Ulasan dan Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai

(sila lihat update 9 April 2009 di hujung artikel ini)

Debaran menunggu keputusan di dua Bukit dan satu Batang sudah terjawab. Pakatan Rakyat masih bertahan di atas Bukit Bukit mereka dan BN pula masih teguh memegang satu satunya batang mereka di Sarawak.

Keputusan ini menampakkan Pakatan Rakyat sebagai jaguh di kawasan Bukit dan BN pula sebagai jaguh di sekitar Batang. Jika ada pertandingan di Bukit Berapit sudah tentu Pakatan akan menang, tetapi pasti kalah di Batang Berjuntai.

Setakat ini Parti Melayu dan India sahaja yang bertanding. Belum ada Parti kaum Cina yang sanggup melangkah ke hadapan, mungkin hanya berminat menawan Bukit Cina dan Bukit Beruntung sahaja.

Batang Ai

Barisan Nasional 3907 undi
PKR 2053
Majoriti 1854
Majoriti (2008) 806
Seperti dijangka sebelumnya (sila lihat artikel terdahulu di bawah), BN telah menang dengan mudah dan meningkatkan majoriti di Batang Ai. Ini suatu pukulan hebat kepada Pakatan Rakyat dan impian Anwar untuk menakluki Sarawak dan seterusnya kerajaan Malaysia.

Andaian kita yang Sarawak tiada isu yang serius terbukti betul disamping sikap Rakyat Sarawak mencurigai Parti Politik pembangkang dari Semenanjung.

Hasil kajian terdahulu Malaysia’s General Election 2008: A comprehensive Analysisyang menunjukkan kehilangan sokongan kaum India sebagai katalyst kepada kejatuhan BN di Semenanjung terbukti betul. Dengan tiadanya kaum India di Sarawak dan Sabah, maka kekuatan BN di sana masih mantap. Dengan suasana demikian Masyarakat bukan Bumiputera(Cina) di negeri2 Borneo tidak mungkin meninggalkan BN secara menyeluruh demi kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Bukit Selambau

PKR 12,632 undi
Barisan Nasional 10,229
Majoriti 2,403
Majoriti (2008) 2,362

Keputusan di Bukit Selambau juga seperti diramalkan. Analisis kita terdahulu menunjukkan pengundi Melayu di Kedah tidak konsistan, lazimnya hanya minoriti bersama BN, kerana pengaruh PAS yang kuat di sana (sila rujuk artikel terdahulu analisis undi DUN Kedah 2008).

Jangkaan kita yang pengundi India dan Cina kekal memihak kepada Pakatan Rakyat, terbukti betul.

Dilihat daripada majoriti diperolehi PKR hampir sama dengan dalam 2008, nampaknya usaha Tun Mahathir berkempen di kawasan ini tidak memberi hasil yang diharapkan. Ini tidak menepati jangkaan kita terdahulu.

Ini juga menunjukkan sokongan rakyat tidak berubah, masih seperti pada tahun 2008.

Bukit Gantang

PAS 21,860 undi
Barisan Nasional 19,071
Majoriti 2,789
Majoriti (2008) 1,566

Keputusan di Bukit Gantang terbukti di luar jangkaan kita. Kita sebelumnya menjangka kemenangan memihak kepada Barisan nasional berpandukan sejarah kesetiaan pengundi Melayu di sana. Tambahan pula dijangka pengundi Melayu memiliki sentimen yang positif terhadap keputusan Sultan dalam krisis perlembagaan.

Dengan majoriti diperolehi calon PAS meningkat berbanding dalam tahun 2008, ini pasti menunjukkan simpati menyeluruh pengundi kepada Datuk Nizar. Ia disebabkan sentimen tempatan dan bukan kerana gelombang pembaharuan Pakatan Rakyat.

Keputusan juga konsistan dengan pendapat Tun Mahathir awal awal lagi dalam Blog beliau yang rampasan kuasa BN di Perak pasti menaikkkan kemarahan rakyat.

Apa pun, sedih juga Datuk Nizar telah kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak……mungkin tidak mengapa, pasti kini beliau bersyukur akan dinobatkan Panglima Bukit Gantang yang baru. Mohon Paduka Sultan perkenankan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH IKHWAN

Related Articles:

1. Forecast of By-election Battles for two Bukit and Batang Air

Update 9 April 2009: Beberapa ulasan melalui TV dan Akhbar menyatakan keputusan di Bukit Gantang menunjukkan pengundi Melayu mulai kembali menyokong UMNO. Pandangan ini tidak betul, tidak bersandar kepada kajian data(empirical study). Analisis multiple regression yang kita buat keatas pengundian di Perak pada Pilihanraya 2008 menunjukkan undi untuk BN ialah 55% dari keseluruhan undi Melayu, 43% dari keseluruhan undi Cina dan 15% undi India(sila rujuk artikel Krisis Politik Perak bertarikh 7.2.09). Jumlah Undi BN sebanyak 19,071 di Bukit Gantang tahun ini membayangkan taburan peratusan ini masih kekal, bermakna sokongan setiap kaum tidak berubah. Kelebihan majoriti diperolehi Datuk Nizar berbanding dalam tahun 2008 hanya disebabkan sedikit undi simpati, dari kaum Cina dan India.

This entry was posted in Artikel Politik and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Ulasan dan Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai

  1. biznesmaya says:

    Alaaa…aku dah yakin sangat umno/bn kalah sejak hari penamaan calun lagi. Pakallah aku tak boleh mengundi kat sana. Deria reseku merasai orang Perak ramai yang tak setuju cara umno ambik alih kuasa di Perak. Cuma kelebihannya umno/bn tak mahu faham.

    Bagus jugak kalu umno/bn terus tak faham masaalah sebenar rakyat. Supaya dalam umno/bn bergembira, secara tiba-tiba hilang kuasa di bumi Malaysia. Tak mustahil kerna yang kekal didunia ini hanyalah Kuasa Allah Yang Maha Agong .

  2. jala mas says:

    Apa pun tahniah diucapkan kepada yang menang. Kepada yang kalah, bukan bereti perjuangan harus dihentikan. Menang bukan menang semua dan kalah bukan kalah semua. Kepada Pakatan Rakyat, tingkatkan mutu perkhidmatan anda dalam memperjuangkan nasib rakyat. Kurangkan berpolitik dan gimik yang bukan-bukan. Kepada BN, jadikan ini sebagai pengalaman yang amat berharga dalam memahami jiwa dan aspirasi rakyat. Kalah bukan bererti rebah. Teruskan perjuangan anda. Selamat Berkhidmat kepada YB.

  3. Selepas 4 pilihan raya kecil UMNO masih belum menghidu kemenangan. Apa dah jadi? Bagaimana agaknya Najib menegak konsep One Malaysia sekirannya UMNO tidak mampu meluruskan saf orang Melayu (Semenanjung) sendiri?Adakah pengetepian( pengusiran?) Ketua UMNO baru yang menang pemilihan satu tindakan yang bijak oleh Najib bagi kekuatan dalaman UMNO di masa-masa yang terdekat?
    Walaikumsalam dan selamat bahagia kepada Datuk.

  4. Juan Taman says:

    It will be interesting to find out in each constituency the followings:
    1. demographic breakdown in terms of age group that voted BN and PKR;
    2. degree (%) of urbanization in each constituency and communication infrastructure;
    3. average income of voters in each area (level of poverty).
    4. political issues of each Party in each by election area.
    5. Level of literacy of voters in each area.

    One could find that to oppose is the luxury enjoyed by the urban folks whose basic needs such as water, electricity and transportation of everyday life do not become an issue.
    One could also wonder why PAS is still strong in rural Kelantan which may be comparable to Btg. Air. in terms of the degree of development.

  5. Pingback: Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis « DAH IKHWAN Weblog

  6. Pingback: Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s