Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis

Pegawai Pilihanraya baharu sahaja mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir seperti berikut:
Publication1

Dalam Pilihanraya Umum 2008, PAS telah memenangi kawasan Permatang Pasir ini dengan majoriti 5433 undi dan Barisan Nasional hanya berjaya memperolehi 33.6% dari keseluruhan undi yang sah dikira.

Memandangkan calon PAS dalam PRK kali ini bukan penyandang kerusi, mengikut perkiraan kami, undi majoriti kemenangan PAS sepatutnya merosot kepada 4633 undi sahaja, sekiranya faktor faktor lain tidak berubah. Angka undi majoriti 4633 ini boleh dijadikan tanda aras bagi menunjuk arus pengundian samaada menuju kearah Barisan Nasional atau sebaliknya kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini.

Untuk mengatasi tanda aras ini Barisan Nasional perlu melebihi 33.6% daripada keseluruhan undi yang sah dikira pada pilihanraya tahun 2008.

Dengan keputusan pengundian yang kini menunjukkan majoriti PAS hanya sejumlah 4551 undi sahaja, Barisan Nasional telah memperolehi 34.5% daripada keseluruhan undi yang sah dikira. Ini menunjukkan satu peningkatan, sekaligus membuktikan arus pengundian di Kawasan ini sedikit berubah kearah Barisan Nasional, sungguhpun dengan seorang calon yang hebat dipertikaikan.

Dengan keputusan yang dicapai di Manek Urai, ini merupakan tanda cukup kukuh bahawa sikap pengundi di Semenanjung Malaysia mulai berubah dan mulai kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Perlu diingatkan di Permatang Pasir, jumlah undi Melayu ialah 73.3%, undi Cina 25.9% dan undi India 1.6%.

Pada ketika ini masih mungkin terlalu awal untuk mengetahui arus pengundian secara terperinci bagi setiap kaum. Tetapi dari jumlah undi yang diperolehi dan dari keputusan di Manek Urai ada kemungkinan Undi Melayu untuk BN telah meningkat sekurang kurangnya 5% pada Pilihanraya Kecil ini. Ini bererti ada kemungkinan undi Cina untuk BN di Permatang Pasir telah merosot melebihi 10%.

Jika jangkaan diatas terbukti betul, ini bererti arus undi masyarakat Melayu sudah mulai beralih kepangkuan UMNO. Ini merupakan satu tamparan kepada Anwar di Kawasan Permatang Pauh, iaitu home ground beliau sendiri, sekaligus memberi implikasi yang kurang baik untuk PKR dan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia di masa hadapan.

Bagi undi Cina pula, pada pandangan saya, sungguhpun mereka menghargai dasar baru Dato’ Seri Najib, dalam kes ini nampaknya mereka lebih mementingkan pengukuhan kerajaan yang kaum mereka kuasai di Pulau Pinang. Jadi, keputusan di Permatang Pasir tidak semestinya mencerminkan pendirian masyarakat Cina diseluruh Malaysia.

Faktor peratusan yang turun mengundi juga perlu diambil perhatian, memandangkan kali ini ia menurun agak banyak iaitu 9% berbanding dengan tahun 2008. Pasti salah satu sebabnya kerana tarikh pengundian jatuh pada hari berkerja, tapi pasti ada juga sebab lain. Adakah ini disebabkan ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak turun mengundi kerana mereka sudah yakin menang, atau ramai pengundi atas pagar tidak berminat mengundi kerana keciwa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim?

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DAH Ikhwan

Nota: Artikel ini turut disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 27 Ogos, 2009 di bawah tajuk Arus Pengundian kian menjauh dari Pembangkang

Artikel artikel yang berkaitan:


1.Analisis dan Ramalan PRK Permatang Pasir

2. Keputusan dan Analisis  PRK Manek Urai

3. Keputusan dan analisis PRK Bagan Pinang

4. Keputusan dan Analisis RPK Kuala Trengganu

5. Keputusan dan Analisis PRK B. Gantang……Btg Air

This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged . Bookmark the permalink.

9 Responses to Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis

  1. razali hj md zin says:

    alhamdulillah BN telah berjaya mengurangkan jumlah unti PAS.
    SYABAS PAS kerana dapat pertahankan DUN N11.TAHNIAH keatas kejayaan PAS mengurangkan mejoriti BN 500 undi
    BANYAK TUUUUUU.

  2. Sukri says:

    Naik atau turun majorati kita tetap kalah,harap pemimpin kita tak payah lah dok amal perangai syok sendiri,kadang – kadang apa pemimpin pr kata betul gak yang pemimpin kita tak mau ngaku salah sendir.Buang sikap tu kalau n.ak menang

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Sukri,

      Memang betul kata saudara yang pemimpin kita perlu berubah supaya UMNO dan BN sentiasa diterima rakyat.

      Tetapi perlu juga bagi kita memantau kedudukan terkini. Arus pengundian disetiap kawasan ada correlation dengan keadaan terkini diseluruh negara. Sebab itu kita perlu analisis yang baik supaya pemimpin kita mampu menyiapkan strategi yang lebih mantap, itupun kalau mereka mau dengar.

  3. anak sarawak says:

    ha…ha….sekurang2 mengira peningkatan undi dpt mengurangkan kekecewaan…….. sedih la kalau begini tindakbalas yg mampu dibuat oleh BN… menunjukkan kita dah tak mampu nak buat apa-apa lagi setelah tewas…. seterusnya mencari berita baik disebalik kekalahan ini… daripada cuba menegakkan benang yang basah adalah lebih baik jujur mengakui kekalahan, kesilapan dan kelemahan. saya rasa ini lebih mengharukan rakyat.buang sifat ego yg ini,…. berhenti lah mencari kesilapan org lain dan gunakan masa itu untuk memperbetulkan diri…. tanamkan sifat dan keinginan untuk berhidmat berbanding sifat dan keinginan untuk menang pilihanraya…. kalah tak semestinya tidak dapat berhidmat…. perhidmatan yang iklas adalah perhidmatan yang tak ingin diperhitungkan….saya sangat sayangkan BN… tetapi apa yang belaku baru2 ini sangat tidak meyakinkan…… mungkin keterbatasan ini yang menyebabkan pengundi-pengundi kita yang dulunya sangat ramai dan kini masih berpaling.

  4. anti says:

    haha…kalau dah kalah, buatlah cara kalah..jgnlah cakap kiraan peratusanlah,majoriti menurunlah..undi bn meningkatlah…peratusan undian untuk pas menurun, untuk bn pula naik.. cittt..porah!!!! kalau atas alasan ini anda mengatakan bn menang di prk permatang pasir rasanya itu belum boleh dikatakan menang dan memang x layak di katakan menang. contohnya…perlawanan bolasepak akhir.. pasukan A menjaringkan 4 gol dan pasukan B menjaringkan 1 gol pada tahun 2007. pada tahun 2008 pasukan A dan B bertemu lagi pada perlawanan akhir. dalam perlawanan tersebut A jaring gol 3 dan B pula jaring 2 gol. adakah dalam perlawanan kedua pada tahun 2008 pasukan B yang menang kerana dapat meningkat kepada 2 gol sedangkan pada perlawanan 2007 dapat 1 gol dan gol pasukan A menurun 1 gol.

    kalau saudara nak dikirakan begitu pihak pembangkang juga boleh dikatakan menang sebab
    1) sebelum pru12 pembangkang hanya pegang satu neger (kelantan) tapi pada pru 12 pembangkang menang lagi 4 negeri menjadikan 5 negeri di perintah oleh pembangkang
    2)majoriti undi bn lebih banyak menurun.
    3) kerajaan gagal mengekalkan majoriti 2/3 kerusi parlimen
    4)parlimen kuala terengganu jatuh ketangan pembangkang
    5) kerajaan dah ada media eletronik dan cetak sebagai penyebar propaganda kebaikan bn dan keburukan pembangkang dengan fitnah-fitnah maha hebat pada setiap kali pilihan raya. sehinggakan pada prk permatang pasir di dalam surat khabar dan stesen-stesen tv melaporkan TPM muhyidin yasin dan anwar ibrahim(DSAI) sebahayang bersama. dalam berita tersebut melaporkan TPM berada awal dalam masjid, kemudian DSAI masuk kemasjid yang sama lewat sedikit daripada TPM. dalam masjid tersebut TPM duduk di saf pertama dan DSAI duduk du saf kedua. kemudian DSAI keluar lebih awal sebelum TPM keluar. (salah satu rujukan: surat khabar utusan melayu sehari sebelum prk permatang pauh berlangsung).ini adalah salah satu kempen media-media.

    memang saya tahu anda mengirakan peningkatan dari segi kekurangan undi pembangkang menurun dikirakan menang.

  5. Sukri says:

    Betul 100% kerana pemimpin kita suka masuk bakul angkat sendiri,tak payah la dok masuk dalam tv atau suratkhabar cerita2 mcm tu.skrg rakyat dah pandai tengok tv lepas tu buka internet jadi tak payah la guna tv.Yang penting skrg tunggu pru nanti so skrg ni biarlah Selangor,Kedah,Pulau Pinang,Kelantan bagi pr perintah tak payah kacau masallah dia orang lagipun time kita perintah dulupun tak hebat mana pun lebih kurang je.Tunggu pru nanti bagi rakyat tentu itu baru demokrasi.Ingat rakyat era IT rakyat yang pandai menilai tak harap 100% cerita kat tv.Jadi fikirlah sendiri para pemimpin BN khususnya UMNO.

  6. DAH IKHWAN says:

    Saya sungguh setuju BN jangan kacau Pakatan Rakyat dinegeri negeri yang mereka perentah, kerana ini pasti menimbul kemarahan rakyat, terutama di negeri seperti Kedah yang mana pengaruh PAS dikalangan masyarakat Melayu terbukti kukuh.

    Begitu juga Anwar jangan cuba nak tumbang kerajaan Persekutuan yang sah dipilih rakyat. Semua pihak perlu menghormati mandat yang diberi rakyat.

    Isu pokok sekarang kita sebagai orang Melayu perlu prihatin memastikan Melayu memegang tampuk kerajaan, jika tidak tiada siapa yang akan menjaga hak Melayu dan merancang dan melaksanakan program yang berkaitan, untuk generasi akan datang.

    Melayu jangan terlalu konfiden bersaing atas level playing field dengan kaum Cina, kerana walaupun dengan banyak kemajuan yang telah kita capai, tapi hakikatnya Melayu masih lagi di belakang. Malah semua pencapaian yang ada kerana dasar Bumiputera kerajaan pada masa lepas.

    Saya bukan ahli BN, tetapi apakah alternatif yang ada dengan Pakatan Rakyat yang dikuasai bukan Melayu.

    Semua kaum di Malaysia memiliki perasaan perkauman yang kuat, bukan dari segi membenci kaum lain, tetapi dalam ertikata memajukan dan memperjuangkan hak kaum mereka. Kalau tidak yakin, tengoklah reaksi kaum Cina jika kerajaan cuba tutup sekolah cina, atau sekatkan beberapa lesen perniagaan mereka atau larang mereka main mercun atau berarak untuk festival2 keagamaan mereka.

    Jadi, kita Melayu jangan terbuai sangat dengan sedikit pencapaian yang ada. Kita perlu memiliki visi yang tinggi dan menggunakan apa apa cara termasuk polisi yang baik untuk mencapainya.

    Pilihanraya kecil adalah medan yang baik bagi memantau penerimaan masyarakat terhadap polisi baru kerajaan. Sebarang peningkatan, walau sedikitpun, sekurang kurangnya menunjuk samaada dasar baru kerajaan berada dilandasan yang betul.

    Sebagai pemerhati bebas, saya telah agak kekalahan BN di Permatang Pasir dalam artikel terdahulu( sila rujuk artikel ramalan dan Analisis bertarikh 11 Ogos, 2009). Saya telah meramal peningkatan undi yang lebih baik yang BN pasti boleh capai jika tidak timbul masalah calon.

    Kemajuan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat sejak PRU 12, memang ada rahmatnya bagi memberi check and balance demi untuk menentukan kerajaan mentadbirkan negara dengan bersih , telus dan eficien. Tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat bukanlah dikuasai Melayu.

  7. anak sarawak says:

    tv n media cetak terlalu ketara berat sebelah…… mengampu kerajaan kot….. taktik yg selalu diguna pakai untuk berkempen/memperburukan pihak lawan secara tidak langsung….. jangan sampai rakyat hilang keyakinan dengan pihak media. kalau nenek sy kampung boleh la kena hasut oleh media….. masa berkempen semua bersaing nak buat cerita buruk,mengutuk,menjatuhkan,menghakimi apa yg org lain buat…… kadang2 malu juga dgn taktik kuno ini ….sampai kita sendiri kelihatan lebih terdesak nak di atas dengan taktik menarik lalu menekan lawan ke bawah…. (buang dulu la tahi mata sendiri dulu sebelum cuba nak membersihkan selumbar kat mata orang lain…agar kita lebih nampak dengan jelas)
    kalau nak banding PR ngan BN… sekarang susah nak beza… persamaan paling ketara ialah dua2 pihak sama2 sibuk berkempen nak menang…… BN ni pula satu hal…. dah 52 tahun merdeka(mula la nak bangga)….. tp sebenarnya malu la kalau dikira kira mungkin lebih teruk….. jalan panjang berberapa depa kat sekolah saya (sarawak) pun tidak terturap…. kalau rakyat tak undi pun tidak ada alasan nak mengutuk sebab peluang lebih 50 tahun entah dibazir ke mana…… anak saudara sy sendiri mati lemas kerana mangsa bot karam kat sungai Rajang (balik cuti sekolah) sebab tak ada pengangkutan darat…. sekali lagi 52tahun merdeka… jalan tanah merah pun tak terbina….. seolah olah tak ada usaha langsung……
    jangankan bansa/kaun sendiri…kalau adik beradik sediri yg memerintah pun rakyat tak akan undi kalau asyik nak pikir kepentingan sendiri….malah lebih membuat sakit hati….. jangan sampai nanti kita merasakan kesenangan dari kaum lain yang mungkin lebih ikhlas…..

  8. Pingback: Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s