Kajian Separuh Penggal Pencapaian Politik Barisan Nasional

Tinjauan Semula Pilihanraya  UMUM ke 12 pada tahun 2008

Dalam artikel asal versi Bahasa Inggeris   di terbit pada bulan Mei tahun 2008, bertajuk Malaysia’s General Election 2008: AComprehensive Analysis, saya   membuat analisis  mendalam tentang corak pengundian setiap kaum. Analisis  secara multiple regression menunjukkan sokongan pengundi Melayu untuk BN menurun agak ketara berbanding PRU 2004,  undi dari kaum Cina juga menurun dengan mendadak, manakala undi daripada kaum India hampir lenyap sama sekali berpindah kepada Pakatan Rakyat.

Sejak tarikh tersebut saya telah menemui sedikit kesilapan dalam analisis dan ini telah diperbetulkan. Hasil kajian kini menunjukkan dalam Pilihanraya Umum tahun   2008, seramai 54.4% pengundi Melayu telah memilih BN, 39.5% undi Cina dan 10.4% undi kaum India. Hasil kajian ini penting  dalam menilai populariti BN mengikut sokongan setiap kaum, kerana  tanpa angka  yang tepat agak sukar  mengenalpasti kelemahan BN yang sebenar.

Sokongan hanya pada kadar 54.4% daripada pengundi Melayu untuk BN sesungguhnya  amat membimbangkan, ini merupakan penurunan sebanyak 12% daripada PRU 2004.  Maka timbullah persoalan adakah UMNO masih relevan untuk Masyarakat Melayu. Adakah UMNO perlu berubah untuk menarik semula sokongan Melayu. Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan sokongan Melayu pada kadar 57.1%  untuk parti UMNO lebih baik berbanding BN, mencerminkan sokongan masyarakat Melayu masih lagi mantap untuk UMNO. Ini hanya penurunan sebanyak 2.15% daripada yang dicapai dalam PRU 2004. Apa yang berlaku pada pilihanraya 2008,  ialah undi Melayu masih mantap untuk  calon UMNO,  tetapi merosot untuk parti komponan BN yang lain seperti MIC, MCA dan Gerakan.

Hakikatnya sokongan Melayu untuk UMNO tidak mudah terhakis.  Dalam keadaan biasa, undi atas pagar tidaklah begitu  signifikan.  Perpecahan dalam masyarakat Melayu agak ketara hanya  dalam situasi berikutan perpecahan dalam UMNO sendiri. Ini terbukti dalam Pilihanraya UMUM tahun 1999 apabila  BN hanya mampu menarik 50% undi Melayu, ekoran simpati meluas kepada Anwar Ibrahim. Begitu juga undi merosot berikutan persengketaan dalam UMNO dan penubuhan Semangat 46, yang  dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Sokongan pengundi kaum cina untuk BN sesungguhnya merosot dengan ketara apabila ia hanya berjaya meraih 39.5 % undi cina, satu  penurunan  18%, berbanding pencapaian sebanyak 57.25 dalam tahun 2004. Manakala undi kaum India pula hampir lenyap, hanya  pada paras 10.4% berbanding 77.5% pada PRU 2004.

Saranan Asal

Berikutan hasil kajian tersebut, saya telah membuat beberapa saranan dalam beberapa artikel terdahulu. Pertama, UMNO  perlu  kekal diatas landasan perjuangan yang asal, iaitu sebagai tonggak perjuangan Hak hak Melayu dan Agama Islam. Kedua, UMNO perlu teruskan kerjasama dengan parti komponan kerana BN memerlukan sokongan daripada kaum lain untuk memenangi kerusi yang penting di kawasan Melayu yang  marginal, disamping mengukuhkan parti parti komponan yang lain di kawasan mereka bertanding. UMNO perlu menjauhi tanggapan bagai sebuah parti ekstemis Melayu, disamping mengelak menyakiti hati kaum lain.

Usaha perlu di fokuskan untuk mengendurkan ketegangan diantara Melayu dan kaum India serta membantu mereka dalam pelbagai bidang yang perlu.

Undi kaum Cina pula amat sukar diramal, sebab kehendak politik Masyarakat ini sukar dibaca. Adakah mereka betul betul bermaksud seperti yang mereka suarakan, seperti keterbukaan, anti rasuah,  anti ISA, anti cronyism, dsb? Atau sebenarnya mereka hanya mahu merealisasikan DAP sebagai parti tonggak kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pencapaian Najib Setakat Ini

Kajian Separuh Penggal ini meliputi tempoh dua tahun setengah selepas Pilihanraya Umum tahun 2008 hingga ke saat ini. Sungguhpun ini termasuk tempoh di bawah Pak Lah, kemajuan yang ketara dari segi transformasi,  kestabilan dan sokongan politik hanya berlaku di bawah tempoh Dato’ Seri Najib.

Kita bersyukur kerana langkah langkah yang di ambil oleh Dato’ Seri Najib sejak mengambil alih tampuk kuasa tidak jauh berbeza dengan saranan yang telah dikemukakan dalam Blog ini. Sama ada Dato’ Seri Najib ambil perhatian tulisan kita, ini tidak penting kerana beliau pasti ada kumpulan think tank yang bijak dan berkemampuan. Kita bagaimanapun menarik nafas lega dengan langkah langkah yang beliau ambil untuk mengendurkan ketegangan kaum dan agama dan usaha mendekati kaum India dan Cina secara peribadi. Konsep 1 Malaysia juga menambah populariti dan keyakinan antara kaum kepada pemerintahan beliau. Langkah  liberalisasi beberapa sektor ekonomi juga diterima rakyat sebagai usaha untuk memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Langkah langkah ini telah mampu melonjakkan populariti beliau seperti kita saksi  dalam beberapa  tinjauan pendapat umum terkini yang dibuat oleh beberapa agensi seperti Merdeka Center dsb. Tinjauan pendapat umum terkini dari Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadap Najib telah meningkat kepada 72%  dikalangan rakyat Malaysia pada bulan Jun 2010, jumlah tertinggi  80% dicatat  dikalangan kaum India, 77% dikalangan masyarakat Melayu dan 58% dikalangan  kaum Cina. Sebagai perbandingan beliau hanya mencatat sokongan 44% tatkala mulai memegangan tampuk kerajaan.

Keputusan dalam semua pilihanraya kecil  baru baru ini secara konsistan menunjukkan kenaikan populariti BN dikalangan masyarakat Melayu, Bumiputera Sarawak/Sabah dan juga masyarakat India. Hanya undi Masyarakat Cina sahaja yang merosot berbanding dalam PRU 2008, inipun mungkin juga akan bertambah sebagai respond kepada konsep  1 malaysia  dan kebimbangan masyarakat Cina yang mereka mungkin kerugian dalam Pilihanraya Umum akan datang jika tidak berubah sikap.

Langkah menawan balik kerajaan negeri Perak juga dijangka membawa hasil yang positif, sungguhpun pada awalnya menimbulkan kemarahan masyarakat. Tetapi keadaan sudah mulai reda seperti dijangka  dan sokongan di Perak pasti meningkat menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Cuma yang kurang pasti ialah sokongan dari masyarakat Cina di negeri  Perak yang menganggap kerajaan yang dukuasai  kaum mereka  telah diguling oleh BN.

Bagaimanapun, diharap Dato’ Seri Najib lebih berhati hati menjaga hati Masyarakat Melayu. Desakan pihak ultra Melayu seperti Perkasa dibawah Ibrahim Ali perlu diambil perhatian. Ini kerana undi Melayu merupakan undi setia  UMNO, ia tidak banyak berubah dalam dua pilihanraya umum yang lepas, kerana UMNO dipandang sebagai tonggak perjuangan Melayu dan Agama. Persepsi ini perlu dikekalkan bagi mengekalkan kesetiaan masyarakat Melayu.

Update bertarikh 1 Oktober 2010

Pengumuman Datuk Seri Sammy Velu mengundur diri pada Januari tahun depan sungguh dialualukan. Ini satu petanda baik bagi meningkatkan sokongan Kaum India kepada BN, yang sudahpun bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi sokongan pengundi  yang berterusan akan bergantung dengan  kemampuan  penganti beliau nanti   mendapat sokongan yang padu daripada  Parti MIC itu sendiri.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

DAH IKHWAN

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Kajian Separuh Penggal Pencapaian Politik Barisan Nasional

  1. Mohamad Noor Azam Bin Hanas says:

    salam saudara..saya berminat untuk bertukar-tukar fikiran dengan saudara khususnya dalam ramalan dan analisis kemenangan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil dan merlimau kali ini..untuk makluman, saya mempunyai tugas khas setiap kali pilihanraya kecil berlangsung bermula dari bagan pinang..saya ditugaskan untuk membuat taksiran kemenangan parti-parti bertanding..alhamdulillah sepanjang tugasan, ramalan atau taksiran yang dilakukan tidak beza jauh atau tidak melebihi dari 100 undi…ramalan dan taksiran menggunakan kaedah “head count” dan “sampling”..maka kebarangkalian untuk tepat adalah tinggi…

    regards,

    azam

  2. DAH IKHWAN says:

    Terima kasih Saudara Mohammad Noor. Tahniah diatas kejayaan saudara dengan ramalan ramalan yang lepas. Saya rasa, ka’edah yang saudara pakai adalah baik dan biasa digunakan . Tetapi ia memerlukan groundwork dan sampling yang betul.
    Cara saya juga menggunakan statistik tetapi dengan menganggar perubahan sentimen kaum diseluruh semenanjung dan dipadankan dengan keadaan sesuatu kawasan yang menghadapi pilihanraya kecil. Alhamdulillah, dalam 10 ramalan yang saya buat keputusan disembilan kawasan adalah betul, termasuk dikawasan kawasan yang 50:50.

  3. kamarudin bin hamzah says:

    kenapa saudara duk ulas perkara bkaitan dgn umno. semua fakta saudara hanya d ambil dr tv dan suratkhabar yg jelas memang berat sebelah. ini memangtidak demokrasi, berat sebelah dan kenapa hanya dtunjukkan kebaikan hanya sebelah pihak saje. saudara tahu memfitnah paling besar dlm zaman moden ni sape…. ni jawapannya … tv dan suratkhabar y byk myebelahi sebelah pihak, saudara tahu doa org y di zalimi mcm mana… saudara tahu tp saudara saje buat x tahu… ini ke y islam umno ajar kan…. dah lah saudara x payahlah kaji2 ni buang masa je…. sb saudara hanya kaji kebaikan umno dan keburukan pembangkang….

  4. DAH IKHWAN says:

    Saudara Kamarudin,
    Saya mohon maaf sekira tulisan tulisan saya ini menyentuh perasaan saudara dan orang orang parti pembangkang. Jika saya nampak berat sebelah, ini mungkin persepsi saudara. Orang umnopun pernah komen serupa terhadap tulisan saya.
    Saya orang Melayu beragama Islam, jadi semestinya condong menulis artikel mempertahankan hak Melayu dan Islam.
    Segala komen diberi dengan ikhlas, terpulanglah kepada pihak pihak yang berkaitan menilainya.
    Saya bukanlah orang penting, tapi saya yakin ramai yang sependapat dengan saya, jadi orang orang yang penting elok juga dengar pendapat sebegini, walaupun tidak sedap didengar.

  5. AZIZ AZIMULLAH BIN BAHARUDDIN says:

    Assalamualaikum,
    Terima kasih kerana mendedahkan kajian yang konkrit pada pandangan saya. Erm, tapi di sini saya hendak bertanya apakah punca penurunan sokongan kepada barisan pembangkang di Malaysia. Saya harap Dah Ikhwan boleh menjelaskan secara saintifik tentang penurunan sokongan rakyat kepada pembangkang dari segi aspek-aspek yang difikirkan relevan.

    Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s