Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu

Kemenangan Calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil semalam(PRK 2009) bukanlah di luar jangkaan. Tetapi ia tidak juga boleh dianggap sebagai  suatu tanda yang  gelombang perubahan memihak kepada Pakatan Rakyat. Tanggapan ini nampak agak jelas melalui analisis  perbandingan keputusan PRK 2009  ini dengan  keputusan PRU 2008.

Di bawah saya perturunkan perbandingan keputusan Pilihan Raya di Kuala Trengganu  yang dimaksudkan di atas:

Jadual 1

Calon                                        PRK 2009                PRU 2008

BN                                                30,252                    32562

PAS                                              32,883                   31,934

Bebas                                                 193                         685

Undi Rosak                                     665                        931

Jumlah Undi dikira               63,993                   66,112

Jumlah Undi  Berdaftar       80,229                  80,325

Peratusan mengundi            79.76%                  82.45%

Dalam PRU 12 Calon BN, Allahyarham  Datuk Razali Ismail, adalah penyandang kerusi yang popular. Beliau telah memenangi kawasan Parlimen, atas faktor calon, walaupun jumlah undi dalam empat kawasan DUN dalam kawasan Parlimen ini memihak kepada Pas seperti ternyata dibawah:

Jadual 2

Calon  DUN                          PRU 12 (82.45%)             PRU12(79.76%)

BN                                           31,486                                  30,458

Pakatan Rakyat                 33,729                                  32,628

Jadual 2, Kolum 2  di atas menunjukkan jumlah undi sebenar yang diperolehi 4 calon DUN dalam PRU 12 dalam  tahun 2008.

Jadual 2 Kolum 3  pula menunjukkan undi seharusnya mereka dapati  sekiranya peratusan mengundi hanya pada tahap 79.76%  seperti keputusan semalam.

Jika dibandingkan, tiada perbezaan ketara diantara keputusan dalam Jadual 2 kolum 3  ini dengan keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen semalam ( jadual  1  kolum 2). Ini menunjukkan kemenangan calon PAS semalam bukanlah diluar jangkaan. Yang jelas hanyalah faktor calon tidak memihak kepada BN pada kali ini. Hasil analisis ini konsistan dengan Pendapat Tun Mahathir dan juga Parti Pas  tentang sumbangan penting faktor calon   dalam menentu pemenang dalam PRK di Kuala Trengganu.

Ini juga  konsisten dengan penemuan kajian saya bahawa faktor populariti calon(penyandang kerusi) sebagai penentu dalam persaingan yang ketat. Dalam pertandingan semalam ini memihak kepada calon PAS, sebab dia telah mewakili kawasan DUN beliau selama 5 penggal(sila rujuk artikel Malaysia’s General Election: A comprehensive analysis bertarikh 10 Mei 2008  )   dan calon BN  pula bukan penyandang kerusi

Perlu juga di ingatkan   peratusan  yang turun menggundi semalam rendah daripada dalam PRU 12 tahun 2008. Ini konsisten dengan suasana biasa dalam pilihan raya kecil berbanding Pilihanraya Umum. Keadaan serupa juga berlaku di Permatang Pauh sungguhpun Anwar seorang pemimpin besar pembangkang.  Suasana sebaliknya mungkin hanya terjadi jika wujud sentimen yang memuncak dalam  sesuatu pilihanraya kecil.

Sekaligus  analisis ini menolak tanggapan yang  gelombang Pakatan Rakyat telah melanda Trengganu. Yang jelas sentimen pengundi di Kuala Trengganu,  mungkin juga di seluruh Trengganu, kekal seperti dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu

  1. Hamba says:

    Mangkuknya analisis ni..patutla UMNO semakin hari semakin bungkus..sebab dihidang dgn analisis2 mangkuk camni…bnyk sgt orang yg coba belagak pintar tapi sebenarnya mangkuk ayun..

  2. DAH IKHWAN says:

    Hamba,

    Mengapa saudara marah marah ni? Orang PAS kah orang UMNO? Saya hanya pemerhati bebas, buat analisis berasas fakta sahaja.

  3. Hamba says:

    Assalamualaikum pemerhati bebas,
    Minta maaf terkasar..sebab bengang..saya ahli UMNO yg bengang..sebab pemimpin2 UMNO semua dapat analisis2 macam ni..yg tak betul…yg buat diorang berkhayal…yg buat diorang yakin yg UMNO masih relevan…macam DPM cakap..”PRK KT punya result NO IMPACT”..kepala hotak dia..UMNO PRU13 nanti memang akan bungkus..sebab asyik2 canangkan benda lapuk macam PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN…saya terus terang katakan..zaman sekarang ni..siapa yg tegakkan issue yg betul..dia la orang sokong…ni FAKTOR CALON la..faktor PARTI…tak nampak2 lagi ke wahai penganalisis2 dan pemimpin2 UMNO sekalian..yang penting ialah CURRENT ISSUE, CURRENT ISSUE, CURRENT ISSUE…UMNO ni semakin mangkok…sebab dia lupa dia dah buat bnyk universiti…so bnyk orang dah belaja tinggi…pandai buat penilaian..siapa yg nak dgr janji2 pembangunan…BONGOK!..BONGOK!..BONGOK…dah tergadai bangsa nanti baru nak sedar..!!

  4. DAH IKHWAN says:

    Hamba,

    Jika saudara hayati betul betul, Kawasan Parlimen Kuala Trengganu ni, bukannya kubu UMNO. Dikala nama UMNO memuncakpun , Allahyarham Datuk Razali Ismail menang dengan undi tipis pada tahun 2004, seperti juga dalam PRU 2008. Pada tahun 1999, BN kalah begitu teruk sekali di sini.

    Oleh itu, dengan ketiadaan Allahyarham, kekalahan tipis kali ini bukanlah suatu perkara diluar jangkaan, dan sudah tentu bukan suatu petanda buruk bagi BN di tempat lain.

    Saya tidak kata UMNO sudah pulih seperti dahulu. Sama ada UMNO sudah pulih sekarang, itu bukanlah perkara sukar nak tahu. Mereka buatlah opinion survey sendiri.

    Saya bukan ahli UMNO tetapi, sebagai seorang Melayu beragama Islam, cukup simpati kepada parti parti yang memperjuangkan Hak Melayu dan Hak Agama, selagi mereka tidak terselisih daripada landas perjuangan asal.

    Hanya waspada pada PKR, pengkhianat yang sanggup menggadaikan hak Melayu.

  5. Pingback: Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis « DAH IKHWAN Weblog

  6. Pingback: Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s