Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya  sebentar tadi. Seperti  kita ramalkan calon Barisan Nasional Tan Sri Isa Abd. Samad telah menang dengan selesa. Beliau memperolehi 8013   undi berbanding dengan 2,578  undi untuk  calon PAS, Zulkifli Mohd.Omar.

Sila lihat  butiran keputusan Pilihanraya Kecil ini berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2008 dalam jadual berikut:

BAGAN PINANG

Majoriti   undi sebanyak  5,435   adalah satu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding  dengan majoriti 2,333 yang diperolehi oleh calon BN Allahyarham Azman Mohd. Nor pada pilihanraya 2008.

Pada Pilihanraya tahun 2008, BN telah memperolehi 6,430 undi atau 61.1% daripada keseluruhan undi yang sah dikira, sementara calon PAS hanya mendapat 4,097 undi.

Kali ini BN telah berjaya mendapat  75.6  % dari semua undi yang sah dikira, iaitu peningkatan sebanyak  14.5 % berbanding dengan pilihanraya 2008. Malah ia mengatasi  angka 73.54 diperolehi oleh BN dalam pilihanraya tahun 2004.

Sekaligus ini bererti gelombang baru Barisan Nasional yang bermula di Manek Urai, disusuli di Permatang Pasir, kini semakin kencang di Bagan Pinang.

Mengikut kiraan regression model untuk Negeri Sembilan, jika suasana pengundian yang memihak kepada pembangkang pada tahun 2008 masih kekal sehingga kini, jangkaan undi(expected votes) untuk calon Barisan Nasional ialah 7028 undi jika bersandar dengan populariti Tan Sri Isa Abd. Samad.

Dengan undi sebenar(actual votes)  mencapai   8013   undi, ini hanya boleh berlaku jika  sentimen pro BN pada amnya telah  meningkat daripada  kaum Melayu dan India.  Dianggarkan  sentimen Melayu untuk BN kini meningkat 9% seperti di Manek Urai dan Bagan Pinang, manakala dari kaum India kini diagak mulai meningkat sebanyak  20% untuk keseluruhan Negeri Sembilan. Keadaan ini  dicapai kerana penerimaan rakyat terhadap dasar 1 Malaysia yang di ketengahkan oleh Perdana Menteri baru baru ini.

Bagaimanapun, sentimen kaum Cina agak sukar dikira sebab bilangan mereka tidak ramai di Bagan Pinang.

Perlu juga diambil perhatian, dalam pilihanraya kecil ini, nampaknya isu(politik wang) calon seperti kita ramalkan, tidak menjejaskan undi diperolehi oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Tan Sri Isa Samad telah berjaya menambahkan undi atas kekuatan peribadi beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan sebagai seorang bekas Menteri Besar.

Kawasan DUN Bagan Pinang adalah sebuah kawasan yang menarik dari segi komposisi kaumnya yang terdiri daripada semua kaum besar di Semenanjung Malaysia.  Ia memberi peluang bagi memantau kesan kempen dan dasar kerajaan keatas nadi pengundi bagi kaum kaum yang terbabit dan implikasinya kepada sikap pengundi diseluruh Semenanjung.

Undi kaum India sejak sedekad yang lalu mulai memperlihatkan ciri ciri kurang setabil dan banyak di pengaruhi sentimen semasa. Misalnya dalam Pilihanraya Tahun 1999 dan 2008 undi BN dari kaum  India  telah merosot dengan mendadak disebabkan sentimen politik yang melulu berikutan tindakan tindakan  kerajaan yang drastik ketika itu, manakala undi dari kaum Melayu  juga merosot tetapi tidaklah  menurun sebegitu rupa.  Undi dari kaum Cina ketika itu juga berubah tetapi nampaknya bukan kerana sentimen yang melulu, tetapi sebaliknya mereka lebih bijak mengundi untuk kepentingan kaum mereka ( sila lihat  analisis lengkap dalam artikel  ‘ Should BN admit other Indian Based Parties bertarikh 30 September, 2009′).

Sila lihat juga artikel terdahulu Analisis dan Ramalan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N 31 bertarikh 13 September, 2009.

Sebarang komen adalah dialu-alukan, tetapi elaklah daripada menggunakan  kata kata kesat.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

Artikel artikel yang berkaitan:

1. Analisis dan Ramalan PRK Bagan Pinang

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang

  1. Pingback: Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir: Satu Analisis « DAH IKHWAN Weblog

  2. Pingback: Keputusan Pilihanraya Manek Urai: Suatu Ulasan dan Analisis « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s