Terhakisnya Toleransi Antara Kaum di Malaysia

Sikap rasis antara kaum di Malaysia kian menular dengan tercetusnya beberapa isu baru baru ini.

Yang terbaharu melibat pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam yang bukan sahaja menjadi isu nasional, tetapi juga menarik perhatian media antarabangsa. Begitulah sensitifnya isu kaum dan agama di Malaysia sehingga boleh menaikkan emosi dan sentimen yang melulu dikalangan rakyat. Jika tidak ditangani dengan baik ini mampu menimbulkan ketegangan antara kaum dan keadaan huruhara dalam negara.

Peristiwa ini juga menunjukkan bagaimana sukarnya bagi kerajaan, tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menangani isu ini, kerana pasti begitu sukar mencari lokasi kuil yang memenuhi syarat dengan majoriti penduduknya beragama Hindu.

Penduduk beragama Islam mungkin mempunyai hak berdemonstrasi menentang perpindahan kuil Hindu itu, tetapi sikap ini juga menunjukkan hilangnya toleransi dalam masyarakat terhadap yang lain agama di kawasan mereka. Malah suasana menjadi begitu hangat sehingga mereka sanggup menggunakan kepala lembu yang suci bagi penganut Hindu, sebagai lambang protes mereka. Bayangkan lah bagaimana reaksi penduduk Islam jika penganut Agama lain berdemonstrasi dan membakar kitab suci Al Quran.

Adalah diharap kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang bersalah demi untuk kesejahteraan negara. Sekurang kurangnya ia juga menunjukkan yang kerajaan berlaku adil tidak kira kaum dan agama.

Setahun yang lepas kita pasti ingat isu nama Allahdalam kitab Bible orang Kristian. Saya berasa hairan mengapa isu ini timbul padahal nama Allah sememangnya sudah lama terpakai dalam kitab mereka, terutama di Sarawak, mungkin juga di Sabah. Saya pernah mendengar majlis doa mereka dengan menggunakan nama Allah Taala, tetapi tidak menimbulkan masalah, kerana umum faham ini untuk kegunaan mereka sesama sendiri.

Apakah penggunaan mereka itu boleh menggugat aqidah orang Islam. Saya yakin soal ini tidak harus timbul, sebab dahulu dizaman penjajah dan sejurus selepas itu kita lebih terdedah, tetapi ia tidak menjejas keteguhan aqidah sebagai penganut Islam.

Malah di zaman itu ramai anak Melayu, termasuk saya sendiri, belajar di Sekolah Missionary Kristian dan mempelajari agama mereka, tanpa terjejas aqidah. Pokoknya, masalah tidak akan timbul jika kanak kanak Islam sudah dibekalkan dangan asas agama yang cukup baik sewaktu berhadapan dengan apa sahaja cabaran luaran. Masalahnya sekarang isu agama semacam dibuat buat untuk pertimbangan politik pihak tertentu.

Tidak kurang juga, sikap rasis agama juga menyerlah di antara penganut agama lain, sehingga mereka begitu lantang mempersoalkan hukum Syariah samaada dalam internet atau melalui media antarabangsa.

Baru baru ini dalam kes hukum sebatan Kartika Shukarno, yang banyak buat bising ialah media antarabangsa dan penulis penulis di internet termasuk yang bukan beragama Islam. Mengapakah begini? Adakah mereka rasis atau kurang faham tentang hukum Islam. Seharusnya mereka tidak perlu bimbang sebab hukum ini dikhaskan untuk penganut agama Islam sahaja, dan tidak melibatkan mereka.

Hairan juga mengapa ramai begitu bebas mengecam keputusan Mahkamah Syariah. Sepatutnya mereka dikenakan hukuman kerana menghina mahkamah.

Dalam perkara ini perlu juga diingatkan prosedur sebatan pesalah laku dalam Hukum Syarak berbeza dengan hukum sebat dalam Undang undang Sivil. Jika dalam kes Sivil hukuman sebat ialah untuk menghukum sehingga cedera teruk, dalam hukum Syarak ia hanya dibuat dengan sederhana sekadar untuk menimbulkan keinsafan kepada pesalah.

Mengapakah suasana torensi kaum semakin terhakis di Malaysia? Adakah ianya disebabkan oleh media massa yang suka mengembar gemburkah isu kaum? Atau disebabkan oleh luasnya pengaruh internet kini? Ataupun kerana isu kaum sememangnya perlu untuk mengingatkan setiap kaum yang mereka adalah berbeza, dan memiliki kepentingan yang bersaingan.

Perlu diingatkan semua kaum memiliki sikap perkauman, sama ada Melayu Cina atau India. Sikap sentimen kaum ini timbul selagi wujudnya berbagai kaum di negara ini yang memperjuangkan nasib kaum masing masing. Kerana wujudnya sentimen kaum, Melayu menyokong UMNO dan PAS, Cina menyokong MCA dan DAP dan India menyokong MIC.

Tetapi apabila tuntutan sesuatu kaum menjadi keterlaluan, sifat perkauman akan hidup subur menjadi rasis dan menyemarakkan sentiment anti kaum yang lain.

Sistem Tiga Aliran tidak Membantu menegakkan Satu Malaysia

Tanpa kita sedari sikap tolak ansur Melayu dimasa lampau telah dapat menyelesaikan masalah semasa diketika itu, tetapi telah meninggal kesan negatif yang kita rasai sekarang. Misalnya, sistem tiga aliran dalam dasar pendidikan Negara telah dapat menangani tuntutan kaum kaum ini di ketika itu, tetapi ia telah melahirkan satu generasi kaum yang kurang toleran dan terpisah antara satu dengan yang lain. Maka pelajar Melayu menuntut di sekolah Kebangsaan, pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan begitu juga penuntut penuntut kaum India.

Setelah 52 tahun merdeka, rakyat Malaysia belum lagi menyedari betapa lemahnya sistem pendidikan kita ini dari segi perpaduan kaum. Namun kini ada segelintir penulis mulai sedar tentang perkara ini dan diharap satu hari nanti sistem pendidikan satu aliran akan menjadi kenyataan demi untuk perpaduan dan sebagai satu langkah menambah titik persamaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Diharap kaum Cina dan India akan menyokong langkah ini demi untuk mendirikan Satu Malaysia.

DAH Ikhwan

Gallery | This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s