Pertembungan Dua Prinsip dalam Parti Pas: Suatu Analisis

[ Artikel ini telah ditulis pada akhir tahun 2008, ketika perselisihan pendapat dalam PAS  mulai menimbulkan keresahan dalam parti tersebut.  Kini setelah kira kira 3 tahun  berlalu,  apa yang telah berlaku telah menepati ramalan kita dalam artikel ini]

Suasana politik UMNO mulai reda dengan terpilihnya Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti. Dengan kehebatan Najib merangkul pencalonan Presiden dari hampir semua bahagian , sudah pasti Najib akan ditabal menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri sejurus selepas Perhimpunan Agong parti dalam masa empat bulan lagi. Politik negara juga diharap menjadi lebih setabil di bawah seorang Perdana Menteri yang lebih tegas lagi bijaksana.

Kini, mari kita meninjau suasana dalam sebuah lagi parti politik Melayu/Islam, ia itu Parti PAS. PAS telah menampakkan penampilan yang teguh dan berdisiplin dimata rakyat sepanjang pergolakan politik negara baru baru ini. Sejauh mana tanggapan umum ini tepat, marilah kita sama sama menilaikannya.

Semasa membuat penyelidikan tentang Parti PAS, saya menggunakan seberapa banyak sumber yang boleh. Ini termasuk akhbar saluran perdana, akhbar politik, sumber daripada internet dan juga pendapat beberapa kenalan peribadi. Saya berharap dapat memberi gambaran jelas dan objektif tentang sebuah daripada parti politik Islam/Melayu yang tertua, dengan persepsi umum yang kukuh dan berdisplin dalam arena politik Malaysia.

Saya dapati suatu kajian kedudukan Parti Pas kini amat menarik, kerana ia didokong sebilangan besar masyarakat Melayu secara konsistan sejak merdeka lagi. Kini ia memiliki 23 kerusi Parlimen dan menguasai dua buah negeri disemenanjung disamping beberapa kerusi DUN di Perak, Selangor dan Trengganu. Malah dalam Dewan Undangan Negeri, PAS memiliki sejumlah 83 buah kerusi berbanding dengan PKR dengan hanya 40 kerusi sahaja. Maka, tidak hairanlah jika Parti PAS menjadi begitu penting kepada Pakatan Rakyat, disamping, sebaliknya berpotensi juga menjadi rakan kongsi dalam kerajaan Barisan Nasional.

Kedudukan istimewa ini bukan sahaja memberi kelebihan kepada PAS sebagai salah satu kuasa penentu politik Malaysia, tetapi ia juga mengundang masalah dalaman pada parti tersebut. Baru baru ini soal muzakarah atau muqabalah dengan UMNO wujud kerana itu. Malah kegagalan Anwar Ibrahim menbentuk kerajaan baru mungkin sedikit sebanyak kerana pendirian tegas PAS menghendaki kepastian kedukdukan Islam dalam kerajaan Pakatan Rakyat jika ia ditubuhkan.

Bagaimanapun pendirian rasmi PAS nampaknya tidak disenangi semua. Malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri menampakkan sikap yang berbeza dari pendirian Presiden PAS. Kini nampak semakin jelas pertembungan prinsip(bagi mereka perbezaan pendapat)dikalangan pemimpin pemimpin PAS. Di satu pihak Presiden Parti, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan majlis ulama yang berpegang teguh dengan prinsip asal PAS yang berpandukan al Quran dan Hadis dan di pihak yang lain pula ialah pemimpin seperti Husam Musa dan rakan rakan yang condong kepada Pakatan Rakyat, tetapi berselindung dibawah payung Tuan Guru Nik Aziz. Pihak pertama menitik berat soal mempastikan kedudukan Islam dalam pentadbiran negara, sementara kumpulan Husam mengambil sikap lebih pragmatik demi untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan apa cara atau bentuk sekalipun. Kumpulan Husam ini  menampakkan hubungan agak  istimewa dengan Pemimpin PKR, Anwar Ibrahim.

Agak sukar menilai kumpulan mana yang lebih berpengaruh didalam parti. Jika kumpulan pro Anwar hanya dipimpin oleh Husam Musa, sudah pasti pengaruhnya terhad. Ini kerana menurut blog Anti Husam bahawa sebilangan besar pemimpin PAS Kelantan dan wakil rakyat PAS Kelantan tidak menyenangi atau memihak kepada beliau. Bagaimanapun, Husam sungguh arif perkara ini; oleh itu beliau banyak mengorak langkah secara berselindung di belakangTuan Guru Nik Aziz. Kedudukan Tuan Guru Nik Aziz pula, tidaklah begitu jelas dan beliau masih di hormati oleh ahli dan pemimpin yang lain. Begitu juga Tuan Haji Hadi Awang yang tetap popular di kalangan ahli dan para pemimpin PAS, terutama dikalangan para ulama.

Bagaimanapun, tindak tanduk kumpulan Husam(dikenali juga sebagai kumpulan Erdogan) agak jelas. Mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan agenda Pakatan Rakyat di dalam Pas, menentang usaha bermuzakarah dengan UMNO dan sungguh yakin dengan rancangan 16 September Anwar, sehingga menimbulkan pertembungan prinsip diantara Tuan Guru Nik Aziz disatu pihak dan Tuan Guru Hadi Awang dan Y.B. Mustapha Ali di pihak yang lain.

Di lihat dari sudut penguasaan jentera parti nampaknya Kumpulan Husam memiliki beberapa kelebihan. Husam mempunyai pengaruh besar keatas akhbar Harakah dan Harakah Daily. Tidaklah hairanlah organ organ ini banyak memaparkan agenda Pakatan Rakyat dan kurang memberi liputan kenyataan daripada Tuan Haji Hadi Awang, Presiden Parti dan Majlis Ulama.

Beberapa blog juga nampaknya menyokong  kumpulan Erdogan ini, termasuklah Kickdefella yang mulai terkenal baru baru ini.

Disamping itu Husam juga memegang jawatan penting dalam kerajaan Kelantan dan mampu menggunakan kedudukan beliau  dengan berkesan untuk mempromosi agenda Pakatan Rakyat dalam parti Pas.

Keadaan seperti diatas bukanlah diluar jangkaan, kerana Pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sememangnya seorang berpengaruh dan master strategist yang mampu mengubah suasana politik sehingga memihak kepada beliau. Ini kita telah lihat sewaktu beliau dalam UMNO; Anwar amat cepat mara dalam UMNO meskipun tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO yang lebih kanan. Pun demikian, beliau berjaya menumbang Tun Ghafar Baba, Timbalan Presiden UMNO diketika itu. Hanya kepintaran dan ketegasan Tun Mahathir sahaja mampu menyekat kemaraan Anwar, itupun mungkin selepas Tun menyedari kedudukan beliau sendiri turut tergugat. Itupun akibatnya UMNO terpaksa berhadapan dengan situasi genting selama 10 tahun sehingga sekarang.

Dari segi sokongan untuk Husam, nama seperti Dr. Hatta Ramli(Bendahari Pas), Dr. Zulkifli Ahmad(Pengarah Pusat Penyelidikan Pas) dan juga beberapa orang pemimpin yang belum begitu jelas, telah disebut sebagai pengikut setia beliau. Perlu juga diingatkan ada pemimpin lain seperti Kamaruddin Jaafar adalah rakan rapat Anwar dari awal lagi.

Nama nama diatas tidaklah begitu impressif, tetapi kedudukan mereka menguasai organ organ rasmi Pas dan kedudukan mereka menguasai kewangan parti mungkin mampu merobah suasana dalam jangka masa tiga atau lima tahun yang akan datang. Ini agak pasti kerana ada beberapa pemimpin lain yang disebut sebut boleh condong kepada kumpulan mereka.

Jika ramalan diatas menjadi kenyataan, sekiranya kumpulan Husam menguasai PAS, sudah pasti PAS akan meninggalkan prinsip asal mereka dan akan lebih komited dengan agenda Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan daripada Barisan Nasional. Sama ada suasana baru ini, jika terlaksana, mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional, perlu kepimpinan Barisan Nasional renungi.

Juga, bagi PAS samaada perubahan prinsip akan dapat diterima oleh ahli dan pengundi mereka, mereka juga perlu renungi. Selama ini, sebahagian masyarakat Melayu setia kepada PAS kerana prinsip Islam dan kemelayuan yang dianutinya. Apakah mereka terus setia? Ini memerlukan suatu kajian khas seperti yang telah di buat untuk UMNO(sila rujuk artikel Analisis Undi UMNO dalam Pilihanraya 2008: Kajian Kesetiaan Ahli Parlimen dan Pengundi). Insya Allah suatu kajian khas akan dibuat untuk PAS.

Sekian, wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Artikel Politik and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pertembungan Dua Prinsip dalam Parti Pas: Suatu Analisis

  1. Pingback: Nik Aziz dan Muktamar Agung Khas PAS « DAH IKHWAN Weblog

  2. Pingback: Mungkinkah Kekuatan Politik Yang Menurun Mendorong Kerjasama Pas – Umno « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s