Debat Harga Minyak Anwar-Shabery:Suatu Ulasan

Peringatan:[Ulasan dialualukan, tetapi yang mengandung unsur fitnah, hasutan dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]

Beberapa hari yang lepas kita telah menyaksikan debat perdana diantara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato’Shabery Cheek di telivisyen. Siaran ini pasti telah mendapat sambutan yang hebat dari penonton, dan saya pasti ianya telah mendapat rating yang tinggi dari segi jumlah penonton yang menyaksikannya. DiMalaysia munkin jumlah penonton yang menyaksikan perdebatan ini mengatasi bilangan penonton yang menyaksikan pertandingan akhir EURO 2008!!!

Sewaktu siaran ini mula di war warkan pasti, ramai yang belum kenal Dato’ Shabery Cheek, meskipun beliau sudah memegang Jawatan Menteri Penerangan sejak kerajaan dibentuk selepas pilihanraya baru baru ini. Saya sendiri belum mengenali beliau ketika itu, adakah beliau ini muda atau tua orangnya, tinggi atau rendah, handsome atau sebaliknya, dan yang penting sekali adakah beliau dapat berdebat dengan Dato Sri Anwar Ibrahim, RAJA DEBAT Malaysia yang terkenal di sini malah di luar negara.

Sebagai seorang pemerhati bebas, saya rasa nervous juga, khuatir kalau kalau Shabery gugup ketika berhadapan dengan Anwar. Jika ini berlaku, ianya sungguh memalukan Kerajaan. Dari kalangan parti pembangkang, sudah pasti ramai yang berharap beliau gugup atau panic ketika diatas pentas. Dikalangan pesaing beliau dalam UMNO, mungkin ada yang tidak senang jika beliau berjaya sangat diatas pentas debat kerana ini pasti akan menjejaskan peluang calon lawan dalam pemilihan UMNO nanti.

Dato’Shabery diketengahkan memang tepat, sebab beliau orang baru sukar bagi Anwar mengeksploitasi kelemahan personality nya sekiranya ada. Kita semua sedia maklum bagaimana Anwar jadikan personality Najib sasaran utama sejak pilihanraya sehingga kini. Ramai yang percaya akan segala sindiran dan hujah beliau . Bagi saya, tak elok tuduh orang. Dosa besar jika memfitnah sesama manusia. Allah pasti balas.

Anwar seperti dijangka memenangi debat itu. Mana mungkin sekarang ini Shabery mengatasi beliau. Kawan kawan saya yang bukan penyokong Anwar pun sebulat suara berkata Anwar yang menang.Ada yang marah Shabery bercakap tiada ‘substance’ ada pula yang kata Shabery ‘hitting below the belt‘. Anwar juga berbuat demikian tetapi orang tidak nampak.

Hujah ini sedikit sebanyak ada asasnya, sebab Shabery kurang bagi huraian dengan contoh yang mudah difahami rakyat biasa seperti dibuat Anwar. Ada kalanya beliau menyimpang dari soalan yang diajukan, mungkin sebab masa yang begitu terhad. Walaubagaimanapun , ianya teruja apabila Shabery imbas kembali gerak laku dan prestasi Anwar sebelum menyertai Kerajaan, sewaktu dalam kerajaan dan selepas terkeluar dari kerajaan. Sekurang kurangnya ini memperingatkan kita Anwar seorang yang sukar difahami dan pandai berhujah dalam meyakin sesaorang.Kadang kadang kita tertanya tanya mengapa hari ini dia cakap lain semalam dia cakap lain.

Misalnya sebelum pilihanraya beliau mencadang menurunkan harga petrol kebawah RM1.92 seliter, tetapi sekarang dia hanya mencadangkan harga RM2.20 seliter iaitu di atas paras asal RM1.92 seliter. Mungkinkah ini hanya langkah awal seperti beliau dakwa, atau hanya kini beliau sedar penurunan dibawah RM1.92 diluar kemampuan negara tanpa menjerut PETRONAS atau kewangan negara.

Anwar telah menggunakan pentas debat ini memukau “charm offensive” rakyat jelata. Beliau nampak very cool walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah politik dan peribadi. Hujah beliau mudah di fahami rakyat biasa, ekpresi muka beliau menampakkan sikap keperihatinan kepada nasib rakyat. Seolah olah kerajaan pula yang tidak perihatin dan tidak mengambil apa-apa tindakan membela nasib raayat.

Sebagai seorang yang memahami isu ini , hujah Anwar telah mengelirukan. Beliau mencadang menurunkan harga minyak petrol daripada RM2.70 kepada RM2.20 seliter. Jika dikira rebat yang kerajaan berikan kepada pemilik kenderaan , harga bersih/sebenar sekarang hanyalah RM2.37 seliter dan bukannya RM2.70.

CONTOH

*Bagi rakyat berpendapatan sederhana, memiliki kereta sederhana besar seperti Proton Gen 2, katakanlah belanja petrolnya sebelum kenaikan harga purata – RM 300.00 sebulan(bersamaan dengan 156 liter sebulan).

*Jadi, pengunaan petrol baginya setahun ialah (156×12) atau 1872 liter berjumlah RM(1872×2.70) atau RM 5054.00

* Selepas kenaikan harga. Selepas tolak rebate RM625.00 setahun, harga bersih baginya ialah RM(5054-625) iaitu RM 4430 setahun atau RM(4430/1872)seliter iaitu RM2.37 seliter.

*Bagi yang memiliki perodua kancil atau kelisa kerita yang kurang menggunakan petrol sudah pasti harga bersih baginya kurang daripada RM 2.37 seliter.

Jadi, cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak RM 0.50 sen seliter ternyata tidak banyak bezanya dari apa yang kerajaan telah berikan kepada setiap rakyat yang mempunyai kenderaan, beza harga sebenarnya adalah kecil iaitu 17 sen seliter sahaja . Patutkah huruharakan negara dan tumbangkan kerajaan sebab perkara sekecil ini ?.

Satu lagi perkara yang sepatutnya Shabery sentuhkan ialah bebanan atau impak sebenar kepada pengguna petrol di Malaysia berbanding negara lain. Ini telah saya sentuhkan dengan panjang lebar dalam artikel saya terdahulu bertajuk ‘isu kenaikan harga minyak dan PETRONAS’ yang menunjukkan impak sebenar di negara kita jauh kurang membebankan berbanding dengan di Indonesia, Thailand dan hampir semua negara membangun. Bagi negeri maju seperti Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat bebanan sebenar bagi rakyat mereka adalah rendah berbanding di Malaysia kerana pendapatan rakyat yang tinggi. Disana kerajaan merkea tidak memberi satu sen pun subsidi untuk penggunaan petrol.

Anwar juga bijak mematahkan fakta. Dikala Shabery berhujah memberi contoh negara Norway dan beberapa negara maju yang lain dimana kita harus mengambil iktibar kerana untuk mencapai negara maju kita tidak boleh mengamalkan budaya subsidi berterusan, Anwar mencelah sambil menunjukkan ekspressi keperhatinan kepada bebanan rakyat, seolah olah kerajaan tidak perihatin. Padahal Kerajaan Persekutuan sememangnya menyediakan peruntukan yang besar untuk subsidi atau dalam kata lain belanja untuk raayat . Dalam tahun 2008, jumlah subsidi melebihi RM 50 bil untuk semua sector seperti minyak, gas asli , pelajaran, kesihatan, makanan, pertanian dan lain lain .Jumlah ini diperuntukan bagi memacu ekonomi negara, sosio ekonomi , kesejahteraan dan masa depan rakyat. Jadi dari jumlah, apalah sangat jumlah RM 3 bil yang dipinta oleh Anwar jika dibandingkan dengan RM 50 bil yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Dari jumlah ini pula untuk subsidi minyak sahaja berjumlah RM 15.5 bil. Kerajaan mampu laksanakan ini kerana sumbangan dan dasar pembangunan industri minyak negara yang baik dan kecemerlangan PETRONAS sebagai agensi Kerajaan Persekutuan.

Anwar tidak boleh nafikan usaha Kerajaan Malaysia yang mengamalkan dasar membela rakyat yang seolah olah beliau sahaja championkan. Bezanya ialah Kerajaan Pak Lah mulai sedar perlunya negara berubah dengan mengurangkan mentality subsidi rakyat berperingkat peringkat. Pendekatan ini perlu bagi meningkatkan kecekapan “efficiency “ dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara jika kita bersungguh sungguh ingin mencapai WAWASAN 2020. Setiap kejayaan memerlukan perjuangan dan pengorbanan yang menguji dayatahan rakyat. Semua bangsa berjiwa besar memiliki dayatahan yang tinggi. Samasamalah kita berdo’a semoga Bangsa Malaysia juga memilikinya.

Pada keseluruhannya, Shabery Cheek berjaya mempertahankan kedudukan kerajaan. Beliau masih muda, jujur , ikhlas dan segar di pentas debat seperti seorang juara debat peringkat kebangsaan. Kita harus hormati keberaniannya mempertaruhkan reputasi dan masa hadapan politiknya dengan berhadapan dengan Anwar. Sungguhpun ada poll yang menunjukkan Shabery kalah teruk, saya yakin tidaklah seteruk mana, kerana poll poll ini dibuat oleh website website yang belum dipastikan kredibilitinya. Banyak juga komen komen dalam blog yang ekstreme dan menunjukkan kebencian pada Shabery, sudah pasti ia di tulis oleh penyokong hardcore Anwar. Pada rakyat Malaysia, saya yakin mereka faham atau akan faham setelah memahami isu sebenarnya. Setiap kejayaan sesebuah negara memerlukan kesabaran, ketabahan dan pengorbanan dalam menghadapi isu besar pada hari ini.

Syabas Shabery, semoga Yang Berhormat akan terus berjaya.

Semoga negara kita sentiasa di berkati Allah.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Debat Harga Minyak Anwar-Shabery:Suatu Ulasan

  1. DAH IKHWAN says:

    Saya memohon maaf kepada beberapa pengunjung termasuk saudara ‘Org Serai’yang meninggalkan komen tak dapat saya siarkan kerana mengandungi kata kata kesat.
    Sila halusi komen komen anda supaya sesuai disiarkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s