10 Peratus undi Melayu lari dari BN


Satu kajian yang telah saya buat keatas corak pengundian dalam tahun 2008 di Semenanjung menunjukkan peratusan undi Melayu untuk Barisan Nasional telah menurun kira kira10% jika dibanding dengan pilihanraya 2004. Jumlah undi Melayu dikenalpasti untuk Barisan Nasional ialah 62% pada pilihanraya 2004 dan hanya 52% pada pilihanraya tahun ini. Angka ini diperolehi hasil daripada analisis statistik secara multiple regression yang di buat keatas data tiga pilihanraya yang lepas.Sekali pandang, kadar peratusan ini tidaklah begitu membimbangkan oleh kerana ianya tidak seburuk penurunan jumlah undi yang mendadak dari kaum kaum lain. Lagi pula berpandukan hasil kajian ini jumlah peratusan undi Melayu yang sebenar dianggar melebihi sedikit paras 52% .Tetapi jika diteliti dengan mendalam, apa yang jelas ialah kadar disekitar 52% undi Melayu yang tinggal dengan BN sungguh amat kritikal. Ia telah memberi tamparan hebat kepada BN dan hampir memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR. Ini merupakan kedudukan yang merbahaya kepada BN, mungkin mampu merobah lanskap politik negara dengan begitu drastic sekali, jika ia gagal mengambil langkah langkah preventif yang perlu. Apa yang jelas kerajaan BN hanya diselamatkan oleh kemenangan yang jitu di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini nasib telah menyebelahi BN, tetapi di masa hadapan bagaimana pula?

Apakah kaum Melayu sudah konfiden dan bersedia menyerahkan kuasa politiknya yang, melalui UMNO, menjadi tunggak kepada Barisan Nasional dan Kerajaan sejak merdeka lagi. Apakah Kaum Melayu merasa dirinya sudah confiden dan lengkap untuk menghadapi suatu era baru yang tidak pasti memberi masa depan yang lebih terjamin? Apakah kaum Melayu sudah bersedia bersaing secara kompetitif dalam semua bidang, terutama bidang pelajaran dan penempatan di IPTA, pekerjaan di sektor awam, perniagaan perniagaan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, dsb.?Inilah soalan soalan utama yang kita sebagai orang Melayu harus fikirkan secara mendalam.Kalau jawabnya Malayu sudah bersedia, ia mungkin bererti mana mana parti politik boleh berkuasa di negara ini dan tidak menjejas kedudukan Kaum Melayu. Tetapi jika jawapannya belum bersedia, kaum Melayu perlu mempertahankan apa yang sedia ada termasuklah Hak hak kaumMelayu dan Bumiputera, segala peruntukan Perlembagaan dan undang yang menjaganya, dan mempertahankan Kerajaan yang berlandaskan perpaduan Melayu dan Bumiputera.

Saranan ini bukanlah bertujuan meniup semangat perkauman, tetapi hanya mempertahankan apa yang ada pada kita dengan tidak menjejaskan kedudukan kaum lain. Malah adalah suatu tanggungjawab Kerajaan yang bertunggakkan kuasa politik Melayu untuk meneruskan program membantu seluruh rakyat yang kurang mampu dari semua kaum demi untuk kesetabilan dan kemakmuran negara ini.

Sila rujuk kepada artikel di bawah untuk analisis lengkap.

Peringatan:[Ulasan dialualukan, tetapi yang mengandung unsur fitnah, hasutan dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Umum 2008 and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to 10 Peratus undi Melayu lari dari BN

  1. Iqbal says:

    Sungguh nampak ada risiko tinggi dalam keadaan politik Melayu sekarang. Tapi apa nak buat, orang Malayu nak cuba yang baru, kut.

  2. Hashim says:

    Orang UMNO kata ada Melayu sudah ambil tak kisah soal hak hak mereka, sebab Anwar cakap fasal ketuanan rakyat, jadi politik Melayu tak releven lagi. Pelek juga ni ya. Biasa sesuatu kaum tu berjuang sungguh untuk kepentingan mereka. Lihatlah orang Cina Sekolah Cina banyak, program TV bahasa cina banyak, surat khabar bahasa Cina pun banyak, tokong pun banyak, businesspun banyak. Macam tulah elok, semangat untuk mengekalkan identi mereka sunguh kuat dimana saja mereka berada. Ni orang Melayu ni, sejak dulu lagi Hang Tuah kata, ‘takkan hilang Melayu di Dunia’ , itu pun tak faham2 lagi.

  3. Halim says:

    Sebelum datang penjajah dulu, hanya kaum Melayu di Tanah Melayu. Tak ada masalah tak ada dilema. Lepas tu,selepas merdeka Mahathir kata Malay Dilemma. sekarang selepas zaman Mahathir, Melayu dalam persimpangan dilema.

    Saya suka makan buah delima.

  4. web design says:

    saya makan ubi kayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s