Tinjauan ke Luar Negara

Saya memohon ma’af kepada semua pelawat laman blog ini sejak dua minggu yang lepas kerana tidak dapat membaca komen komen yang ditulis dan juga kerana tidak berkesempatan menulis artikel baru seperti yang dijanjikan. Ini kerana saya dalam masa tersebut telah menunaikan umrah di tanah suci. Walaupun demikian kakitangan saya telah sempat menyalinkan semua data yang perlu kedalam komputer dalam tempoh saya disana. Ini memudahkan tugas saya untuk menganalisis keputusan pilihanraya dibeberapa buah negeri yang menarik, iaitu Kedah, Perak dan Selangor. Analisis kuantatif akan dibuat bagi mengkaji sejauhmana isu isu penempatan calon calon baru telah menyumbang kepada kekalahan BN di Kedah dan Perak dan sejauh mana pula undi bukan Melayu menentukan kemenangan kepada PKR di Selangor.

Sementara menunggu hasil kajian di atas silalah bersama saya dengan beberapa observasi yang menarik tentang sikap dan budaya orang-orang Arab ketika saya di Tanah Suci. Dengan sedikit kebolehan berbahasa Arab harian, saya dapat berkomunikasi dengan beberapa orang biasa dari pelbagai negara Arab.

Yang menarik ialah betapa seronoknya mereka yang tidak bisa berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bila bersalaman dengan orang Melayu yang beugama Islam seperti mereka. Sikap ini sungguh ketara pada mereka dari Negeri negeri seperti Mesir, Algeria, Tunisia, Yaman dan juga Iraq. Mereka menghormati Negara kita dan Pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir, Dato’ Seri Abdullah Badawi dan juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.Mereka mengkagumi kemajuan Ekonomi Malaysia dan kejayaan Malaysia menerajui Perbankan Islam tanpa riba. Ada yang sedih negara mereka ketinggalan dalam bidang ini. Mereka suka bertanya tentang negara kita dan keadaan masyarakt Islam di Negara kita, seperti berapa ramaikah orang Islam di Malaysia, dan ramaikah boleh berbahasa Arab.

Orang Saudi pada keseluruhannya lain pula sikap mereka. Mereka berperangai kasar dan agaknya sombong, kerana biasanya tidak bisa senyum dan tidak gemar bercakap cakap dengan orang lain. Mereka gemar menegur atau menengking kita hanya jika kita ada buat kesalahan disisi Agama seperti silap letak Koran, minum menguna tangan kiri, jemaah perempuan dikawasan lelaki, ambil gambar dalam masjid dan dsb. Pegawai kastam dan imigresyen pula tidak prihatin dengan para jemaah yang tiba. Tidak hairanlah selaluya kita berbaris hingga dua atau tiga jam sebelum melepasi immigresyen. Selama pengalaman saya lapan kali ke Tanah Suci, biasanya saya yang menegur mereka dalam bahasa Arab. Biasanya mereka tidak selesa dibawa bercakap cakap, mungkin mereka hanya biasa menengking sahaja. Agaknya keadaan memaksa mereka menjadi begitu untuk mengawal keadaan yang mudah menjadi kacaubilau jika terlalu berlemah lembut. Bukan mudah untuk mengawal kerenah jutaan manusia dari negara asing yang tak kurangnya dari Negara yang bergolak seperti Pakistan, Iran,Iraq, dsb. Suata hari saya melihat seorang pengawal Saudi menengking sekumpulan orang asing membaca beramai ramai apa yang agaknya amalan tarikat. Bayangkanlah apa yang akan berlaku jika amalan seperti ini berleluasa. ….mulai dengan tarikat betul….kemudian disusuli tarikat salah dan pula ajaran sesat…..kemudian gerakan politik sektarian dan pula diikuti dengan demonsttrasi. Jika berlaku, sudah tentu kita tidak berasa selamat di sana. Tetapi semasa di Mekah dan Madinah semua muslim melupai perkara yang remeh temeh itu dan hanya memberi tumpuan kepada Allah dan amal ibadat sahaja. Ini suatu contoh yan kita boleh pelajari dari budaya orang Saudi.

Sungguhpun demikian, pada keseluruhannya saya rasa orang Arab memiliki rasa pride mereka sebagai Arab. Mereka bangga berbahasa dan berpakaian Arab. Mereka bersikap keras tetapi lebih straight foward berbanding dengan orang Melayu yang bersikap lemah lembut tetapi gemar menyelindungi perasaan. Mereka suka bersedakah makanan untuk para jemaah…terlalu baik hingga kadang kala kita rasa terpaksa menerima makanan yang diberi walau tidak sesuai dengan selera kita.Hanya sekali sahaja saya dihampiri oleh orang Arab meminta sedakah, itu pun orang Pelastin. Ini sungguh berbeza dengan orang orang muda (dan berbahasa Inggeris dengan baik dan agaknya educated)dari negara India yang hanya menghampiri kita untuk menagih simpati dengan cerita cerita bohong dan sedeh, meminta sedakah.

Tentang suasana pembangunan di Saudi saya dapati tidak seimbang, malah banyak kawasan terabai dan tidak besih. Lihat sahaja Masjid2 dan jalan jalan nya tidak seperti di Malaysia. Di sana masih banyak jalan yang tidak sebaik di Malaysia dan Masjid mereka tidak cantik dan tidak bersih. Hanya Masjid Nabawi dan Masjid Al Haram sahaja yang terjaga dengan begitu elok sekali dan sentiasa bersih serta air zam zam sentiasa disediakan untuk minuman para jemaah.

Sukacita juga saya menyentuh tentang kerja kerja pembesaran Masjid al Haram yang sedang dilaksanakan. Ratusan buah hotel berhampiran telah diroboh, termasuklah Hotel Makkah dan hotel hotel tempat Jemaah Malaysia sering menginap. Keadaan  keliling Masjid al Haram kini tak ubah macam tapak pembinaan mega yang kita sering lihat di Bandaraya di Malaysia. Kita terpaksa tinggal di hotal lebih satu kilometer jauhnya, jadi berjalankaki ke Masjid setiap waktu agak meletihkan, terutama cuaca panas seperti sekarang. Jadi, kepada semua bakal Jemaah, bersedialah.

Berbalik kepada sikap para jemaah, jemaah Melayu lain pula telatah mereka. Mereka ramai tetapi lebih berdisiplin dan jarang jarang buat kerenah, serupa pelancong-pelancong Jepun di Malaysia. Disana jemaah Melayu sentiasa digemari oleh para penjual di Kedai kedai yang boleh berbahasa Melayu dan jemaah kita biasanya menduduki Hotel Hotel yang lebih baik, walaupun kini agak jauh dari Masjid. Kita harus bersyukur kerana disana Jemaah Malaysialah yang mempunyai kuasabeli yang paling tinngi, mencerminkan kemakmuran yang kita kecapi selama ini. Ini juga mencerminkan betapa besarnya golongan pendapatan sedarhana di Malaysia, mungkin menghampiri kadar yang sama dengan negara maju. Ini sungguh berbeza dengan negeri negeri miskin dan kurang maju yang sentiasa mengalami masalah demonstrasi jalanan, rusuhan dan pemberontakan seperti di Pakistan, Sri Lanka, Somalia, Sudan, Afghanistan, Filipina, Thailand dsb. Kita perlu renungi betapa bertuahnya kita di Negara ini. Ini kerana  berkat kebijaksanaan para pemimpin Negara samaada pemimpin dahulu mahupun pemimpin sekarang.

Sekian pengalaman saya,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH Ikhwan

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s