Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan PAS menang tipis dengan 65 undi, dengan memperolehi 5348 undi dan UMNO dengan 5,283 undi. Peratusan yang membuang undi pula amat tinggi, iaitu 87%.

Keputusan ini menepati ramalan kita dalam artikel terdahulu bertarikh 12 Julai, menenjangka perlawanan yang sengit, dengan PAS mungkin kalah atau menang tipis kurang daripada 250 undi.

Dalam Pilihanraya tahun lepas PAS memenangi kawasan ini dengan majoriti 1,352 undi.

Kemenangan yang amat tipis ini pasti disebabkan oleh beberapa perkara, yakni calon muka baru dari PAS, meningkatnya populariti Najib dan kepimpinan UMNO negeri Kelantan, serta persepsi keretakan dalam PAS dan susutnya pengaruh Pas Kelantan dalam pas Pusat.

Kini, ada beberapa persoalan mungkin terjawab daripada keputusan pemilihan di Manek Urai ini. Adakah ia petanda satu gelombang perubahan akan melanda politik Kelantan, yang selama ini dimonopoli oleh parti PAS akan beralih kepada Barisan Nasional pula?

Apakah implikasi keputusan ini kepada sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional dan kepada politik negara?

Analisis data pilihanraya yang lepas menunjukkan corak pengundian di Manek Urai sebenarnya selari dengan keadaan keseluruhannya bagi negeri Kelantan, seperti dalam jadual di bawah:

Data undi Melayu untuk UMNO (tahun 1999 - 2008)

Data undi Melayu untuk UMNO (tahun 1999 – 2008)

Data di atas menunjukkan ketika undi untuk UMNO di Manek Urai menurun, begitu juga keadaannya di seluruh negeri Kelantan dan sebaliknya.

Begitu juga dikala undi BN di Kelantan menurun, undi Melayu untuk
UMNO diSemenanjung Malaysia juga menurun, dan sebaliknya.

Dengan data pengundian yang baru sahaja diperolehi, agak tepat jika dirumuskan sudah ada tanda gelombang perubahan menuju Barisan Nasional mulai melanda negeri Kelantan.

Bagaimanapun, memandangkan peratusan undi Melayu untuk UMNO di Manek Urai( dan juga Kelantan) masih rendah berbanding dengan purata di Semenanjung Malaysia, saya tidak nampak kemungkinan Barisan Nasional menawan Kelantan dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, kerana gelombang perubahan kepada BN sudah mulai di Kelantan, maka perkembangan yang selari pasti berlaku di seluruh Semenanjung, iaitu undi Melayu yang lari pada pilihanraya tahun 2008 mulai kembali kepangkuan BN. Ini merupakan petanda baik untuk Barisan Nasional.

Penguasaan PAS mencerminkan Kelainan Jatidiri Melayu Kelantan

Sejak beberapa dekad yang lalu, tidak seperti di negeri negeri lain, penguasaan PAS di Kelantan adalah kukuh dan konsistan.

Adakah ini disebabkan Melayu Kelantan lebih warak dan lebih berjiwa Islam daipada Melayu di negeri lain? Jika ia, mengapa PAS tidak boleh bertapak di negeri lain seperti Johore yang juga dikenali dengan masyarakat Melayu yang lebih warak dan perihatin dengan suruhan Agama?

Bagi saya faktor Agama tidak begitu relevant dalam menentukan sokongan kepada PAS atau UMNO, kerana kedua dua parti ini memperjuangkan Islam. Masyarakat Melayu akan tetap menyokong kedua dua parti ini atas sebab Agama.

Perihal masyarakat Melayu Kelantan teguh dibelakang PAS adalah kerana kelainan jatidiri Melayu Kelantan berbanding Melayu di lain lain negeri.

Selama ini Melayu Kelantan sudah menganggap parti PAS itu ‘hak mereka’. Pas itu Kelantan dan Kelantan itu PAS. Dengan menguasai PAS, suasana ini lebih memperkukuhkan jatidiri mereka sebagai lain daripada Melayu di negeri lain. Sebab itu ada istilah ‘orang kita’ dan ‘orang luar’ dalam loghat Kelantan yang menentukan cara mereka bergaul dan beinteraksi dengan Melayu dari negeri lain.

Umum sedia maklum yang Melayu Kelantan tidak gemar bergaul rapat dengan Melayu lain jika rakan senegeri mereka cukup ramai. Semasa belajar di Universiti dahulu, sering terdengar rungutan pelajar bukan Kelantan yang mereka hanya gemar duduk serumah dengan anak negeri Kelantan sahaja.

Jika berbicara mereka gemar bercakap dengan loghat Kelantan, walaupun ada rakan rakan dari negeri lain juga hadir.

Dalam bidang perniagaan juga mereka sesungguhnya jauh berbeza dari rakan rakan dari negeri lain. Mereka banyak menerapi nilai nilai murni yang perlu dalam masyarakat perniagaan. Oleh itu mereka lebih berdikari, lebih tahan lasak dan mungkin lebih maju dari peniaga Melayu dari negeri lain.

Dengan penguasaan keatas parti PAS sejak beberapa dekad yang lepas, ini melengkapi kelainan jatidiri mereka.

Sebaliknya sikap begini juga memencilkan mereka. Sebab itu parti PAS tidak begitu diterima oleh masyarakat Melayu diluar Kelantan, terutama masyarakat Melayu elit di negeri negeri yang lebih maju.

Tetapi dengan timbulnya suasana baru dalam PAS, dimana pengaruh Melayu dari luar Kelantan mulai dirasai, dan penguasaan Kelantan keatas PAS sedikit sebanyakterhakis, halatuju politik Melayu Kelantan sukar diramal. Ada kemungkinan fenomena ini akan membantu Barisan Nasional di negeri tersebut di masa hadapan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH Ikhwan

Artikel artikel yang berkaitan:

1. Ramalan dan Analisis  PRK Manek Urai

2.Keputusan dan Analisis PRK Permatang Pasir

3. Keputusan dan analisis PRK Bagan Pinang

4. Keputusan dan Analisis PRK Kuala Trengganu

5. Keputusan dan Analisis PRK B. Gantang……Btg Air

This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s