Post-mortem Pilihanraya: Undi Kaum India

Undi kaum India mungkin pada pertamakalinya dalam sejarah telah lari daripada BN secara besar besaran. Mengikut analisis lengkap yang saya buat, hanya kira-kira 8.3% sahaja undia India untuk BN pada pilihanraya 2008, padahal dalam keadaan biasa mereka sungguh setia, misalnya pada p. raya 2004 72.4% undi kaum India menyebelahi BN(saya belum berkesempatan menganalysis pilihanraya lebih awal, tapi saya agak ia tidak banyak berbeza dengan keputusan 2004) Saya berasa agak hairan mengapa BN tidak menghidu suasana ini dari awal lagi. Malah hingga hari ini fenomena ini kurang diambil perhatian oleh orang politik UMNO.Mungkin orang UMNO terlalu angkuh dengan emosi perkauman yang tebal atau sebok bergaduh merebut jawatan hingga tidak sanggup merenung perkara ini.

Apa yang relevan nya disini, kaum Melayu jangan memperlekehkan undi India. Bilangan mereka mungkin kecil, tetapi mereka ternyata penting di banyak kawasan, terutama di Perak dan Selangor, diamana terdapat banyak kawasan yang rapoh dengan majority yang kecil.Ternyata Perikatan Rakyat terutama PKR dapat menambat hati mereka hingga dapat menawan Perak dan Selangor.

Sejenak sebelum pilihanraya dikala krisis hindraf sedang memuncak, saya secara kebetulan berada di Kuala Lumpur dan sempat berinteraksi dangan dua orang driver teksi dan seorang driver limosin berketurunan India. Dikala itu sudak nampak dari kata2 mereka , sungguh geram dengan orang2 Kerajaan dan UMNO yang tidak memberi peluang langsung untuk mereka memilik lesen teksi. Driver Limosin pula sewaktu memandu saya dia tak banyak cakap, tapi sewaktu menghampiri plaza toll dengan tiba2 marah2, tanpa sebab yang sahih, pada kereta yang dipandu Melayu yang queue bersebelahan. Dia kata pada saya orang Melayu KL sombong dan tidak bertimbang rasa!!! Saya rasa emosi mereka sungguh ketara diwaktu itu. Kerajaan kurang berkesan membendung perasaan mereka, tetapi Anwar yang bijak ambil kesempatan.

Lantas pada pilihanraya mereka larilah beramai2, mengundi mana saja parti pembangkang, termasuk PAS. Pengundi Hindu undi Parti Islam!!! Hairan? Impossible? ………tidak impossible, ia sudahpun berlaku.

Adakah ini fenomena sekali ini sahaja atau akan berterusan? UMNO better wake up. Strengthen yourself and convince Indian voters that their future is together with you………. and with you alone!!!

Untuk analisis lengkap, sila lihat artikel di bawah:‘Malaysia’s General Election 2008: a comprehensive Analysis’ dan artikel  ‘Analisis undi PKR di Semenanjung Malaysia:Implikasi kepada UMNO’

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Umum 2008 and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Post-mortem Pilihanraya: Undi Kaum India

  1. ahmad says:

    Artikel ini saya dapati sangat enlightening. Syabas dan diharap ia berguna untuk BN, terutama sekali UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s