Apakah mungkin Anwar Membentuk Kerajaan? Suatu Ulasan


Anwar telah memilih tarikh September 16 sebagai tarikh beliau mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Ramai rakyat Malaysia tertunggu tunggu apakah ia menjadi kenyataan, tetapi hakikatnya ianya tidak menjadi dan beliau sebaliknya hanya mengulang dakwaan memiliki senarai 30 ahli parlimen BN melompat ke Pakatan Rakyat. Tarikh tersebut ternyata suatu anti climax, dan menjadi bahan ketawa dalam sms dan percakapan orangramai.

Menjadi tanda tanya sekarang ialah mengapa Anwar gagal menghebahkan senarai itu, sungguhpun berulang kali diminta demikian oleh Perdana Menteri dan pihak akhbar. Bagi saya hanya terdapat beberapa sebab Anwar berbuat demikian, mungkin salah satu daripada sebeb sebab di bawah:

Pertama,Beliau sendiri tidak pasti yang mereka disenaraikan betul betul akan mengotakan janji mereka dan tidak menafikannya di sa’at penghebahan dibuat;

Kedua, senarai itu hampir kesemuanya terdiri daripada ahli parlimen bukan Melayu yang mana ajenda Anwar boleh didigunapakai oleh bukan Islam/bukan Bumiputera dalam menawan kuasa politik sedia ada di Malaysia;

Ketiga senarai itu tidak wujud seperti di bayangkan oleh Anwar, yakni tidak mencapai 30 orang yang betul betul telah mengesahkan sokongan mereka kepada Anwar.

Keempat, mereka yang tersenarai mungkin takut dimana pengumuman ini akan mendedahkan mereka kepada tindakan kerajaan, sekiranya tindakan mereka gagal, termasuklah dikenakan pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Rasuah jika ada bukti rasuah sebagai habuan melompat parti.

Dakwaan Anwar boleh meyakinkan rakyat jika beliau dapat mengkhebahkan senarai itu serta dengan pengesahan oleh setiap ahli Parlimen berkenaan untuk menumbangkan kerajaan . Itupun belum cukup lagi kerana tidak boleh diandaikan semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyokong undi tidak percaya keatas Perdana Menteri. Ada kemungkinan ahli Parlimen Pas tidak menyertai Anwar jika Melayu/Islam menjadi minoriti dalam Kerajaan Pakatan.

Oleh yang demikian itu, tempat yang sah bagi menyatakan pendirian setiap ahli Parlimen ialah dengan mengambil undi tidak pecaya terhadap Perdana Menteri didalam persidangan Parlimen seperti di peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi saya, tarikh tarikh ultimatum Anwar kepada Pak Lah iaitu 16 atau 23 September, nampaknya hanyalah untuk menarik perhatian umum disamping mengekalkan semangat penyokong beliau. Saya yakin Anwar sendiri pasti arif tarikh tarikh ini mustahil di laksanakan atas sebab had perundangan dan peraturan Parlimen.

Pada saya, permohonan Anwar kepada Pak Lah untuk membuka sidang Khas Parlimen pada 23 September untuk menumbang beliau nampak sungguh aneh, lagipun beliau boleh menunggu sidang berbuka dalam bulan Oktober.

Hakikatnya, Anwar tidak akan berupaya menumbang Kerajaan Barisan Nasional kerana beberapa perkara asas seperti berikut:-

Pertama, Beliau tidak mungkin dapat menarik cukup ramai MP Melayu/Islam untuk menyertai beliau. Pada ketika ini Pakatan Rakyat memiliki 43 ahli parlimen Melayu dan 39 bukan Melayu, jadi jika betul terdapat 30 orang MP dari Barisan Nasional yang melompat Parti, komposisi Pakatan Rakyat akan di kuasai oleh bukan Melayu/bukan Islam. Dalam keadaan demikian Parti Pas dalam pakatan akan menjadi rakan kecil sahaja.

Dalam keadaan demikian, jika Pas terus berada dalam Pakatan Rakyat, ia melakukan kesilapan strategic strategic mistake dan akan menyimpang daripada landasan perjuang. Perlu diingatkan setiap parti politik tidak mampu bertahan dalam pilihanraya jika pada persepsi pengundi telah menyimpang daripada landasan perjuangannya.

Pendirian Pas dalam soal ini terbayang melalui komen komen Tok Guru Hadi Awang, Presiden Pas menyatakan Pas hanya menyertai Kerajaan yang berlandaskan Islam.

Menerusi kajian ke atas data keputusan pilihanraya yang lepas, UMNO memiliki sokongan pengundi setia yang kukuh. Ini memastikan wakil rakyat umno tidak mungkin melompat parti. Jika ini berlaku, beliau sudah pasti akan hilang kerusinya dalam pilihanraya tergempar jika diadakan.( sila lihat artikel Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetian Ahli Parlimen dan Pengundi). Disamping UMNO, Parti Pesaka Bumiputera, sebuah parti yang didokong Melayu/Islam Sarawak, dengan ahli Parlimen seramai 14 orang, juga memiliki sejarah kesetiaan pengundi yang tidak mudah diganggu gugat. Pernah berlaku dua kali dalam sejarah parti tersebut di ancam parti serpihan, tetapi PBB masih tetap kukuh hingga sekarang dan parti serpihan terus tenggelam. Sebagai sebuah parti dari luar, PKR pasti tidak dapat menyaingi PBB di Sarawak.

Kedua, bagi mengelak senario Pertama di atas, parti MCA dan pengundi Cina tidak akan terdorong meninggal Barisan Nasional. Jika mereka berbuat demikian, kaum Cina akan terdedah kepada risiko yang sangat tinggi ketika berada di luar kerajaan yang hanya di sertai Melayu dan Bumiputera. Keadaan ini mungkin menggalak kumpulan Melayu Ultra dalam UMNO memberi tekanan baru yang boleh menjejaskan kedudukan kaum Cina dalam beberapa bidang yang sensitif. Walaupun demikian, tetap ada kemungkinan ahli parlimen bukan Bumiputera/bukan Islam melompat ke Pakatan Rakyat secara individu.

Ketiga, tidak bijak bagi MCA Gerakan atau MIC menyertai Pakatan Rakyat kerana tindakan demikian samalah seperti menyerah semua kerusi yang hilang dalam pilihanraya lepas kepada PKR atau DAP selama lamanya. Ini kerana persefahaman yang perlu wujud antara parti yang bersekutu tidak menempatkan calon di kerusi yang dimiliki parti rakan.

KESIMPULAN

Berasas kepada senario di atas, saya yakin jika Anwar betul betul memiliki senarai 30 ahli BN seperti beliau dakwa, kerajaan yang bakal dibentuk akan mempunyai majoriti bukan Melayu/bukan Islam. Jika Parti Pas memutus meninggalkan Pakatan Rakyat, matlamat Anwar menjadi Perdana Menteri akan gagal.

Jika sebaliknya Pas kekal dalam Pakatan Rakyat, saya yakin Pak Lak akan menasihati YDP Agong membubar Parlimen dan menyerahkan mandat kepada rakyat dalam Pilihanraya tergempar.

Dalam hal yang demikian, undi Melayu akan menjadi kuasa penentu. Umum mengetahui yang Parti Pas dan UMNO memiliki akar umbi yang kukuh dalam masyarakat Melayu. Parti mana yang terus disokong oleh Pengundi Melayu bergantung kepada persepsi mereka. Pasti rakyat akan menghukum parti yang menyimpang daripada landasan perjuangan asal.

Sekian, wallahu ‘alam

DAH IKHWAN

This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s