Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

Pilihanraya Kecil Kawasan DUN Bagan Pinang dijangka diadakan selepas Hari Raya ini berikutan kematian penyandang kerusi, Azman bin Mohammad Nor.

Bagan Pinang terletak di Negeri Sembilan dan merupakan sebuah daripada lima Kawasan DUN dalam Kawasan Parlimen Teluk Kemang yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Bagan Pinang mempunyai sejumlah 13,664 orang pengundi terdiri daripada Melayu 62.8%, Cina 11% dan India 20.7%.

Kawasan ini mulai wujud sejak Pilihanraya tahun 2004 dan sebelumnya atas nama Pasir Panjang. Sesungguhnya kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu lagi.

Dalam Pilihanraya 2008 calon BN Azman bin Mohamad Noor menang dengan majoriti undi 2333. Dalam Pilihanraya 2004 Kawasan ini juga dimenangi dengan majoriti undi 4,411 oleh calon BN Mohammad Paizal bin Ramli.

Dengan rekod diatas tidak sukar meramalkan kawasan ini akan terus dimenangi oleh BN pada PRK kali ini. Yang lebih penting BN perlu memperolehi majoriti melebihi yang dicapai pada PRU tahun 2008 bagi meyakinkan bahawa gelombang perubahan kearah BN yang mulai di Manek Urai, dan disusuli di Permatang Pasir, masih kekal di Bagan Pinang.

Dalam membuat ramalan kita perlu menganalisis  sikap pengundi pelbagai kaum dalam politik Negeri Sembilan. Sebenarnya ini agak mudah dikira dengan tepat dengan cara analisis multiple regression, satu kaedah ilmu statistik yang biasa diguna dalam kajian sains dan ekonomi.

Kajian tersebut telah di buat untuk Negeri Sembilan dan hasilnya menunjukkan dalam PRU 2008, sejumlah 64% daripada pengundi Melayu dianggarkan telah mengundi Barisan Nasional, berbanding hanya 31% undi dari kaum Cina dan 11% undi dari kaum India(untuk yang mahir, Model Regression diperturunkan di bawah sebagai Lampiran).

Ini membuktikan pengundi Melayu Negeri Sembilan tetap setia dengan BN dalam Pilihanraya tahun 2008, manakala sokongan pengundi Cina merosot dan undi kaum India hampir kesemuanya pindah ke Pakatan Rakyat.

Tentang isu penipuan undi pos ini juga agak mudah dikaji dengan membanding undi sebenar yang BN perolehi dengan undi yang dijangka dengan model regression analysis. Dalam PRU tahun 2008, jumlah undi sebenar untuk BN di Bagan Pinang ialah 6,430 berbanding dengan jangkaan sejumlah 6560 undi, perbezaan 130 undi sahaja. Ini mengesahkan yang corak pengundian setiap kaum termasuk undi pos di Bagan Pinang menyerupai corak bagi seluruh Negeri Sembilan dalam Pilihanraya tahun 2008. Ini bermakna tidak mungkin telah berlakunya penipuan pada undi pos dalam PRU 2008 dalam kawasan DUN ini.

Sebenarnya kawasan Melayu di Negeri Sembilan terbukti kubu kuat UMNO. Pada Pilihanraya 2004 lebih daripada 70% pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional.

Dengan latar belakang demikian, saya pasti Barisan Nasional berkemampuan mengekalkan kerusi Bagan Pinang dengan majoriti undi tidak kurang daripada yang diperolehi dalam pilihanraya tahun 2008.

Bagaimanapun, dalam keadaan politik negara dan hubungan kaum yang tegang kini, kempen BN yang efficien dan berkesan perlu untuk mendapat sokongan padu 70% daripada Pengundi Melayu di Kawasan Bagan Pinang. Undi kaum Cina dikawasan ini tidak kritikal disamping sukar dipengaruhi, tetapi undi Kaum India sejumlah 19.9% boleh membantu menaikkan majoriti jika jentera kempen Barisan Nasional berjaya meyakinkan mereka.

Pada ketika ini, calon belum lagi ditentukan, walaupun Bahagian UMNO yang berkenaan telah mencalonkan Tan Sri Isa Abd. Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dalam perkara ini BN perlu menimbangkan pengaruh seorang bekas Menteri Besar kepada masyarakat Melayu tempatan dengan masalah politik wang yang telah menjejaskan reputasi beliau dimata rakyat Malaysia keseluruhannya..

Perlu diingatkan Anwar Ibrahim dan baru baru ini Rohaizat, calon BN di Permatang Pasir juga berhadapan dengan skandal. Apakah isu peribadi telah menjejaskan undi di kawasan mereka bertanding?

Saya yakin anda mungkin ada maklumat atau pandangan yang bernilai dan terkini. Jadi, komen daripada anda dialu-alukan untuk fa’edah semua.

Update 30September 2009

Semalam Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang. Sungguhpun pemilihan beliau sesuatu yang kontroversial, saya rasa beliau masih menjadi pilihan yang baik kerana populariti beliau di kawasan tersebut disamping telah menjadi Menteri Besar selama 23 tahun. Rekod politik wang yang menghantui beliau saya rasa bukan menjadi isu di kawasan ini kerana pengundi di sinilah yang lebih mengenali beliau, dan mereka mungkin menganggap beliau sebagai victim yang banyak bersabar yang telah menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun telah menempuhi situasi yang pahit.

Malah, isu peribadi sebenarnya belum tebukti menjejaskan undi calon dalam PRK yan lepas seperti di Permatang Pauh dan Permatang Pasir.

Sekian, Wallahu ‘alam.

DAH IKHWAN

_____________

__________

Lampiran


Regression Model for DUN Negeri Sembilan in General Election 2008

The model result below is obtained by means of multiple regression of all votes cast by race in 36 DUN constituencies in Negeri Sembilan.

BN N. Sembilan 2008

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

  1. Wenger J Khairy says:

    Nice analysis. Out of curiosity, why did you include BNns(t-1) as a % ?
    Maybe your answers can help with my regression model for Selangor.

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara Khairy,

    Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya gunakan BNns(t-1) sebagai satu daripada faktor penentu atau ‘independent variable’ bagi mengukur kesetian pengundi dalam kawasan pilihanraya berkenaan kepada BN. Ia berbentuk peratusan yang BN perolehi berbanding undi yang sah dikira dalam pilihanraya sebelumnya. pemilihan ‘independent variable’ ini didapati tepat sebab ia memberi ‘result’ dengan konsistensi yang tinggi melebihi 95%, iaitu t value menyamai 3.0

    ‘Independent variable’ ini juga berhasil meninggikan ketepatan setiap faktor lain dan ketepatan model keseluruhannya.

    Diharap huraian diatas dapat membantu saudara. Komen atau kritik juga dialu alukan.

  3. Pingback: Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P.94: Analisis Situasi dan Ramalan « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s