Utusan Malaysia dan Kedudukan Taib Mahmud

Kita bersyukur akhirnya Utusan Malaysia menyiarkan  satu  rencana  pada 3 Oktober 2010  oleh Awang Selamat yang lebih terbuka dan saksama tentang isu persaraan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud dari politik Sarawak.

Rencana berkenaan akur yang  soal persaraan Pehin Seri Taib seelok eloknya terserah kepada beliau sendiri dan   Barisan Nasional negeri. Ini kerana politik di Sarawak adalah rumit, malah lebih rumit daripada politik di Semenanjung dengan adanya  banyak  kaum etnik Bumiputera,   disamping ramai pesaing yang ingin menjadi pengganti  beliau. Hanya kebijaksanaan dan ketegasan Pehin Seri Taib yang mampu  menyatupadukan BN sejak tiga puluh tahun yang lepas. Jadi jika wujud kekosongan  kepimpinan BN negeri dengan tiba tiba dan tidak terancang, ia mungkin mengundang perpecahan politik Bumiputera di Sarawak dan membahayakan kedudukan Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang.

Suasana BN Sarawak tidak boleh disamakan dengan  MCA  dan  Gerakan  yang telah bertukar nakhodanya atau MIC dimana Sammy Vellu mengumumkan pengunduran diri baru baru ini.  Parti parti ini ternyata di tolak oleh  pengundi dalam  Pilihanraya Umum yang lepas, manakala  BN  Sarawak sebaliknya telah berjaya dengan cemerlang sehingga  kini menjadi satu  batu asas yang kukuh kepada Kerajaan BN di peringkat Persekutuan.

Sesungguhnya BN Sarawak jauh lebih teguh daripada di Semenanjung kerana masih mendapat sokongan melebihi 75% dari  pengundi Bumiputera berbagai kaum berbanding hanya 54% di Semenanjung Malaysia.

KedudukanPehin Seri Taib tidak pula boleh disamakan pula dengan bekas Menteri Besar Trengganu  Dato’ Seri Wan Mokhtar yang dibangkitkan  oleh seorang pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam sebuah rencana sebelumnya, sebagai  penyebab  kekalahan BN di negeri tersebut kerana terlalu  lama  memegang jawatannya.

Di Terengganu sekalipun, Saudara Zaini Hassan kurang  faham yang kekalahan BN pada  PRU tahun 1999 sebenarnya bukan kerana  isu  Menteri Besar. Umum sedia maklum ketika itu isu yang membakar hati Melayu ialah peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim. Purata undi Melayu untuk BN di Semenanjung telah jatuh keparas  50% sahaja ketika itu, yang terrendah pernah dialami parti tersebut, sehingga ramai pemimpin UMNO telah kalah, termasuk Dato’ Seri Najib yang hampir kalah di kawasan beliau sendiri. Yang menyelamat banyak kerajaan  BN  di negeri negeri Semenanjung ketika itu ialah undi daripada kaum Cina dan India.

Sesungguhnya, segelintir pemimpin BN di Kuala Lumpur begitu mudah  menyalahkan pemimpin kerajaan negeri apabila prestasi BN meleset dalam sesuatu pilihanraya. Agaknya lebih mudah menyalahkan pemimpin negeri daripada menyalahkan boss mereka di Kuala Lumpur, atas sikap mengampu yang biasa dalam arena politik.

Segelintir pemimpin UMNO di Kuala Lumpur  nampaknya beranggapan merekalah yang serba tahu menangani ‘masalah’ politik di Sarawak atau Sabah samaada masalah betul betul wujud  atau tidak.

Kekalahan  BN dalam pilihanraya kecil kawasan Sibu baru baru ini memang telah kita jangka memandangkan sentimen anti BN masyarakat Cina  di seluruh negara. Malah sokongan mereka di Sarawak tidak seburuk berbanding  dengan beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung

Bagaimanapun, kita yakin dengan YAB  Perdana Menteri  dan Timbalan beliau yang mampu menimbangkan  sesuatu isu dengan bijaksana.

Sekian, wallahu’alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DAH IKHWAN

This entry was posted in Artikel Politik, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Utusan Malaysia dan Kedudukan Taib Mahmud

  1. Konpunboyong says:

    Irrespective of whether Pehin Seri Taib is going to bersara or not, anyone who has seen the Rejang River this morning will be shocked into realisation that something terribly wrong must be going on in forest of the upper reaches of Rejang!

  2. BN must realize that Sarawak does not belong to BN, Rakyat must also realize that these YBS are not their bosses, RAKYAT IS THE REAL boss.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s