ISU KAUM MASIH JADI PENENTU CORAK PENGUNDIAN PRU 2008-implikasi kepada UMNO

Suasana Pilihanraya Umum pada tahun ini dipenuhi dengan begitu banyak isu, termasuklah isu-isu kenaikan harga,isu rasuah, isu-isu demokrasi liberal Barat yang menyentuh soal ketelusan, soal hak asasi manuasia, Akta Keselamatan dalam negeri, kebebasan bersuara, dan kebebasan hehakiman dan tidak ketinggalan pula isu lama, isu kaum yag banyak melanda kaum India ketika itu.

Di pandang sepintas lalu sememangnya nampak sukar untuk mengenalpasti isu mana yang banyak mempengaruhi corak pengundian. Ini kerana isu yang banyak dimainkan oleh parti parti politik tidak semestinya banyak mempengaruhi pemikiran rakyat. Misalnya isu kenaikan harga nampaknya tidak sebegitu penting diketika itu kerana, kesannya kepada peti undi tidak nampak di negeri-negeri yang penduduknya berpendapatan rendah seperti di Sabah, Sarawak Trengganu,Pahang, dsb. Sebaliknya negeri2 yang berpendapatan tinggi seperti Selangor, P.Pinang dan KL yang menerima padah. Ini tidak bererti keadaan tidak berubah dimasa akan datang kerana kenaikan harga mendadak terbukti telah menjatuhkan pemerintah di negara2 lain.Oleh itu tindakan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga yang mendadak sungguh tepat. Masalah yang saya nampakialah pihak pembangkang [terutama DSAI]sungguh bijak mempermainkan isu kenaikan harga. Oleh itu pendekatan kerajaan sepatutnya merangka strategi yang berkesan untuk menangkis tohmah-tohmah dalam hal ini disamping menambah subsidi harga barangan esential jika keadaan betul2 memerlukan. Tetapi ini perlu disetimpalkan dengan program mengurangkannya berperingkat2 dalam jangka panjang bila keadaan mengizinkan, bagi mengurangkan beban negara sambil mempromosi pasaran terbuka untuk meujudkan suasana pengagihan resources negara yang lebih effisen..

Soal isu-isu demokrasi liberal barat, saya rasa ini tidak sepenting mana dimata pengundi. Ini kerana ia tidak memberi impak kepada individu. Ini hanya penting kepada parti pembangkang untuk’ paving the way for a more level playing field’. Sudah tentu parti kerajaan, sekalipun pihak pembangkang yang membentuk Kerajaan Persekutuan,akan mempertahankan peruntukan undang2 yang yang sedia ada seperti ISA, OSA, dan peraturan melantik hakim hakim. Isu ini saya rasa tidak sama impaknya kepada pelbagai kaum,ia mengikut kecenderungan sesuatu kaum itu kepada Barisan Nasional dan impaknya berubah dari pilihanraya ke pilihanraya, bergantung kepada bagaimana undang undang ini digunakan terhadap isu besar yang dihadapi sesuatu kaum itu. Misalnya ISA digunakan keatas pemimpin hindraf, memberi kesan besar kepada undi kaum India tetapi ISA dikenakan kepada anak Tok guru tidak memberi kesan kepada undi Melayu.

Isu semasa tentang kes tape V.K. Lingam mungkin orang rasa tidak memberi fa’edah dan membuang masa dan sungguh mengelirukan tentang prerogatif Perdana Menteri. Ia lebih dipandang sebagai reaksi kepada agenda pembangkang. Jauh lebih baik jika kerajaan menumpukan perhatian menyelesaikan ribuan kes tertunggak untuk rakyat biasa.

Pada pendapat saya, isu yang masih menguasai pengundi masih lagi isu kaum. Ini kerana undi Melayu yang lari dari BN hanya 10%, berbanding dengan 18% undi Cina dan 64% undi kaum India(sila rujuk analisis dan artikel di bawah bertajuk ‘Malaysia’s General Election 2008: a comprehensive Analysis’. Agak jelas pengundi Melayu,walaupun marah dengan UMNO, belum mahu meninggal BN secara besar besaran, pasti kerana mereka khuatir Kerajaan yang bertunggakkan kuasa Melayu melalui UMNO akan jatuh. Undi kaum India lari dengan tiba -tiba dan secara mendadak pasti kerana mereka rasa soal kepentingan kaum mereka terlalu lama diabaikan oleh BN. Lantas mereka mengharapkan sesuatu melalui Pakatan Rakyat.Bagi kaum Cina pula, jika Pakatan Rakyat berkuasa mereka berharap lebih menguntungkan kerana mempunyai suara lebih dalam Kerajaan. Tetapi permainan politik ini semua membawa risiko besar kepada setiap kaum dan dari segi kesetabilan politik dan sosial negara. Seperti yang kita saksikan kini, dengan menyokong Pakatan Rakyat kaum Cina Semenanjung dan kaum India telah kehilangan suara dalam Kerajaan Pusat. Ini suatu kehilangan besar bagi kaum mereka kerana hakikatnya Kerajaan Pusatlah yang memiliki bidang kuasa yang meluas yang relevan untuk setiap kaum.

Adapun perjuangan DAP Malaysian Malaysia juga berlandaskan isu kaum, walupun pada zahirnya tidak sedemikian. Ini kerana DAP didokong oleh kaum Cina dan’ to a lesser extent’ kaum India, yang menuntut layanan lebih untuk kaum mereka. Yang agak menghairankan ialah PKR, sebuah Parti diasaskan oleh seorang Pemimpin Melayu yang berpengaruh, kini menerima Malaysian Malaysia, kerana terpaksa menarik perhatian kaum Cina dan India demi untuk survival parti, walau sekalipun dengan cara mengenepikan kuasa Melayu dalam Kerajaan.

Barisan Nasional, terutamanya UMNO, perlu memperkukuhkan parti supaya mampu mempromosikan strategi yang betul dan terus menambat hati kaum Melayu/Bumiputera tanpa menyakitkan hati kaum lain. Hanya dengan cara ini ia akan berjaya meyakinkan kaum Cina dan India yang their interests are best served only by reestablishing their representation in the Government through Barisan Nasional.

Sekian, salam hormat

DAH Ikhwan

Peringatan:[Ulasan dialualukan, tetapi yang mengandung unsur fitnah, hasutan dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Umum 2008 and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to ISU KAUM MASIH JADI PENENTU CORAK PENGUNDIAN PRU 2008-implikasi kepada UMNO

  1. viknesh says:

    Saudara Ikhwan,

    Apabila meninjau blog Dr Khir Toyo, saya terserempak dengan komen yang dicatat oleh saudara, menyatakan bahawa bukan kaum Melayu yang berpaling tadah, tetapi kaum bukan-Melayu. Mungkin benar menurut, analisa PRU yang lepas.

    Tetapi mengapakah scenario sebegini timbul? Semenjak merdeka, pengundi daripada kaum India adalah antara pengundi paling setia kepada BN. Tetapi, keputusan PRU adalah hasil BN mengabaikan kebajikan kaum India. Dan saya berpendapat ini isu yang sama yang mendorong kaum bukan Melayu yang lain menolak agenda kerajaan BN yang terlalu mementingkan agenda kaum Melayu sehingga kaum lain terasa tertindas.

    Yang sebenarnya, kaum bukan Melayu tidak mempertikaikan hak istimewa orang Melayu di Malaysia. Tetapi, apabila ada pihak yang menggunakan ‘peruntukan’ sebegini untuk menindas orang bukan Melayu, sudah tentu akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mangsa.

    Saya setuju, isu perkauman masih menghantui ramai pengundi. Tetapi saya tidak setuju bahawa parti seperti PKR yang mewakili semua kaum akan menidakkan kuasa orang Melayu dalam kerajaan. Saya masih percaya BN mampu membentuk kerajaan yang baik dan adil kepada rakyat, tetapi hanya jika ia mengikut jejak PKR dan menghentikan agenda perkauman dan memperjuangkan agenda rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit.

    Vix

  2. borhan says:

    anwar dah menang kawasan permatang pauh. persoalan nye apakah pucuk pimpinan kita akan bertukar??
    blog ini membincangkan mengenai isu2 hangat
    http://www.voy.com.my/2008/08/26/anwar-menang-besar/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s