Model Baru Ekonomi dan Ekstremis Melayu

Sukar hendak menafikan betapa perlunya suatu kaedah baru dalam mentadbir ekonomi negara bila sesekali kita memandang momentum pertumbuhan ekonomi  negara serantau, seperti Korea, Taiwan, Negara Cina, selain  negara yang  mulai bergerak maju seperti Indonesia dan Vietnam.

Malah Wawasan 2020, yang dimulai dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir sudah semakin hampir, tetapi negara kita belum nampak lagi berganjak tegas ke arah sasaran tersebut.

Jika dalam tahun lapan puluhan kita searas dengan Korea dan Taiwan, kini ekonomi kita jauh tertinggal di belakang. Diketika itu pendapatan per kapita Malaysia ialah  USD 1,600 setara dengan Korea Selatan dan  Taiwan berbanding dengan USD 5,000 untuk Singapura.

Pada tahun 2008  pendapatan per kapita Malaysia hanya mencecah USD 8,209  berbanding  USD 37,597 untuk Singapura, USD 19,115  untuk Korea Selatan dan USD 18,000 untuk Taiwan.

Mengikut pihak Kerajaan dan para cerdik pandai negara,satu sebab yang menimbulkan jurang perbezaan ini ialah wujudnya banyak kekangan dalam pentadbiran negara, seperti rasuah, ketirisan belanjawan negara, kurangnya ketelusan dan tidak kurang pula kerana wujudnya Dasar Ekonomi Baru yang menyekat suasana ekonomi bebas dalam negara.

Sebab sebab di atas mudah diterima rakyat, kecuali soal Dasar Ekonomi Baru yang mudah mengusik sentimen Melayu dan Bumiputera.

Sejak Dasar Ekonomi Baru(DEB) diwujudkan  tiga puluh tahun yang lepas,  kerajaan telah menetapkan kuota Bumiputera dalam bidang ekonomi, gunatenaga, pelajaran, dsb. Dengan ini   masyarakat Bumiputera telah melangkah kehadapan. Tetapi ia tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam beberapa bidang, terutama bidang ekonomi. DEB telah memberi faedah kepada masyarakat Bumiputera, tetapi disamping itu, ia menggalak kebergantungan masyarakat Melayu kepada kerajaan. Dalam kata lain ia gagal mengukuhkan dayasaing masyarakat Melayu, menyebabkan Melayu sukar berdikari  dalam bidang perniagaan, dsb.

Disamping itu sasaran 30% ekuiti untuk Bumiputera gagal dicapai. Dianggarkan hanya 20% sahaja ekuiti syarikat dalam negara dipegang oleh Bumiputera, itupun sebahagian besarnya  dalam syarikat Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Keadaan ini disebabkan fokus DEB kepada kuota. Melayu menjadi selesa dan ramai mencari rezeki dan kekayaan hanya dengan cara menyewakan lesen dan permit kepada Bukan Bumiputera. Tindakan sebegini tidak banyak membantu Melayu menjadi usahawan yang sepatutnya mampu memacu pertumbuhan perniagaan kita.

Cadangan  Model Baru Ekonomi (MBE) atau New Economic Model (NEM) tidak menekankan aspek kuota Bumiputera. Ia lebih menekan soal liberalisasi ekonomi, pembangunan modal insan,  soal ketelusan dan soal membenteras ketirisan dan rasuah yang perlu untuk memajukan negara keseluruhannya.  Setakat ini  MBE belum ada agenda Bmiputera yang konkrit. Yang ada  hanya wujudnya institusi baru seperti Ekuinas yang berperanan membantu syarikat Bumiputera berkembang dengan cara suntikan ekuiti.

Justeru itu maka timbullah desakan dari pihak NGO Melayu di ketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dan Majlis Perundingan Melayu yang masih mahu menegakkan kembali  DEB. Mereka merupakan suara suara ekstemis dalam masyarakat Melayu yang sudah ketinggalan zaman.

Masa sudah berlalu. Pendekatan lama DEB pun sudah berlalu. Masyarakat Melayu telah naik setapak akibat DEB. Kini masyarakat Melayu perlu bertumbuh maju seiring dengan masyarakat bukan Bumiputera dan seiring dengan negara negara serantau. Maju di sini bukanlah bermakna memiliki harta secara kuota, kekayaan yang tidak mungkin bertambah cepat atau meningkat kemahiran masyarakat. Masyarakat perlukan anjakan  paradigma, menjadi masyarakat berdaya maju, berdaya saing dan berjaya dalam bidang perniagaan. Ini tidak bisa dicapai dengan pendekatan lama yang ternyata kuran berkesab, tetapi dengan cara baru yang  menggalakkan pertumbuhan masyarakat usahawan dan jaringan perniagaan yang mantap.

Tetapi,  tidak  juga dinafikan masyarakat Melayu telah  mampu menempa kejayaan dalam pelbagai bidang. Ini termasuk pembuatan kereta nasional, industri petroleum yang diterajui oleh Petronas, perbankan seperti dalam Maybank dan CIMB  yang pertama dan kedua terbesar di Malaysia.  Baru baru ini korporat Melayu mampu menerajui perbankan Islam di arena dunia disamping mempelopori sijil halal untuk pasaran global. Ini menunjukkan Melayu boleh dan  sudah menjadi peneraju sektor ekonomi dunia Islam.

Penyertaan Melayu dalam pelbagai bidang profession juga telah meningkat dengan ketara, iaitu daripada sekitar 30% dalam tahun 1995 hingga melebihi 50% pada tahun 2008.

Namun demikian, Dato’ Seri Najib harus hati hati dalam menggubalkan Model  Baru Ekonomi.  Ia mampu memajukan negara, tetapi jika tersalah langkah ia boleh menjadikan ekonomi  Melayu terus tercicir dalam negara sendiri. Keadaan demikian boleh mengancam kesetabilan sosial dan politik dan keselamatan negara.

Pertimbangan yang teliti diperlukan untuk menjayakan agenda negara. Adakah soal kuota perlu diketepikan atau dikekalkan dan dihapus berperingkat peringkat.

Kuota Bumiputera tidak dapat dikekalkan selama lamanya tanpa menjejaskan matlamat Wawasan 2020. Kewujudan kuota juga menggalakkan Melayu sebagai masyarakat yang sentiasa berharapkan  belas ehsan  kerajaan, kurang dayasaing dan kurang  daya maju.

Sebaik baiknya kerajaan mengambil langkah tegas menghapuskan kuota berperingkat peringkat.

Sebarang tindakan mengurangkan kuota perlu diikuti dengan strategi yang betul untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Beberapa perkara perlu di pertimbangkan:

1. Sebahagian tender kerajaan perlu terus dikhaskan kepada penender Bumiputera yang tulin secara tender terhad. Tulin bererti dari kalangan senarai Kontraktor yang terbukti berdaya maju atau yang sudah  established. Kriteria yang betul perlu ditetapkan dalam menyaraikan kontraktor yang berkelayakan secara meritokrasi. Elakkan penyeraian kontraktor berasaskan talian politik atau keluarga.

2.Kerajaan perlu menyegerakan penswastaan syarikat syarikat GLC kerana sudah terbukti syarikat diterajui usahawan Bumiputera mampu bertumbuh lebih pantas daripada syarikat GLC. Usahawan Bumiputera yang bakal menerima syarikat penswastaan perlulah dipilih dari  kalangan mereka yang mampu dan berjaya sahaja.

3.Agensi agensi yang membantu ekonomi Bumiputera seperti Mara, Ekuinas, SME Bank, Pusat Khidmat Kontraktor(PKK), dsb.   perlu di pantau rapi oleh kerajaan untuk mengelak penyelewengan dan untuk menambah effieciensi. Ini sungguh perlu kerana penyelewengan sering  berlaku dikalangan pegawai yang   rakus  dalam agensi agensi kerajaan.

4. Beri fokus kepada ketelusan dalam  pentadbiran negara.

Tetapi, pendekatan di atas tidak semestinya berkesan  sekiranya tidak ramai yang berminat. Dalam keadaan sekarang kaum Melayu mudah  menyertai pelbagai  bidang yang lebih selesa seperti perkhidmatan kerajaan, menerima komisyen daripada lesen dan kuota Bumiputera atau  hanya makan gaji  yang tetap.

Untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan Bumiputera dalam perniagaan, mungkin kerajaan perlu melaksanakan kuota kaum  dalam sektor perkhidmatan  kerajaan, berasaskan nisbah setiap kaum dalam negara.  Jika dikuatkuasakan,  ini dijangka mampu menyalurkan ramai Bumiputera yang berminat  ke  sektor lain, terutamanya  bidang perniagaan.

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Artikel Business, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Model Baru Ekonomi dan Ekstremis Melayu

  1. Mika Angel-0 says:

    DAH Ikhwan

    Het voetball in het land bafana bafana geroepen.
    Ik zal uw lectuur herlezen.

    Mooie schrijven. Dank U

    Ma’as-salaam

  2. Mika Angel-0 says:

    Bent u extremist malaische?
    kunt u die veklaar maken, aub?
    malay extremist.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s