Pilihanraya Kecil Kawasan Sibu P. 212: Analisis dan Ramalan

Pilihanraya Kecil bagi Kawasan Parlimen Sibu P.212 telah ditetapkan dalam bulan ini dengan tarikh  penamaan calon pada 8 Mei dan tarikh pengundian pada 16 Mei.

____________________________________________

Untuk Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu sila Klik di sini

____________________________________________

Kawasan ini secara tradisi telah dimiliki oleh Barisan Nasional sejak  lebih daripada enam pilihanraya yang lepas. Ia mempunyai seramai 54,695 pengundi dengan undi Cina sebanyak 67%, undi Melayu/Melanau 10.5% dan Undi Dayak 22%.

Kawasan ini kosong berikutan kematian Mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang telah  menyandang kerusi ini  selama lima penggal, sejak tahun 1990. Calon  BN yang akan bertanding  juga Robert Lau, saudara dua pupu beliau dengan nama penuh Robert Lau Hui Yew. Calon di kenali sebagai memiliki personaliti yang baik dan mudah didampingi dan datang daripada keluarga yang terkenal di Sarawak.

DAP telah mencalonkan seorang muka lama pebangkang negeri Encik Wong Ho Leng, dan seorang calon bebas, Encik Nawawi Haron juga turut bertanding.

Di bawah saya perturunkan jadual rekod pilihanraya di kawasan ini untuk perhatian anda:


Jadual di atas menunjukkan  sejak 1986 kawasan ini telah dimiliki BN, dengan majoriti tertinggi dalam pilihanraya tahun 1999, tetapi menurun selepas itu. Malah pada PRU 2008, jika dikira undi PKR yang juga turut bertanding, undi majoriti BN  pada tahun itu hanya sejumlah 2,423 sahaja.

Mendiang Robert Lau telah menyandang kerusi  lima kali sejak tahun 1990, manakala Wong Ho Leng dari DAP telah bertanding  dalam tahun 1995, 2004 dan 2008 dan kalah dalam kesemuanya.

Parti mana yang akan menang kali ini, sukar  diramalkan, walaupun BN telah memegang kawasan ini sejak dahulu lagi. Ia bergantung dengan beberapa faktor yakni, sentimen politik masyarakat Cina Sarawak, ketiadaan penyandang yang biasanya mampu menarik undi peribadi, betting yang biasa berlaku dalam kawasan Cina di bahagian Sibu. Sebaliknya tidak ada isu tempatan yang boleh mempengaruhi undi secara signifikan. Isu nasional  saya rasa relevan tetapi dari segi persepsi masyarakat Cina.

Saya telah meninjau pendapat rakan rakan dari masyarakat Cina di Kawasan ini. Rata rata  berpendapat yang pertandingan sengit akan berlaku, mereka nyatakan  BN boleh menang jika jentera parti berkerja bersungguh sungguh secara berkesan. Tetapi pendapat dari pengundi Cina sukar diselami, mereka lazimnya tidak menunjukkan sebarang sentimen dengan ketara dan mungkin telahpun menentukan siapa yang bakal mereka undi.

DAP nampaknya mempunya beberapa kelebihan kerana ia mempunyai calon yang sudah dikenali pengundi dan terdedah dalam tiga pilihanraya di kawasan ini sebelumnya.

Kali ini undi pembangkang bersatu dibawah DAP sahaja tidak seperti dalam tahun 2008 apabila PKR juga turut bertanding menentang DAP. Tambahan pula pada PRK kali ini undi BN akan lari sedikit kerana kehadiran seorang calon bebas Melayu.

Disamping itu sememangnya sudah ada trend pengundi Cina memihak kepada DAP selepas pilihanraya tahun 1999, selari dengan corak pengundian di Semenanjung Malaysia.

Keputusan mengejut boleh juga berlaku atas sebab bukan politik seperti betting yang pernah diamal di  kawasan kawasan dalam Bahagian Sibu. Kita perlu ingat, Presiden SUPP  Datuk Amar Dr. Wong Sung Kai pernah kalah mengejut di kawasan Bukit Asek  juga di Sibu.

Memandang kepada faktor faktor di atas,  kemenangan nampaknya akan memihak kepada DAP  dalam Pilihanraya Kecil P. 212 ini.

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Pilihanraya Kecil Kawasan Sibu P. 212: Analisis dan Ramalan

  1. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan,

    What is the betting like?
    What are the odds?
    Minimum bet?

    I put money on – what are the odds?
    More on BN, lesser votes, lesser majority.

    Danke , Mijnheer.

  2. DAH IKHWAN says:

    Mika,

    Sorry, I have no idea. I am not involved in betting – only a blog writer.

  3. swk says:

    Sad for OLD management.. OLD tricks.. (only visit give money during the “event”.. gone and forget you guys when it’s over) ..OLD methods.. (development for Sibu? $$ for school, $$ for drainage, citizenship for those eligible & etc… isn’t those are what they SHOULD DO all time?? why only now give??!! so, wat happen last time??? ) … If really no money last time then prove for the reasons, don’t assume ppl are stupid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s