Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil(PRK) Sibu P 212

Parti DAP telah memenangi Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen  Sibu dengan majoriti tipis sejumlah 398 undi. Butir butir seperti di bawah:

DAP…………………………………..18,845 undi

Barisan Nasional………………….18,447

Bebas……………………………………..232

Undi rosak………………………………395

Majoriti ………………………………….398

Peratusan mengundi………………..    70%

Seperti yang telah kita ramalkan Parti DAP  telah memenangi pilihanraya kecil bagi Kawasan Sibu ini. Keputusan PRK  ini  pada hakikatnya  bergantung banyak kepada sentimen  masyarakat Cina memandangkan ia mewakili sejumlah besar, iaitu 67% daripada  pengundi.

Seperti kita jangka ,  calon DAP   memenangi PRK ini dengan sokongan daripada kira kira  64% dari undi kaum Cina, manakala calon Barisan Nasional hanya mendapat kira kira 36% undi mereka.  Tidak dapat dinafikan ini adalah prestasi yang  tidak  memberangsangkan, lebih buruk daripada Pilihanraya Umum tahun 2008 dimana BN masih mampu meraih kira kira 40% undi dari kaum Cina.

Keputusan ini juga mempamerkan sokongan berterusan daripada kaum Melayu dan Dayak yang selama ini sememangnya menjadi tulang belakang BN di Sarawak.  Pada PRK ini calon BN dianggar telah  meraih lebih 75% undi dari masyarakat Melayu/Melanau dan juga Dayak.  Bagaimanapun kerana mereka hanya pengundi minoriti mewakili sejumlah 32 peratus pengundi, jadi keputusan hari  ini  sudah pasti memihak kepada calon pembangkang.

Perlu diingatkan secara tradisi  kadar sokongan masyarakat Bumiputera Sarawak untuk BN  tidak kurang daripada 67% dalam Pilihanraya Pilihanraya di Sarawak. Dalam Philihanraya Umum 2008  faktor ini telah menjadi penyumbang utama menyelamatkan kerajaan BN di peringkat Persekutuan.

Corak pengundian masyarakat Cina di Sarawak mempamirkan satu kelompok pengundi yang ‘bijak’ dan calculative. Pada masa lepas sokongan mereka untuk BN dianggap cukup tinggi pada kadar melebihi 55%, tetapi menurun selepas Pilihanraya Umum tahun 1999 sehingga jatuh ke paras  40% sahaja pada Pilihanraya Umum tahun 2008. Kita nampak  satu persamaan  kuat diantara undi kaum Cina di Sarawak dan  di Semenanjung berikutan  perpecahan dalam Masyarakat Melayu Semenanjung dengan cara ia menyokong Pakatan Pembangkang. Kita sedia maklum Pakatan Rakyat, sungguhpun diketuai Anwar Ibrahim, tetapi di tunjangi oleh DAP.

Usaha Perdana Menteri Dato’ Seri Najib sungguh disanjungi dalam   menyedarkan dan  menarik sokongan dari Masyarakat Cina. Beliau dan semua menteri kabinet Persekutuan bersama Ketua Menteri Sarawak dan barisan kabinet beliau bertungkus lumus berkempen setiap hari dalam tempoh berkempen PRK di Sibu ini. Kesan positif kepada pengundi Bumiputera  memang pasti, tetapi di manakah  kesannya keatas kaum Cina Sibu? Segala janji janji pembangunan dan sumbangan kepada sekolah sekolah dan persatuan persatuan Cina tidak menampakkan kesan dalam PRK ini. Diharap, usaha usaha PM dan KM pada hari ini akan  menghasilkan goodwill dan menampakkan kesan yang positif dalam jangka panjang.

Dari sudut positif,  sokongan masyarakat Cina untuk BN Sarawak tidaklah seburuk yang di alami oleh  BN dalam PRK Hulu Selangor yang hanya mendapat 24% sokongan pengundi Masyarakat Cina. Syabas kepada YAB Perdana Menteri dan juga YAB  Ketua Menteri Sarawak kerana jentera BN telah mampu mengurangkan  jurang ini.

Anda mungkin bertanya apakah kesan corak pengundian di Sibu hari ini kepada kekuatan BN di Sarawak. Kesan keatas kedudukan BN dalam  Pilihanraya DUN Sarawak akan kita kaji dalam masa terdekat ini. Bagi kesan keatas kedudukan kerusi Parlimen BN dari Sarawak, ini  tidak mungkin terjejas dengan serius kerana  kerusi Parlimen yang diwakili oleh parti SUPP(parti  masyarakat  Cina BN) tidaklah begitu banyak. Mengikut anggaran Model Regression kita, dengan keadaan sentimen kaum terkini, Barisan Nasional(Sarawak) mungkin kehilangan 3 hingga 4  kerusi Parlimen  daripada keseluruhan 31 kerusi untuk Sarawak, sekiranya Pilihanraya Parlimen diadakan sekarang.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

Gallery | This entry was posted in Pilihanraya Kecil and tagged . Bookmark the permalink.

20 Responses to Analisis dan Ulasan Keputusan Pilihanraya Kecil(PRK) Sibu P 212

  1. nono says:

    tahniah kepada kaum cina yang terus bersatu padu didalam kaum mereka sendiri. hanya parti bumiputra saja yang sibuk melaungkan perpaduan kaum yang akhirnya mengorbankan nasib dan peluang bumiputra sendiri kerana ingin mengambil hati kaum cina. Saya amat bersetuju dengan Presiden Pesaka Dato’ Ibrahuim Ali tidak perlu memberi sebarang bantuan kepada kaum yang mementingkan kaumnya sendiri sahaja. Untuk Pas dan PKR cukup lah menjadi binatang tunggangan DAP

  2. malaysian says:

    typical malay-centered, non-neutral comment, oh please~ always think u guys are “sabotaj” by chinese voters… think with your knees! if you give”gula-gula” to those golongan miskin tat u always ignored coz busy enjoying ur luxury life back there in semenanjung, then u think they shoud repay u by all their votes, and that u think is the spirit of “kenang-budi”? bullshit! luckily there are voters realize these lowclass nonfair hadiah-BN-bila-ada-pilihanraya tactic, really sick of this! u think all malays and orang asli r dat stupid? stop blaming chinese voters~ all races are all getting realize these helah busuk BN!~ the government shud help all races and all places in fair way, not jus allocating some goodness to some people only!!! and especially not picking SPECIFIC time to give COMPULSORY service and goodness to all malaysians!!!

  3. malaysian says:

    sabar~ government budget r contribute by majority of tax money payed by gambling, malays & chinese company, they r belong to us malaysian! not jus onli u one extremist!!

  4. zali says:

    you are racist

  5. DAH IKHWAN says:

    Saudara Nono,
    Saya tidak setuju dengan pandangan Saudara kerana trend pengundian mengambil masa untuk berubah.

    Undi Melayu yang awal sekali berubah ke arah BN, disusuli pula oleh undi kaum India. Kaum Cina agaknya mengambil masa yang lebih lama.

    Saya yakin lambat laun, dengan dasar 1 Malaysia Perdana Menteri, undi kaum Cina juga akan kembali seperti sediakala.

  6. DAH IKHWAN says:

    To Malaysian and Zali, I wish to emphasize that I am not racist. I am only interpreting the election figures which are derived from regression formula.

    These figures can be verified by any statistician and in fact widely known and discussed on the internet.

    If it is a fact that majority of the Chinese are not with BN, one should not be emotional about it. They have their own reasons for doing so, just as the Malays and Bumiputeras are with BN.

    It is the wisdom of our leaders like our PM that will ensure that no single race should be left out in the cold, for the continued peace and prosperity of our country.

  7. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwa

    Mijn feliciteren.

    Pilihan raya negeri voor nou.

    BN got an early warning.
    Alhamdulillah.

    Tot ziens

  8. Marzuki Andong says:

    Rinduk maca analisis yang abg buat. Yang amat bagus sekali ialah dari trend yang diperamati, ada satu pihak yang mengambil peluang membuat demands seketika keadaan yang sebigini dan Kerajaan BN pun dengan mudah memberi/melulus segala yang dipinta. Dalam masa sama, satu pihak/kelompok lain memohon/mengeluar kelohan, semuanya djadikan KIV walhal mereka diminta mengundi xalon BN secara berterusan.

  9. DAH IKHWAN says:

    Sauara Marzuki,
    Ya betul tu. Mungkin YAB PM beri dan janji terlebih sangat untuk Kaum Cina yang belum lagi tahu menghargainya. Masyarakat Cina tidak memerlukan semuanya itu, kerana mereka masyarakat berdikari.
    Bagi saya, sentimen politik mereka kini bukan kerana hendak ini dan itu, tetapi mereka sedang mencari peluang lebih untuk menentukan agenda nasional.

  10. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan,

    Peluang lebih – Setuju. Tetapi apakah agenda nasional itu dari kacamata mereka?

    Bagaimana Malaysia boleh dijadikan contoh negara di Timur- Tengah? Si-muslim pun agenda dia.

    Mahu dimulakan ramalan dan analisis DUN Sarawak pula?

    DAH Ikhwan – zeer knap van je. Dank U.

  11. DAH IKHWAN says:

    Dear Mika,
    Sukar meneka dengan pasti agenda mereka. Saya agak mereka munkin inginkan liberalisasi penuh semua sektor ekonomi dan sektor kerajaan dari segi penyertaan antara kaum, sejajar dengan dasar Malaysian Malaysia DAP. Ini saya agak termasuk soal hak hak Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.
    Dank U.

  12. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan

    Maag ik je een beetje vraag stellen, aub?

    What is the vision of the Sarawakians for their state come 2020?

    How do they see themselves and where they stand in a caring society?

    Sarawak in 10 years time…

  13. DAH IKHWAN says:

    Mika Angel-O

    Your questions are always welcomed.

    Sarawak has a clear vision for the next ten years. To catch up with development in Peninsula Malaysia, as part of a developed industrialised nation.

    SCORE, ie the development area in Sarawak, is attracting billions of RM in energy intensive industries powered by the cheaply produced hydro power, namely Bakun, Murum, etc.

    Sarawakians are the most racially tolerant people in the country, and they are proud of it. West Malaysian opposition political style is a distraction that may erode inter racial and religious harmony, promote racism and wasting a lot of precious time needed to catch up with other east Asian countries.

    Sarawakians very much appreciate Prime mister’s role to support the development of SCORE. He is the person to trust, as he always means what he says. Moreover, he is the son of our most trusted Prime Minister, Tun Razak. Najib can’t be too different from his father.

    Frankly, compare him to Anwar, who always accused Mahathir or Najib to conspire against him. Logically a person in authority does not need to conspire against his subordinate……….. he just need to sack him!!!!

  14. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan,
    Salaams

    Malaysian : The Way Forward (Vision2020)
    By The Honourable Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad
    Introduction
    The purpose of this paper is to present before you some thoughts on the future
    course of our nation and how we should go about to attain our objective of developing
    Malaysia into an industrialised country. Also outlined are some measures that should
    be in the short term so that the foundations can be laid for the long journey towards
    that ultimate objective…Malaysia should not be developed only in the economic sense. It must be a
    nation that is fully developed along all the dimensions: economically, politically,
    socially, spiritually, psychologically and culturally. We must be fully developed in
    terms of national unity and social-cohesion, in terms of our economy, in terms of
    social justice, political stability, system of government, quality of life, social and
    spiritual values, national pride and confidence.

    Mijn vraag: What are the thoughts going in and out, running in the head of YABhg Ketua Menteri of Sarawak and the vision he sees as the States Election looms sharper?

    Pas op, mijnheer! Hebt u echt vriendens in Sarawak, mijnheer?

    Rustig Denken

  15. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan,

    How would you implement the GST?
    When?

    Danke

  16. asaifude says:

    saudara dah ikhwan,

    saya amat tertarik dgn analisis p/raya saudara terutama menggunakan multiple regression, boleh saya dapatkan email sdr utk berbincang lanjut

    tq.

    • DAH IKHWAN says:

      Saudara Asaifude,

      Terima kasih di atas minat Saudara kepada artikel artikel saya dalam blog ini. Kaedah multiple regression yang saya gunakan untuk analisis pilihanraya berbentuk adaptasi dari model yang lazim dipakai dalam bidang econometric atau sains untuk mengkaji correlation diantara pelbagai faktor.

      Untuk keterangan lanjut dan untuk sebarang komen dari segi tekniknya saudara boleh hubungi saya di alamat e mail dibawah:

      dahalmi@gmail.com

  17. Ore Sibu Tulen says:

    Halo brader…
    Brader bukan orang sibu. Brader tak tahu apa sebabnya orang sibu tolak bn(Barisan Nyanyuk).
    Sebabnya:

    (1)supp gagal dalam membangunkan bandar sibu.
    (2)calon yang mewakili bn, kurang dikenali dari sifat mesra rakyat. Beliau lebih dikenali dengan sikap keluarga yang sombong oleh masyarakat setempat.
    (3) Orang sibu tak nak wujudkan dinasti.
    (4) Janji lama gagal ditunaikan.
    (5)Wakil rakyat jarang turun padang.

    adios………………..

  18. ivy says:

    DAP win.www…. i support you alp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s