangi oleh BN pada PRK kali ini. Yang lebih penting  BN perlu memperolehi majoriti melebihi yang dicapai pada PRU tahun 2008 bagi meyakinkan bahawa  gelombang perubahan kearah BN yang  mulai di Manek Urai, dan disusuli di Permatang Pasir, masih kekal di Bagan Pinang.

Dalam membuat ramalan kita perlu menganalisis  sikap pengundi pelbagai kaum dalam politik Negeri Sembilan. Sebenarnya ini agak mudah dikira dengan tepat dengan cara analisis multiple regression, satu kaedah ilmu statistik yang biasa diguna dalam kajian sains dan ekonomi.

Kajian  tersebut telah di buat untuk  Negeri Sembilan dan hasilnya menunjukkan dalam PRU 2008, sejumlah 64% daripada pengundi Melayu dianggarkan telah mengundi Barisan Nasional, berbanding hanya 31% undi dari kaum Cina dan 11% undi dari kaum India(untuk yang mahir, Model Regression diperturunkan di bawah sebagai  Lampiran).

Ini membuktikan pengundi Melayu Negeri Sembilan tetap setia dengan BN dalam Pilihanraya tahun 2008, manakala sokongan pengundi Cina merosot dan undi kaum India hampir kesemuanya pindah ke Pakatan Rakyat.

Tentang isu penipuan undi pos ini juga agak mudah dikaji dengan membanding undi sebenar yang BN perolehi dengan undi yang dijangka dengan model regression analysis. Dalam PRU tahun 2008, jumlah undi sebenar untuk BN di Bagan Pinang ialah 6,430 berbanding dengan jangkaan sejumlah 6560 undi, perbezaan  130 undi sahaja. Ini mengesahkan yang corak pengundian setiap kaum termasuk undi pos di Bagan Pinang menyerupai  corak bagi seluruh Negeri Sembilan dalam Pilihanraya tahun 2008. Ini bermakna tidak mungkin telah berlakunya penipuan pada undi pos  dalam PRU 2008 dalam kawasan DUN ini.

Sebenarnya kawasan Melayu di Negeri Sembilan terbukti kubu kuat UMNO. Pada Pilihanraya 2004 lebih daripada 70%  pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional.

Dengan latar belakang demikian, saya pasti Barisan Nasional berkemampuan mengekalkan kerusi Bagan Pinang dengan majoriti undi tidak kurang daripada yang diperolehi dalam pilihanraya tahun 2008.

Bagaimanapun, dalam keadaan politik negara  dan hubungan kaum yang tegang kini, kempen BN yang efficien dan berkesan perlu untuk mendapat sokongan padu  70% daripada Pengundi Melayu di Kawasan Bagan Pinang. Undi kaum Cina dikawasan ini tidak kritikal disamping sukar dipengaruhi, tetapi undi Kaum India sejumlah 19.9% boleh membantu menaikkan majoriti jika  jentera kempen Barisan Nasional berjaya meyakinkan mereka.

Pada ketika ini, calon belum lagi ditentukan, walaupun Bahagian UMNO yang berkenaan telah mencalonkan Tan Sri Isa Abd. Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam perkara ini BN perlu menimbangkan pengaruh seorang bekas Menteri Besar kepada  masyarakat Melayu tempatan dengan masalah politik wang yang telah menjejaskan  reputasi beliau dimata rakyat Malaysia keseluruhannya..

Perlu diingatkan Anwar Ibrahim  dan baru baru ini Rohaizat, calon BN di Permatang Pasir juga berhadapan dengan skandal. Apakah isu peribadi telah menjejaskan undi di kawasan mereka bertanding?

Saya yakin anda mungkin ada maklumat atau pandangan yang bernilai dan terkini. Jadi, komen daripada anda  dialu-alukan untuk fa’edah semua.

Update 30September 2009

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sungguhpun pemilihan beliau sesuatu yang kontroversial, saya rasa beliau masih menjadi pilihan yang baik kerana populariti beliau di kawasan tersebut disamping telah menjadi Menteri Besar selama 23 tahun. Rekod politik wang yang menghantui beliau saya rasa bukan menjadi isu di kawasan ini kerana pengundi di sinilah yang lebih mengenali beliau, dan mereka mungkin menganggap beliau sebagai victim yang banyak bersabar yang telah menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun telah menempuhi situasi yang pahit.

Malah, isu peribadi sebenarnya belum tebukti menjejaskan undi calon dalam PRK yan lepas seperti di Permatang Pauh dan Permatang Pasir.

Sekian, Wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

Lampiran

Regression Model for DUN Negeri Sembilan in General Election 2008

The model  result below is obtained by means of multiple regression of all votes cast by race in 36 DUN constituencies in Negeri Sembilan.

Hakisnya Toleransi Antara Kaum di Malaysia
Sikap rasis antara kaum di Malaysia kian menular dengan tercetusnya beberapa isu baru baru  ini.

Yang terbaharu melibat pemindahan kuil  Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam yang bukan sahaja menjadi isu nasional, tetapi juga menarik perhatian media antarabangsa. Begitulah sensitifnya isu kaum dan agama di Malaysia sehingga boleh menaikkan emosi dan sentimen yang melulu dikalangan rakyat. Jika tidak ditangani dengan baik ini mampu  menimbulkan ketegangan antara kaum dan keadaan huruhara dalam negara.

Peristiwa ini juga menunjukkan bagaimana sukarnya bagi kerajaan, tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menangani isu ini, kerana pasti begitu sukar mencari lokasi kuil yang memenuhi syarat dengan majoriti penduduknya beragama Hindu.

Penduduk beragama Islam  mungkin mempunyai hak berdemonstrasi menentang perpindahan  kuil Hindu itu, tetapi  sikap ini  juga menunjukkan  hilangnya toleransi  dalam masyarakat terhadap yang  lain agama di kawasan mereka. Malah suasana  menjadi begitu hangat sehingga mereka sanggup menggunakan kepala lembu yang suci bagi penganut Hindu, sebagai lambang protes mereka. Bayangkan lah bagaimana reaksi penduduk Islam jika penganut Agama lain berdemonstrasi dan membakar kitab suci  Al Quran.

Adalah diharap kerajaan  akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang bersalah demi untuk kesejahteraan negara. Sekurang kurangnya ia juga menunjukkan  yang kerajaan berlaku adil tidak kira kaum dan agama.

Setahun yang lepas kita pasti ingat isu nama Allahdalam kitab Bible orang Kristian. Saya berasa hairan mengapa isu ini timbul padahal nama Allah sememangnya sudah lama terpakai dalam kitab mereka, terutama di Sarawak, mungkin juga di Sabah. Saya pernah mendengar majlis doa mereka dengan menggunakan nama Allah Taala, tetapi tidak menimbulkan masalah, kerana umum faham ini  untuk kegunaan mereka sesama sendiri.

Apakah penggunaan mereka itu boleh menggugat aqidah orang Islam. Saya yakin soal ini tidak harus timbul, sebab dahulu dizaman penjajah dan sejurus selepas itu kita lebih terdedah, tetapi ia tidak menjejas keteguhan  aqidah sebagai penganut Islam.

Malah di zaman itu ramai anak Melayu, termasuk saya sendiri, belajar di Sekolah Missionary Kristian dan mempelajari agama mereka, tanpa terjejas aqidah. Pokoknya, masalah tidak akan timbul jika  kanak kanak Islam sudah dibekalkan dangan asas agama yang cukup baik sewaktu berhadapan dengan apa sahaja cabaran luaran. Masalahnya sekarang isu agama semacam dibuat buat untuk pertimbangan politik pihak tertentu.

Tidak kurang juga, sikap  rasis agama juga menyerlah di antara  penganut agama lain, sehingga mereka begitu lantang mempersoalkan hukum Syariah samaada dalam  internet atau melalui media antarabangsa.

Baru baru ini dalam kes hukum sebatan Kartika Shukarno, yang banyak buat bising ialah media antarabangsa dan penulis penulis di internet termasuk yang bukan beragama Islam. Mengapakah begini? Adakah mereka rasis atau kurang faham tentang hukum Islam. Seharusnya mereka tidak perlu bimbang sebab hukum ini dikhaskan untuk penganut agama Islam sahaja, dan tidak melibatkan mereka.

Hairan juga mengapa ramai begitu bebas mengecam keputusan Mahkamah Syariah. Sepatutnya mereka dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah.

Dalam perkara  ini perlu juga diingatkan prosedur sebatan pesalah laku dalam Hukum Syarak berbeza dengan hukum sebat dalam Undang undang Sivil. Jika dalam kes Sivil hukuman sebat ialah untuk menghukum sehingga cedera teruk, dalam hukum Syarak ia hanya dibuat  dengan sederhana sekadar untuk menimbulkan keinsafan kepada pesalah.

Mengapakah  suasana torensi kaum semakin terhakis di Malaysia? Adakah ianya disebabkan oleh media massa yang suka mengembar gemburkah isu kaum? Atau disebabkan oleh luasnya pengaruh internet kini? Ataupun kerana isu kaum sememangnya perlu untuk mengingatkan  setiap kaum yang mereka adalah berbeza, dan memiliki  kepentingan yang bersaingan.

Perlu diingatkan semua kaum memiliki sikap perkauman, sama ada Melayu Cina atau India. Sikap sentimen kaum ini timbul  selagi wujudnya berbagai kaum di negara ini yang memperjuangkan nasib kaum masing masing. Kerana wujudnya sentimen kaum, Melayu menyokong UMNO dan PAS, Cina menyokong MCA dan DAP dan India menyokong MIC.

Tetapi apabila tuntutan sesuatu kaum menjadi keterlaluan, sifat perkauman akan hidup subur menjadi rasis dan menyemarakkan sentiment anti kaum yang lain.

Sistem Tiga Aliran tidak Membantu menegakkan Satu Malaysia

Tanpa kita sedari sikap tolak ansur Melayu dimasa lampau telah dapat menyelesaikan masalah semasa diketika itu, tetapi telah meninggal kesan negatif yang kita rasai sekarang. Misalnya, sistem tiga aliran dalam dasar pendidikan Negara telah dapat menangani tuntutan kaum kaum ini di ketika itu, tetapi ia telah melahirkan satu generasi kaum yang kurang toleran dan terpisah antara satu dengan yang lain. Maka pelajar Melayu menuntut di sekolah Kebangsaan, pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan begitu juga penuntut penuntut kaum India.

Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia belum lagi menyedari betapa lemahnya sistem pendidikan  kita ini dari segi perpaduan kaum. Namun kini ada  segelintir penulis mulai sedar tentang perkara ini dan diharap satu hari nanti sistem pendidikan satu aliran  akan menjadi kenyataan demi untuk perpaduan dan sebagai satu langkah menambah titik persamaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Diharap kaum Cina dan India akan menyokong langkah ini demi untuk mendirikan Satu Malaysia.

DAH Ikhwan

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis
Pegawai Pilihanraya  baharu sahaja mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir seperti berikut:

Dalam Pilihanraya Umum 2008,  PAS telah memenangi kawasan Permatang Pasir ini dengan majoriti 5433 undi dan Barisan Nasional hanya berjaya memperolehi 33.6% dari keseluruhan undi yang sah dikira.

Memandangkan calon PAS dalam PRK kali ini bukan penyandang kerusi, mengikut perkiraan kami, undi majoriti kemenangan PAS sepatutnya merosot kepada 4633 undi sahaja, sekiranya faktor faktor lain tidak berubah. Angka  undi majoriti 4633 ini boleh dijadikan tanda aras bagi menunjuk arus pengundian samaada menuju kearah Barisan Nasional atau sebaliknya kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini.

Untuk mengatasi tanda aras ini Barisan Nasional perlu melebihi 33.6% daripada keseluruhan undi yang sah dikira pada pilihanraya tahun 2008.

Dengan keputusan pengundian yang kini menunjukkan majoriti PAS hanya sejumlah 4551 undi sahaja, Barisan Nasional telah memperolehi 34.5% daripada keseluruhan undi yang sah dikira. Ini menunjukkan satu peningkatan, sekaligus  membuktikan  arus pengundian di Kawasan ini sedikit berubah kearah Barisan Nasional, sungguhpun dengan seorang calon yang hebat dipertikaikan.

Dengan keputusan yang dicapai di Manek Urai, ini merupakan tanda cukup kukuh bahawa sikap pengundi di Semenanjung Malaysia mulai berubah dan mulai kembali kepada  UMNO dan Barisan Nasional.

Perlu diingatkan di Permatang Pasir, jumlah undi Melayu  ialah 73.3%, undi Cina  25.9% dan undi India 1.6%.

Pada ketika ini masih mungkin terlalu awal untuk mengetahui arus pengundian secara terperinci bagi setiap kaum. Tetapi dari jumlah undi yang diperolehi  dan dari keputusan di Manek Urai ada  kemungkinan Undi Melayu  untuk BN telah meningkat sekurang kurangnya 5% pada Pilihanraya Kecil ini. Ini bererti ada kemungkinan undi Cina untuk BN di Permatang Pasir telah merosot melebihi 10%.

Jika jangkaan diatas terbukti betul, ini bererti arus undi masyarakat Melayu sudah mulai beralih kepangkuan UMNO.  Ini merupakan satu tamparan  kepada Anwar di Kawasan Permatang Pauh, iaitu home ground beliau sendiri, sekaligus memberi implikasi yang kurang baik untuk PKR dan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia di masa hadapan.

Bagi undi Cina pula, pada pandangan saya, sungguhpun mereka menghargai  dasar baru Dato’ Seri Najib, dalam kes ini nampaknya mereka lebih mementingkan pengukuhan kerajaan yang kaum mereka kuasai di Pulau Pinang. Jadi, keputusan di Permatang Pasir tidak semestinya mencerminkan pendirian masyarakat Cina diseluruh Malaysia.

Faktor peratusan yang turun mengundi juga perlu diambil perhatian, memandangkan kali ini ia menurun agak banyak iaitu 9% berbanding dengan tahun 2008. Pasti salah satu sebabnya kerana tarikh pengundian jatuh pada hari berkerja, tapi pasti ada juga sebab lain. Adakah ini disebabkan ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak turun mengundi kerana mereka sudah yakin menang, atau  ramai pengundi atas pagar tidak berminat mengundi kerana keciwa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim?

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH Ikhwan

Nota: Artikel ini turut disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 Ogos, 2009.

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Analisis dan Ramalan
Suruhanjaya Pilihanraya baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos dan tarikh pengundian pada 25 Ogos.

Untuk makluman pembaca, Permatang Pasir adalah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan bilangan pengundi sejumlah 20,350 orang, terdiri daripada Melayu 72.32%, China 25.94% dan India 1.61%.

Kawasan ini merupakan salah satu daripada tiga buah kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh. Seperti yang kita sedia maklum, seperti juga Permatang Pauh, kawasan Permatang Pasir juga sebuah kubu  Pakatan Rakyat, pasti  dibawah pengaruh besar Anwar Ibrahim.

Di bawah kita perturunkan jadual menunjukkan rekod Pilihanraya Kawasan Permatang Pasir:

Jadual di atas menunjukkan Kawasan  ini dimiliki oleh BN pada Pilihanraya Tahun 1995, tetapi selepas itu menjadi milik PAS, dengan kerusi dipegang oleh Allahyarham Hamdan bin Abdul Rahman, selama tiga penggal berturut turut.

Pilihanraya kecil ini amat penting sebagai tanda arus politik negara, samaada kecenderungan pengundi Melayu beralih kepada BN  di Manek Urai akan berterusan. Jika ia berulang, ini merupakan satu lagi petanda baik kepada BN. Kehadiran undi Cina  sebanyak 25.94% pula boleh dijadikan tanda pengukur sambutan masyarakat Cina kepada kepimpinan Dato’Seri Najib.

BN tidak payah menang di kawasan Permatang Pasir. Kemenangan moral

sudah mencukupi jika undi Barisan Nasional dapat meningkat menghampiri 7% percentage point, menyamai pencapaian di Manek Urai, di mana undi BN meningkat daripada 42% dalam pilihanraya umum 2008 kepada 49% dalam pilihanraya kecil tahun ini.

Malangnya, ‘kejayaan’ BN di Manek Urai tidak semudah di ulangi di Permatang Pasir memandangkan pengaruh Anwar Ibrahim  sebagai ahli Parlimen di Kawasan ini. Walaupun kerusi ini di Pegang oleh parti PAS, sebenarnya pengaruh Anwar dan PKR  jauh melebihi PAS di kawasan ini. Ini kerana pada pilihanraya tahun 1994, PAS tanpa Anwar dan Pakatan Rakyat hanya mampu memperolehi 20% undi berbanding 70% dalam pilihanraya tahun 2008.

Isu isu dijangka berkisar kepada personaliti dan prinsip politik Anwar. Tetapi ini bukan suatu strategi kempen BN yang mudah, kerana di sini BN perlu mengambil kira sokongan bukan sahaja pengundi Melayu, tetapi juga dari masyarakat Cina.

Jika BN menggunakan strategi menghantam peribadi Anwar, ada kemungkinan ini menarik undi simpati, seperti terbukti di Permatang Pauh baru baru ini. Saya rasa strategi memfokus sasaran kepada prinsip politik Anwar yang mengenepikan hak hak Melayu akan lebih berkesan untuk BN.

Ada juga kemungkinan undi kaum Cina akan bertambah untuk BN sebagai   tanda penghargaan mereka kepada dasar liberalisasi Dato Seri Najib. Disebalik itu, undi Cina sukar diramal, kerana boleh diagak pengundi Cina tidak ingin mengurangkan kerusi Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang sekarang.

Walaubagaimanapun, saya rasa undi BN akan bertambah di sekitar 1,200 undi. Ini kerana faktor penyandang kerusi tidak lagi wujud membantu PAS  dalam Pilihanraya Kecil ini disamping arus undi Melayu yang dijangka terus berubah sedikit ke arah BN.

Pada sa’at artikel ini ditulis, calon kedua belah pihak belum lagi ditentukan. Ramalan di atas dibuat dengan andaian yang calon kedua dua belah pihak diterima baik oleh pengundi.

Jadi, dalam perkiraan diatas dan berasas kepada peratusan diperolehi di Manek Urai, jika BN mampu mengurangkan majoriti PAS di sekitar 2,400 undi, ini adalah petanda baik untuk politik Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terkini 23 Ogos, 2009

Sejak hari penamaan calon pada 17 Ogos lalu, nampaknya isu calon BN telah menjadi isu hangat dalam pilihanraya kecil ini. Ini kerana calon BN, Rohaizat Othman, seorang peguam, telah didapati melanggar disiplin Majlis Peguam dengan kesalahan agak serius yang melibatkan soal integriti, sehingga digantung lesen guaman beliau. Sedikit senbanyak, isu ini pasti akan memberi kesan negatif kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini. Oleh itu, BN sepatutnya telah menggugurkan nama beliau diwaktu penamaan calon tempoh hari dan diganti dengan seorang calon  yang lebih sesuai.

Bagaimanapun,  kenyataan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mencemari kepentingan Islam serta disanggah oleh para Ulama dan Cendiakiawan Islam, dijangka mampu mengurangkan jurang antara PAS dan masyarakat Cina, tetapi boleh menjejas sokongan dari kalangan pengundi Melayu.

DAD Ikhwan

Statistik Keputusan Pilihanraya Umum Tahun 2008 (PRU 12)
Diwaktu negara menghadapi pergolakan politik atau  pilihanraya kecil, saya kerapkali memerlukan akses segera kepada data kedudukan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu saya rasa ada eloknya dimuatkan statistik berkenaan kedalam blog ini untuk kegunaan kita semua dari semasa ke semasa.

Di bawah diperturunkan statistik kedudukan kursi dalam Parlimen dan dan Dewan Undangan Negeri selepas Pilihanraya Umum yang  ke 12 untuk rujukan para pelawat laman blog ini bila bila masa diperlu:

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN SELEPAS PRU 12

KEDUDUKAN KERUSI DUN SELEPAS PRU KE 12

Budaya Niaga melayu: Iktibar dari Nilai Pendidikan Bangsa Cina
Saya  terpanggil menulis siri ini, sebagai perbandingan diantara ciri ciri budaya bangsa Cina dan bangsa Melayu yang menentukan persekitaran perniagaan masing masing.

Ini penting sebagai renungan masyarakat Melayu di Malaysia dalam usaha membentuk masyarakat perniagaan yang mantap. Seberapa boleh saya akan memuatkan pandangan dan ulasan sendiri tentang perkara perkara yang dibincangkan. Tetapi, perlu diingati ini adalah perkara yang amat rumit dan pasti memerlukan perbincangan dan kajian lanjut, terutama dari kalangan para pendidik, akademik, penggubal dasar kerajaan dan juga para usahawan.

Siri ini akan ditulis dengan memberi fokus kepada satu faktor dalam setiap artikel. Semua faktor yang disentuh bersumberkan buku ‘The Secret of Oriental Wealth’ ditulis oleh Dr. Wu Tao Wei.

Dalam artikel pertama ini  marilah kita memberi fokus  kepada isu Pendidikan seperti yang disentuh dalam buku tersebut.

Dalam Masyarakat Cina mereka memberi perhatian  yang tinggi terhadap soal pendidikan. Ini meliputi banyak perkara, termasuklah

cara belajar, masa belajar, permakanan yang menyuburkan minda,

kesan televisyen dan hiburan kepada pelajar, pengaruh ikon bangsa kepada pendidikan, dsb.

Ahli falsafah terkemuka Cina Confucius pernah berkata, ” Belajar dan  mengulangi apa yang dipelajari beberapa kali, bukankah itu suatu keseronokan?”

Seorang lagi ahli falsafah Mencius  menyatakan ” Yang berkerja dengan mindanyalah yang berkuasa, dan yang hanya menggunakan kekuatan fisikal menjadi golongan yang dikuasai”.

Bangsa Melayu tidak memiliki ahli falsafah besar sebagai ikon seperti bangsa Cina , Yunani dan bangsa besar lain di dunia. Ini pasti kerana sejarah temadun Melayu yang masih singkat. Jika adapun masyarakat kita  tidak begitu menyanjung cerdik pandai dan tidak mengenali sumbangan penting para ilmuan yang ada. Sedangkan dalam masyarakat Cina mereka bukan hanya mengingati Confucius dan Mencius, malah cara hidup bangsa Cina banyak berpandu kepada ajaran mereka.

Yang masyarakat kita lebih mengenali ialah kata kata bijak ahli politik  yang sering berubah dan kemudian hilang selepas seseorang ahli politik itu hilang dari pentas politik negara.

Sebaliknya, dalam bidang agama pula bangsa Melayu  mengenali dan mengagungkan  para ilmuan di zaman silam. Jika tradisi ini wujud dalam bidang agama, kenapa tidak pula dalam bidang lain, seperti ekonomi dan perniagaan.

Mungkinkah minda Melayu sesungguhnya terhad dan hanya bergantung kepada para ilmuan asing untuk bergerak. Jika dilihat dari sudut perkembangan seni, sebaliknya , minda Melayu sungguh subur  dan menyanjungi sumbangan ikon seni tempatan Allahyarahm P Ramlee – Siapa yang tidak ingat kata kata hikmat P. Ramlee.

Atau, apakah bangsa Melayu hanya suatu bangsa hiburan dan bukan bangsa ilmuan dan tidak gemar mengagungkan para ilmuan bangsa sendiri.

Yang hidup subur dalam minda Melayu banyak berupa cerita dan kata kata yang kurang berfa’edah dan ketinggalan zaman seperti petikan daripada Hikayat Hang Tuah, Si Lunchai, Mat Jenin, dsb. yang kita sendiri tidak pasti asal usulnya.

Peribahasa kita juga tidak banyak yang memberi  motivasi kearah kecemerlangan pendidikan, kerjaya  dan perniagaan. Yang dikenali umum kebanyakannya kurang berkualiti dan gagal memberi motivasi kepada minda Melayu. Sebagai contoh renungilah peribahasa terkenal yang berikut:

Jika kail hanya sejengkal jangan diduga laut yang dalam;

Angan angan Mat Jenin;

Biar lambat asal selamat;

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . . .

Rezeki secupak takkan jadi segantang.

Peribahasa di atas tidak menggalak inisiatif membangunkan ummah disamping mendewa dewakan status quo. Dalam zaman globalisasi dimana umat manusia berlumba lumba untuk maju, jalan selamat adalah baik, tetapi tidak semestinya lambat semoga tidak ketinggalan. Seterusnya, untuk maju memerlukan visi dan angan angan yang tinggi diikuti dengan usaha yang gigih. Sifat begini seharusnya disanjung dan bukan dikutuk. Jadi perumpamaan seperti Mat Jenin elok dibasmi dari minda Melayu dan digantikan dengan yang lebih sesuai.

Berbalik kepada soal pendidikan, mengikut buku ini,  anak anak bangsa Cina di Amerika kurang menonton TV berbanding bangsa kulit putih. Begitu juga agaknya di Malaysia di mana anak anak Melayu banyak dilalaikan dengan bermacam macam program hiburan. Ini mencuri perhatian mereka dari pelajaran sekolah dan menyebabkan prestasi pelajaran yang menurun.

Juga perlu diingatkan Televisyen tidak menggalak seseorang berfikir, tetapi menjadikan seseorang dari zaman kanak kanak lagi sebagai pemalas yang hanya gemar menonton, suatu aktiviti yang tidak banyak menggunakan minda dan pergerakan fisikal.

Permakanan juga mengekang prestasi pelajar di sekolah. Makanan yang banyak bergula dan makanan segera merupakan punca utama anak anak menjadi gemuk dan lesu dalam menghadapi  pelajaran. Sesungguhnya inilah trend yang kita saksikan di Malaysia. Habit ini juga digalakkan oleh semua stesyen televisyen dengan segala jenis  iklan makanan junk food yang kita semua sedia maklum.

Buku ini merumuskan ini semua angkara strategi Yahudi di Amerika Syarikat untuk meraih keuntungan daripada media massa yang mereka miliki di sana. Malangnya budaya ini berkembang ke banyak negara di dunia ini, termasuk di Malaysia.

Dalam situasi di Malaysia, kita semua maklum perbezaan sikap diantara kaum Melayu dan Cina terhadap pelajaran. Masyarakat Cina menganggap pendidikan sebagai pelaburan untuk masa hadapan anak anak dan keluarga. Mereka sanggup berjimat  untuk membiayai  pelajaran anak anak. Sebaliknya, masyarakat Melayu juga sedar tentang pentingnya pendidikan tetapi, ramai manakah daipada kita yang sanggup berjimat untuk pelajaran anak anak? Sebaliknya masyarakat Melayu bergantung hampir keseluruhannya kepada kerajaan untuk membiayai pendidikan mereka.

Disamping itu,  anak kaum Cina  biasanya memberi lebih masa di kelas kelas tuisyen atas biayaan sendiri.

Hasilnya kita dapat saksikan sendiri. Ramai anak kaum Cina  belajar di luar negeri dan memenuhi universiti swasta sementara anak Melayu terhad di universiti awam sahaja. Memandangkan kualiti pelajaran di institusi institusi ini berbeza, hasilnya anak Melayu kurang menguasai bidang teknikal, sains, matematik, perniagaan dan Bahasa Inggeris.

Perbezaan ini memberi kelebihan kepada masyarakat Cina dalam mempersiapkan anak mereka di alam pekerjaan dan perniagaan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

Isu PPSMI : Suatu Kajian dan Analisis
Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) kini hangat di bahaskan  masyarakat sehingga mendorong beberapa pihak berdemonstrasi dengan tujuan mendesak kerajaan memansuhkannya.

PPSMI telah mulai di gunakan di  sekolah sekolah rendah dan menengah  pada tahun 2003  sewaktu pemerintahan Tun Mahathir dahulu sebagai langkah mempersiapkan sumber tenaga manusia untuk menuju kearah negara maju dan dalam menghadapi era globalisasi.

Sejak itu, selama enam tahun,  PPSMI telah  berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan perlaksaannya,   selain kesan negatif terhadap Bahasa Melayu dan pendidikan pelajar Melayu dan  pelajar di luar bandar.

Polemik masyarakat tentang isu ini mudah  difahami kerana  masyarakat Melayu sesungguhnya  cukup perihatin dengan  prestasi anak anak mereka di sekolah dan nasib masa depan bangsa yang bergantung kepadanya. Ia sebenarnya bukan isu politik, tetapi  suatu isu melibatkan seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira fahaman politik mereka.

Oleh itu terdapat ramai pemimpin politik yang memiliki pandangan yang bertentangan tentang isu  ini samaada mereka berada dalam kem BN atau Pakatan Rakyat.Cuma bezanya yang menyokong PPSMI tidak begitu lantang bersuara, berbanding yang menentangnya, agaknya kerana terikat dengan pendirian rasmi parti politik masing masing.

Hanya perlu  di ingatkan isu ini mudah menaikkan emosi aktivis aktivis dan segelintir pengikut mereka.  Tidak hairanlah  bagi    Hishamuddin  Tun Hussein dan Tun Mahathir  mengingatkan rakyat jangan terlalu beremosi sehingga membiarkan demonstrasi jalanan menjadi penentu arah yang boleh menggadaikan masa depan  Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lebih elok perkara ini ditangani secara bijak berasaskan kajian saintifik yang dikemukakan.

Tun Mahathir dan Mukhriz  merupakan dua orang  pemimpin Melayu yang mempertahankan PPSMI. Pendirian  Tun Mahathir  tentang perlunya Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemampuan bangsa dalam ilmu sains dan matematik  ada kebenarannya. Malah ia juga mampu meningkat kemampuan negara sewaktu berhadapan dengan gelombang globalisasi.

Sudah tentu ramai juga  mentakrifkan pendirian Tun Mahathir sebagai hanya mempertahankan tindakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, dan Mukhriz sebagai anak yang setia.

Tapi, kita boleh juga mentakrifkan pendirian Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hadi Awang dan  Khairi untuk memansuhkan PPSMI sebagai pendirian politik semasa yang popular di kalangan masyarakat Melayu.

Apapun keputusan kerajaan, hendaklah berpandu kepada kepentingan Bangsa Melayu dan kepentingan Negara dalam jangka panjang. Pendekatan  yang tepat amat penting. Oleh itu  ia tidak harus dibuat terburu buru secara emosional dan dengan demonstrasi jalanan, tetapi sebaliknya berpandukan hasil kajian yang telah dan sedang dibuat kerajaan. Malah banyak hasil kajian serupa di buat  oleh negara lain dan di peringkat antarabangsa juga  sepatutnya diberi perhatian.

Hasil Beberapa Kajian

Mengikut kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in Mathematics and science study, yang di petik oleh Wikipedia menyatakan prestasi pelajar Malaysia telah merosot dengan mendadak  dari tahun 2003 hingga 2007. Malah kemerosotan ini adalah yang  terburuk  dialami  diantara 59 buah negara dalam kajian. Perlu diingat ini berlaku sejak  PPSMI dimulakan pada 2003.

Dalam kategori High Benchmark(skor 550), hanya 18%  pelajar Malaysia  dalam kategori ini dalam tahun 2007 berbanding 30% pada tahun 2003.  Sebagai perbandingan lebih daripada 70% pelajar Singapura, Taiwan dan  Korea tergolong  dalam kategori ini.

Data di atas secara objektif menandakan pencapaian  kita yang amat rendah berbanding negara negara tersebut, dan  penurunan mendadak berlaku sewaktu PPSMI mulai digunakan di sekolah sekolah.

Penurunan yang berlaku bukan diluar jangkaan,  kerana masalah pasti timbul di awal  penggunaan  PPSMI.

Tetapi  adakah trend ini akan terus menurun  atau sebaliknya meningkat pulih  apabila   guru dan pelajar dijangka bertambah fasih  berbahasa Inggeris dimasa hadapan.

Banyak kajian telah dibuat tentang susana pembelajaran dalam bahasa bukan  ibunda, boleh menjadi petunjuk dalam perkara ini.

Kajian antarabangsa dan tempatan  rata rata mendapati pembelajaran  dalam bahasa ibunda  menghasilkan prestasi yang lebih tinggi daripada pembelajaran dalam bahasa asing. Antara sebab yang di petik  termasuklaklah kesukaran pelajar memahami konsep matematik dan sains dalam bahasa asing dan juga kesukaran guru dalam menguasai bahasa asing.

Bagaimanapun masalah ini tidak timbul dalam negara  seperti Singapura, Filipina dan India dimana banyak sekolah masih menggunakan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Malah pelajar Singapura mampu mencapai tahap antara yang terbaik di dunia.

Di Hong Kong  yang mulai menukarkan bahasa pengantar dimajoriti  sekolah kepada bahasa ibunda sejak beberapa tahun yang lalu  mendapati prestasi pelajar dalam bahasa ibunda lebih baik daripada yang belajar dalam bahasa Inggeris(ref. Bilingual Research Journal, Summer 2003, by Yip, Din Yan and others).

Hasil kajian di atas nampaknya menunjukkan penggunaan bahasa asing sebagai pahasa pengantar dalam  sains dan matematik sahaja, sementara semua mata pelajaran lain masih dalam bahasa ibunda,  mengekang pencapaian dalam sains dan matematik di sekolah sekolah. Ini kerana suasana sedemikian hanya menggalakkan pelajar berinteraksi dalam bahasa ibunda sahaja dan membantut penguasaan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, perlu diingatkan data  PPSMI di Malaysia hanya terdapat  untuk lima tahun pertama  penggunaannya (2002-2007). Biasanya, data sebegini terlalu singkat untuk dijadikan asas penilaian, kerana sudah pasti ia banyak menunjukkan kelemahan PPSMI di peringkat awal learning curve. Saya pasti data untuk lima tahun selepas ini akan menunjukkan peningkatan, meskipun di bawah pencapaian optima,yang lazimnya berlaku diperingkat berikutnya dalam learning curve.

Pada sudut lain pula, boleh dirumuskan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran adalah baik sama ada sekolah menggunakan bahasa pengantar  Inggeris  atau bahasa ibunda keseluruhannya, sungguhpun teething problems dialami dalam proses peralihan bahasa pengantar (masalah ini dialami  oleh pelajar dalam bahasa Inggeris di Hong Kong). Kelemahan di peringkat awal penggunaan bahasa Inggeris di negara itu juga selari dengan learning curve pelajar di sana.

Bahasa Melayu tidak  Mampu

Perlu diingatkan sesebuah negara tidak perlu menukar bahasa pengantar di sekolah kepada bahasa Inggeris jika bahasa ibunda mampu menjadi bahasa ilmu sains dan matematik. Dalam suasana begini pencapaian pelajar adalah terbaik tatkala belajar dalam bahasa ibunda.

Masalahnya pada masa kini bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa sains dan matematik yang boleh mengangkat martabat bangsa ke tahap global. Perkara ini banyak di bincang oleh Tun Mahathir dalam blog beliau.

Oleh itu jika kita ingin maju melalui Wawasan 2020 serta menerajui tamadun dunia Islam di masa hadapan, peranan bahasa Inggeris dalam pembelajaran negara tidak dapat diketepikan. Ini lah satu satunya pertimbangan utama, walaupun masyarakat bimbang kesan negatifnya terhadap jatidiri bangsa Melayu,  kedaulatan bahasa Melayu dalam negara dan kesan sampingan yang negatif kepada pelajar melayu, terutama di luar bandar.

Kelunturan  jatidiri Melayu  tidak harus dibimbangi kerana  kinipun masih ramai antara kita jenerasi lama yang dididik dalam bahasa Inggeris, termasuk saya sendiri.  Kita masih Melayu, mampu menulis dalam bahasa Melayu dengan baik, tetap  menyokong   hak hak Melayu, dan amat penting,   sanggup berjuang meninggikan martabat Melayu  dalam negara dan dimata dunia.

Suatu Cadangan

Berpandukan hujah hujah dan  penemuan dalam kajian kajian di atas, PPSMI  seperti  diamalkan sekarang memerlukan beberapa perubahan yang radikal. Ini kerana terdapat kelemahan asas dalam amalan sekarang yang tidak mungkin mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar. Ini pasti berpanjangan dan menjejaskan prestasi mereka dalam sains dan matematik.

Tetapi ini tidak bererti dasar  pengunaan PPSMI sekarang perlu digugurkan, kerana ia pasti menjejaskan  kemampuan pelajar Melayu dan negara dalam bidang matematik dan sains, dan seterusnya  dayasaing negara di peringkat global.

Pendekatan  hanya menggunakan PPSMI di peringkat sekolah menengah juga tidak praktikal kerana   kesukaran pelajar menguasai bahasa Inggeris pada usia yang agak lambat.

Satu satunya opsyen yang sesuai ialah dengan cara  menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dibeberapa sekolah pilihan diseluruh negara. Dalam pendekatan begini, sekolah sekolah yang ingin menukarkan ke bahasa pengantar Inggeris perlu membuat permohonan kepada kerajaan dan kelulusan boleh dibuat mengikut kesesuaian sekolah masing masing.

Dengan opsyen ini semua sekolah yang diluluskan hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran, kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu.( opsyen ini telah dilaksanakan di Hong Kong selepas tahun 1997)

Opsyen di atas akan memberi peluang  maksimum kepada pelajar  menguasai  Sains dan Matematik dan juga bahasa Inggeris. Dengan adanya kelompok pelajar ini  ia mampu mengwujudkan suasana pendidikan yang lebih dinamik sambil menyediakan tenaga kerja yang lebih mantap untuk tugasan di luar negara ,  tugasan terjemahan, sektor pelancongan dan tugasan dalam syarikat multinasional.. Disamping itu ia juga mampu memantapkan kualiti IPTS  yang kini merupakan suatu sektor yang penting, malah perlu bagi memberi saingan sihat lagi dinamik kepada IPTA dalam negara.

Bagi sekolah sekolah lain, ia bolehlah diteruskan dalam bentuk sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa mengantar termasuk untuk mata pelajaran sains dan matematik. Bagaimanapun pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sekolah ini perlulah diperkukuhkan, dengan meletakkannya sebagai bahasa wajib untuk lulus peperiksaan.

Dengan pendekatan ini, hanya akan wujud dua aliran sekolah di Malaysia, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Semua pelajar dari pelbagai kaum perlu belajar di sekolah ini, dimana pelajar dari kaum Cina,India dsb. berpeluang juga mempelajari  bahasa dan sastera ibunda mereka.

Ia akan melahirkan generasi yang lebih bersatupadu dan suasana pendidikan yang kompetitif dan dinamik perlu bagi melahirkan satu bangsa berkonsepkan satu Malaysia yang maju dan disegani di peringkat global.

Opsyen ini juga mampu  memantapkan bahasa Melayu dalam semua bidang pelajaran termasuk sains dan matematik.

Opsyen ini dijangka agak sensitif dari segi politik semasa, tetapi setiap masalah pasti boleh dibendung jika ia dilaksanakan secara terancang dan dengan bijaksana..

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

Rang Undang Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM)2008
Langkah memperluaskan undang undang pencegahan rasuah Malaysia merangkumi beberapa pihak baru termasuk abang/ adik ipar, ayah/ ibu mertua, menantu, sepupu, emak saudara dan bapa saudara merupakan suatu langkah extreme tetapi mungkin perlu dalam perang mencegah rasuah yang sedang berleluasa sekarang. Dengan lulusnya rang undang undang SPRM 2008 ini, lebih ramai lagi mereka yang tidak sabit kesalahan dahulunya, kini boleh didakwa dibawah peruntukan baru ini.

Saya kurang pasti sama ada undang undang serupa wujud di negara lain, jika adapun mungkin tidak banyak negeri mengambil langkah sedrastik yang dibuat di Malaysia.

Keadaan ini mencerminkan betapa seriusnya masalah rasuah di Malaysia pada hari ini. Jika dahulu masalah rasuah biasa kita dengar di Indonesia, Nigeria dan beberapa buah negara lagi, kini rasuah lazim berlaku disini, malah mungkin lebih hebat dari setengah setengah negara itu.

Berikut ialah statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia:

Tahun                                   Jumlah Tangkapan

2003                                               339

2004                                               497

2005                                               485

2006                                               557

2007                                               590

Data di atas menunjukkan jumlah tangkapan rasuah meningkat dari 339 kes dalam tahun 2003 kepada 590 pada tahun 2007, iaitu kadar kenaikan 18.5% setahun. Data di atas hanya menunjukkan jumlah tangkapan, jadi kes sebenar sudah pasti lebih tinggi setelah dikira  kes kes yang tidak di ketahui umum.

Dari perspektif yang  positif, boleh  diandaikan, Badan Pencegah Rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah tangkapan tahun demi tahun. Sebaliknya angka ini boleh juga diinterpretasi sebagai tanda meningkatnya gejala rasuah di Malaysia.

Persepsi Antarabangsa tentang masalah rasuah di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Indek Persepsi Rasuah(IPR) Malaysia yang di keluarkan oleh Transparensi  International kita perturunkan di bawah:

Tahun                                      IPR Malaysia                     Ranking dalam Dunia

2001                                                                                                                36

2002                                              4.9

2005                                              5.1

2006

2007                                              5.1                                                           43

2008                                              5.1                                                           47

Jadual di atas menunjukkan IPR Malaysia pada tahun 2008  kekal  pada angka 5.1 walupun ranking Malaysia  telah merosot kepada tempat ke 47 berbanding 180 negara, berbanding dengan tempat ke 43 pada tahun 2007. Ini menunjukkan persepsi rasuah di Malaysia tidak berubah, tetapi  persepsi bertambah baik  dalam kira kira empat buah negara lain.  Berbanding negara ASEAN yang lain, Malaysia menduduki tempat kedua terbaik selepas Singapura dengan angka IPR 9.1.

Gejala rasuah berlaku kerana wujudnya suasana atau peluang untuk memberi dan menerimanya.

Biasanya si penerima rasuah bersifat materialistik atau tamakkan harta. Beliau lebih mengutamakan kepentingan individu keatas tugas dan tanggungjawabnya. Sungguhpun sifat ini di cegah dan dikutuk oleh agama, tetapi ia berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan Melayu yang beragama Islam.

Si pemberi rasuah pula biasanya terdiri daripada golongan swasta yang berkepentingan yang mahu mendapat sesuatu kontrak atau habuan kerajaan dengan jalan mudah. Terdapat juga golongan perasuah dari kalangan pesalah trafik, kastam, imigresyen dll. yang mahu mengelak daripada tindakan undang undang.

Memandangkan pegawai kerajaan adalah orang Mealayu, jadi ramai daripada penerima rasuah adalah orang Melayu. Begitu juga kerana ramai peniaga peniaga adalah orang Cina, jadi ramai yang memberi rasuah adalah dari kaum Cina.

Dengan demikian gejala rasuah ini merupakan ancaman besar kepada negara, terutama kepada kaum Melayu. Nampak nya bangsa Melayu bersifat lemah sekali ketika berdepan dengan masalah ini. Nilai murni Islam yang sepatutnya menjadi benteng utama kaum Melayu nampaknya tidak berkesan dalam hal ini. Dimanakah letaknya kesilapan kita sebagai bangsa Melayu dan penganut agama Islam?

Jika di pandang dari segi pendedahan kepada agama dan nilai murni, bangsa Melayulah yang paling banyak di beri ceramah agama, samaada melalui radio, televisyen, di masjid masjid, disekolah sekolah, di foram foram dsb. Tetapi mengapa tiada kesannya, sehinggga kita memerlukan undang undang yang begitu ketat sebagai pencegahan.

Adakah ini kerana penceramah agama Islam terlalu sebok berceramah politik? Mereka lebih gemar membincangkan sama ada Allah itu takbur atau tidak, sumpah Saiful itu betul ikut Islam atau Ikut kaedah Ugama Kristen, ada empat saksi lelaki atau tidak, atau Islam Hadari itu Islam asal atau tidak. Jika di teliti, perbalahan ini tidak perlu dan tidak memberi faedah kepada pembangunan ummah. Ini semua memesongkan perhatian masyarakat kita kepada perkara yang tidak pokok dan lari daripada perkara yang perlu dalam membentuk peribadi Melayu.

Adakah ini kerana sikap jumud golongan Agama yang terlalu mengongkong  umat Melayu,  sehingga ramai kini tidak menghiraukan langsung kata kata nasihat mereka?

Adakah ini berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan soal nilai murni, seperti integriti, kejujuran dan keikhlasan, serta kegagalannya menghindar nafsu tamak manusia?

Oleh kerana kelemahan Bangsa Melayu dalam hal ini, kerajaan mendapati perlu mengetatkan undang undang pencegahan. Kita akui penyakit yang sudah mudarat, sukar di ubati. Sama ada langkah ini akan berjaya hanya kita ketahui dalam jangka masa beberapa tahun yang akan datang.

Jika ditinjau suasana di Singapura, negara itu hampir bebas dari gejala rasuah, sungguhpun ia memiliki sejarah pentadbiran serupa Malaysia. Tetapi Kerajaan Singapura sedar masalah ini sejak awal awal lagi dan mengabil tindakan  dengan menaikkan gaji pegawai awam serta memperhebatkan langkah pencegahan  sebelum gejala rasuah bertapak di sana.

Di bawah aya perturunkan petikan akhbar South China Morning Post bertarikh August, 1973 yang menyentuh perkara ini:

“Singapore’s approach to the problem of corruption is, we are told, simply one of efficiency in administration. The theory is that there is no room for corruption which thrives much better in an inefficient administration in which there are plenty of loopholes for it to flourish unnoticed and unchecked, where there is scope of hoodwinking and beating the system. An efficient administration can only be run by people who are turned on by and, good at, efficiency; people who are thereby content rather than discontent, fulfilled rather than frustrated, dedicated rather than disloyal, satisfied rather than dissatisfied, uncorrupt rather than corrupt. By giving people their self-respect and enough money in their pockets – by restoring to them, if you like, their dignity and its corresponding integrity of purpose – they are more likely to regard corruption as beneath them and less likely to abandon their public and private consciences; less likely to sell their soul to the devil.”

Bob Crew in “On Corruption”, South China Morning Post August 1973

Pendekatan secara undang undang ada baiknya, tetapi ada pula hadnya. Ini kerana ia berasaskan andaian pihak penguatkuasa dan pengamal undang undang itu sendiri cekap, tegas dan bebas daripada rasuah. Perlu diingatkan penguatkuasaan undang undang dalam hal hal lain di Malaysia pada amnya adalah kurang berkesan.

Pendekatan undang undang juga kurang berkesan sebab pengamal rasuah seperti penjenayah lain pasti akan menemui loopholes dalam perundangan untuk meneruskan amalan buruk mereka.

Suatu kes yang berkaitan baru baru ini,  tentang usaha Kementerian Pengangkutan mengurangkan kemalangan dengan mensyaratkan teksi, lori, van penumpang dan bas perlu diperiksa tiap tiap tahun untuk membaharui lesen. Sepintas lalu tujuannaya baik, tetapi dalam suasana sekarang, ini akan memberi peluang baru untuk pengamal rasuah dalam kerajaan.

Usaha memerangi rasuah kini adalah suatu langkah yang kritikal dan amat penting.  Kejayaan atau kegagalannya akan menentukan samaada negara kita akan terus menjadi negara maju menjelang tahun 2020 atau sebaliknya menjadi kucar kacir dan menemui kegagalan.

Ini kerana, dengan wujudnya fenomena rasuah , budaya mementingkan diri sendiri dikalangan pegawai kerajaan, orang politik,  dan penjawat lain berleluasa. Dengan suasana demikian setiap dasar dan program kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya,  ketika kerajaan menetapkan dasar menghadkan pengambilan pekerja asing dalam sesuatu sektor, ini tidak diendahkan oleh pegawai pegawai yang berkenaan, pasti disebabkan rasuah. Ini berlaku walaupun tindakan demikian membahayakan negara. Jikalah ramai anggota polis juga cuai dalam mengambil tindakan keatas penjenayah atas sebab rasuah,  pasti keselamatan negara akan terancam.

Jika keadaan begini berterusan pasti masyarakat jadi hilang pedoman, negara menjadi kucar kacir dan ekonomi akan merudum. Sebelum ini berlaku, diharap kerajaan dan  semua masyarakat di negara ini mengambil langkah yang perlu dan tepat bagi menghindarkan amalan rasuah.

DAH IKHWAN