Sebagai seorang yang perihatin dengan potensi, kemampuan dan kelemahan bangsa Melayu dalam banyak perkara, saya terpanggil membuka suatu laman blog baru untuk kepentingan pelajar Melayu. Ini kerana, sebagai seorang yang berpendidikan Inggeris, satu species yang hampir pupus, saya yakin melalui internet saya dapat behubung dengan ramai pelajar dan anak muda untuk membimbing mereka dalam bahasa Inggeris.
Sebagai sumbangan kepada inisiatif memperkukuhkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di Malaysia, melalui laman blog baru kita akan menyediakan latihan bahasa Inggeris secara interaktif, ringkas dan menarik, merangkumi bahagian tatabahasa, dialog dan esei.
Latihan akan disediakan dengan kaedah yang berbeza daripada kaedah yang biasa diamalkan kini di sekolah sekolah. Saya tidak akan menggunakan jawapan berbentuk pilihan a,b c atau d. Sebaliknya, bentuk latihan yang digunapakai akan memerlukan pelajar banyak berfikir dan mengolah jawapan sendiri supaya mereka lebih fasih dan konfiden dalam bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris.
Dengan kemudahan interaktif internet, komen dan pembetulan keatas jawapan daripada pelajar akan disedia di akhir setiap latihan, seperti lazim kita laksanakan dalam blog.
Pada peringkat permulaan bahasa Melayu akan digunakan sebagai bahasa pengantar, bagi memudahkan pemahaman oleh pelajar, terutama yang belum banyak terdedah kepada berbahasa Inggeris.
Dengan laman ini, diharap pelajar dan mana mana pihak yang tidak berpeluang mendapat pendidikan bahasa Inggeris dengan baik dapat menyertai sessi yang akan disediakan.
Sila kemukakan komen anda melalui ruang yang diisediakan bagi membolehkan saya menilai keperluan inisiatif ini.
Sila lawat laman blog Cikgu Ikhwan alamat:http://dahalmi2.wordpress.com. atau klik blogroll di sebelah kanan.
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.