Krisis politik di Perak: Di mana agaknya simpati Pengundi Melayu?

Selama beberapa hari kita telah di sajikan dengan berita pergolakan politik negeri Perak yang penuh dengan intrigue dan suspense dan berakhir pada hari ini dengan keputusan Sultan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri, serta memperkenankan pembentukan kerajaan baru dibawah Barisan Nasional.

Kita juga telah di sajikan dengan pandangan para ahli politik, pakar undang undang dan orang ramai tentang perkara ini. Diperingkat awal rata rata mereka mengakui ketepatan keputusan yang dibuat Baginda Sultan dalam menangani krisis ini mengikut lunas lunas yang titentukan dalam Perlembagaan.

Dalam keadaan begini, Beginda memiliki kuasa mutlak untuk membuat keputusan. Tambahan pula beliau telah yakin bahawa Barisan Nasional kini mepunyai sokongan majoriti setelah mendapat pengesahan dari setiap satu daripada 28 ahli DUN BN dan tiga orang ahli DUN Bebas.

Kemampuan Baginda dalam hal ini sesungguhnya tidak dapat disangkal kerana latar belakang dan penglaman Baginda sebagai bekas Ketua Hakim Negara pada suatu ketika dahulu.

Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mohammad Nizar(Menteri Besar) dan Speaker DUN Perak dalam krisis ini nampaknya tidak bijak, dan boleh menjejaskan lagi imej kepimpinan mereka  di mata Rakyat.

Sikap Anwar mengutuk perihal melompat parti ini sungguh anih sekali, memandangkan beliaulah raja lompat yang begitu bersungguh sungguh berusaha menarik 30 ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat baru baru ini. Kalaulah moraliti atau hak rakyat isunya di sini, Anwar tidak berhak membangkitkannya, kerana beliau sendiri pesalahlaku yang utama. Pasti rakyat sukar melupakan peristiwa itu.

Tindakan Mohammad Nizar juga tidak menunjukkan sikap yang bijak, kerana mencabar kebijaksanaan dan kuasa mutlak Sultan dalam perkara ini. Malah beliau telah bertindak ‘membubarkan’ Dewan Undangan Negeri tanpa perkenan dari Baginda Sultan terlebih dahulu.

Keenganan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar juga dilihat sebagai mencabar kuasa Sultan.

Kesemua tidakan di atas pasti menyinggung perasaan  kaum Melayu yang   sangat  hormat dan setia kepada raja, terutama Sultan yang ada sekarang.

Pendapat Tun Mahathir menyatakan tindakan BN menarik dua orang ahli PKR yang tidak berkualiti sebagai tidak bijak dan terdesak, dan akan memburukkan lagi imej BN di mata rakyat. Ini ada kebetulannya disaat ini, tetapi mungkin tidak tepat dalam jangka masa yang panjang jika Kerajaan Baru mampu menunjukkan kemampuannya nanti.

Dimanakah Simpati Pengundi Melayu Perak?

Dalam berhadapan dengan kamelut ini, sudah tentu kita tertanya tanya dimanakah letaknya simpati rakyat, terutamanya pengundi Melayu di negeri Perak. Pendapat umum percaya kamelut politik kini memberi kesan negatif kepada persepsi rakyat kepada Barisan Nasional. Saya percaya pendapat yang sama disuarakan Tun Mahathir tentang hal ini tepat sekali.

Keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu telah membuktikan sentimen rakyat di waktu pilihanraya 2008 masih lagi kekal.

Tetapi, dari sudut lain, Perak adalah kubu kuat UMNO, walaupun terdapat beberapa kawasan yang secara tradisi dikuasai parti PAS di sebelah utara negeri.

Ini terbukti, dikala hampir semua pengundi India meninggalkan BN, dan undi Melayu menurun dengan agak banyak, Barisan masih lagi dapat mempertahan hampir separuh kerusi Dewan Undangan Negeri.

Analisis secara regression model yang telah kami buat untuk negeri Perak daripada data keputusan Pilihanraya Umum 2008, menunjukkan sokongan pengundi Melayu di Perak kepada BN berada diparas agak tinggi, iaitu 55% berbanding hanya 52% bagi Semenanjung Malaysia. Dalam Pilihanraya Umum 2004, Undi Melayu di Perak untuk BN berada di paras amat tinggi, iaitu 68%.

Sungguh tidak diduga, undi kaum cina sebenarnya tidak begitu merosot. Ia hampir kekal seperti dalam Pilihanraya UMUM 2004, iaitu di paras 43%.

Dengan keadaan demikian, sekiranya kerajaan baru Barisan Nasional di Perak mampu membawa kestabilan politik dan memerintah dengan effisien dan adil kepada semua kaum, pasti ia dapat menarik balik sekurang kurangnya separuh daripada undi Melayu yang hilang, dan mungkin juga sebahagian undi kaum India. Ini sudah cukup untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan selesa.

Lagipun, sekiranya suasana di atas menjadi kenyataan, ia boleh membuka  lambaran baru yang lebih cerah kepada Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Apakah Krisis Serupa mungkin berlaku di Kedah

Kini ada kecenderungan dikalangan pemimpin UMNO hendak mencuba taktik yang sama untuk menumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Pimpinan Pakatan Rakyat ternyata pula mulai bimbang.

Bagi saya senario di Kedah dan Perak sangat berbeza. Jika Perak merupakan kubu tradisional UMNO, PAS mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah, malah lebih popular daripada UMNO pada pilihanraya 2008 dikalangan pengundi Melayu. Yang sentiasa memihak kepada BN di Kedah nampaknya ialah pengundi bukan Melayu, kecuali dalam pilihanraya yang lepas( ini telah dibuktikan dalam artikel terdahulu,(Pilihanraya Umum 2008: Analisis Undi di Kedah).

Oleh itu sebarang usaha oleh BN untuk menumbangkan Kerajaan PAS di Kedah melalui pintu belakang tidak mungkin disambut baik oleh rakyat, terutama kaum Melayu di negeri tersebut.

Tindakan demikian dari pihak BN hanya akan memburukkan lagi sokongan yang sedia ada kepada BN dan menggagalkan usaha mereka untuk menawan Kedah sekiranya pilihanraya tergempar diadakan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wallahu alam.

DAH IKHWAN

3 Comments

  1. Pada pendapat saya, krisis politik yang melanda di negeri Perak sememangnya menunjukkan bahawa suasana politik di Malaysia dalam proses pematangan. Isu kerajaan negeri ditumbangkan oleh parti pembangkang seperti yang berlaku di Sabah satu ketika dahulu.
    Namun keengganan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang “menderhakai” perintah sultan mencerminkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat yang sememangnya lupa daratan dan mengetepikan kuasa Sultan sebagai raja berpelembagaan di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957.
    Dato’ Seri Nizar Jamaluddin seharusnya meletak jawatan bagi mengelak berlakunya tragedi aib yang kedua sekiranya mendapat undi tidak percaya di sidang DUN Perak kelak.

    -MELAYUMODEN

  2. DAH IKHWAN

    Saudara Syamil,

    Ma’af saya tak dapat menerbitkan komen saudara kerana berbau hasutan dan menderhaka kepada raja. Ini adalah kesalahan besar disisi undang undang negara.

  3. Masalah kemiskinan rakyat perlu diambil tindakan oleh semua pehak. Oleh itu, marilah kita merenung kembali kepada Quran dan Hadis yang mana mengarahkan kita semua terutama sekali mereka yang berkemampuan untuk membantu dan menolong golongan yang kurang bernasib baik. Tidak ada sesiapa pun orang di dunia ini yang mahu hidup di alam kemiskinan. Tetapi golongan OKU terutama mereka yang buta perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar mereka dapat keluar daripada golongan ini.

Comments are closed