Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P.94: Analisis Situasi dan Ramalan

Kematian penyandang kerusi parlimen P 94  Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad, telah membuka jalan untuk satu lagi pilihanraya kecil(PRK)  di Semenanjung Malaysia. Beliau telah memenangi kawasan ini dalam  Pilihanraya tahun 2008 sebagai calon PKR  dengan mengalahkan penyandang kerusi, G. Palanivel dari BN(MIC).

——————————–

‘Ulasan dan Analisis Keputusan PRK Hulu Selangor’ sila klik di sini

——————————–

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menetapkan tarikh mengundi pada 25 April ini dan tarikh penamaan calon pada 17 April 2010.

Kawasan ini kini mempunyai 64,500 pengundi tediri daripada Melayu 52.7%, Cina 26.3% dan kaum India 19.3%.

Dalam keadaan yang tidak menentu kini dengan desakan beberapa pihak supaya kerusi ini di serahkan kepada UMNO, saya ingin mengemukakan analisis terperinci dan bebas untuk perhatian umum dan mereka yang berkenaan.

Sejak wabak pilihanraya kecil bermula pada tahun 2008, saya telah membuat analisis situasi dan ramalan dalam enam  pilihanraya kecil dan terbukti tepat dalam  lima PRK tersebut(sila rujuk artikel artikel yang berkenaan dibawa artikel ini).

Analisis saya, seperti biasa, berasas kepada regression model yang telah dibuat untuk Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya Umum tahun 2008, 2004 dan tahun 1999. Bagi pembaca biasa cukuplah saya nyatakan nama kaedah regression model dalam ramalan ini, tetapi bagi yang mahir dalam analisis data statistik, mereka bolehlah rujuk kepada artikel utama terdahulu.

Saya perturunkan data Pilihanraya bagi tiga Pilihanraya Umum yang lepas untuk Kawasan P.94 untuk perhatian pembaca.

Perbandingan Data Pilihanraya di Hulu Selangor


Jadual di atas menunjukkan bagi PRU tahun 2008, G. Palanivel telah  dikalahkan oleh calon PKR. Beliau mendapat 22,979 undi berbanding dengan anggaran kita dengan model regression 22,373, iaitu hanya perbezaan 606 undi sahaja.

Bagi PRU 2004 beliau telah menang dengan 27,807 undi, iaitu perbezaan 1,722 undi sahaja dari model regression.

Bagi PRU Tahun 1999 pula beliau juga menang dengan22,143 undi, iaitu perbezaan 537 undi sahaja dari model regression kita.

Perbezaan yang kecil diantara data sebenar dan Anggara Model seperti di atas menunjukkan bahawa  dalam keputusan tiga Pilihanraya Umum yang lepas, corak pengundian di Kawasan Hulu Selangor selari dengan sentimen setiap kaum di Semenanjung. Ini bererti, setiap kaum dalam kawasan ini telah menggundi mengikut  arus pengundian di seluruh Semenanjung Malaysia, dan justru itu, sentimen tempatan tidak mempengaruhi pengundian secara signifikan.

Ini bererti Perdana Menteri seharusnya jangan tunduk dengan desakan desakan  menyerahkan kawasan ini kepada UMNO atas alasan kehendak pengundi tempatan. Ini kerana MIC telah terbukti mampu mempertahan Kawasan ini jika sentimen kaum di Semenanjung Malaysia memihak kepada BN.

Berpandukan kepada enam PRK yang lepas sudah ada bukti kukuh bahawa sentimen kaum Melayu kian memihak  kepada  BN. Juga, dalam  PRK Bagan Pinang sentimen kaum India juga mulai berpindah keapada BN.

Ini menunjukkan cara pemerintahan Dato’ Seri Najib, dengan dasar 1 Malaysia beliau telah mulai diterima semua kaum. Pandangan  ini selari dengan tinjauan pendapat umum yang telah dibuat oleh beberapa pihak baru baru ini.

Pilihanraya Kecil  Kawasan P 94 ini sesungguhnya  testing ground kepada  Dato’ Seri Najib, samaada dia tegas mempertahankan dasar ini atau tunduk kepada  desakan Melayu Ultra dan mereka yang  berkepentingan. Jika beliau bertegas, besar kemungkinan BN akan menang selesa di kawasan ini serta terus menengukuhkan dasar 1 Malaysia. Jika sebaliknya beliau akur kepada desakan Melayu Ultra, BN mungkin juga menang di sini tetapi ia akan menjejaskan  sokongan rakyat kepada dasar 1 Malaysia.

Sebenarnya, Dato’ Seri Najib tiada pilihan lain selain mengekalkan MIC dalam kawasan ini kerana kawasan ini mempunyai agak ramai pengundi dari kaum India, hampir 20%. Jika tidak disini dimana lagi untuk MIC dalam zaman 1 Malaysia ini? Sesungguhnya, tidak ada kawasan pilihanraya  di Malaysia  dengan majoriti kaum India.

Selain itu, Penamaan G. Palanivel dari MIC juga membawa kelebihan, kerana penyandang atau bekas penyandang biasanya membawa undi peribadi kira kira 1,200 undi.

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

Artikel berkaitan:

1. Malaysia’s General Election 2008: A Comprehensive Analysis

2.Analisis dan Ramalan PRK   N 31 Bagan Pinang

3.Analisis dan Ramalan PRK  Permatang Pasir

4.Analisis dan Ramalan PRK Manek Urai

5.By-election Battles for 2 Bukit and Batang Air

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P.94: Analisis Situasi dan Ramalan

  1. Rosli says:

    Saudara yang dihormati,
    saya ingin bertanya pendapat tuan berkenaan kekalahan yang dialami oleh UMNO di Kedah semasa pilihanraya umum yang lepas adalah atas dasar apa, apakah analisa yang telah tuan dapati, boleh berkongsi dengan saya. Maaf topik ini tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil HS.

  2. DAH IKHWAN says:

    Saudara Rosli,
    Saya telah meneliti data pilihanraya negeri Kedah dan membuat analisis yang perlu. Saya dapati sokongan kaum Melayu keatas Barisan Nasional agak lemah, dibawah 50% yang menyokong secara konsistan, membayangkan terlalu ramai undi Melayu atas pagar. Ini bukan sahaja dalam pilihanraya 2008 tetapi juga dalam PRU 2004. Pasti ini kerana pengaruh PAS di sana dan lain lain sebab tempatan.

    Sebelum PRU 2008, BN Kedah bergantung banyak kepada sokongan kaum Cina dan India untuk menang. Setelah sokongan ini berpindah kepada Pakatan Rakyat, maka kerajaan Kedah berpindah kepada pihak pembangkang dengan mudahnya.

    Saya belum kesempatan menganalisis sikap pengundi dizaman Tun Mahathir. Apa yang saya dapati pengundi Melayu di Kedah selepas era Mahathir tidak menentu dan sukar diramal.

    Mungkin ini ada kaitannya juga dengan tindakan drastik di zaman Pak Lah menyingkir terlalu ramai calon(pro Mahathir) dalam pilihanraya tersebut.

  3. Mika Angel-0 says:

    Do you think that the revival of the Bumiputera Stock Exchange is of any good?

    And if I may, what is B-A-Lajar?

    Danke erg.

  4. DAH IKHWAN says:

    Mr. Mika Angel-o,
    Thank you for your interest. If I remember correctly, once there was trading in Bumiputera company shares on the Kuala Lumpur Stock Exchange, by which transactions were confined to Bumiputeras only. This has been discontinued long time ago.
    I don’t think it is a good idea to revive such trading facilities as it distorts free flow of capital and thus making capital market inefficient.
    Your other question on B-A Lajar? I have no idea what it is.

    Dank U.

  5. Mika Angel-0 says:

    Het spijt mij maar:

    Mari Balajar Bahasa Inggeris

    Anyway, what are your thoughts on the single currency of the GCC – how should they be structured; and your thought on the GCC bourses: how ‘strong’ are they? (als ik u maag vragen)

    GCC single currency put off beyond 2010
    Reuters

    MANAMA: The Gulf Cooperation Council (GCC) will extend the 2010 deadline for a single currency, senior officials said yesterday.

    Five GCC states — Saudi Arabia, the United Arab Emirates, Kuwait, Bahrain and Qatar — have been working for years toward launching a single currency in 2010.

    “The physical currency, it will not be in 2010,” Nasser Al-Kaud, deputy assistant secretary-general of the GCC told reporters. “The monetary council will be established and one of its tasks will be to set the new timetable for the introduction of the physical currency.”…

    I understand it is a question for a ‘currency economist’ and therefore I would appreciate if any suggestion be made to sites where one may read of them. (well, i searched wiki but what are the opinion from a non-western mind? and where would the gold dinar fit in?)

    Daag.

  6. DAH IKHWAN says:

    I am also sorry about that. The correct word in Malay language is belajar which means to learn. I just notice the error and shall correct it. Thanks.

    About the Gulf states, I am not familiar as I live in a different region altogether.

    Goede nacht

  7. Mika Angel-0 says:

    Salaams

    What are your thoughts on the New Economic Model?

    Goede dag, mevrouw

  8. DAH IKHWAN says:

    Salaam,
    I was thinking of writing an article on the New Economic Model(NEM), but in the meantime I don’t mind to share some of my thoughts with you and other readers.

    NEM was introduced by PM Najib recently as a new approach to administer the country, mainly to replace the ‘New Economic Policy’ (NEP)which was put in place more than 20 years ago.

    Basically the old NEP was base on targetted percentages of Bumiputra participation in the country’s economy. It helped to address racial disparity issues, but has the undesired effect of slowing down country’s growth.

    Malaysia’s GDP, though growing, lags behind those of our neighbours. Hence the need for a new approach to administer the country. This approach is now known as NEM.

    NEM is focusses not so much on the quantitative targets for Bumiputera, but more on qualitative targets.

    NEM is merit based, focuses on transparency, anti corruption efforts, human resource developments and specific measures to promote healthy growth of Bumiputera entrepreneurs.

    I feel this is a right approach to developing our country. If implemented properly, it should be able to propel Malaysia to a high income economy of Vision 2020.

    It will be a great challenge for the government to stick to this policy(NEM) since there are tremendous political and social pressures to adhere to the old ways of doing things.

    By the way Ik ben Mijneer, niet Mevrouw. Dah sounds female, but it is actually initials of my name, sorry.

    Goede dag, mevrouw.

  9. Mika Angel-0 says:

    Nederlaanse taal oefeningen:
    Pardon moi, mijnheer, en goed zo.

    Nu, ik zal aan de NEM Malaysia Part01.pdf gaan kijken.

    I am looking at the appendix 1: Palm Oil.

    Tot een andere keer, Dahtje!
    ma’a salaam van uit Jelutong.

  10. azli says:

    Hi
    Firstly tahniah & terima kasih ats info dan maklumat yg sgt padat dan menarik diberikan dalam analisis p/raya. Sy amat berminat utk mengetahui bagaimana saudara membuat analisis p/raya ini kerana sy perlu membuat analisis sebegini bagi kajian sy. Jika tdk keberatan saudara blh pm sy.
    Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s