Keputusan Mahkamah: Krisis Politik Perak akan Berterusan

Keputusan mahkamah semalam mengesahkan Datuk Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan ini bukan diluar jangkaan kerana sebelum ini dua kemungkinan boleh berlaku, samaada memihak kepada Nizar atau sebaliknya kepada Zambry. Soal pokoknya samaada mahkamah mengiktiraf undi tidak percaya di hadapan Sultan tetapi dilaksanakan di luar DUN.

Keputusan ini berpandu kepada kes Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak yang disingkirkan diluar DUN di akhir tahun enam puluhan. Cuma bezanya di Sarawak Gabenor di ketika itu mungkin tidak mengira undi secara peribadi seperti di lakukan oleh Sultan Perak dalam kes ini.

Barisan Nasional bersalah kerana memulakan kamelut politik Perak ini. Sungguhpun Projek 16 September Anwar tahun lalu adalah suatu tindakan yang tidak beretika dan terkutuk, ini bukan justifikasi untuk BN berbuat sedemikian, sungguhpun dibolehkan dalam sistem demokrasi.

Apapun, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah. Pihak BN, terutamanya Datuk Seri Najib, perlu di puji kerana menghormati keputusan mahkamah. Ini adalah suatu keputusan bijak dan menunjukkan kematangan pemimpin politik dari Barisan Nasional dalam hal ini.

Perlu juga diingatkan kebebasan mahkamah membuat keputusan adalah hasil daripada sistem pentadbiran negara yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebaliknya sikap Pakatan Rakyat yang tidak menghormati keputusan Sultan dan mahkamah dalam kes kes yang berkaitan perlu kita renungi.

Nizar secara terang terangan mengingkari keputusan Sultan tidak membubarkan DUN. Perlu diingatkan kuasa Sultan dalam hal ini adalah mutlak, seperti diperuntukkan dalam perlembagaan.

Sivakumar juga telah mengingkari keputusan mahkamah yang memihak kepada tiga orang ahli DUN yang melompat parti, dan keputusan mahkamah yang memihak kepada Zambry dan rakan rakan tentang penggantungan keahlian mereka dan DUN Perak.

Sehubungan dengan ini tindakan Sivakumar menggantung 10 orang ahli DUN termasuk Zambry adalah tindakan yang anih di luar batasan undang undang dan sistem demokrasi. Bayangkanlah sekiranya speaker Parlimen berbuat sedemikian, maka kerajaan Persekutuan boleh bertindak sesuka hati, malah meminda perlembagaan hanya dengan menggantung sebilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat semata mata mengikut keperluan kerajaan.

Tindakan sedemikian oleh Pakatan Rakyat tidak bijak dan menyalahi prinsip rule of law atau kedaulatan undang undang yang diamalkan oleh negara negara demokrasi di dunia ini. Sesungguhnya negara menghadapi risiko yang tinggi jika diperintah oleh kerajaan yang bersikap sedemikian.

Sikap ini juga mungkin menyebabkan krisis yang berlarutan dalam negara. Alangkah sedihnya ini berlaku sehingga melenyapkan matlamat negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020. Dahulunya kita setanding dengan Korea dan Taiwan untuk maju dan disegani dunia Islam, tetapi kini kita hanya mampu menoleh kebelakang lebih menghampiri negara yang sentiasa bergolak seperti Pakistan.

Jika dulu kita mentertawakan keadaan kucar kacir di Indonesia, tetapi kini negara itu aman dan mulai maju sejak dibawah pemerintahan presiden Bambang Susilo. Ketika saya melawat Jakarta dan Bandung baru baru ini, Indonesia amat tenang sungguhpun sedang dalam proses pilihanraya umum.

Keputusan Mahkamah semalam tidak akan meredakan suasana. Zambry boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan atau membentang usul tidak pecaya kepada kerajaan Nizar.

Usul tidak Percaya dijangka diluluskan dengan mudah dibawah Speaker yang baru dilantik BN. Keputusan ini boleh pula di sanggah oleh Pakatan Rakyat atas sebab soal kesahihan kedudukan Speaker ini.

Akhirnya, mahkamah terpaksa membuat keputusan yang seterusnya tentang kedudukan Speaker. Pakatan Rakyat dijangka akan terus membuat kekecohan bagi membantut penyelesaian di mahkamah dengan tujuan memaksa Baginda Sultan memanggil pilihan raya baru di Perak.

Sebelumnya jalan penyelesaian dicapai, kita hanya dapat memerhati perkembangan Politik Perak ini dari kacamata orang luar sahaja.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Politik and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Keputusan Mahkamah: Krisis Politik Perak akan Berterusan

  1. din says:

    rakyat dah buka mata
    atasan kurang mesra rakyat
    berani kat tv ajer
    jujur nampak yang tak betul simpan
    tapi rakyat tahu…

  2. biznesmaya says:

    Kemelut politik perak boleh diselesaikan jika balik kepangkal jalan. Kalau membentuk kerajaan perak melalui pilehanraya. Kenalah balik kepada pilehanraya semula. Beri mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan. Menang atau kalah perkara biasa. Yang penting rakyat berpuashati. Walaupun kalah mereka akan diam. Dan kerajaan yang terbentuk selesa mentadbir negeri. Dan wujudlah keharmonian disemua peringkat. Kalau nak di ikut siapa kuat dan betul. Sedangkan kuat dan betul itu tidak diterima oleh sebahagian rakyat. Maknanya keharmonian payah di bentuk. Dan kemelot politik berlarutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s