Isu Kalimah Allah

Kini kalimah Allah hangat diperkatakan dalam media setelah Mahkamah Tinggi membenarkan Majalah Herald,  sebuah majalah agama Katholik menggunakan istilah  Allah bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.

Perkataan Allah di Malaysia biasanya merujuk kepada  Tuhan Agama Islam yang Maha Esa,  akan tetapi ramai masyarakat Bumiputera  penganut Agama Kristian di Sarawak dan  juga di Sabah yang menggunakan Istilah Allah untuk  Tuhan Kristian. Keadaan ini telah lama berlaku sejak bedekad dekad yang lalu dan perlu diambilkira bagi menjamin keutuhan negara kita.

Malangnya seperti biasa di Semenanjung, sesuatu polemik dalam masyarakat biasanya  berfokus kepada  sensitiviti masyarakat Semenanjung sahaja,  dengan tidak banyak menghiraukan tempias yang menimpa masyarakat di Sabah dan Sarawak. Begitulah hakikatnya selepas 50 tahun merdeka,  sebilangan besar masyarakat di Semenanjung, secara tidak sedar masih merasai yang negara Malaysia ini hanya seolah olah wilayah Semenanjung sahaja.

Kini  ketika isu  politik dan perkauman  sedang memuncak,  nampaknya Majalah Herald teringin   menumpang  “Allah” yang di Malaysia lazimnya untuk  Agama Islam. Maka di sini timbullah soal niat mereka. Adakah mereka benar benar   tertarik hati kepada istilah Allah  sedangkan perkataan Tuhan lebih sesuai untuk mereka. Atau sebaliknya Majalah ini dikuasai oleh mereka yang hanya gemar kepada Kontroversi untuk tujuan politik.

Sekiranya mereka betul betul tertarik kepada kalimah Allah,  alhamdullillah  dan diharap ini akan dapat membuka hati orang orang Kristian untuk mendekati  Allah yang sebenarnya.  Dalam Bahasa Inggeris berbunyi ‘It is better to have the real thing than an imitation‘, dalam Bahasa Melayunya lebih elok berpegang kepada kalimah asli daripada   tiruan.

Istilah Allah sebenarnya tidak asing kepada Agama Kristian. Penganut Kristian yang berbahasa Arab sudah lama menggunakan Istilah Allah dengan tiada masalah bagi orang Arab Islam. Di Indonesia juga begitu, justeru itu kitab Bible berbahasa Melayu/Indonesia yang digunakan  diperdalaman Sarawak  dan Sabah menggunakan Istilah Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

Seperti di ulas oleh Dr. Maza, isu kalimah Allah bukanlah isu aqidah, tetapi lebih merupakan isu sentimen tempatan. Jadi, dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, sepatutnya setiap kaum dan Agama  menjauhi kontroversi yang boleh mengeliru dan  menimbulkan keresahan rakyat dan mengugat kesetabilan negara.

Oleh itu Majalah Herald  dan penganut Agama Katholik dan Kristian harus menjauhi kontroversi. Penganut Agama Islam dan  kaum Melayu pun perlu juga  bersikap demikian.

Dalam perkara ini saya rasa pendapat yang rasional seperti pandangan Tun Mahathir dan Dr. Maza  adalah yang terbaik dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Ini bererti istilah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian tetapi dengan syarat syarat ketat, tidak mengelirukan atau mencabar  sentimen Masyarakat Melayu/Islam yang majoriti.

(UPDATE 16 Januari 2010)

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata semalam,  penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Kami menyokong keputusan  ini yang dibuat Kerajaan  membenarkan penggunakan Kalimah Allah oleh Pengganut Kristian dalam upacara sembahyang dan keagamaan di Sabah dan Sarawak. Ini adalah satu keputusan yang tepat dan mengambilkira sensitiviti tempatan bagi mengekalkan keharmonian antara kaum dan kesetabilan politik di dua buah negeri tersebut.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s