Pengumuman Pembatalan PPSMI – Suatu Ulasan

Akhirnya Kerajaan akur kepada tekanan untuk memansuhkan PPSMI di sekolah sekolah.

Pada hari ini Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah mengumumkan keputusan Kabinet memansuhkan PPSMI berperingkat peringkat mulai pada tahun 2012.

Disamping itu Kerajaan juga memutus memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris. Tidak pula dinyatakan samaada kelulusan kertas Bahasa Inggeris diwajibkan untuk mendapat sijil SPM dan STPM.

Keputusan ini sungguh menyedihkan kerana PPSMI baru sahaja tujuh tahun dilaksanakan dan ia belum sempat mengeluarkan graduan yang terlibat dengan dasar ini sepenuhnya.

Hasil beberapa kajian yang dibuat tentang keberkesanan dasar ini belum dapat di anggap muktamat kerana ia masih lagi dalam proses pemantapan yang memerlukan hanya sedikit masa lagi untuk menampakkan hasilnya.

Keadaan seperti ini perlu difahami kerana guru memerlukan masa untuk menambah penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris. Masa selama enam tahun yang telah mereka lalui pasti belum cukup, apa lagi dengan kemudahan yang tidak mencukupi.

Saya teringat pengalaman sebagai murid sekolah dalam tahun lima dan enam puluhan. Walaupun sistem beraliran Inggeris, belajar enam tahun sekolah rendah belum cukup untuk menguasai bahasa tersebut. Setelah berpindah ke sekolah menengah Inggeris dan berpeluang berinteraksi dengan pelajar kaum lain, barulah dapat menguasai bahasa itu dengan baik, itupun setelah empat tahun di peringkat menengah, yakni setelah sepuluh tahun bersekolah.

Keputusan memansuhkan PPSMI nampaknya dibuat atas keperluan ekspediensi politik yang lazim diamalkan Kerajaan atas sebab tekanan dari berbagai pihak sejak beberapa bulan yang lepas.

Kini kita kembali ketakuk lama yang ditinggalkan sejak 2002 dahulu. Jika masalah yang bakal dihadapi tidak ditangani dengan baik, keputusan ini pasti akan menjejaskan kemampuan bersaing dalam zaman globalisasi ini, disamping melemahkan keupayaan negara mencapai matalamat Wawasan 2020.

Bagi pejuang bahasa, mereka sering berhujah bahawa negara maju seperti Jerman, Jepun, China, Korea dan Taiwan boleh maju dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Tetapi, perlu diingat bangsa bangsa tersebut telah maju dan kita belum. Suasana dalam negara mereka lebih vibrant dan ini mendorong mereka mempelajari serta mengembang teknologi dari luar.

Suasana di negara kita tidak vibrantseperti mereka atas sebab budaya niaga yang belum berkembang. Satu satunya cara untuk mengurang jurang kemajuan dengan mereka ialah dengan memudahkan penguasaan ilmu sains dan teknolgi. Ini hanya dapat dicapai melalui penguasaan bahasa dunia sains dan teknologi, iaitu bahasa Inggeris.

Kalaupun Kerajaan menganggap begitu perlu PPSMI dimansuhkan , ia perlu juga memberi penekanan yang cukup untuk memantapkan kemahiran berbahasa Inggeris. Beberapa langkah baru turut diumumkan kearah ini. Perlu diingatkan langkah langkah ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksana memandangkan kurangnya kemampuan guru itu sendiri dalam bahasa tersebut. Ia juga dijangka memakan belanja yang begitu besar.

Usaha terdahulu untuk memantapkan bahasa Inggeris terbukti gagal, apakah langkah langkah baru ini pasti berjaya? Jika tidak, negara akan mundur dan terpisah dari arus globalisasi, dan jauh ketinggalan di belakang negara negara lain di rantau ini.

Tujuan untuk mengurangkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar adalah baik. Tetapi ini sebaiknya dilaksanakan dengan memantapkan program untuk penguasaan bahasa Inggeris dikalangan guru dan pelajar luar bandar.

Tetapi dalam berbuat demikian, janganlah kerajaan menghapuskan peluang pelajar dibandar yang sudah selesa dengan bahasa Inggeris. Tindakan begini adalah terlalu regressif, menghampakan sebahagian masyarakat yang telah maju, dan sudah tentu merugikan negara.

Untuk mereka, lebih baik Kerajaan meneruskan PPSMI mengikut kemampuan dan pilihan sekolah yang terbabit.

Seperti dicadangkan dalam artikel yang lalu, juga ada baiknya kita meninjau di Hong Kong bagaimana sistem dua aliran berjaya dilaksana . Di sana duapertiga dari semua sekolah menggunakan aliran Cina dan selebihnya dalam aliran Inggeris. Di Singapura pula hanya aliran Inggeris dilaksanakan dengan meluas.

Sistem seperti di Hong Kong sebenarnya tidak sukar dilaksanakan di sini, yakni dengan hanya mewujudkan semula aliran Inggeris mengikut pilihan dan kemampuan setiap sekolah terbabit. Pasti ramai pelajar, ibubapa dan banyak sekolah di bandar bandar yang akan memilih aliran Inggeris.

Opsyen seperti diatas, disamping demokratik adalah terbaik untuk Malaysia, jika ingin terus maju seiring dengan negara maju yang lain di rantau ini.

Dalam jangka panjang langkah ini boleh menjadi perintis sistem dua aliran di negara ini, iaitu aliran Melayu dan Inggeris. Ini bererti, jika keadaan mengizinkan dimasa hadapan, sekolah jenis kebangsaan aliran Cina dan Tamil tidak seharusnya wujud lagi. Dengan ini pelajar berketurunan Cina dan India perlu mengikuti aliran Kebangsaan atau Jenis Kebangsaan Inggeris, dimana mereka boleh juga mempelajari bahasa dan sastera ibunda mereka.

Sistem dua aliran ini lebih baik dari segi memantapkan modal insan dan ekonomi, dan mampu menghapuskan polarisasi kaum di negara ini, sejajar dengan semangat 1 Malaysia yang mulai diterima rakyat kini.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

DAH Ikhwan

This entry was posted in Artikel Business and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Pengumuman Pembatalan PPSMI – Suatu Ulasan

  1. awangsoh says:

    Memang patut pun sekolah beralirankan bahasa imigran dihapuskan sejak dahulu lagi. Tetapi masalahnya kerajaan sendiri yang membenarkannya. Kecuali kaum cina dan tamil sendiri yang nak hapuskannya. Ciri ‘perkauman’ inilah yang menjadi penghalang ke arah perpaduan sebenar bangsa negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s