Analisis Undi PKR di Semenanjung Malaysia-Implikasi kepada UMNO

Dalam Pilihanraya tahun ini PKR, tanpa diduga, telah menempa kejayaan luarbiasa. Dalam persaingan kursi DUN, ia telah memperolehi sejumlah 40 kerusi yang mana 15 di Selangor, 9 di Pulau Pinang, 7 di Perak dan selebihnya di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan. Saya pasti ramai ingin nak tahu golongan manakah yang ramai mengundi PKR, dan setakat mana. Mengapakah mereka mengundi PKR, dan apakah sokongan pengundi ini berupa sekali peristiwa sahaja atau sebaliknya akan berkekalan dalam tempoh beberapa pilihanraya yang akan datang.

Saya telah membuat analisis multiple regression pada data di Selangor dan data di Semenanjung Malaysia. Hasil analisis bagi kawasan Selangor kurang memuaskan oleh sebab sample size yang tidak cukup besar dan kurang mencerminkan suasana di seluruh negeri.Jadi saya buat kajian yang menggunakan data yang lebih meluas mewakili lima buah negeri yang ditandingi PKR.

Mengikut kajian dan anilisis ini, PKR telah berjaya menambahkan sokongan di negeri negeri tersebut, terutama sekali di negeri Selangor. Ini tidaklah diluar jangkaan memandangkan disinilah [ termasuk di kawasan Kuala Lumpur] suasana politik yang paling bergolak disekitar pilihanraya sehingga kini. Disinilah berlakunya demonstrasi besar besaran dan kempen pilihanraya yang paling hebat.

Sungguhpun demikian, reaksi pengundi dan sokongan mereka kepada PKR sebenarnya tidak sama; ia berbeza mengikut undi setiap kaum. Dalam kawasan kawasan yang ditandingi oleh PKR, sokongan yang padu telah diterima daripada kaum India dan Cina dan sokongan yang terhad dari kaum Melayu. Mengikut analisis kita sebanyak 98% undi kaum India telah di beri kepada calon calon PKR, manakala undi Cina 73% dan undi Melayu 42.8% sahaja. Sungguh jelas disini isu Hindraf memainkan peranan utama sehingga berjaya mengalihkan sokongan dari kaum India secara total kepada parti PKR dan parti parti rakan mereka dikawasan kawasan ini. Ini berlaku sungguhpun undi kaum India merupakan undi yang paling setia kepada Barisan Nasional pada pilihanraya 2004 dan sebelumnya, iaitu 72% dari kaum tersebut, berbanding dengan hanya 62% dari kaum Melayu.

Saya yakin pengundi India bukan bersifat perkauman dengan ertikata benci kepada kaum Melayu sewaktu berbuat sedimikian. Ia hanya suatu manifestasi kehampaan yang mendalam terhadap nasib kaum mereka yang pada kacamata mereka tidak cukup terbela sejak berdekad dekad yang lalu. Samaada pandangan mereka itu mempunyai asas yang kukuh atau hanya persepsi mereka sahaja, saya tidak akan membincangkan perkara ini, tetapi apa yang jelas, parti pembangkang telah berjaya memainkan isu ini untuk kepentingan parti parti mereka, dan sebaliknya Barisan Nasional telah gagal menghadapi cabaran ini dengan memuaskan.

Tetapi keputusan pilihanraya terbukti tidak memihak kepada kaum India walaupun dengan langkah drastik mereka. Kini mereka telah hilang suara MIC yang biasa membela mereka dalam kerajaan, lebih menyedihkan suara mereka akan pasti tenggelam didalam DAP dan PKR yang bukan dikuasai oleh kaum mereka. Tambahan pula DAP dan PKR tidak mampu membantu sesuatu kaum kerana ini adalah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Ini sesuatu yang mereka seharusnya renungkan sedalam dalamnya demi untuk masa depan kaum mereka.

Bagi UMNO, ambillah keadaan ini sebagai suatu iktibar sebab dengan terhakisnya sokongan dari kaum lain, BN masih lagi dapat membentuk kerajaan, tetapi kerajaan yang didirikan tidaklah setabil seperti dahulu dan terdedah kepada tekanan politik berbagai pihak di dalam ataupun diluar kerajaan. Malah ia boleh dijatuhkan jika gagal membuat pertimbangan yang betul.

Jika undi kaum India telah pindah kepada PKR secara total, undi kaum Cina juga ikut pindah, walaupun pada kadar kurang sedikit, iaitu 73%. Memandangkan Undi kaum India lari kerana isu kaum, pada fikiran saya undi kaum Cina lari sebahagian besarnya juga kerana isu yang sama. Bagi kaum Cina sememangnya undi mereka tidak stabil, adakalanya memihak kepada Barisan Nasional dan adakala sebaliknya. Mereka mengundi Barisan Nasional dikala mereka yakin yang itulah terbaik untuk kaum mereka dan sebaliknya mengundi pembangkang sebagai protest vote atau kerana percaya yang Pakatan Rakyat mampu mendirikan sebuah Kerajaan baru dengan suara yang lebih untuk kaum mereka.

Yang menghairankan, mengapa pula undi Melayu agak banyak berpindah ke PKR, terutama di Selangor . Ini berlaku sungguhpun PKR tidak menjanjikan apa apa yang lebih istimewa, sebaliknya begitu kritkal terhadap hak hak istimewa  Melayu/Bumiputera, sehingga sanggup menghapuskan Dasar Ekoomi Baru !!!. Agak jelas, dasar politik PKR membahayakan kedudukan Bangsa Melayu, dan keadaan ini sepatutnya mengekalkan undi Melayu kedalam Barisan Nasional.

Nampaknya, perhatian pengundi Melayu, terutama di Selangor, sedikit sebanyak terpesong kearah  isu isu lain di mainkan oleh pembangkang, seperti kenaikan harga barang, korupsi, isu kehakiman, peningkatan kadar jenayah dsb.

Sungguhpun demikian daya tarikan PKR terhadap pengundi pengundi Melayu dan Bumiputera lain adalah terhad kerana ia hanya dapat purata undi 42.8% sahaja dari kaum Melayu didalam kawasan yang mereka tandingi.

Perlu juga dinyatakan, sungguhpun undi Melayu untuk BN hanya pada kadar 52%, tetapi calon calon UMNO telah berjaya memperolehi lebih daripada 54% undi Melayu di kawasan kawasan yang ditandinginya, berbanding dengan 42.8% oleh PKR.

Dari segi kiraan undi pula   UMNO memperolehi kira kira 1.73 juta undi kaum Melayu dalam 110 kawasan Parlimen  manakala PKR  hanya memperolehi kira kira 700,000 undi kaum Melayu dari 68 kawasan Parlimen yang ditandingi masing masingnya di Semenanjung. Yang membolehkan PKR memenangi 40 kerusi  dewan undangan negeri dan 31 kerusi Parlimen ialah sokongan padu yang ia perolehi dari kaum India dan Cina.

Jadi, pilihanraya kali ini tidak menampakkan sebarang fundamental shift dalam arah undi kaum Melayu.

Penemuan kajian(research finding)di atas menunjukkan bahawa undi Melayu, sungguhpun dipengaruhi oleh kempen pembangkang yang memainkan isu semasa, namun Melayu pada amnya masih setia kepada UMNO. Yang lari secara mendadak ialah undi kaum India dan kaum China. Undi diatas pagar, sebahagiannya undi Melayu, juga mudah berubah, tetapi arusnya agaknya ujud lebih diantara UMNO dan PAS(tertakluk kepada kajian lanjut).

Hasil kajian ini mengesahkan yang corak pengundian dalam pilihanraya tahun ini masih di tentukan oleh isu kaum. Ini petanda baik untuk UMNO dan justeru menentukan UMNO tetap relevan dalam arena politik nasional dimasa hadapan dengan cara terus berpegang teguh kepada prinsip asal yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Bumiputera dengan kerjasama dan sokongan kaum India dan juga kaum Cina.

___________________________

Untuk faedah mereka yang mahir dengan analisis multiple regression saya perturunkan model yang dihasil menggunakan data bagi negeri negeri yang ditandingi oleh parti PKR seperti berikut:

PKR=           -1482.02+0.4285Mal+0.7317Ch+0.9801Ind

T Value                           13.2            13.4         12.6

R2=0.92

Sample size =69

where PKR=votes obtained by PKR, Mal=Malay votes, Ch=Chinese votes, Ind=Indian votes.

Extremely high R2 and T values indicate high level of reliability of the equation as well as a high level of significance of the independent variables.

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

;Note:While I do not claim full accuracy, I am confident that this is a close estimate to the actual results.

Komen dialu alukan, tetapi yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan kata kata kesat tidak akan disiarkan

Copyright reserved. This article and the Model equation above may be quoted or reproduced, but due credit must be given to the original author DAH Ikhwan.

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Umum 2008 and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Analisis Undi PKR di Semenanjung Malaysia-Implikasi kepada UMNO

  1. PKR JE says:

    Salam buat semua
    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada yang menang pilihanraya yg lalu samada BN, PAS, PKR dan DAP. Kajian yg dibuat banyak benarnya. Saya menyokong bahawa undi kaum India dan cina banyak telah berubah. Tapi yang menjadi masalahnya ketika ini adalah janji PKR khasnya yang akan menjadikan rakyat kesamarataan dikalangan kaum. Bagaimana pendirian PAS dalam pakatan rakyat? Perjuangan yg kini telah mula terpesong daripada perjuangan asal. Bagaimana pula dgn ahli2 mereka yang mula kepanasan dengan tindak tanduk pemimpin atasan mereka. Tidak mustahil keputusan akan berubah lagi diPRU 13 nanti apabila senario kaum dimainkan nanti. Waspada dengan cara ini. Semoga Malaysia Makmur.

  2. alexander says:

    salam.
    analisis ini banyak betul. tapi, saya ingin menjelas banyak cina bukannya terpedaya oleh isu-isu sensitive pada masa GE12. tapi ini ada disebabkan banyak daripada kami telah melihat dari lama lagi. 50 tahun negara ini merdeka, tapi apakah pencapaian yang dapat kami lihat? korea selatan satu masa dahulu, lagi mundur daripada negara kita. tapi masa sekarang? negara mereka mampu mencapai negara maju, negara kami?
    untuk tambahan, saya kaum cina di selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s