Kerajaan Batal Sistem Baru Subsidi Petrol : Satu Komen

Kerajaan telah mengumumkan pembatalan cadangan perlaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum semalam, setelah mendapat feedback yang negatif dari rakyat.

Keputusan ini adalah baik buat negara bagi menghindar masalah lain yang akan  timbul daripada perlaksanaannya.

Seperti telah dikupas dalam artikel  terdahulu, sebarang sistem dua harga dalam negara sememangnaya sukar dilaksanakan,  selain tidak efficien dan terkeluar daripada sistem pasaran bebas. Ia mudah disalahgunakan dan akan menggalak pasaran gelap dan penyeludupan ke luar negara. Ini juga tindakan yang regressif dan bertentangan dengan model ekonomi baru.

Kita semua maklum betapa sukarnya kerajaan mengawal sempadan bagi membenteras aktiviti penyeludupan. Fenomena penyeludupan wujud kerana adanya sistem subsidi  dalam negara, ia merugi kan negara bukan sahaja harga bersubsidi dimanfaati oleh negara jiran tetapi juga membebankan negara bila perlu  mengujudkan sistem pemantauan dan penguatkuasaan.

Sebenarnya  tugas  mencegah penyeludupan tidak begitu berkesan kerana ketirisan kerap berlaku dibanyak tempat dalam negara.Misalnya di Sarawak kita  kerap mendengar  cofeeshop talks di Sibu dan Bintulu dimana penyeludupan minyak diesel kini dilakukan oleh sindiket sindiket menggunakan kapal ikan dan  kapal tunda yang banyak terdapat di pantai berhampiran.

Pada saat ini  elok Kerajaan mengekalkan sistem yang sedia ada  serta megurangkan subsidi berperingkat peringkat sehingga hapus sama sekali dalam jangkan masa yang ditetapkan.

Ini kerana amaun subsidi untuk petrol dan diesel sudah terlalu tinggi hingga mencecah RM5.3 bil. pada tahun lepas. Ini belum lagi mengira subsidi untuk gas asli dan gas masak LPG. Tanpa subsisdi,  amaun ini sepatutnya digunakan membiayai sektor sektor yang lebih berfaedah kepada negara, seperti membiayai program pembangunan dan promosi pelaburan yang berdaya maju.

Tidak dapat di sangkal bahawa harga  petrol dan diesel tanpa subsidi adalah terlalu tinggi untuk rakyat. Sebarang tindakan menghapuskan subsidi dengan serta merta adalah tidak bijak dan akan mengundang aktiviti aktiviti yang mengancam ketenteraman awam.

Tetapi di negara negara maju termasuk Singapura hanrga petrol yang tinggi tidak menjadi isu kerana pendapatan rakyatnya tinggi. Oleh itu wawasan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi sungguhlah  wajar dan  patut kita semua sokong. Jika dicapai, rakyat tidak lagi memerlukan subsidi dan ekonomi  negara akan mampu bergerak dengan sistem pasaran bebas yang terbukti efficien dan terbaik untuk seluruh rakyat.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kerajaan Batal Sistem Baru Subsidi Petrol : Satu Komen

  1. Pingback: ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PETRONAS « DAH IKHWAN Weblog

  2. TSHB says:

    I wonder if the so called feedback from the people is just the few who spoke thru the media? Should major decision such as this be made in this way? Was there clear explaination on the merits and demerits of abolishing the subsidy? Is there an alternative proposed? It is a littlle scary to think that decisions are not made based on fundamental principles and facts of the matter.
    God help Malaysia.

    • DAH IKHWAN says:

      Dear TSHB,
      This article was written more than two months ago when the government wanted to introduce dual pricing system for petrol, one price for people who deserved subsidy and another for the open market. The plan was abandoned and status quo was maintained, apparently after realising the problems of maintaining the dual pricing system was too much to bear. I believe this was a good decision.

      Now the government economic think tank is proposing the more fundamental issue of abolishing subsidy or reducing it on staggered basis. From what we see in the news, it is considering to reduce fuel subsidy on staggered basis, and is awaiting feedback from the people.

      How do you suggest the government should gather this feedback?

      Articles in this blog always prefer abolishing subsidy on staggered basis for reasons mentioned above.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s