Dua Harga Petrol dan Harga Beras

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Dato’ Ismail Sabri Yaakob, baharu sahaja mengumumkan kaedah harga baru petrol mulai berkuatkuasa pada 1 Mei tahun ini. Mulai tarikh ini Petrol  akan di jual dengan dua harga, satu harga bersubsidi untuk pemilik kereta injin berkuasa rendah dan satu lagi harga tanpa subsidi untuk kereta bekuasa tinggi.

Misalnya harga RON 95 kini ialah RM1.80 untuk petrol bersubsidi dan RM2.10 untuk petrol tanpa subsidi,  bererti kadar subsidi ialah 30 sen seliter.

Beliau mengakui bahawa Malaysia merupakan satu satunya negara yang mengamal dua harga , ini perlu kerana adanya subsidi Petrol yang perlu disasarkan kepada pengguna tertentu.

Sesungguhnya  kaedah dua harga ini jarang jarang di laksanakan di mana mana juga negara kerana kesukaran mengawal penjualan sesuatu komoditi dengan harga yang berbeza.

Sebelum ini kerajaan juga telah mengumumkan  pembahagian kupon subsidi beras untuk penguna yang telah ditetapkan, termasuk golongan keluarga  miskin tegar.  Saya rasa  pentadbiran skim ini tidak  mudah kerana memerlukan sistem pemantauan pendapatan setiap  yang layak disamping pengawalan dan pemantauan setiap jualan dengan rapi. Sudah pasti ia  mudah disalahgunakan.

Adalah jauh lebih mudah jika kerajaan meneruskan sistem jualan beras subsidi yang ada sekarang, tetapi dengan hanya meninggikan  peratusan beras patah supaya ia kurang menarik kepada rakyat yang  lebih mampu.

Bagi skim dua harga petrol pula, saya rasa belum ada  pengumuman tentang cara mentadbirkannya. Sama ada ia menggunakan sistem kupon seperti sistem subsidi beras atau ada kaedah lain yang lebih mudah, sama samalah kita lihat nanti.

Perkara perkara yang perlu di ambil perhatian adalah seperti berikut:

1. Dapatkah skim subsidi ini mengenai sasaran kumpulan penggunakan seperti ditetapkan;

 Secara praktiknya adalah sukar mengenali pendapatan pengguna jika hanya dikira berasaskan kereta yang dimiliki. Ini  kerana seseorang yang berpendapatan tinggi lazim memiliki lebih dari sebuah kereta,  yang antaranya berkuasa rendah. Beliau mungkin juga mendaftarkan kereta berkuasa rendah atas nama kaum keluarga yang lain, atau dengan apacara sekalipun untuk mendapat subsidi.

Akibatnya, ramai orang  yang berpendapatan tinggi akan juga menikmati subsidi petrol.

Sebaliknya memberi subsidi dengan memantau  pendapatan seseorang pengguna adalah tidak praktikal dan membuang masa kerajaan.

2. Adakah rekod  pembelian setiap pengguna online?

Dengan sistem komunikasi sekarang, melalui Mykad, kerajaan  dan penjual mungkin boleh memantau rekod  pembelian setiap pengguna secara online (kinipun sudah wujud sistem online di petrol stesyen untuk pembelian secara kad credit). Kaedah ini jika dilaksanakan  mungkin tidak memerlukan sistem kupon. Tanpa sistem online, pentadbiran  subsidi memerlukan sistem kupon yang  terlalu rumit dilaksanakan dan menggunakan  tenaga  kerja yang sepatutnya   diperlukan dalam sektor lain.

Kita mungkin masih ingat sistem rebate yang dilaksanakan dalam tahun 2008. Sistem ini  amat praktikal, tetapi malangnya rebate hanya diberi kemudian,  dan pengguna pada awalnya perlu membayar harga yang tinggi di stesyen minyak. Dalam suasana politik yang tidak setabil,  masalah ini banyak dipolitikkan dan mengelirukan rakyat.

3. Pasar gelap pasti akan wujud

Jika harga subsidi dan tanpa subsidi banyak berbeza, ini akan mendorong pertumbuhan pasar gelap yang serius disamping masalah penyeludupan.  Masalah ini pasti  memerlukan pemantauan yang rapi di seluruh negara.

Kesimpulan

Dengan senario di atas,  sistem pentadbiran harga subsidi negara dijangkn akan melalui jalan yang sukar dan akan banyak mengalih  perhatian rakyat dan kerajaan. Mungkin kerajaan memilih sistem ini kerana  ia menjimatkan dari segi bajet negara, tetapi  apakah faedahnya jika pentadbiran sistem ini membebankan negara serta menambah ruang untuk rasuah dan penyeludupan.

Sistem kuota terpaksa dilaksanakan semasa perang atau dharurat, tetapi dalam masa aman perhatian kerajaan banyak diperlukan untuk  maju kehadapan.

DAH IKHWAN

Artikel yang berkaitan:

1. Isu Kenaikan Harga Petrol dan Petronas

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Dua Harga Petrol dan Harga Beras

  1. Pingback: New Petrol and Rice Prices « DAH IKHWAN Weblog

  2. Pingback: Kerajaan Batal Sistem Baru Subsidi Petrol : Satu Komen « DAH IKHWAN Weblog

  3. Pingback: ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PETRONAS « DAH IKHWAN Weblog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s